Sedikit petikan info dari seorang rakan:
1 – Benarkah “khabar angin” bahawa Tuan Mufti ada berjumpa dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz buat kali kedua dan memujuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz supaya bersetuju membawa PAS bergabung dengan UMNO?
2 – Benarkah “khabar angin” bahawa Tuan Mufti menangis dan merayu Tuan Guru Nik Abdul Aziz agar menyertai UMNO supaya Perak boleh diperintah UMNO semula bagi penyatuan Melayu?
3 – Benarkah “khabar angin” bahawa Tuan Mufti sekarang menjadi penentang utama PAS di Perak?
4 – Benarkah “khabar angin” bahawa Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak dapat berkhutbah di Perak pada muktamar PAS yang lalu kerana campurtangan Tuan Mufti?
5 – Benarkah “khabar angin” bahawa Tuan Mufti mencadangkan agar senarai pemilihan yang dibuat oleh UMNO di terima Sultan manakala meminta yang dipilih oleh PKR ditolak dalam isu pelantikan AJK masjid2 di Perak?
Mohon jawapan dan penafian dari Tuan Mufti Perak untuk membersihkan nama Tuan Mufti Perak dari pandangan dan cerita yang kurang enak. Sumber: Perisik Rakyat
[Apakah benar khabar angin ini?. Sesungguhnya kita amat terkejut dengan berita menggemparkan ini. Mufti Perak yang selama ini kita tahu bersikap terbuka dan tidak memihak kepada mana-mana fahaman politik, kini seolah-olah menjadi "jambatan" UMNO untuk kembali berkuasa di Perak. Mufti Perak yang kita ketahui senantiasa mencetuskan kontroversi dengan berbagai teguran yang sungguh mengkagumkan, kini seolah-olah telah terpalit dengan "noda-noda UMNO". Apakah benar berita ini. Tunggu siasatan seterusnya dari Topeng Perak]
Difailkan dalam: PENDAPAT























Jgn buruh2 syaitan sedang berusaha menentang alimulama kita. Ia hendak menghancurkan hamba2 yg beriman pada ALLAH azzawajala dengan mengadudomba. Tentang penderhakaan apa yg mufti kata adalah benar hendaklah kita mentaai pemimpin yg adil tetapi dgn sendirinya hendaklah kita ingkar dgn pemimpin jika tidak berlaku adil dan zalim.