RSS

Arkib Harian: 30 September 2008

AMALAN SUNNAH DI HARI RAYA

AMALAN SUNNAH DI HARI RAYA

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kepada Allah Taala kerana kita selamat menjalani ibadah puasa. Semoga segala amalan yang telah dilakukan mendapat ganjaran pahala berlipat ganda dari Allah Azza Wajalla.
Aidilifitri berasal العيد dari katakerja bahasa Arab iaitu : عاد يعود yang bermaksud kembali. Ini adalah kerana musim kegembiraan yang kembali setiap tahun. Di dalam Al-Quran perkataan ‘Aid’ telah dinyatakan oleh Allah Taala di dalam firmanNya yang bermaksud: (( Isa putera Maryam berdoa: “Ya Tuhan kami turunkanlah kepada kami suatu hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami yaitu orang-orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan Engkau. Berikanlah rezeki kepada kami, dan Engkaulah pemberi rezeki yang paling Utama”)). Surah Al-Maidah:114.

Anas r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w ketika sampai di Madinah mendapati penduduk Madinah sentiasa merayakan dua hari kegembiraan mereka. Lalu Nabi s.a.w bersabda:

قـَدْ أبْدَلـَكـُمُ اللهُ تعالى بـِهـِمَا خـَيْرًا مِنـْهُمَا: يـَوْمَ الفِطـْرِ وَالأضـْحَى

Maksudnya: Sesungguhya Allah Taala menggantikan keduanya dengan yang lebih baik iaitu Hariraya Aidilfitri dan Aidiladha.

Imam Muslim meriwayatkan bahawa Aisyah r.h berkata:

جـَاءَ حَبْشٌ يَزْفـِنـُوْنَ فِيْ يَوْمِ عِيْدٍ في المَسْجدِ فـَدَعَاني النبي صلى الله عليه وسلم فـَوَضَعْتُ رَأسِيْ على مَنـْكِبـِهِ فـَجَعَلـْتُ أنـْظـُرُ إلىَ لـَعْبـِهـِمْ حـَتىَّ كـُنـْتُ أنـَا التيْ أنـْصَرِفُ عَنِ النـَظـَرِ إلـَيْهـِمْ

Maksudnya: Beberapa orang Habsyah datang ke Masjid pada hariraya dan mereka menari. Nabi s.a.w memanggilku dan aku letakkan kepada di atas bahunya, kemudian aku turut serta menonton permainan (tarian) mereka hinggalah aku sendiri memalingkan muka kerana malu melihat mereka.

Berdasarkan hadis di atas maka adalah menjadi keharusan hariraya di sambut dengan hiburan yang boleh menceriakan jiwa dan menggembirakan.
Di pagi hariraya adalah disunatkan supaya mandi, berpakaian indah dan berwangi-wangian. Hassan Al-Sabt r.a berkata:

أمَرَنـَا النـَبـِيُّ صَلىَ الله عليه وسلم في العَيْدَيْن أنْ نـَلـْبـِسَ أجـْوَدَ مَا نـَجِدُ وَأنْ نـَتـَطـَيَّبَ بـِأجـْوَدِ مَا نـَجـِدُ

Maksudnya: Nabi s.a.w menyuruh kami memakai pakaian terbaik pada dua hariraya dan juga menggunakan haruman terbaik yang kami ada. Hadis riwayat al-Hakim.

Di hariraya Aidilfitri terdapat amalan-amalan sunat yang boleh dilakukan, antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Anas r.a: Bahawa Nabi s.a.w tidak keluar pada hariraya Aidilfitri hingga dia makan buah kurma dan dia tidak makan melainkan secara ganjil. Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Ahmad.

Buraidah r.a meriwayatkan: Bahawa Nabi s.a.w tidak keluar pada hariraya Aidilfitri hingga beliau makan dan pada hari Aidiladha pula beliau tidak makan hingga pulang (dari solat). Hadi riwayat Tarmizi, Ibnu Majah dan Ahmad.

Oleh itu di pagi hariraya sebelum menuju ke Masjid untuk solat hariraya adalah baik makan terlebih dahulu dan disunnat makan buah kurma secara ganjil bilangannya.
Di samping itu jika boleh ketika pulang dari solat hariraya laluilah jalan lain kerana menepati sunnah Nabi s.a.w. Jabir r.a. meriwayatkan: Bahawa Nabi s.a.w pada hariraya Aidilfitri mengambil jalan lain (pergi dan balik untuk solat hariraya).

Di hariraya juga ummat Islam digalakkan mengucapkan selamat kepada saudara sesama Islam sebagai ucapan tahniah dengan ketibaan hariraya. Jubair bin Nafir meriwayatkan: Bahawa sahabat-sahabat Nabi s.a.w apabila bertemu di hariraya mereka saling mengucapkan “Taqabbalallahu minna wa minka” (Allah menerima (amalan) dari kami dan darimu).

Bagi menambahkan lagi suasana kegembiraan sempena ketibaan hariraya Aidilfitri maka disunatkan bertakbir seawal terbenam matahari hari akhir Ramadan sehingga sebelum solat hariraya.

 
Leave a comment

Posted by di 30 September 2008 in TAZKIRAH RAMADHAN

 

JAUHI YANG HARAM DI HARIRAYA

JAUHI YANG HARAM DI HARIRAYA

Menjadi fenomena biasa hari ini di mana bila tibanya hariraya maka semua umat Islam mempamerkan kegembiran dengan pelbagai cara dan ragam. Namun kegembiraan ini sewajarnya sentiasa berada di bawah kepatuhan kepada hukum halal dan haram. Kerana jika tidak kegembiraan kita hanya mengundang kemurkaan Allah Taala. Antara amalan salah yang dilakukan pada hariraya ialah:

1) Tidak bangun untuk solat subuh ke masjid atau berjamaah. Kedapatan di kalangan umat Islam yang terus tidak solat subuh kerana keletihan dan kelewatan tidur akibat berjaga menyiapkan juadah hariraya. Ini semua adalah berdosa di sisi Allah Taala.

2) Tidak mendengar khutbah hariraya. Sebaik sahaja selesai solat Aidilfitri ada di kalangan kita yang terus sahaja pulang ke rumah tanpa mendengar khutbah sedangkan khutbah adalah rukun kepada solat sunat hariraya. Maka tiadalah ganjaran pahala bagi mereka yang terus sahaja pulang tanpa mendapat ilmu dari khutbah yang disampaikn.

3) Amalan menziarahi kubur perlulah tidak dianggap sebaik agenda utama hariraya. Kerana menziarahi kubur adalah digalakkan pada bila-bila masa sebagai satu cara mengingatkan kematian di samping dapat mendoakan penghuni kubur. Namun jika tidak menghalang sambutan hariraya ia boleh dilakukan sebagai mengambil peluang berkumpulnya sanak saudara di hariraya.

4) Kedapatan juga di kalangan umat Islam yang ghairah bersalaman semasa bukan muhrim atas alasan untuk bermaafan sedangkan ia menyanggahi syariat Islam. Sewajarnya bagi lelaki dan perempuan yang bukan muhrim seperti antara sepupu lelaki dan perempuan, teman sekerja, rakan sekolah dan sesiapa sahaja, cukup sekadar mengucapkan maaf dimulut ketika bertemu. Suasana bersalaman lelaki perempuan bukan muhrim ini makin menjadi-jadi kerana sering diwar-warkan di dalam media massa. Sedangkan media massa sepatutnya menghindangkan budaya dan adat yang selari dengan kehendak Islam dan bukan sebaliknya.

5) Di hariraya juga kedapatan umat Islam khususnya kaum wanita yang keluar rumah dengan memperagakan pakaian baru tanpa menutup aurat. Amalan ini adalah hasil daripada sikap memandang rendah soat tuntutan menutup aurat. Amat malang sekiranya di hariraya wanita Islam keluar mendedahkan aurat atau berpakaian menjolok mata yang bukan sahaja mengundang dosa untuk dirinya malah setiap mata lelaki ajnabi yang melihatnya pasti akan memberikan saham dosa percuma bagi wanita tersebut.

6) Dalam pada itu hariraya juga sering digunakan untuk menonton rancangan hiburan di televisyen. Ramai di kalangan umat Islam dan anak-anak mereka menghabiskan masa di depan televisyen menonton hidangan rancangan hariraya yang majoritinya tersasar dari syariat Islam sedangkan hariraya ialah saat terbaik menziarahi sanak saudara dan rakan-taulan untuk bertanya khabar dan mengeratkan silaturrahim.

7) Meninggalkan solat fardhu kerana melakukan ziarah hariraya. Ini adalah fenomena yang sedang berkembang di kalangan umat Islam khususnya golongan remaja. Hariraya dijadikan tiket untuk tidak solat dan dijadikan alasan untuk melakukan apa sahaja.

Demikianlah beberapa amalan salah yang sering dilakukan oleh umat Islam apabila menyambut hariraya. Bagi membetulkan keadaan ini ibubapa seharusnya berusaha mencorakkan budaya yang betul dan selari dengan Islam ketika bergembira di hariraya.

Pihak kerajaan juga seharusnya mengawal rancangan hiburan hariraya di media massa yang sebahagian besarnya tidak banyak membantu umat Islam untuk menghayati erti sebenar kemenangan umat Islam. Hariraya Aildilfitri hanya akan menjadi sia-sia jika beberapa amalan yang telah dinyatakan terus dilakukan oleh kita.

Sabda Rasulullah s.a.w:

لِلصَّائـِم ِفـَرْحَتـَان يـَفـْرَحُهُمَا، إذ َا أفـْطـَرَ فـَرِحَ بـِفـْطِرِهِ، وَإذ َا لـَقِيَ رَبـَّهُ فـَرِحَ بـِصَوْمِهِ

Maksudnya: ” Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan. Pertama, kegembiraan ketika berbuka (atau hariraya) dan kedua, kegembiraan ketika bertemu dengan Tuhannya kelak”. Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim.

 
Leave a comment

Posted by di 30 September 2008 in TAZKIRAH RAMADHAN

 

Tolak kerajaan pusat Pakatan jika majoriti bukan Islam

 Oleh ctmar33

Selepas tarikh 16 September berlalu tanpa kejutan, PAS pula mengulangi pendiriannya tidak akan menyertai kerajaan Pakatan Rakyat jika kerajaan baru persekutuan yang dicita-citakan, majoritinya dikuasai oleh wakil rakyat bukan Islam kelak.

Pendirian itu dinyatakan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Ceramah Isu-isu Semasa di Dungun, Terengganu minggu lalu.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang lebih mengharapkan wakil rakyat Umno menyertai PAS jika mahu membina kekuatan orang Melayu dan Islam di negara ini.

Dipetik Harakah menerusi edisi terbaru bertarikh 29 September (hari ini), Abdul Hadi berkata, apabila jumlah wakil rakyat bukan Islam melebihi kerusi anggota Dewan Rakyat beragama Islam, maka PAS akan membuat keputusan – sedia menarik diri daripada kerajaan Pakatan Rakyat.

Kata beliau, PAS telah meletakkan syarat agar kerajaan Pakatan Rakyat itu dikuasai oleh wakil-wakil Islam Melayu.

Jika Islam tidak majoriti, bekas Ketua Pembangkang di Parlimen itu berkata, pembentukan kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat tidak akan disertai oleh PAS.

“PAS akan tarik diri terang-terang jika tidak mendapat majoriti Islam. Itu syarat pertama,” kata beliau.

Susulan pilihan raya umum ke-12 8 Mac lalu, Barisan Nasional (BN) mempunyai 140 kerusi di Dewan Rakyat manakala pembangkang pula 82 anggota.

Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS masing-masing mempunyai 31, 28 dan 22 anggota Dewan Rakyat.

Salah satu parti komponen BN, Parti Maju Sabah (Sapp) telah keluar dan kini bertindak sebagai Bebas di Parlimen. Seorang lagi anggota Dewan Rakyat juga merupakan wakil Bebas.

Idea pembentukan kerajaan persekutuan pimpinan Pakatan Rakyat telah diutarakan oleh pembangkang pada 1 April lalu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menetapkan 16 September yang lalu bagi mencapai sasaran tersebut.

Bagaimanapun tiada perkembangan menjelang 16 September, sebaliknya Pakatan Rakyat menerusi Anwar telah meminta agar Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengadakan pertemuan dengan pembangkang bagi membincangkan peralihan kerajaan pusat secara aman.

Surat pertemuan itu ditandatangani Anwar, Abdul Hadi dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Kemudian Anwar meminta Abdullah memanggil sidang khas Parlimen pada 23 September.

Kedua-dua permintaan itu ditolak Abdullah dan tarikh baru Pakatan Rakyat membentuk kerajaan ialah 1 Oktober.

Syarat kedua yang ditentukan Abdul Hadi ialah kerajaan yang bakal dibentuk itu mesti sebuah kerajaan yang kukuh, bermakna terdiri daripada wakil rakyat yang konsisten (istiqamah).

“Kita (PAS) bersedia untuk mengubah kerajaan tetapi dengan syarat mestilah kerajaan itu lebih baik daripada yang sedia ada (BN).

“Kita tidak mahu berubah kepada yang lebih buruh tetap mesti lebih baik,” kata Abdul Hadi.

Pada minggu lalu, Anwar telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Abdul Hadi di Kota Bharu bagi membincangkan perkembangan terbaru mengenai sasaran tersebut.

Difahamkan, dalam pertemuan itu Anwar sekali lagi memberi jaminan tidak akan meminggirkan PAS apabila Pakatan Rakyat membentuk kerajaan baru persekutuan.

 
Leave a comment

Posted by di 30 September 2008 in POLITIK

 

SOLAT TASBIH DAN MENGHIDUPKAN MALAM HARI RAYA

SOLAT TASBIH DI MALAM HARI RAYA

Soalan; ustaz, berkenaan solat sunat tasbih, adakah dituntut dilakukan pada malam raya? Dan adakah benar dakwaan yang mengatakan bahawa tiada sebenarnya solat ini dalam pengamalan rasulullah?

Jawapan;

Tidak ada solat sunat yang disyariatkan secara khusus untuk malam hari raya. Apa sahaja ibadah yang telah disyariatkan secara umum –iaitu solat tahajjud, zikir, selawat, bacaan al-Quran, majlis ilmu dan sebagainya- harus kita lakukan untuk menghidupkan malam hari raya untuk memperolehi kelebihan yang disebut oleh hadis; “Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari mati hati-hati”. (Riwayat Imam at-Thabrani dari ‘Ubadah r.a.)[1]

Mengenai solat Tasbih, terdapat hadis dari Ibnu ‘Abbas r.a.; “Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepada bapa saudaranya al-‘Abbas; ‘Wahai al-‘Abbas, bapa saudaraku! Sukakah aku berikan, aku kurniakan dan aku ajarkan kepadamu sepuluh kelebihan jika kamu lakukannya, nescaya Allah akan mengampunkan dosa kamu dari awal hingga akhirnya, yang lama dan yang baru, yang tersalah dan yang disengajakan, yang kecil dan yang besar, yang tersembunyi dan yang terang-terang; iaitulah kamu menunaikan solat empat rakaat di mana kamu membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah dan satu surah (yang lain), kemudian apabila selesai membaca (al-Fatihah dan surah itu) engkau baca –ketika sedang berdiri itu-; “سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر” sebanyak 15 kali. Kemudian kamu ruku’ dan semasa ruku’ itu kamu membaca sebagaimana bacaan tersebut sebanyak 10 kali. Kemudian kamu angkat kepalamu dari ruku’ dan membaca 10 kali juga (ketika sedang berdiri I’tidal itu). Kemudian kamu sujud dan membaca semasa sujud sebanyak 10 kali. Kemudian kamu bangun dari sujud dan membaca 10 kali lagi. Kemudian kamu sujud semula dan membaca 10 kali juga. Kemudian engkau angkat kepalamu dari sujud dan membacanya 10 kali lagi sebelum bangun ke rakaat berikutnya. Demikianlah 75 kali pada setiap rakaat. Hendaklah kamu lakukannya dalam empat rakaat. Jika kamu dapat kerjakan solat itu pada setiap hari sekali, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, lakukanlah sekali pada setiap jumaat. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap bulan. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap tahun. Jika tidak mampu juga, lakukanlah seumur hidup sekali” (HR Imam Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

Ulamak-ulamak berbeza pandangan tentang hadis di atas. Ada yang menolaknya (yakni menganggapnya dhaif, tidak soheh) dan ada yang menerimanya. Antara yang menolaknya ialah Imam Ibnul-Jauzi, Hafiz al-‘Uqaili dan Abu Bakar Ibnu al-‘Arabi. Adapun yang menerimanya (yakni menganggapnya sebagai soheh untuk dijadikan hujjah dan amalan)–antara mereka- ialah; Imam as-Suyuti, Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani dan al-Hafiz al-Munziri. Berkata Imam al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani; hadis mengenai solat tasbih ini adalah hasan kerana banyak jalannya yang menguatkan jalannya yang pertama”. Termasuk juga yang menerima hadis Solat Tasbih itu ialah Syeikh Nasiruddin al-Albani. Dalam tahqiqnya terhadap Sunan Abu Daud, beliau menegaskan; “Hadis tersebut (yakni hadis solat Tasbih yang kita kemukakan di atas) adalah soheh” (Lihat; Soheh Wa Dhaif Sunan Abi Daud, no. 1297).

Wallahu a’lam.

[1] Al-jami’ as-Saghier, hadis no. 8343 (dhaif). Hadis ini menurut Imam Nawawi dalam al-Majmu’; sanadnya adalah dhaif. Namun menurut ulamak, hadis dhaif harus diamalkan dalam fadhilat-fadhilat amalan. (Lihat; Mughni al-Muhtaj, jil. 1, hlm. 426).

Soalan; ustaz, benarkah hadis yang berbunyi lebih kurang “Barang siapa yang menghidupkan ( seperti bertasbih, bertahmid dan bertahajjud) pada dua malam hari raya (eid fitri dan eid adha) akan dihidupkan hatinya ketika mana hati-hati lain mati”.

Jawapan;

Disunatkan menghidupkan malam dua hari raya (yakni hari raya fitrah dan hari raya korban) dengan ibadah sama ada mengerjakan solat-solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya. Ini kerana terdapat hadis di mana Nabi s.a.w. bersabda;

مَنْ أَحْيَا لَيْلَةَ الْفِطْرِ وَلَيْلَةَ الأَضْحَى لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوْتُ الْقُلُوْبُ
“Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari mati hati-hati”. (Riwayat Imam at-Thabrani dari ‘Ubadah r.a.)[1]

Terhasilnya menghidupkan malam itu ialah dengan bangun beribadah di kebanyakan malam tersebut sebagaimana bermalam di Mina. Namun menurut Ibnu ‘Abbas r.a.; sekurang-kurang yang dinamakan menghidupkan malam ialah mengerjakan solat Isyak berjamaah dan berazam untuk mengerjakan solat subuh berjamaah. Yang dimaksudkan mati hati ialah terbelenggu hati dengan dunia. Ada yang berpendapat maksudnya ialah menjadi kafir. Dan ada juga yang memberi erti; ketakutan hari kiamat.

Selain itu, digalakkan juga memperbanyakkan doa pada malam hari raya kerana doa pada malam tersebut adalah mustajab. Imam Syafi’ie berkata di dalam kitabnya al-Umm; “Telah sampai kepada kami bahawa dikatakan; ‘Sesungguhnya terdapat lima malam dimustajabkan doa iaitu; pada malam jumaat, malam hari raya korban, malam hari raya fitrah, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Sya’ban’”.[2]

Wallahu a’lam.

Nota Kaki;
[1] Al-jami’ as-Saghier, hadis no. 8343 (dhaif). Hadis ini menurut Imam Nawawi dalam al-Majmu’; sanadnya adalah dhaif. Namun menurut ulamak, hadis dhaif harus diamalkan dalam fadhilat-fadhilat amalan. (Lihat; Mughni al-Muhtaj, jil. 1, hlm. 426).
[2] Mughni al-Muhtaj, jil. 1, hlm. 426, al-Majmu’, 5/47.

 
Leave a comment

Posted by di 30 September 2008 in SOAL JAWAB AGAMA

 

perutusan Hari Raya Eidul Fitri

Ikuti perutusan Hari Raya Eidul Fitri oleh
Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang
di:

http://webtv.terengganukini.net/wawancara/080926/utusraya1429.wmv

 
Leave a comment

Posted by di 30 September 2008 in MINDA PEMIMPIN

 

MB Perak bukan ehsan dari DAP dan PKR

 Oleh amani

“Kalau kita asyik ikut dibelakang takbir, lemas kita, mudah je orang tipu dan pedaya kita. Islam mestilah mempunyai prinsip dan etika dalam tindak tanduknya. Kita tak boleh membiarkan perkara perkara nahi mungkar berterusan.

Ini semua berpunca dari sikap Anwar yang gagal menunjukkan akhlak pejuang muslim yang sebenar. Yang pasti TGHH tidak di beri input mengenai proses penubuhan kerajaan cara Anwar dan Anwar sememangnya cuba hendak manipulasi ahli ahli Pas dalam keghairahan menawan pusat.

Anwar ingat kalau rakyat sokong dia, bermakna semua pemimpin pembangkang akan sokong juga, belum tentu hanya mereka yang lalai akan urusan dunia terlupa akan maslahah akan timbul.

TGHH mengingatkan Anwar sekiranya betul ada senarai pemimpin kerajaan yang akan melompat, perlu la mendapat persetujuan bersama kerana kerajaan PR malah parti PR belum ditubuhkan secara rasmi dan mandat yang diberikan kepada Anwar sebagai ketua Pembangkan belum bukan tiket untuk mendominasikan parti pembangkan lain terutama Pas.

TGHH pun nak pastikan permainan Anwar tidak menyalahi etika dalam Islam, maksudnya kalau nak main belakang kene pastikan Halal.

Sehingga kini TGHH masih tidak puas hati tentang cara yang hendak Anwar lakukan kerana tidak sampai kepengetahuannya sebagai mewakili parti Islam yang terbesar. TGHH pun tidak sanggup untuk menipu ahli Pas dengan menyokong Anawr secara membuta tuli. Perkara ini perlulah melalui mesyuarah bersama tanpa selindung atau helah.

Semua ini berlaku kerana sikap Anwar yang kerap berdolak dalik dan yang pasti cuba menipu malah ada yang telah menipu akan rancangannya dan dalam kenyataannya. Setelah beberapa ketika perjalanan bersama Anwar, kini ternampak cacat cela sikap Anwar yang tidak memperdulikan etika, akhlak Islam dalam memberi kenyataan. Ini yang memberi kerunsingan kepada golongan Ulama yang tidak mudah terpedaya.

Kenataan Mustapha Ali baru baru ini dalam Harakah jelas menunjukkan bahawa Pas amat curiga akan keberkesanan dan taktik yang Anwar gunakan untuk menawan pusat. Yang jelas dahulu ketika Umno merampas Terengganu daripada Pas masih melalui DUN tetapi Anwar seperti memperbodohkan pemimpin senior Pas yang telah berpengalaman. Itulah yang dikhuatirkan sekiranya ada jalan lain yang menyalahi etika dan Undang undang.

Kita khuatir juga sekiranya Anwar bersikap begini, dikemudian hari sekiranya beliau menjadi PM kelak mudah belaku krisis dalaman yang teruk.

Pas tidak mengharapkan pangkat dan kuasa. Pas hanya ingin berjihat untuk mendapat ganjaran sebenar di sisi Allah SWT. Kemenangan atau tidak itu adalah urusan Allah SWT.

Pas boleh menolak menjadi MB Perak sekiranya Islam dicabar dan dipermainkan. Sekiranya Pas menolak menjadi MB di Perak, Umno yang akan mengambil alih dalam sistem Raja berpelembagan. DAP dan PKR akan melopong juga. Nasib baik Pas bersedia dan menerima. Bukan kerana ehsan dari DAP dan PKR.

 

 
Leave a comment

Posted by di 30 September 2008 in POLITIK

 

Islam, ulama dan syura

Oleh Nik Mohamad Abdul Nik Abdul Aziz

Salam Ramadhan,

Semasa saya mengunjungi ayahanda di hospital untuk memberitakan pemergian saya ke Mesir sebelum bulan Ramadhan baru – baru ini, saya sempat juga menyertai perbualan ayahanda dengan beberapa orang pelawat yang lain. Sangat biasa saya hanya menjadi pendengar yang tekun sahaja dan jarang mencelah kecuali apabila perlu, saat ayahanda berpaling ke arah saya seperti meminta pandangan daripada saya.
Apabila saya memberi pandangan di hadapannya, saya agak terlalu merendahkan suara sehingga saya sendiri rasa terkilan, bimbang ayahanda gagal memahami maksud saya. Ia mungkin suatu yang negatif dan dilihat tidak memberi manfaat apa – apa. Tetapi, sepanjang dididik sedari kecil di bawah tarbiyah Islamiyah, samada di rumah atau di sekolah, saya mendapatinya sebagai suatu terjemahan kepada adab – adab Islamiyah yang tinggi.

Ia bagi saya adalah penghayatan kepada sebuah kehidupan yang penuh sopan dan teladan yang dianjurkan Islam. Adab dan akhlak mulia adalah isi penting pengajaran dan kehidupan Islamiyah.

Pertama, saya kena memuliakannya sebagai seorang bapa. Ibu dan bapa adalah syarat memasuki ridha dan syurga tuhan. Ia menyentap nikmat perjuangan dan kehidupan jika dialpakan dan dipinggiri kepentingannya. Ayah dan ibu bukan untuk dipohon ampun dan dipeluk cium hanya di pagi raya, bahkan setiap pagi adalah hari raya untuk mereka daripada kita anak – anak. Kita perlu membahagiakan mereka di hadapan dan di belakang mereka. Biar kita menjadi syurga mereka di dunia ini sebelum mereka menjadi syurga kita.

Ibu bapa mana tidak gembira melihat kita tergagap – gagap rentak kita di hadapannya semata – mata kerana ingin menghormati, beradab dan menjaga tata santun kita di depannya. Biar mereka menikmati kita hari ini sebagaimana mereka menikmati kita semasa mereka mendidik kita semasa kecil dahulu. Perhatilah, merekakan terhibur melihat gelagat dan ngomelan cucu – cucu mereka, anak – anak kita itu. Biar sifat keanakan itu masih menjadi pakaian rasmi kita di hadapan mereka, biar besar mana nama kita di sisi masyarakat di luar sana.

Kedua, saya kena memuliakannya sebagai seorang ulama. Ayahanda adalah tok guru di sisi masyarakat. Ia terus memuncak sehingga masyarakat menobatkannya sebagai seorang Menteri Besar sebuah kerajaan negeri Islam. Kesultanan pula memuliakan penghormatan rakyat ke atasnya dengan menganugerahkannya pula gelaran kebesaran istana. Panjangnya nama ayahanda, Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz bin ( Tuan Guru ) Haji Nik Mat ( Alim ). 

Jika semua masyarakat berebut – rebut untuk memuliakannya, maka mestilah saya kena merebutinya di tempat yang pertama. Dia ayah saya sebelum dia adalah tok guru saya dan semua. Saya mesti memenangi perlumbaan ini di tempat yang pertama.

Ulama besar sungguh di sisi Islam. Ia menjadi besar kerana tiada lagi nabi hari ini. Tiada lagi utusan langsung dari langit atas sebagaimana zaman dahulu kala sebelum kedatangan rasul akhir zaman sallaLlahu alaihi wasallam. Zaman mana ada nabi, tiadalah ulama menjadi besar sebagaimana hari ini yang tiada lagi nabi.

Ulama itu pewaris para nabi. Nabi mewarisi ilmu langit. Kadar mana ilmu itu diwarisi ulama, kadar itulah darjat ulama menjadi tinggi. Oleh kerana nabi kita begitu diangkat ketinggiannya, maka para ulama pewaris pun turut mewarisi dan menerima tempias ketinggian itu. Ulama dijulang kerana nabi dijulang. Ulama dipalang pun kerana nabi dipalang jua.

Ulama mewarisi ilmu dan perjuangan para nabi. Bebanan ulama tak sama dengan bebanan kita orang biasa. Mereka mesti menjaga ugama. Mereka mesti menjaga dakwah. Mereka kena menarik kemaslahatan kepada ummah dan menolak kemudharatan daripada mereka.

Begitu ugama ini dijaga daripada kebatilan dan kerosakan. Ia mesti kekal sebagai ugama suci untuk dianuti jiwa yang mahukan kesucian di dunia ini.

Allahlah yang menjaga ugama ini. Ia mengarahkan malaikat Jibril memeliharanya sehingga terus diwahyukan dan diperolehi al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam. Kemudian baton penjagaan itu dipegang oleh Nabi Muhammad sehinggalah kewafatannya. Kemudian ia diserahkan kepada para sahabat sebagai ulama dan pewaris pertama ugama ini. Mereka adalah para tuan guru pertama umat Muhammad sebelum kita.

Di sini berlaku lompang yang memisahkan antara dua rasul tuhan ( Jibril dan Muhammad ) dengan para sahabat ( ulama pertama ). Yang pertama disucikan daripada dosa dan kesalahan, sedang yang kedua kekal berhadapan dosa dan kesalahan.

Bagaimana agama ini dijaga oleh para pewaris yang tidak mewarisi kesucian dan ismah ( maksum )? Tidakkah ini mengakibatkan ugama juga akan terdedah kepada pemalsuan dan pemunahan?

Ia adalah persoalan yang besar dan pasti mencetus fitnah. Tetapi Allah yang maha bijaksana lebih mendahului persoalan itu dengan jawaban yang telah pun siap siaga disediakan.

Nabi Muhammad diarah untuk meladeni para sahabat yang akan mewarisi ugama ini daripadanya dengan menjadikan mereka ahli mesyuaratnya. Siapalah para sahabat yang penuh kekurangan untuk diambil timbang pandangan mereka di hadapan ar Rasul yang penuh maksum? Tidakkah cukup sudah segala jawaban jika ianya datang walaupun hanya dari seorang seperti ar Rasul? Apalah gunanya lagi pandangan para sahabat?

Namun begitulah Allah mempersiapkan jawaban buat mengisi kelompangan besar antara kedua – duanya. Betul, al Rasul cukup dengan wahyu dan Allah di sisinya untuk menjaga ugama tanpa pandangan dan jawaban para sahabat, tetapi begitulah amalan syura dihidupkan seawal zaman nabi masih di persada kehidupan buat memahamkan kita bahawa syura ulama adalah pewaris ugama ini.

Seorang nabi tidak diwarisi oleh seorang ulama. Seorang Muhammad yang menjaga ugama itu diwarisi ilmu ugama dan perjuangannya oleh sejumlah ulama yang membentuk syura yang muktabar.

Jumlah yang ramai itulah yang menjadi penyelamat sepanjang zaman kepada perjalananan ugama suci ini untuk terus kekal suci sampai kiamat.

Syura mesti daripada ulama yang mewarisi ilmu al Quran. Ia mesti dipilih oleh para ulama daripada kalangan mereka atau dengan keputusan mereka. Demikian ugama ini menjadi kebal untuk dibolosi anasir – anasir yang akan mencacatkan dan mengotorkan agama suci ini.

Agama bukan milik Ibnu Taimiyah atau Hasan al Banna atau Yusuf al Qaradhawi atau individu mana pun. Juga, ia bukan milik Abdul Aziz, atau Abdul Hadi atau Harun Din atau individu mana pun. Ia milik syura yang dikebalkan Allah dengan kekebalanNya. Himpunan ulama mencipta Ijma’ ulama. Ijma’ ulama adalah sumber ugama selepas Al Quran dan al Hadis. Begitu kita mesti memahamkan diri.

Betul, setiap ulama adalah bintang yang bercahaya. Anda menikmatinya saat langit malam itu cerah, aman dan sejahtera. Namun, apabila awan mula menggulung – gulung dan petir memanah – manah, anda kehilangan petunjuk bintang itu.

Begitulah, anda kehilangan individu ulama itu saat fitnah menyerang umat. Anda memerlukan petunjuk yang lebih jelas dan tepat. Itulah syura ulama yang pasti menunjuki.

Semasa saya menyertai perbualan ayahanda dengan beberapa pelawat lain di wad Hospital Pakar Perdana itu, seorang exco negeri memberitahu ayahanda bahawa semacam ada usaha untuk menukarkan kepimpinan ulama di dalam PAS dengan kepimpinan Islam. Ia merujuk kepada beberapa isu dalaman yang melanda PAS saat itu. Juga hari ini?

Ayahanda dengan wajah cerianya mencelah, ” Bagaimana mereka boleh memisahkan antara kepimpinan Islam dengan kepimpinan ulama?”

Anda tak rasa hebatkah dengan jawaban ayahanda ini? Jika begitu, anda betul – betul anak murid yang nakal! Atau beballah..

Saya terbawa – bawa hikmah ini sehingga mensyarahkannya kepada adik – adik seperjuangan di bumi Mesir. Dan sehingga sekarang saya akan menghidupkan hikmah ini.

Jika anda seorang doktor, anda diamanahkan menjaga kesihatan tubuh. Jika anda seorang arkitek dan engineer, anda diamanahkan menjaga kesihatan bangunan. Jika anda seorang ekonomis, jagalah kesihatan kocek.

Jika anda bukan seorang ulama, janganlah anda melangkah ulama untuk menjaga ugama dan dakwah ini. Kelak anda marah jika anda digelar anak tak beradab atau murid yang nakal.

Kita dalam PAS jangan jadi budak – budak nakal. Malu kita

 
Leave a comment

Posted by di 30 September 2008 in TAZKIRAH RAMADHAN

 

HARI RAYA DALAM ISLAM

HARI RAYA DALAM ISLAM

Assalamu’alaikum muslimin dan muslimat sekalian,

Hari Raya ialah hari kita bergembira dan bersuka ria. (Sebab itu setengah ulamak tidak bersetuju bahawa pada hari raya kita menziarahi kubur, nanti kita sedih, menangis)
Bergembira kerana telah berjaya menunaikan sebulan puasa.
Bergembira kerana dapat makan minum.
Bergembira kerana berpakaian baru.
Bergembira dapat bertemu sanak saudara.
Bergembira dalam batas yang ditentukan oleh agama(syarak) dan tidak melampau serta tidak lalai mengingati Allah.
Firman ALlah Ta’ala’:
وَلِتُكْمِلُوا العِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللهَ عَلى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُوْن
Maksudnya : “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” (al-Baqarah : 185)


حَدِيثُ أَبِي بَكْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ شَهْرَا عِيدٍ لا يَنْقُصَانِ رَمَضَانُ وَذُو الْحِجَّةِ *
Diriwayatkan daripada Abu Bakrah r.a katanya: Nabi s.a.w telah bersabda: Dua bulan yang terdapat Hari Raya, tidak mengurangkan jumlahnya. Iaitu bulan Ramadan dan Zulhijah . – Riwayat Bukhari dan Muslim

حَدِيثُ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا : أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَامَ يَوْمَ الْفِطْرِ فَصَلَّى فَبَدَأَ بِالصَّلاةِ قَبْلَ الْخُطْبَةِ ثُمَّ خَطَبَ النَّاسَ فَلَمَّا فَرَغَ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَزَلَ وَأَتَى النِّسَاءَ فَذَكَّرَهُنَّ وَهُوَ يَتَوَكَّأُ عَلَى يَدِ بِلالٍ وَبِلالٌ بَاسِطٌ ثَوْبَهُ يُلْقِينَ النِّسَاءُ صَدَقَةً
Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a katanya: Sesungguhnya Nabi s.a.w berdiri mendirikan sembahyang pada Hari Raya Fitrah. Baginda memulakannya dengan sembahyang sebelum berkhutbah. Sesudah itu barulah baginda mulai berkhutbah kepada orang ramai. Apabila selesai Nabi s.a.w turun dan menghampiri kaum wanita. Baginda memberi peringatan kepada mereka, sambil bertumpang pada tangan Bilal. Bilal membentangkan pakaiannya dan para wanita mulai memberi sedekah * Riwayat Bukhari dan Muslim.

حَدِيثُ أُمِّ عَطِيَّةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ : أَمَرَنَا تَعْنِي النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نُخْرِجَ فِي الْعِيدَيْنِ الْعَوَاتِقَ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ وَأَمَرَ الْحُيَّضَ أَنْ يَعْتَزِلْنَ مُصَلَّى الْمُسْلِمِينَ *
Diriwayatkan daripada Ummu Atiyyah r.a katanya: Kami telah diperintahkan oleh Nabi s.a.w supaya keluar pada Hari Raya. Begitu juga kanak-kanak perempuan yang telah baligh, gadis-gadis pingitan dan diperintahkan juga wanita-wanita yang sedang haid supaya keluar pada Hari Raya serta diperintahkan agar mengasingkan mereka dari tempat sembahyang kaum muslimin * Riwayat Bukhari dan Muslim.


Sempena menyambut hari raya ini, marilah kita merenung sebuah hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik,(status hadith ini mintak sahabat yang pakar check semula).
berkaitan dengan konsep ‘hari raya’ yang lebih luas. Menurutnya, Nabi Muhammad saw. bersabda hari raya yang sebenarnya bagi orang beriman itu ada pada 5 masa:

1. Setiap hari dia berjalan dan bertemu seorang yang beriman serta dia tidak melakukan sebarang dosa, itu adalah hari raya baginya.

2. Hari keluarnya dari dunia dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan

3. Hari menyeberang Siratul Mustaqim dan terselamat dari bencana jatuh ke dalam api neraka

4. Hari kita masuk syurga dengan selamat dan terlepas dari api neraka

5. Hari kita dapat menatap wajah Allah Ta’ala

Nabi Muhammad saw menjelaskan Hari Raya bagi setiap orang beriman ada pada 5 ketika; iaitu setiap hari yang dia tidak melakukan sebarang dosa, saat meninggal dunia dalam husnul-khatimah, hari berjaya melintasi Siratul-Mustakim dan terselamat dari masuk ke neraka, masuk ke dalam syurga dan hari dia mengadap/menatapwajah Allah Taala.

Sekiranya kita tidak melakukan sebarang dosa pada sesuatu hari, itu adalah hari raya bagi kita. Kalaulah kita berusaha sungguh-sungguh menghindarkan diri melakukan sebarang dosa dengan menjauhi larangan Allah serta mematuhi segala perintah Allah, hari itu adalah sebenarnya hari raya bagi kita.

Saat menghembuskan nafas terakhir dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan juga termasuk dalam ‘hari raya’ yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad saw. Saat sakratul-maut adalah masa yang paling genting bagi setiap individu. Kesakitannya yang amat sangat bukan saja menimpa jasad bahkan rohnya juga; seperti yang digambarkan oleh ulama kesakitannya lebih dahsyat daripada dipalu dengan 1000 pedang, atau digunting dengan beberapa gunting atau digergaji dengan beberapa gergaji. Malahan dikatakan saat sakrat adalah hari kiamat bagi si-mati.

Menurut Imam Ghazali kesusahan mati itu 3, pertama kesakitan sakrat, kedua kesusahan melihat kedatangan malaikatul-maut dengan mukanya yang amat bengis dan ketiga kesusahan jika dinampakkan tempat kediaman di neraka (jika ahli maksiat). Sudahlah tidak tertahan dengan kedahsyatan yang amat sangat, syaitan pula sibuk menangguk di air keruh. Di saat inilah dia menjalankan taktik dan strategi terakhir untuk menumpaskan kita. Hanya orang yang Allah tetapkan mati dalam husnul khatimah saja terlepas dari tipu dayanya. Berjayanya kita di saat ini barulah kita dapat menikmati hari raya sebenarnya. Namun alam perkuburan merupakan alam yang penuh dengan peristiwa-peristiwa dahsyat. Bagi orang mukmin, ia merupakan satu taman dari taman-taman syurga, sebaliknya bagi orang kafir, alam barzakh adalah satu pintu dari pintu neraka.

Hari Raya seterusnya adalah hari kita berjaya melepasi api neraka selepas merentas Titian Siratul Mustaqim. Sebelum menyeberang jambatan yang direntang di atas kawah neraka, setiap individu disoal dan ditimbang amalan baik dan jahatnya. Selesai dari segala perhitungan tersebut barulah diperintah meniti Titian yang sangat tajam dan sangat halus ini. Orang yang mengikut jalan lurus semasa di dunia selamat menyeberang dengan kelajuan yang pantas. Malangnya mereka yang menyeleweng dari jalan lurus di dunia gagal dan jatuh ke dalam api neraka. Bayangkan betapa dahsyat dan ngerinya berada di jambatan yang di bawahnya terdapat lautan api yang sentiasa mengait sesiapa saja yang berdosa. Andainya terlepas dari tercebur ke neraka, barulah boleh kita berhari raya.

Hari kita masuk syurga adalah hari raya seterusnya bagi orang beriman. Terlepasnya dari neraka bermakna kita akan dimasukkan ke dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan dan kelazatan. Syurga adalah tempat manusia pilihan. Penghuni-penguni syurga dengan muka yang berseri-seri diberikan kerajaan yang sangat luas dengan mahligai yang besar serta menikmati pelbagai juadah yang lazat-lazat. Pendeknya mereka beroleh segala kelazatan dan terhindar dari segala seksa. Inilah sebenarnya hari raya bagi orang mukmin.

Hari raya yang paling meggembirakan orang beriman ialah di saat memandang wajah Agung Ilahi. Inilah kenikmatan yang paling agung dan lazat sehingga terlupa kelazatan dan kenikmatan syurga. Ia merupakan puncak atau klimaks kenikmatan orang beriman.

Memandangkan kita belum pun menempuh saat-saat di atas, sepatutnya kita berasa cemas dan berwaspada. Dalam masa kita bersuka ria menyambut hariraya ini, lintaskanlah di hati sanubari kita bahawa hari raya sebenarnya belum kita tempuhi lagi. Amat jauh terpesongnya budaya kita yang menyambut hariraya dengan maksiat seperti hiburan, nyanyian, tarian dan pelbagai kegilaan yang melupakan kita akan hari raya sebenarnya. Hari Raya Idilfitri hanya satu gambaran atau tamsilan bagi kita merenung bahawa Allah akan membalas dengan ganjaran baik jika berjaya melepasi rintangan hawa nafsu dan mengendalikan hidup mengikut cara yang Allah redhai.

Mudah-mudahan hariraya yang kita hadapi ini tidak berakhir di sini saja, sama-samalah kita berdoa semoga ia berterusan sehinggalah kita berjaya melepasi sakratul-maut, titian siratul-mustaqim, menjadi penghuni syurga dan akhirnya mengadap zat Allah Taala di syurga kelak.

UYE
 
Leave a comment

Posted by di 30 September 2008 in BERITA PAHANG, TAZKIRAH RAMADHAN

 

Sengsara isteri mangsa ISA mencari sesuap rezeki untuk anak-anak

 
Anis Nazri | anisnazri@harakah.net.my
(Hrkh) - Menyara ibu bapa yang sudah berusia, dengan dua orang anak yang masih kecil, Hapipah Majid, terpaksa memikul tanggungjawab tersebut bersendirian setelah suaminya, Abu Bakar @ Zainon Rashid, ditahan ISA.

Sejak enam tahun lalu, Hapipah bertungkus-lumus menyara kehidupan mereka sekeluarga dengan pelbagai pekerjaan demi masa depan anak-anak. Apatah lagi, tugasnya sebagai seorang pendidik terpaksa dilupakannya kerana beliau adalah isteri tahanan ISA.

Sekolah swasta tempat beliau mengajar sebelum ini, bertindak memberhentikan beliau sejurus suaminya ditahan akta maha zalim itu.

Bermula saat hitam itu, Hapipah membulatkan tekad mengintai segala peluang bagi meneruskan kehidupan mereka anak-beranak.

Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tinosa Dua, Sandakan, Hapipah kelihatan tenang melayani pertanyaan Harakah berhubung kehidupannya setelah dipisahkan dari suami tercinta.

Mengimbau kembali detik enam tahun lalu, Hapipah ternyata memiliki kekuatan yang amat tinggi apabila berhadapan detik itu, yang saat itu beliau sedang hamil sembilan bulan.

Namun, hari demi hari beliau kembali bangkit meneruskan kehidupan demi masa depan anak-anak dan keluarganya. Kini, berbekalkan semangat jitu beliau mengambil peluang menjual ubat-ubatan bagi kelangsungan hidupnya.

Sempena Syawal yang bakal menjelma, Harakah mengambil peluang menyampaikan sumbangan pembaca Harakah menerusi tabung ISA yang ditubuhkan sejak April lalu kepada Hapipah.

Sumbangan tersebut disampaikan Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman ketika mengunjunginya di rumah beliau, 23 Sept

 
Leave a comment

Posted by di 30 September 2008 in KELUARGA SAKINAH

 

Ghairah dan ghurur dalam politik

 
Zulkifli Yahaya
Berbekalkan kemenangan 12 kerusi Dun pada pilihan raya umum 1999, PAS merasai mendapatkekuatan luar biasa di negeri Kedah.

Jabatan Pilihan Raya Negeri kemudian merancang satuagenda lebih besar iaitu melancarkan Tahun Tawan Kedah 2003.

Ia diperbaharui pada tahun 2004 apabila pilihan raya tidak diadakan pada tahun 2003. Misinya digahkan dalam slogan yangdicanangkan ke seluruh negeri.

Selepas kalah teruk pada pilihan raya umum 2004, masing-masing baru menyedari bahawa keghairahan mencanangkan misi dan visi adalah satu kesilapan dalam berdepan dengan BN yangmasih berkuasa.

Kuasa dan BN hampir sinonim. Macam nyawa dan badan. Takutnya BN padakehilangan kuasa macam takutnya manusia hilang nyawa.

Ancaman ‘Tahun Tawan Kedah 2004′ benar-benar menggoncang tangkai jantung BN, lantas pelbagaiagenda dilaksanakan bagi menggagalkan hasrat PAS. Sementelahan mereka ada kuasa dan wang. By crook or by hook BN mesti terus berkuasa.

Tabiat manusia, apabila terlalu ghairah maka tindakan yang diambil mengetepikan kerasionalan. Mereka lupa antara strategi yang perlu disembunyikan dan perkara yang wajar didedahkan.

Kesilapan seperti ini juga pernah berlaku pada BN. Pilihan raya kecil Lunas 2001, Ketua Pemuda BN mengumumkan strategi mereka untuk memenangkan calon BN.

Dato’ Seri Hishamudin Tun Hussein menjelaskan bahawa jentera Pemuda BN akan turun menemui setiap orang pengundi muda bagi menyampaikan mesej mereka.

Kelakarnya, selepas membuat pengumuman tersebut Hishamudin cabut ke luar negeri untuk bercuti.

Pihak lawan yang mendengar strategi BN itu lalu mengambil langkah mengatasinya. Barisan Alternatif (waktu itu) mengatur tindak balas dengan ‘turut’ menemui setiap orang pengundi muda bagi menyampaikan mesej.

Walhal BN yang mendedahkan strategi tadi, tidak pun melakukan seperti yang diumumkan. Keputusannya BN kalah.

Pilihan raya kecil Pendang/Anak Bukit adalah iktibar anugerah Allah yang paling baik untukdikenang oleh pejuang Islam khususnya.

PAS meletakkan harapan 50-50 untuk menang di AnakBukit selepas melihat saingan sengit dibuat oleh BN di situ. Selepas ikhtiar, pergantungan selebihnya adalah terhadap Allah SWT.

Di Pendang, ada yang sudah menjentik kerongkong menghitung majoriti yang bakal diperolehi oleh PAS.

Hasilnya, PAS menang di Anak Bukit dan tewas di Pendang dengan majoriti 283 undi. Sekali lagi tabiat manusia memperlihatkan bahawa kita tawaduk bila merasa diri tidak terlalu kuat lalu mengalih pergantungan kepada Allah dan menjadi ghurur (tertipu) dengan kekuatan sendiri bila terlalu ghairah.

Ekoran kejayaan menafikan majoriti dua pertiga BN dalam pilihan raya umum lalu, timbullah keghairahan luar biasa pakatan pembangkang untuk meneruskan kemaraan.

Entah siapa yang memulakan, tiba-tiba muncul dakwaan bahawa ahli-ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak akan melompat beramai-ramai menyertai pakatan pembangkang, yang kemudian dinamai Pakatan Rakyat.

Dari desas-desus ia kemudian bertukar kepada agenda politik. “Kami dah cukup bilangan ..,” menjadi ungkapan politik yang dijaja sejak berbulan.

Di sebalik keghairahan tersebut, timbul persoalan jika benar ‘sudah cukup bilangan’ bijakkah strategi menjaja perkara tersebut saban waktu, sedangkan BN masih berkuasa?

Mereka boleh guna senjata ugut atau habuan kebendaan. Mereka mampu buat apa saja untuk melindungi ahli Parlimen dari melompat.

Presiden PAS, Dato� Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan pendokong perjuangan Islam supaya tidak terlalu ghairah hendak berkuasa sehingga lupa matlamat perjuangan.

Katanya, adalah menjadi tanggungjawab ahli-ahli supaya konsisten dengan dasar perjuangan yang berlandaskanIslam dalam apa jua keadaan.

Di awal perjuangan Rasululah s.a.w., baginda pernah ditawarkan untuk menjadi penguasa Makkah tetapi ditolaknya. Para ilmuan Islam menghuraikan sebab-sebab penolakan tersebut.

Apa pun hujah terhadap penolakan tersebut, sirah memberitahu bahawa bukan sikap Islam untuk asal saja peluang berkuasa terhidang, membujur lalu melintang patah. Ada perkiraan yang yang perlu diambil kira.

Antara perkiraannya dasar perjuangan yang perlu didahului sebelum berkuasa. Bukan berkuasa dahulu, dasar kita fikir kemudian.

“Anta mudah cakap macam tu sebab tak jadi ahli Parlimen. Kalau jadi ahli Parlimen anta pun siang malam dok fikir nak jadi menteri..,� ujar Adnan Saad, bekas Ketua Pemuda PAS Kedah sambil ketawa terbahak-bahak.

Gurauannya agak kasar. Ahli Parlimen kita tidak seburuk itu.

Ahmad Lutfi Othman menulis perihal perlunya kepimpinan PAS tidak menjarakkan diri dengan Dato’ Seri Anwar, di saat percaturan kuasa dilakukan.

Dalam Pakatan Rakyat tiada siapa yang dominan. Semua saling bergantung. Masing-masing boleh letak harga. Harga bagi PAS ialah Islamnya. – mr

 
Leave a comment

Posted by di 30 September 2008 in POLITIK

 

Hormatilah masjid, saya pun jaga sensitiviti bukan Islam – Azizan

 
 
 Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak meminta masyarakat bukan Islam menutup aurat mereka sebelum melawat mana-mana masjid.

Mereka, katanya, perlu menghormati sensitiviti umat Islam termasuk menutup aurat sekiranya mereka mengunjungi sesebuah masjid kerana bagi umat Islam, masjid merupakan tempat suci yang perlu dihormati

”Kalau hendak melawat tempat orang (masjid), kena hormat, kena tutup aurat walaupun bagi agama orang itu (bukan Islam) ia tidak perlu, kerana ini tempat orang lain.

”Ia sama seperti kita ke ICU (unit rawatan rapi), ada tempat kena tutup muka, pakai kasut dan gaun yang selalu dipakai jururawat tapi kita kena ikut sebab ia peraturan di situ,” kata beliau.

“Apa yang penting, kita kena tahu menghormati tempat itu (masjid). Saya sendiri pun jaga sensitiviti orang bukan Islam,” Utusan Malaysia memetik beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sebagai berkata.

Akhbar tersebut baru-baru melaporkan Ahli Parlimen Seputih, Teresa Kok memakai skirt sahaja ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama imam dan ahli jawatankuasa Masjid Nurrusaadah di Cheras Baru, baru-baru ini.

Setiausaha Akhbarnya, Y W Yeoh bagaimanapun menjelaskan, Selepas Teresa dibebaskan 19 September lalu, beliau sibuk dari siang sampai larut malam dengan pelbagai program setelah dijemput pengundi-pengundi dan penyokong-penyokong termasuk majlis berbuka puasa di perkarangan masjid tersebut.

“Selepas dibebaskan pada pukul kira-kira 1.20 petang, beliau tidak sempat balik ke rumah pun, apa tah lagi menukar pakaian. Lagipun, jemputan untuk majlis tersebut di terima pada saat-saat akhir iaitu lewat petang hari itu juga.

“Dalam keadaan sedemikian, pakaian beliau adalah berpatutan dan sama sekali tidak boleh dianggap �kurang sopan� atau biadap. Skirt itu pula bukan skirt pendik dan panjangnya melepasi lutut.

“Lagipun, beliau berada di perkarangan masjid dan tidak masuk ke dalam bangunan masjid,” katanya.

Isu tersebut dibangkitkan setelah tersiar laporan dan gambar majlis tersebut di dalam blog Teresa.

Akhbar tersebut kemudiannya meminta Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Zakariah Isa mengulas perkara itu.

Zakariah bagaimanapun pun agak cermat dan seimbang dalam ulasannya.

Beliau berkata, pemimpin bukan Islam seharusnya sensitif dengan mematuhi kod etika berpakaian ketika menghadiri majlis terutama yang dianjurkan oleh masjid.

Menurutnya, jika perlu, pegawai khas pemimpin berkenaan wajar memainkan peranan memberi nasihat yang baik tentang etika berpakaian.

“Memang nampak kurang manis kerana dia seharusnya memakai pakaian yang elok sedikit dan perlu menghormati masjid. Mungkin juga pembantunya terlepas pandang.

“Mungkin juga Teresa baru balik dari majlis lain dan singgah sebentar ke masjid itu untuk memenuhi jemputan berbuka,” akhbar tersebut memetik Zakariah berkata.

Pihak pihak pengurusan masjid itu juga, katanya, seharusnya lebih bertanggungjawab dan prihatin terhadap pengunjung bukan Islam.

Katanya, jubah seharusnya disediakan untuk mengelakkan pengunjung bukan Islam masuk ke dalam masjid dalam keadaan tidak sopan.

Walaupun diasak dengan pelbagai laporan negatif, hubungan baik Teresa dengan masyarakat Islam tidak kelihatan terjejas.

Dalam majlis berbuka puasa di Kg Tengah, Batu 13, Puchong baru-baru ini, beberapa ratus penduduk kampung menghadirinya.

Walaupun penganjur bimbang majlis tersebut tidak dihadiri oleh penduduk kampung memandangkan pelbagai tuduhan dilemparkan ke atas Teresa, mereka akhirnya amat lega dengan sambutan penduduk kampung tersebut kepada program itu._

 
Leave a comment

Posted by di 30 September 2008 in TAZKIRAH RAMADHAN

 

Kerajaan PR mesti contohi ketegasan kerajaan Perak

 
 Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar berharap kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat (PR) mencontohi kerajaan negeri Perak dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pegawainya yang melakukan kesalahan.

“Kerajaan-kerajaan PR bukan sahaja mesti mementingkan kredibiliti para pemimpinnya malah ia juga mesti meliputi para pegawainya,” tegas Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Kerajaan negeri Perak Ahad lalu memecat serta merta Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan yang mengaku menerima habuan seks wanita warga China berhubung apa yang dinyatakan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebagai skandal rasuah membabitkan projek membangunkan tanah seluas 36 hektar bernilai RM180 juta di Seri Iskandar.

Rabu lalu, 24 Ogos lalu, Zul didakwa menerima rasuah berbentuk habuan seks setelah mengadakan pertemuan dengan pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) di Ipoh.

Ditanya sama ada dia turut melakukan hubungan seks, Zul berkata: ��Tidak mengaku tidak boleh, dia (BPR) ada gambar.�

Bagaimanapun, katanya, dakwaan BPR bahawa dia dan rakannya meminta perempuan China daripada Mohamad Imran adalah tidak benar.

��Kita tak minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?�� ujar Zul.

Kepada Mahfuz, apa yang berlaku kepada Zul itu bukan semata-mata tuduhan atau mempunyai unsur konpirasi.

“Sebaliknya, orang itu sendiri dengan jelas mengakui beliau mengakui perbuatan terkutuk dan jijik itu,” katanya.

Tidak kira sama ada perbuatan itu berunsur rasuah atau tidak, kata Mahfuz, apa yang diakui dilakukan oleh Ahli Majlis Daerah Perak Tengah yang dipecat itu adalah satu kesalahan.

“Seseorang pegawai awam bukan sahaja tidak boleh memberikan kenyataan yang tidak menunjukkan rasa bersalah setelah melakukan kesalahan dan perbuatan tidak berakhlak seperti itu malah kalau disembunyikan sekalipun ia tetap salah dan mesti diambil tindakan tegas dan keras,” katanya.

Mahfuz mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar dan kepimpinan negeri Perak yang berani bertindak tegas dalam isu tersebut.

“Keputusan dan tindakan itu mesti didokong oleh semua pihak,” katanya.

Mahfuz juga meminta rakyat bersuara tegas untuk mendesak para pemimpin yang ternyata melakukan kesalahan, tidak kira kesalahan jenayah atau moral, supaya berundur segera.

“Kita tidak mahu melihat ada pelbagai pengakuan bersumpah yang mengaitkan seseorang pemimpin dengan kesalahan, sama ada kesalahan jenayah, moral apa lagi kesalahan dari segi agama terus berdalih-dalih dengan hujah yang rapuh atau lebih buruk lagi terus berdiam diri seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Rakyat mesti bertindak dengan tersusun dan tegas untuk menuntut mereka berundur,” kata Mahfuz._

 
Leave a comment

Posted by di 30 September 2008 in MINDA PEMIMPIN

 

Terima tetamu bukan Islam di Hari Raya

Terima tetamu bukan Islam di Hari Raya
 
Perutusan Hari Raya Aidilfitri Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Dato’ Mohammad Daud

Assalamualaikum wbt, pertama sekali saya merakam ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat serta barisan pimpinan PAS Pusat dan negeri, Ahli Majlis Syura. Tidak ketinggalan juga pimpinan Pakatan Rakyat.

Alhamdullillah, walau pun negara kita mengalami kegawatan dalam politik dan ekonomi, kita masih lagi dapat menyambut Hari Raya dengan penuh semangat Islam dan saya berdoa kepada Allah swt supaya Allah menerima segala amalan dan ibadat puasa di sepanjang Ramadan 1429.

Mudah-mudahan Allah memberi kepada kita kekuatan untuk menghadapi bulan-bulan seterusnya dan ganjaran bagi membolehkan kita memasuki syurga yang kita idamkan selama ini.

Saya berharap pimpinan PAS dapat memberi layanan yang baik kepada seluruh lapisan masyarakat yang datang berkunjung di rumah masing-masing dan bersedia untuk menerima mereka dalam suasana yang menggembirakan terutamanya kanak-kanak dan kaum bukan Islam.

Bagi perantau pula, saya berharap mereka dapat pulang berhari raya di rumah keluarga mereka terutama yang masih mempunyai ibu bapa.

Ibu bapa amat berharap dengan kedatangan hari yang mulia ini mereka dapat berkumpul dan ini akan merapatkan lagi hubungan sillaturrahim.

Manakala bagi pelajar yang berada di luar mahu pun dalam negeri, saya berharap mereka belajar bersungguh-sungguh terutamanya dalam ilmu keagamaan kerana mereka bakal pemimpin pelapis suatu hari nanti.

Saya juga berharap orang bukan Islam dapat memahami Islam dan memberi sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam suasana menyambut Hari Raya Aidilfitri ini.

Adalah elok mereka dapat berkunjung ke rumah pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat dalam suasana harmoni kerana Islam tidak menyusahkan orang lain.

Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat majmuk. Oleh itu, saya berharap di Hari Raya ini, masyarakat bukan Islam dapat sama-sama berhari raya dengan mengamalkan konsep kunjung mengunjung.

Pimpinan Ulama mesti memainkan peranan menyatupadukan umat Islam dan bukan Islam melalui Hari Raya. Ini merupakan satu cara untuk menyatupadukan seluruh kaum di negara kita.

Kita tidak perlu memusuhi�kaum lain kerana mereka juga merupakan hamba Allah swt dan Islam sendiri tidak pernah mengamalkan sikap bermusuhan dengan mereka.

Bagi golongan remaja pula saya berharap mereka tidak menjadikan Hari Raya sebagai hari untuk membuat maksiat seperti berjudi, minum arak dan berlumba haram di jalan raya, sebaliknya rebutlah peluang untuk berziarah ke rumah saudara mara.

Sempena Hari Raya ini juga saya menyeru kepada umat Islam agar jangan jadikan jalan raya sebagai tempat untuk menunjukkan keghairahan untuk berhari raya sehinggakan menggadaikan nyawa sendiri.

Kita sering dipaparkan dengan pelbagai tragedi kemalangan maut sepanjang Hari Raya dan ini seolah-olah Hari Raya sebagai hari menempah maut.

Akhir sekali, saya sekali lagi mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh rakyat Malaysia dan pimpinan PAS serta Pakatan Rakyat. – mj _

 
Leave a comment

Posted by di 30 September 2008 in MINDA PEMIMPIN

 
 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.