Posted on 21 November 2009 by dupahang
YDP PAS Kawasan Cameron Higlands kembali ke rahmatullah
Ustaz Ahmad bin Ludin, Yang Di Pertua PAS Kawasan Cameron Highlands kembali ke rahmatullah pada Jumaat 20 November 2009, semalam. Beliau yang baru selesai memberikan kuliah sebelum solah Jumaat rebah berhampiran tempat wuduk sebelum masuk wamtu solat Jumaat di Masjid Kg Keledek, Bukit Betong, Kuala Lipis.
Beliau yg dilahirkan pada 28 Mei 1946 adalah anak jati Lipis dan merupakan lulusan Kuliah Abu Bakar di Pekan Pahang.
Beliau meninggalkan seorang balu dan 14 orang anak (11 lelaki dan 3 org perempuan). Semasa hayatnya pernah memegang pelbagai jawatan parti di peringkat Cawangan dan Kawasan Lipis sebelum Kawasan tersebut dipecah dua mewujudkan Kawasan Parlimen Cameron Hihghlands ekoran persempadanan semula kawasan pilihan raya pada tahun 2003.
Beliau mengambil alih jawatan YDP PAS Kawasan Cameron Highlands daripada Allahyarham Ustaz Kassim Yahya yang berundur membeli laluan pada tahun 2007. Baca lagi »
Difailkan dalam: BERITA PAHANG | Leave a Comment »
Posted on 21 November 2009 by dupahang
Assalaamualaikum Ustadz.
Saya ingin bertanya tentang dasar hukum diperbolehkannya distribusi daging kurban kepada non-muslim. Jazzakallah.
Wassalaamualaikum.
Jawaban
Waalaikumussalam Wr Wb.
Saudara yang dimuliakan Allah swt
Para ulama mengatakan bahwa yang paling utama (afdhol) bagi seorang yang berkurban adalah memakan sepertiga, bersedekah sepertiga dan menyimpan sepertiga, berdasarkan sabda Rasulullah saw,”Makanlah oleh kalian, bagikanlah dan simpanlah..” (HR.Tirmidzi) Baca lagi »
Difailkan dalam: FIQAH ISLAM, SOAL JAWAB AGAMA | Leave a Comment »
Posted on 20 November 2009 by dupahang
Pemakluman
Kepada PAS Kawasan2 negeri Pahang , Khutbah Aidil Adha 1430 Dewan Ulamak PAS Pahang didalam proses edit peringkat akhir dan akan mula beredar melaluai emil pada kawasan dan cawangan awal pagi Isnin.
PAS Kawasan diminta supaya dapat menyebarkan maklumat tersebut .
Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan nya sila beri emil kepada edmin dupahang. abg_azhar2000@yahoo.com
Sekian.
Difailkan dalam: BERITA PAHANG | Leave a Comment »
Posted on 19 November 2009 by dupahang

Saya terfikir kenapa JAIS terlalu marah kepada Dr. Asri mengajar tanpa tauliah? Kenapa pihak berkuasa agama terlalu heboh pasal Wahabi? Kenapa hal-hal jahat berleluasa?Contoh kejahatan yang belum didengari mendapat cegahan dari pihak berkuasa ialah aktiviti swingers lifestyle. Swingers lifestyle sudah lama merebak di negara kita. Kenapa tidak kedengaran sebarang tindakan dari pihak berkuasa agama?Lihat contoh-contoh
di sini, di sini, di sini, di sini, di sini dan banyak lagi.
Baca lagi »
Difailkan dalam: ISU SEMASA | Leave a Comment »
Posted on 19 November 2009 by dupahang
Posted on 19 November 2009 by dupahang
Posted on 18 November 2009 by dupahang
Oleh Chegu ZUL
Satu analisis: Kemenangan PR Kian Kabur?
Seandainya Najib membubarkan parlimen keesokannya, mungkin penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang “taksub” sahaja akan mempercayai bahawa PR akan mengambil alih kuasa. 14 bulan lalu, ramai orang yang dingin-politik sebelum ini menjadi peminat pelan “16 September” oleh Anwar Ibrahim.
Sahabat saya yang juga seorang pengamat politik berkata, seandainya PRU diadakan dalam tempoh 6 hingga 12 bulan yang akan datang, maka tugas pendukung demokrasi seperti kami adalah membantu pembangkang untuk mengharungi hari-hari setelah Barisan Nasional memulihkan majoriti dua pertiganya.
Sekiranya PR ingin menghambat kejayaan dengan momentum 8 Mac 2008, maka PR pada dasarnya perlu mengekalkan 40% sokongan Melayu, di samping memacu sokongan bukan Melayu kepada 80%. Momentum sedemikian membolehkan PR untuk memenangi kira-kira 100 kerusi di Semenanjung Malaysia, sebagai asas untuk memerintah di seluruh negara. Baca lagi »
Difailkan dalam: PENDAPAT, POLITIK | Leave a Comment »
Posted on 18 November 2009 by dupahang
Oleh Mohd Rashidi Hassan
Seminar Memperkasakan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang diadakan pada 7 November lepas telah berlalu hampir dua minggu.Tetapi ramai yang masih tertanya-tanya apakah PAS mampu untuk melakukan perubahan sebagaimana yang diharapkan, selepas dibedah dengan sebegitu rupa oleh Profesor Dr Abdul Aziz Bari dan Dr Abu Hassan Hasbullah
Sebenarnya bukan senang untuk menghadapi kritikan secara terbuka. Bukan PAS tidak boleh menerima kritikan, tetapi untuk Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengundang orang luar membedah parti yang dipimpinnya, merupakan satu langkah politik yang besar dan belum pernah dilakukan mana-mana parti politik dalam negara.
Tindakan ini diibaratkan seumpama, Ustaz Hadi ‘mengundang orang luar ke dalam rumah untuk memarahi dan menampar mukanya di hadapan anak-anaknya.’ Baca lagi »
Difailkan dalam: POLITIK | Leave a Comment »
Posted on 18 November 2009 by dupahang
Oleh Mat Zain Mat Isa
Di antara faktor memudahkan berlakunya rasuah ialah apabila keperluan hidup seseorang tidak seimbang dengan pendapatannya. Tuntutan kewangannya lebih besar berbanding apa yang mampu dibiayainya.
Kita dapat menghidu faktor ini di sebalik tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan pasukan petugas khas untuk membuat kajian menyeluruh terhadap peraturan, sistem dan prosedur serta kawalan dalam perbelanjaan peruntukan wakil-wakil rakyat, minggu lalu.
Penubuhan pasukan itu dikatakan sebagai usaha kerajaan menutup ruang dan peluang berlakunya gejala rasuah di kalangan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun). Ia sebagai langkah memberi garis panduan yang jelas kepada para wakil rakyat mengenai apa yang boleh dan tidak boleh mereka lakukan menerusi dana dan peruntukan kerajaan. Baca lagi »
Difailkan dalam: ISU SEMASA | Leave a Comment »
Posted on 17 November 2009 by dupahang
1) Jika Pakatan Rakyat diluluskan pendaftarannya oleh ROS (Pendaftar Pertubuhan), maka Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat akan menjadi Pengerusi Pakatan Rakyat yang pertama.
2) Jika Anwar Ibrahim terlepas dari sabitan kes liwat terbarunya, maka beliau akan dilantik sebagai Perdana Menteri Pakatan Rakyat. Jika Pakatan Rakyat berjaya dalam PRU ke 13 nanti, maka Anwar akan dilantik sebagai PM ke 7 Malaysia.
3) Jika Anwar Ibrahim disabitkan kesalahan meliwat dan Pakatan Rakyat menang dalam PRU ke 13, maka jawatan Perdana Menteri Malaysia ke 7 akan ditentukan semula oleh Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat.
4) Oleh kerana Tuan Guru Nik Aziz telah berjaya memerintah Kelantan untuk sekian lamanya, maka beliau adalah calon yang paling layak dari segi pengalaman dan kredibiliti untuk menjadi PM Malaysia ke 7. Baca lagi »
Difailkan dalam: PENDAPAT, POLITIK | Leave a Comment »
Posted on 17 November 2009 by dupahang
Petikan Malaysiakini
Kerusi DUN Kota Siputeh diisytiharkan kosong dan membuka laluan kepada pilihan raya kecil jika penyandangnya dari Umno, Datuk Abu Hassan Sarif gagal dalam rayuannya.Keputusan tersebut dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini setelah mendengar permohonan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail untuk semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan Abu Hassan sebagai ADUN di situ.
Kerusi DUN Kota Siputeh diisytiharkan kosong dan membuka laluan kepada pilihan raya kecil jika penyandangnya dari Umno, Datuk Abu Hassan Sarif gagal dalam rayuannya.Keputusan tersebut dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini setelah mendengar permohonan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail untuk semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan Abu Hassan sebagai ADUN di situ. Baca lagi »
Difailkan dalam: 5 NEGERI PR | Leave a Comment »
Posted on 16 November 2009 by dupahang

Tahukah kita tentang akhbar siasah yang berada di bawah kelolaan Mohd Sayuti Omar?
Bukankah akhbar ini, adalah akhbar banyak mengeluarkan berita-berita yang melahirkan kekeliruan di kalangan ahli PAS tentang keberadaan PAS dalam Pakatan Rakyat, terutama dalam isu Kerajaan Perpaduan? Baca lagi »
Difailkan dalam: PENDAPAT, POLITIK | Leave a Comment »
Posted on 16 November 2009 by dupahang
Amaran: Gambar yang akan anda lihat agak mengerikan. Kepada pengunjung yang bersimpati dengan keadaan perogol ini diharap jangan cuba memberanikan diri menatap gambar yang disertakan.
Seorang perogol yang merogol bayi berusia 4 bulan dipenggal kepalanya dan kemaluannya dipotong oleh samseng-samseng tempatan. Kejadian berlaku di Brazil.
Sememangnya samseng-samseng ini bertindak kejam dan melampau, rasanya tidak wajar apa yang mereka lakukan kepada perogol ini. Belum cukup penghinaan buat perogol walaupun dengan kematian yang sebegini.
Rasanya biarkan dia hidup…Lumpuhkan kemaluannya dan biarkan dia rasa penghinaan sebegini sepanjang hayatnya atau tempatkan si perogol bersama dengan binatang…dan pastikan dia puaskan nafsunya dengan binatang kerana padanan nafsu binatangnya hanya sesuai untuk binatang. Baca lagi »
Difailkan dalam: BERITA DUNIA | Leave a Comment »
Posted on 15 November 2009 by dupahang
Setelah meneliti kandungan memorandum ‘fitnah’ yang diusulkan oleh Persatuan Peguam Syar’ie Malaysia (PGSM) yang turut ditandatangani oleh ABIM, JIM, dan tidak ketinggalan Yayasan Sofa Negeri Sembilan (??!!!), saya dapati bahawa pertubuhan-pertubuhan Islam kini hanyut dibawa arus taksub dan taqlid buta tanpa mempedulikan keperluan untuk mengaitkan hujah mereka bersandarkan nas daripada Al-Qur’an dan Sunnah. Baca lagi »
Difailkan dalam: PENDAPAT | 2 Komen »
Posted on 15 November 2009 by dupahang
Oleh Amir Hamzah
Tahniah kepada Pemuda UMNO Kelantan kerana berjaya menghalang Tuan Guru Menteri Besar daripada menunaikan rukun Islam ke-5. Namun kejayaan ini bermakna atau tidak? atau adakah laporan polis mereka ini lebih menunjukkan kedangkalan otak mereka yang selama ini sememangnya diakui ramai?
Sekiranya Anuar Safian dan kartun-kartun seangkatannya sebenar-benarnya menghayati cogankata “UMNO mudah lupa” seperti kata Mahafir’aun, maka suka saya ingatkan bahawa Tuan Guru Menteri Besar tidak mengambil satu sen pun daripada elaun perumahannya selama 19 tahun ini dan sekiranya dikumpul maka beliau boleh melakukannya tanpa sedikitpun ketagihkan penajaan.
Baca lagi »
Difailkan dalam: 5 NEGERI PR | Leave a Comment »