RSS

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KE ARAH PENYELEWENGAN

20 Ogo

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KE ARAH PENYELEWENGAN

Tuesday, August 19, 2008

 

Oleh As-Syeikh Al Ustaz Mustafa MasyhurTambahan pula dakwah dan para pendokongnya dipenjara, ditindas dan diganggu. Semuanya itu membangkitkan tindakbalas, cabaran-cabaran lantas menyalakan semangat orang-orang yang mempunyai ghairah ke atas Islam terutamanya di kalangan pemuda Islam dan ini adalah merupakan perkara tabii yang tidak dapat disangkal. Arus kesedaran seperti ini mesti diikat dan ditahan dengan ikatan yang bertujuan memeliharanya dari tergelincir dan terpesong supaya kelak tidak terdedah kepada berbagai tindakan dan pengalaman yang sia-sia dan menghasilkan akibat yang tidak disenangi.

 

Kita Tidak Menuduh Niat Mereka

Dalam kita menyatakan tentang penyelewengan-penyelewengan yang jauh dari jalan dakwah yang sebenar, kita hanya bertujuan memberi nasihat dan tunjuk ajar dengan semata-mata mengharap keredhaan Allah. Tidak pernah terlintas di fikiran kita untuk menuduh dan meragui niat mereka, ataupun mengganggu seseorang ataupun hendak membuat jahat kepada seorang muslim.

Terdapat beberapa penyelewengan yang biasa berlaku yang menyebabkan keciciran dan penyimpangan dari jalan yang benar.

Ilmu dan Penyelewengan

Tempat tergelincir yang paling merbahaya ialah fitnah ilmu. Kadangkala orang yang melalui jalan dakwah yang mencari ilmu dasar ma’rifah akan mendapat sedikit sebanyak ilmu kemudiannya ia akan merasakan satu perubahan yang besar dalam drinya, setelah merasai hidup dalam kekosongan dan kesesatan. Dia kagum dan silau matanya dengan sinaran ilmu dan makrifah yang diperolehinya dari hasil kajiannya dan dalam kitab-kitab dan buku dakwah Islam.

Dia yakin pula bahawa ilmu yang diperolehinya itu telah banyak lantas menyangka dia telah mempunyai kemampuan untuk beristinbat dan mengeluarkan hukum dari ilmu yang telah diketahuinya dari nas-nas, dalil-dalil Al-Quran dan Sunnah Rasullah s.a.w. (tidak perlu lagi buku-buku Ulamak yang muktabar) Kadangkala pula dia berpegang teguh pada sebab lahiriah satu-satu dalil dan tidak mahu menerima hujah orang lain. Ketika lain pula dia mudah terpedaya lantas menganggap dirinya telah sampai kepada darjah mujtahid lantas dengan beraninya mengeluarkan fatwa-fatwa hukum syara’ di dalam beberapa perkara yang dikemukakan kepadanya. Benarlah ada orang yang berkata:

“Orang yang paling berani mengeluarkan fatwa ialah orang yang paling kurang ilmunya”.

Lebih merbahaya dari itu dia berani pula merendah-rendahkan darjah imam-imam mujtahidin yang silam jika didapati pandangannya bertentangan dengan pandangan mereka mereka atau sekurang-kurangnya dia berkata: “Mereka itu lelaki dan kita pun lelaki juga”.

Satu lagi tempat tergelincir ilmu iaitu apabila orang yang berjalan di atas jalan dakwah telah dikuasai oleh kelazatan dan keenakan ma’rifah nabi, dimabukkan oleh pembacaan dan mutala’ah semata-mata, sehinggalah jihadnya tertumpu di dalam bidang itu sahaja tanpa melibatkan dirinya lagi di dalam jihad dan amal yang lain yang dituntut oleh agama. Akhirnya hatinya menjadi terlalu seronok dan kyusuk dalam membaca berbagai kitab dan berlumba-lumba membaca berbagai majalah yang dipenuhi makalah ilmiah semata-mata. Ini membuatkan dia leka dari memberi perhatian ke arah menyuburkan iman, memperkuat jihad dan latihan dakwah Islam. Ini adalah membaliksongsangkan segala pertimbangan dan menyalah-gunakan segala pertimbangan dan menyalah-gunakan pengertian yang menyokong usaha tolong menolong yang membawa hasil.

Cara untuk memelihara diri dari yang demikian ialah dengan cara menuntut ilmu yang berguna tanpa mudah terpedaya dan tidak melampaui batas, dan selalulah merasa yakin bahawa apa yang telah kita ketahui adalah lebih baik dari apa yang belum kita ketahui. Barangsiapa yang mengaku bahawa dia telah mengetahui maka dia telah menjadi jahil. Kemudian kita cantum ilmu dengan amal. Janganlah kita terlalu berani mengeluarkan fatwa. Kita mestilah sentiasa berlapang dada tanpa menutup diri dan membekukannya dengan kefahaman yang terbatas. Kita mestilah meletakkan manusia dan menilai mereka menurut darjah dan kedudukan mereka. Semoga Allah memberi rahmat kepada seseorang yang mengenali kadar dirinya.

Di Antara Furu’iah (Cabang) dan Usul

Satu lagi penyelewengan yang berlaku ke atas orang yang berjalan di atas jalan dakwah ialah lebih mementingkan bentuk lahir daripada isi dan batin, atau sibuk mengurus lahir sebelum mengurus isi dan batin. Ini adalah salah dan bahaya pada waktu ini. Pada hal sepatutnya sebelum kita menyuruh orang yang kita seru dengan perkara-perkara furu’iah kita mestilah terlebih dahulu bersama mereka mengukuhkan dan menegakkan perkara-perkara usul atau dasar akidah Islam dalam diri kita. Ini nantinya akan mendorong kita untuk menyerah diri mengikuti perintah Allah lantas bangun melaksanakan segala ajaran Islam. Mulai dari kuliah hinggalah kepada juz’iah. Kita akan dengan rela hati menerima baik segala ajaran Islam dari yang sebesar-besarnya hingga kepada yang sekecil-kecilnya sebagai ibadat kita kepada Allah.

Tetapi kalau kita jadikan perkara furu’iah (cabang-cabang) sebagai asas yang kita mesti iltizam dengannya sebagai asasi sedangkan kita baru mulai berjalan di atas jalan dakwah, maka da’i yang sedemikian rupa menjadikan mereka yang kita seru menjauhkan diri dari dakwah kita dan secara langsung kita menghalang mereka dari berjalan di atas jalan dakwah bersama kita. Akhirnya secara tidak disedari kita dapati diri kita terasing disebabkan oleh uslub dan cara yang salah. Kita mestilah mampu membezakan di antara mengiltizamkan diri dan mengiltizamkan orang lain dari diri kita. Kita telah pun maklum pada diri kita bahawa akidah Islam itu bermula dengan menegakkan akidah; iman dan tauhid di dalam jiwa dan iman itulah yang mendorong para da’i untuk menyerahkan diri pada Allah mengikut perintah Allah tanpa ragu dan bimbang. Oleh kerana kita tidak boleh menyeleweng dari manhaj dan cara yang bijaksana ini.

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan nikmat dan nasihat yang baik”. (AnNahl:125)

Antara Berkeras-keras dan Bersusah-payah

Kadang-kadang orang yang berjalan di atas jalan dakwah terlepas dari penyelewengan yang lain yang tidak kurang bahayanya. Dia terlalu berkeras sangat, bersusah-susah sangat lalu membebankan dirinya dengan melakukan tugas-tugas ketaatan dan ibadat yang di luar kemampuannya dengan keyakinan bahawa perlakuan yang demukian untuk melatih diri dalam rangka memudahkannya untuk mengikut manhaj Ilahi. Akhimya ia tidak mampu meneruskan perjalannya lalu tercicir di tengah jalan hingga sanggup mencuai-cuaikan perkara-perkara yang fardhu dan asasi hinggalah kepada perkara-perkara sunat dan nawafil. Rasulullah telah mengarahkan kita supaya mengelakkan diri dari cara yang demikian. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak jemu sehingga kamu jemu”.

Di sini kita wajib membezakan di antara tindakan yang tegas penuh kesungguhan dengan berpayah-payah serta membebankan diri di luar kemampuan. Sesungguhnya nafsu itu adalah ibarat anak kecil, apabila dia dicuaikan akan terus mencintai penyusuan tetapi apabila dipisahkan daripadanya ia akan berhenti menyusu kepada ibunya. Jadi tidak boleh tidak mestilah nafsu itu ditundukkan dan dikendalikan di dalam batas-batas kemampuan kerana Allah Taala telah berfirman sebagai ajaran untuk kita:

“Ya Tuhan kami janganlah Engkau membebankan kami sesuatu bebanan yang tidak sanggup kami memikulnya”. (Al-Baqarah: 286)

Jalan dakwah itu adalah panjang dan sukar jadi para pendokong dakwah yang ingin maju meneruskan dakwah janganlah membebankan dirinya dengan bebanan yang dia sendiri tidak mampu memikulnya. Kerana amal yang sedikit tetapi berterusan itu lebih baik dari amal yang banyak tetapi terputus dan terhenti di tengah jalan. Kita juga tidaklah sepatutnya bersikap melampau dan cuai, kerana bebanan kita banyak, sementara itu pula dakwah memerlukan para pendokongnya yang mempunyai cita-cita yang tinggi, kemahuan yang kuat, keazaman yang tegas, tangkas dan unggul.

Di Antara Sikap Terburu-buru dan Longgar

Adakalanya orang yang berjalan di atas jalan ini terlalu optimis. Apabila ia tidak melihat sebarang tanda-tanda kemenangan sedangkan pada hematnya ia telah mengalami berbagai-bagai kepayahan dan ujian disepanjang jalannya, dan ia telah memberi pengorbanan yang semaksimanya. Dia mungkin terdorong oleh semangatnya yang berapi-api dan penuh ghairah untuk menggunakan kekuatan senjata sebagai cara untuk mempercepatkan perjalanan. Lidahnya seolah-olah berkata:

“Walaupun aku yang datang kemudian, aku mestilah mampu membuat sesuatu yang tidak dapat dibuat oleh orang-orang dahulu”.

Dengan demikian, dia dan orang-orang yang bersetuju dengannya membuat sesuatu di luar perencanaan yang rapi, yang di dorong oleh semangat yang berapi-api dan membabi-buta. Akhirnya bukan sahaja tidak sampai kepada matlamat yang dicita-citakan bahkan merosakkan dan membahayakan harakah Islam. Wajib difahami secara mendalam bahawa kekuatan yang pertama ialah kekuatan akidah dan keteguhan iman dan diiringi pula dengan kekuatan persatuan dan perpaduan. Akhir sekali barulah kekuatan tangan dan senjata. Itu pun jika sudah tidak mempunyai jalan dan pilihan lain.

Di Antara Politik dan Tarbiah

Di sana ada lagi satu penyelewengan yang boleh menjauhkan kita dari jalan yang sihat iaitu kita memandang ringan terhadap proses tarbiah, pembentukan dan perlunya beriltizam dengan ajaran Islam dalam membentuk dasar dan asas yang teguh. Lantas kita seolah-olah melatah lalu menggunakan cara dan uslub politik menurut sikap dan telatah parti-parti politik. Kita akan mudah terpedaya dengan kuantiti anggota yang kita ambil yang dianggap menguntungkan tanpa mewujudkan iltizam tarbiah. Ini adalah satu jalan dan cara yang sangat merbahaya yang tidak dipercayai akibatnya. Ini mungkin menyediakan anasir yang kukuh yang mampu memikul hasil kemenangan, kekukuhan dan kekuasaan untuk Islam.

Sebenarnya kita tidak kekurangan kuantiti, tetapi kita kekurangan kualiti. Kita kekurangan bentuk dan contoh Islan yang kuat imannya yang membulatkan dirinya untuk dakwah, rela berkorban pada jalan dakwah dan jihad fi-sabilillah dan yang sentiasa istiqamah hinggalah bertemu Tuhannya. Oleh kerana itu marilah kita beriltizam dengan tarbiah dan janganlah kita redha menukarkannya dengan cara yang lain.

Di Antara Dakwah dan Manusia

Kita adalah manusia yang kadangkala benar dan kadangkala salah dan kadangkala kita berbeza pendapat. Ini merupakan perkara biasa bagi sesiapa yang bekerja dan berusaha di dalam sesuatu bidang. Tetapi, di bawah naungan cinta, kasih sayang dan persaudaraan kerana Allah, dan dorongan ikhlas dan tajarrud (membulatkan diri kerana Allah), segala kesalahan boleh diperbetulkan, perbezaan pendapat boleh diperbaiki, penerangan boleh dibentangkan, dipertimbangkan dan dirumuskan serta diselaraskan. Hal ini melahirkan tolong-menolong dan bahu-membahu di antara kita semua.

Perbezaan pendapat di dalam sesuatu perkara tidak merbahaya selagi ditauti oleh rasa cinta dan kasih sayang. Tetapi jika ditonjolkan oleh orang-orang yang tertentu yang mempunyai kepentingan lalu dikobarkan di dalam suasana marah kerana membela diri ditambah lagi rasa bangga di dalam melakukan dosa dan mengampu orang-orang yang tertentu yang boleh merugikan dakwah. Maka di sinilah syaitan masuk campur dan akan melahirkan perpecahan. Akhirnya segala usaha menjadi hancur berantakan, waktu dihabiskan dalam perbalahan kemudian berusaha pula membuat perdamaian. Jika perkara seperti ini terus terjadi dan berulang maka dakwah dan kepentingannya akan terkorban di dalam suasana yang sedemikian. Pada hal sewajarnyalah segala usaha yang membina perlu ditumpukan kepada generasi yang sedang tumbuh dan mekar dalam mendidik dan mempersiapkan mereka dengan sebaikbaiknya.

Penutup

Inilah sebahagian dari penyelewengan dan ketergelinciran di sepanjang jalan dakwah. Marilah kita sedari dan pelihara diri kita daripadanya. Kita sentiasalah tanpa henti meminta pertolongan kepada Allah Taala supaya dia membawa kita, memimpin kita melalui jalan yang benar dan menunjuki kita jalan lurus kerana sesungguhnya Dia Maha Kuasa membuat apa yang dikehendakinya.

 

Kekosongan jiwa agama, di mana para pemuda dibiarkan hanyut pada tahun-tahun yang lampau, kedangkalan pelajaran agama, tidak ada tarbiah agama, berkembang merebaknya banjir kerosakan akhlak dan ibahiyah (mengharuskan segala perkara), berleluasanya keraguan dan syak wasangka di dalam akidah, di samping itu hilang ghaibnya Qanun dan undang-undang di dalam strategi jamaah yang bertanggungjawab mengatur dan mengorganisasi para pendokong dakwah kepada Allah.
 
Tinggalkan komen

Posted by di 20 Ogos 2008 in MINDA PEMIMPIN

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 32 other followers

%d bloggers like this: