RSS

PENGGUNAAN AKAL DALAM PENTAFSIRAN AL-QURAN: SEJAUHMANAKAH KEHARUSANNYA?

12 Okt

Para ulama telah membahagikan  metodologi tafsiran Al-Quran kepada dua aliran terpenting iaitu :

 

A.       Tafsir bi al-mathur ataupun al Tafsir al-Naqli

Iaitu bersandarkepada 4 sumber rujukan yang asas iaitu:
1. Al-Quran 
     – Ayat-ayatnya “saling tafsir 
       mentafsir di antara satu sama 
       lain”.
     -Asbab al Nuzul dan Nasikh wa 
      al-Mansukh
2. Al-Sunnah(Hadis-hadis Nabi)
     -Ilmu Hadis 
     – Asbab al Wurud
3. Tafsiran Para Sahabat Nabi
4. Tafsiran para tabi’in

A.Tafsir bi al-mathur ini sebagai metodologi pentafsiran Al-Quran yang terbaik, tersahih dan wajar diutamakan dan merupakan kemestian tulang belakang dan penyuluh jalan kepada tafsir secara akal iaitu Tafsir bi al-Ra’.SAW

 

B.       Tafsir bi al-Ra’

Diertikan sebagai iktikad(kepercayaan),atau qias atau akal atau ijtihad atau perbuatan merenungi dan memerhatikan.

 

Pendirian para ulama terhadap tafsir secara ijtihad dan penggunaan akal.

 

Terdapat 2 golongan :

 

Golongan 1:
 Mengharamkan pendekatan tafsir Al-Quran secara akal.

 

Golongan 2: 
Mengharuskan pentafsiran Al-   Quran dengan menggunakan akal dan kekuatan daya intelek. Keharusan ini tidaklah bersifat mutlak sebagaimana yang disepakati para ulama.

 

Malahan terdapat syarat-syarat dan adab-adab yang wajib dipenuhi dan didikuti oleh sesiapa yang ingin mentafsir Al-Quran secara akal.Imam al-Sayuti di dalam kitabnya al Itqan fi Ulum Al-Quran mensyaratkan hendaklah beriltizam dengan empat perkara iaitu :

 

1.      Mufassir perlulah mengetahui segala hadis-hadis Rasulullah SAW yang mempunyai kaitan dengan tafsiran hadis.

2.      Kemudian pula perlu merujuk Tafsiran Para Sahabat Nabi SAW

3.      Pentafsiran hendaklah berdasarkan penggunaan bahasa Arab yang fasih

4.      Pentafsiran hendaklah bersesuaian dan bertepatan dengan hukum hakam syariat dan juga dengan tujuan-tujuan syariat Islam itu sendiri.

~ Kelayakan seorang Mufassir yang ingin mentafsir Al-Quran secara akal/ijtihad terutama mengenai hukum-hukum syariat atau ilmu selainnya mesti merujuk(menguasai) ilmu-ilmu berikut: Ilmu Bahasa Arab - Nahu, I’rab,Saraf, al-Ishtiqaq, balaghah-Bayan, Ma’ani dan Badi’,Qira’at Al-Quran, Usuluddin, Usul fiqh, Asbab al Nuzul, al-Qasas, Nasikh wa al-Mansukh, Ilmu Hadis dan Ilmu al-Mawhibah(bakat atau kepintaran)

 

Tujuan disebalik syarat-syarat tersebut adalah bagi memelihara kemurnian dan kesahihan ajaran-ajaran Al-Quran di sepanjang zaman.

                    

 

Dalam hubungan di antara tafsir secara ma’thur dan tafsir secara akal, para ulama  berpendapat bahawa kedua-dua metod pentafsiran tersebut mestilah saling kukuh mengkukuhkan serta lengkap melengkapi di antara satu sama lain di mana pertentangan dari segi tafsiran mestilah dielakkan.

 

 

Ringkasan:

Tajuk Buku:  PENGGUNAAN AKAL DALAM PENTAFSIRAN AL-QURAN: SEJAUHMANAKAH KEHARUSANNYA MENURUT ISLAM?
 Dr Rushdi B Ramli ( APIUM); 
Dikeluarkan oleh MAIPP

 
Tinggalkan komen

Posted by di 12 Oktober 2008 in TAFSIR QURAAN

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 33 other followers

%d bloggers like this: