RSS

Penderaan Terhadap Wanita

19 Sep

Penderaan Terhadap Wanita

KEGANASAN terhadap wanita adalah perbuatan yang menganiayai golongan hawa dan kanak-kanak dalam pelbagai cara, semata-mata kerana mereka dianggap tidak mempunyai taraf sama dengan seorang lelaki.

Keganasan terhadap wanita meliputi semua bangsa, agama, pendapatan, kelas dan budaya. Ia sudah tertanam dalam semua budaya sehinggakan berjuta-juta wanita menganggapnya satu cara hidup mereka.

Keganasan terhadap wanita adalah satu jenayah, dan melanggar hak asasi manusia.

Setiap individu tidak boleh bertoleransi mengenai sebarang tindakan keganasan terhadap wanita.

Jenis penderaan:

- Penderaan Psikologi dan Emosi

Ugutan, penghinaan, menjatuhkan maruah wanita boleh meninggalkan kesan buruk sama seperti penderaan fizikal kerana ia boleh membahayakan nilai harga diri dan perasaan wanita serta keupayaan beliau mengawal kehidupan sendiri.

- Penderaan Fizikal

Memukul, menumbuk, menampar, menggigit, menendang, melukakan, mematahkan tulang, membaling barang dan menggunakan senjata adalah contoh penderaan. Menghalang keperluan manusia seperti makan, minum, tidur dan juga tempat perlindungan juga satu bentuk penderaan fizikal.

- Penderaan Seksual

Memaksa melakukan atau melihat sesuatu berbentuk seksual tanpa kemahuan wanita atau menyakiti wanita ketika melakukan hubungan boleh dikategorikan sebagai penderaan seksual.

- Penderaan Sosial

Penderaan berbentuk ini sering berlaku dalam rumah apabila wanita sering didorong untuk bergantung kepada pasangan masing-masing dan diasingkan daripada mendapat sokongan luar.

- Penderaan Kewangan

Seorang wanita yang dihalang daripada mencari pekerjaan atau yang tidak dibenarkan untuk membuka akaun bank atau menyimpan wang pendapatannya sendiri sebenarnya menghadapi penderaan daripada aspek kewangan. Tanpa kawalan terhadap kedudukan kewangannya akan menyebabkan seorang wanita bergantung sepenuhnya kepada tindakan orang lain untuk mendapatkan walaupun keperluan asas beliau.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 19 September 2008 in KELUARGA SAKINAH

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 33 other followers

%d bloggers like this: