RSS

Gerakan Islam : Kenapa perlu 2 nahkoda – TranungKite

14 Okt

“Subhanallah… Alhamdulillah…. Lailahaillallah… Allahuakhbar….
Waktu bercuti raya kat Perlis hari tu, saya sempat solat terawikh di beberapa tempat. Antaranya dekat Masjid Jame’ Kangar, MADI dan dekat rumah saya (berjemaah). Alhamdulillah, sempat juga berterawikh di tempat sendiri. Hari raya pula terus ke MADI untuk bersolat sunat Aidil Fitri sambil mendengar khutbah dari Dato’ Dr Haron Din. Sempat juga bersalam dengan beliau serta pimpinan PAS Perlis.

Apa yang saya nak ceritakan ialah selepas solat terawikh dekat Masjid Jame’ Kangar, saya sempat menerima risalah yang diedarkan oleh seorang hamba Allah. Saya sempat membacanya, risalah dari Hizbul Tahrir. Kemudian saya dan rakan jemaah pergi minum di Taman Sena Indah. Banyak yang kami perbualkan termasuk isu politik negara. Mereka juga bertanyakan kepada saya mengenai Hizbul Tahrir.

Hizbul Tahrir (HT)

HT berbangga kononnya merekalah pelopor kepada sistem khalifah sedangkan mereka ditubuhkan puluhan tahun selepas kejatuhan sistem khalifah lebih lewat berbanding gerakan Islam yang lain seperti Ikhwanul Muslimin dan PAS sendiri (Hizbul Muslimin sebelum ini).

HT diasaskan oleh Syeikh Taqiyudin al-Nabhani dari Palestin pada tahun 1953 .Ia merupakan sebuah parti politik yang tidak terlibat dengan pilihanraya (pelik tapi benar). HT menganggap sesiapa yang terlibat dengan sistem demokrasi, mewujudkan pilihanraya maka mereka berdosa dan juga bersubahat dengan sistem kufur serta sesat. Mereka amat mengecam PAS dan mana-mana pihak yang ingin memperjuangakan Islam melalui saluran demokrasi.

Perjuangan yang paling utama umat Islam bagi HT adalah untuk mengembalikan sistem Khilafah yang merupakan sistem Islam ciptaan Tuhan. Hanya dengan sistem khilafah sahajalah umat Islam akan dapat mengembalikan kehidupan Islam yang sebenarnya yang diredhai oleh Allah SWT.

Kenapa membenci gerakan Islam yang lain?

Jika sistem khalifah yang ingin ditegakkan, maka begitu juga gerakan Islam yang lain. Mengapa mesti membenci dan menimbulkan kebencian pada gerakan Islam yang lain.

Di Malaysia, PAS dianggap sesat dan berdosa olah HT bila memilih demokrasi melalui pilihanraya. HT menusuk masuk kepada ahli PAS yang kurang ilmu agama dan memberi hujah keji memfitnah, mencaci dan merendahkan perjuangan PAS secara halus dan adakalanya kasar. Kenapa tidak UMNO yang jelas menolak hukum Islam.

Sedangkan pejuang PAS ini tidak menerima atau menolak demokrasi secara mutlak. Pejuang PAS menganggap demokrasi sebagai alat bukan sebagai satu bentuk pegangan. PAS semakin mendapat tempat di kalangan umat Islam sekarang ini.

Kenapa di saat sokongan PAS sedang memuncak di Malaysia, HT mula mencucuk jarum menarik ahli PAS untuk menarik diri dari perjuangan yang dianggap berdosa dari menarik ahli UMNO dan golongan kafir agar menerima Khilafah Islam. Agak pelik bukan? Adakah mereka berperanan sebagai parasit dalam perjuangan Islam. Saya amat terkejut apabila pulang ke Perlis, ramai ahli PAS yang saya kenali sudah mula menolak perjuangan PAS yang dianggap sesat.

Kenapa mesti begitu? dalam setiap perkara yang ada khilaf, usahlah menuduh antara satu sama lain, asalkan Daulah Islamiyah ditegakkan berbanding UMNO yang memang tidak berminat dengan negara Islam. Dalam menegakkan khilafah tanpa demokrasi melalui pilihanraya. Apakah cara anda? Selain dari mencari publisiti melalui kutipan tandatangan terhadap sesuatu isu, menganjurkan program dan sebagainya, bagaimana nak mengambilalih negara untuk ditegakkan Sistem Khalifah.

Agak pelik juga mereka bergerak aktif di negara-negara Islam yang mengamalkan demokrasi tetapi tidak bekerjasama dalam menegakkan Daulah Islamiah bahkan menarik pengaruh ke atas gerakan Islam tersebut. Saya agak malas untuk beranggapan buruk kepada HT tetapi mungkin hujah dari anak buah mereka yang agak keterlaluan serta tidak mencerminkan HT itu sendiri menyebabkan imejnya buruk di kaca mata saya.

“Dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.” (Ali `Imran: 159)

“Sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka.” (Al-Syura: 38 )

Tidakkah mereka sedar antara ulama yang mengambil jalan demokrasi sebagai alat atau maqasib al-syariah dalam menegakkan Daulah Islamiyah seperti Muhammad Khatami, Muhammad Mahdi Syamsuddin, Yusuf al-Qaradhawi, Rashid al-Ghannoushi., Taufiq al-Shawi dan Hassan al-Turabi.

Mereka menekankan konsep-konsep syura, bai’ah, permuafakatan, ijtihad dan maslahah untuk menunjukkan bahawa Islam tidak berkurangan dalam landasan-landasan asas yang selari dengan tatacara dan matlamat demokrasi.

Pandangan Yusuf Al-Qaradawi:

“Islam mahu ummah ini untuk berunding antara sama lain, dan berdiri sebagai satu badan yang bersatu, jadi tiada musuh boleh menembusinya. Ini adalah bukan matlamat demokrasi. Demokrasi adalah satu sistem yang tidak boleh menyelesaikan semua masalah masyarakat. Demokrasi sendiri boleh membuat apa yang ia mahu sebagai halal, atau mengharamkan apa yang ia tidak suka.

Sebagai Perbandingan, Syariah sebagai satu sistem politik mempunyai had. Kalau kita ingin mengambil demokrasi, kita mestilah mengambil sifat-sifatnya yang terbaik. Ini adalah hal-hal berkaitan kaedah, jaminan, dan adab-adab masyarakat demokrasi. Sebagai satu masyarakat Muslim kita mesti mengambilnya dalam satu konteks masyarakat Islam yang bermatlamat untuk hidup dalam hukum-hukum Syariah.

Masyarakat kita mestilah taat terhadap apa yang telah dijadikan halal oleh Allah dan juga apa yang telah dijadikan haram oleh Nya. Sebagai perbandingan demokrasi dengan satu majoriti kecil boleh membatalkan semua undang-undang dan peraturan. Ia boleh juga membatalkan dirinya dengan jenis margin ini.

Bahkan, dalam beberapa kes demokrasi boleh menjadi lebih buruk dari diktator. Apa yang saya harapkan adalah jenis demokrasi tulen, untuk satu masyarakat yang dipandu oleh hukum Syariah yang sesuai dengan nilai-nilai kebebasan, hak asasi manusia, keadilan, dan persamaan.

Bersatulah wahai HT dengan Gerakan Islam Malaysia (PAS) atau baliklah ke Palestin

Saya amat merasa terharu atas masalah perpecahan umat Islam di Malaysia ini. Sudah lama PAS ingin menerapkan nilai Islam dan Daulah Islamiyah di Malaysia dengan menempuh pelbagai fitnah, mehnah dan tribulasi oleh golongan yang anti-Islam di sini, dalam keadaan yang sudah nampak perubahan yang positif, tiba-tiba perubahan itu dihancurkan secara senyap-senyap oleh HT ibarat api dalam sekam. Inilah sebenarnya anai-anai dalam gerakkan Islam di Malaysia.

Betulkan pandangan saya dengan bersatu berdakwah kepada masyarakat di Malaysia dari bergaduh pada sesuatu yang bakal melingkupkan Islam di bumi Malaysia. Islam itu Indah, apa salahnya kita bermuafakat membuktikan keindahan Islam itu sendiri. Kalau tidak mahu, lebih baik anda pulang ke bumi Palestin untuk syahid di sana. Usah memporak porandakan silaturrahim dan perasaan mawaddah mahhabbah yang telah lama berkembang antara pejuang Islam di Malaysia kini. “

 

Perihal dupahang

Saya seorang hamba Allah S.W.T
1 Comment

Posted by di 14 Oktober 2008 in FIQAH ISLAM, PENDAPAT

 

One Response to Gerakan Islam : Kenapa perlu 2 nahkoda – TranungKite

  1. kerusijati47

    6 Februari 2012 at 7:50 PM

    HIZBU AT-TAHRIR KAFIR

    Hizbu at-Tahrir mendakwakan bahawa tidak ada REVOLUSI dalam bentuk perang dalam Islam terhadap sesebuah kerajaan manusia seperti kerajaan demokrasi Malaysia yang syirik dan kufur ini di atas beberapa sebab :

    1. Jihad, Perang dan Revolusi bukan tanggungjawab individu atau sesuatu golongan, tetapi tanggungjawab sesebuah kerajaan Islam;

    2. Tidak wujud Jihad dan Perang dalam bentuk yang OFENSIF, kesemua perang dalam Islam adalah Jihad dan Perang yang DEFENSIF sahaja;

    3. Taat dan patuh kepada Sunnah Rasulullah saw, iaitu kita tidak memerangi sesebuah kerajaan Jahiliyah pada zaman Jahiliyah seperti mana kerajaan demokrasi Malaysia kita ini memandangkan Rasulullah saw tidak memerangi kaum Quraisy Mekah pada zaman Jahiliyah Mekah, Baginda hanya berperang setelah wujudnya sebuah kerajaan Islam di Medinah.

    Tanggungjawab untuk melancarkan Jihad, Perang dan Revolusi adalah tanggungjawab individu :

    Firman Allah : an-Nisa 84
    Oleh itu berperanglah kerana sabilullah. Engkau tidak ditaklifkan selain daripada kewajipanmu sendiri sahaja dan berilah perangsang kepada orang-orang yang beriman semoga Allah menahan bahaya serangan orang-orang kafir itu dan Allah amatlah besar kekuatan-Nya dan amatlah berat penyiksaan-Nya.

    Jihad, Perang dan Revolusi adalah tanggungjawab individu, dan justeru sekumpulan individu Islam walaupun tanpa kewujudan sesebuah kerajaan Islam itu adalah dipertanggungjawabkan untuk melancarkan Jihad, Perang dan Revolusi ke atas sesuatu kerajaan manusia yang syirik dan kufur. Ini bererti wujudnya REVOLUSI dalam Islam. Perintah Allah untuk berperang di zaman Medinah adalah berbentuk UMUM, FINAL dan MUKTAMAD yang dimaksudkan untuk dilancarkan pada kesemua zaman dan masa, dan untuk seluruh individu dan kumpulan, serta untuk seluruh kerajaan Islam.

    Solat, puasa, zakat, haji dan seluruh syariat Islam belum lagi wujud pada zaman Jahiliyah Mekah, sehubungan dengan ini, kita ingin bertanya HIZBU AT-TAHRIR, apakah semua ibadat ritual seperti ini belum lagi wajib ke atas kita sekarang ini kerana kita masih berada dalam era Jahiliyah di bawah kerajaan Jahiliyah? Kesemua ibadat ini dan seluruh syariat Islam adalah wajib ke atas kita pada masa kita ini dan justeru, Jihad, Perang dan Revolusi adalah wajib ke atas kita kerana segala perintahnya adalah berbentuk UMUM, FINAL dan MUKTAMAD yang tidak terbatas kepada sesuatu masa dan zaman sahaja tetapi ianya adalah diperintahkan ke atas kita untuk kesemua era dan zaman.

    Firman Allah : al-Hajj 40
    Sekiranya Allah tidak menjatuhkan segolongan manusia dengan segolongan yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja, dan sinagog-sinagog dan juga masjid-masjid yang sentiasa disebut nama Allah dengan banyak padanya.

    Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran- al-Hajj 40) :
    Semua rumah-rumah ibadat akan terancam kepada perobohan walaupun rumah-rumah itu merupakan rumah-rumah suci yang didirikan khusus untuk beribadat kepada Allah, kerana ia mengikut pandangan kebatilan, alasan bahawa rumah-rumah itu banyak disebutkan nama Allah tidak dapat menolaknya daripada perobohan dan tiada yang dapat melindungkan keselamatan rumah-rumah suci itu melainkan (sunnatullah) yang menolak setengah pencerobohan manusia dengan penentangan daripada setengah manusia yang lain, iaitu penolakan dan pertahanan yang dilakukan oleh pembela-pembela aqidah terhadap musuh-musuh mereka yang mencabul kehormatan rumah-rumah suci dan para penghuninya. Kebatilan selalu bersikap sewenang-wenang. Ia tidak berhenti-henti mencabul dan menceroboh kecuali ia ditentang dan dilawan dengan kekuatan yang sama. Kebenaran itu tidak cukup dengan kebenarannya sahaja untuk melawan pencerobohan kebatilan, malah ia harus mempunyai kekuatan yang dapat melindung dan mempertahankan keselamatannya.

    Allah memerintahkan umat Islam supaya memerangi para pemerintah yang melakukan kerosakan di bumi kerana mereka menjalan dan menguat kuasakan undang-undang manusia ke atas manusia yang mewujudkan sistem pengabdian manusia kepada manusia. Umat Islam yang diperintahkan supaya berperang di sini adalah sesiapa sahaja yang beragama Islam, samada individu, kumpulan atau kerajaan Islam, dan perang di sini adalah dalam bentuk yang OFENSIF, iaitu menyerang musuh-musuh Islam tanpa terlebih dahulu diserang dan diperangi oleh mereka. Ayat-ayat ini berbentuk UMUM, FINAL dan MUKTAMAD, iaitu ianya tidaklah terhad kepada sesutau masa dan zaman yang tertentu sahaja, malah ianya adalah untuk kesemuanya zaman dan era termasuklah dalam era Jahiliyah. Melalui ayat ini, Allah memerintahkan kita supaya kita melancarkan Jihad, Perang dan Revolusi ke atas kerajaan demokrasi Malaysia untuk menghapuskan kerosakan yang lahir akibat daripada sistem pengabdian manusia kepada manusia yang wujud dan beroperasi di dalamnya untuk kemudiannya di gantikan dengan sebuah kerajaan Allah yang akan mewujudkan sistem pengabdian manusia kepada Allah yang berbentuk adil, selamat dan aman sejahtera.

    Firman Allah: al-Baqarah 193
    Dan berperanglah sehingga tiada lagi fitnah (penindasan) dan jadilah agama untuk Allah.

    Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran- al-Baqarah) :
    Dasar agung yang disyariatkan oleh Islam di dalam ayat-ayat pertama al-Quran yang diturun mengenai peperangan ini masih lagi berkuat kuasa, dan Aqidah Islam juga masih terus menghadapi orang-orang yang mencerobohinya dan mencerobohi pemeluk-pemeluknya dengan berbagai-bagai cara, dan penindasan dan tindakan-tindakan kejam juga masih terus menimpa orang-orang yang beriman dalam bentuk individu, kelompok-kelompok dan umat-umat seluruhnya pada sesetengah waktu. Dan setiap mereka yang menghadapi penindasan terhadap agamanya dalam apa-apa bentuk sekalipun adalah diwajibkan bangkit melawan dan berperang, dan menegakkan dasar agung yang disyariatkan oeh Islam itu. Oleh sebab itu kelahiran dasar ini merupakan hari lahir yang baru bagi umat manusia.

    Ini adalah ayat yang berbentuk UMUM, FINAL dan MUKTAMAD yang tidak terhad dan terikat kepada mana-mana era dan zaman asalkan ianya adalah revolusi dan peperangan oleh sekumpulan umat Islam untuk meruntuh dan menghancurkan kerajaan manusia yang syirik dan kufur. Kerajaan demokrasi Malaysia kita ini adalah satu “fitnah”, iaitu penindasan kerana ia menjalankan segala peraturan dan undang-undang manusia, dan selama mana ianya adalah berbentuk sebagai satu “fitnah”, selama itulah Allah memerintahkan setiap individu dan setiap kumpulan umat Islam supaya mereka melancarkan Jihad, Perang dan Revolusi ke atasnya (kerajaan Malaysia) dalam bentuknya yang OFENSIF, iaitu menyerang sebelum diserang oleh musuh-musuh Islam.

    Firman Allah : Al-Maidah 21
    Wahai kaumku! Masuklah ke tanah suci (Palestin) yang telah diperintah oleh Allah untuk kamu (memasukinya); dan jangan kamu berbalik undur ke belakang, ( kalau kamu undur) maka kamu kelak akan menjadi orang-orang yang rugi..

    Nabi Musa as memerintahkan kaumnya supaya mereka menyerang dan memerangi negeri Palestin yang pada masa itu sedang berada di bawah kekuasaan orang-orang kafir padahal mereka itu (kaum Nabi Musa as) kesemuanya adalah kaum pelarian daripada Mesir yang belum lagi berada di bawah satu kerajaan Islam.

    Firman Allah : an-Naml 37
    “Kembalilah kepada mereka, maka demi sesungguhnya kami akan mendatangi mereka dengan angkatan tentera yang mereka tidak terdaya untuk menentangnya, dan kami akan mengeluarkan mereka daripada negeri saba’ dengan keadaan hina, menjadi orang-orang tawanan.”

    Nabi Sulaiman as mengancam Raja negeri Saba’ bahawa Baginda merancang untuk menyerang dan menaklukkan mereka kerana mereka itu adalah orang-orang yang kafir dan kerajaan mereka itu adalah kerajaan yang kafir. Ini adalah ayat Jihad dan Perang yang bertujuan untuk menghapuskan kerajaan yang kafir untuk kemudiannya digantikan dengan sebuah kerajaan Islam.

    Firman Allah :al-Baqarah 251
    Sekiranya Allah tidak menahan segolongan manusia dengan segolongan yang lain nescaya rosak binasalah bumi ini.

    Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran- al-Baqarah) :
    Di sini Allah SWT menguat kuasakan perintah-Nya, melaksanakan takdir-Nya dan meletakkan kalimah kebenaran, kebajikan dan kebaikan sebagai kalimah yang tertinggi, iaitu Allah SWT meletakkan hasil pertarungan, pertandingan dan perjuangan itu di tangan kekuatan yang baik dan membina, iaitu pertarungan yang merangsangkan sesuatu yang paling luhur dan mulia yang ada pada kekuatan ini dan menyampaikan kekuatan ini kesetinggi-tinggi darjah kesempurnaan yang telah ditetapkan kepada-Nya dalam hidup ini.

    Oleh sebab itulah kumpulan kecil yang beriman dan percaya kepada Allah SWT itu mendapat kemenangan pada akhir perjuangan mereka. Ini ialah kerana mereka melambangkan iradat Allah SWT yang tetinggi yang mahu menolak kerosakan daripada bumi dan menegakkan kebaikan dalam kehidupan manusia. Mereka mendapat kemenangan kerana mereka melambangkan matlamat Ilahi yang tertinggi yang wajar mendapat kemenangan.”

    Pada mulanya kaum Muslimin telah di halau keluar dengan kekerasan dan perang daripada negara asal mereka, iaitu Baitul Maqdis oleh kaum kafir, dan mereka terpaksa wujud dan hidup sebagai kaum pelarian di luar kota. Beberapa generasi kemudian setelah menjalani kehidupan sebagai kaum pelarian, Nabi Daud as telah dilantik sebagai ketua satu angkatan Revolusi Islam yang menyerang dan menakluki kembali kota Baitul Maqdis daripada kekuasaan Jalut dan orang-orang kafir, dan selepas itu Baginda dilantik sebagai Raja yang baru. Ini adalah peristiwa Revolusi Islam yang amat gemilang dalam sejarah umat Islam yang turut dimuatkan di dalam al-Quran sebagai satu pengajaran dan contoh tauladan untuk kita ikuti, iaitu agar kita melancarkan Jihad, Perang dan Revolusi untuk menghapuskan kerajaan manusia yang kafir dan untuk menggantikannnya dengan sebuah kerajaan Islam pada setiap zaman dan waktu serta di setiap penjuru di bumi kita ini.

    Firman Allah :al-Anfal 60
    Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan daripada pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain daripada mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedangkan Allah mengetahuinya. Dan apa yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiayai.

    Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran al-Anfal 60):
    Islam harus mempunyai kekuatan yang membolehkannya bertindak di bumi untuk membebaskan manusia.

    Islam bukannya satu sistem teologi yang dapat direalisasikan sebaik sahaja ia tersemat di dalam hati sebagai akidah dan sebaik sahaja ia ditegakkan sebagai satu peraturan syiar-syiar ibadat dan selepas itu berakhirlah tugasnya, malah Islam adalah satu sistem hidup yang praktikal dan realislistik yang menghadapi berbagai-begai sistem hidup yang lain, yang ditegakkan ke atasnya berbagai-bagai kuasa yang lain dan di belakangnya disokong oleh kekuatan-kekuatan material. Oleh sebab itu Islam tidak mempunyai jalan keluar yang lain untuk menegakkan sistem Rabbani – dari bertindak menghancurkan kekuatan-kekuatan material itu disamping menghancurkan kuasa-kuasa yang melaksanakan sistem-sistem hidup itu dan menentang sistem hidup Rabbani.
    Itulah batas keupayaan yang maksima di mana kaum Muslimin tidak boleh cuai dari menyediakan segala punca kekuatan yang mampu diadakan mereka.

    Tujuannya ialah untuk menimbulkan perasaan takut di dalam hati musuh-musuh Allah yang sekali gus merupakan musuh-musuh kaum Muslimin di dunia ini, iaitu musuh-musuh yang jelas yang diketahui oleh kaum muslimin dan musuh-musuh yang berada dibelakang yang tidak diketahui mereka atau musuh-musuh yang tidak menunjukkan perseturuan secara terang-terangan terhadap mereka, sedangkan Allah mengetahui rahsia-rahsia dan hakikat-hakikat mereka. Kumpulan musuh-musuh ini akan merasa gentar terhadap kekuatan Islam walaupun kekuatan itu belum lagi menghentam mereka. Kaum muslimin diperintah supaya menjadikan kuat dan supaya mereka mengumpulkan segala punca kekuatan yang mampu dikumpulkan mereka agar mereka ditakuti dan digeruni di muka bumi ini, dan agar kalimatullah terletak ditempat yang paling tinggi, dan agar seluruh ketaatan (agama) tertentu kepada Allah sahaja.

    Ini adalah ayat Medinah yang berbentuk UMUM, KEKAL, FINAL dan MUKTAMAD yang dimaksudkan untuk kesemua zaman yang dipertanggungjawabkan ke atas setiap individu Muslim. Allah memerintahkan kita agar kita menyediakan segala kekuatan kewangan, teknologi dan ketenteraan untuk menakut, menggerun dan mengancam serta untuk menyerang dan memerangi dalam bentuknya yang OFENSIF terhadap orang-orang kafir yang memusuhi kita.

    Allah memerintahkan kita bertubi-tubi melalui ayat-ayat-Nya yang jelas dan terang supaya kita melancarkan Jihad, Perang dan Revolusi untuk menghapuskan kerajaan manusia yang kafir seperti kerajaaan demokrasi Malaysia kita ini atau mana-mana kerajaan manusia yang kafir sekalipun dan untuk kemudiannya digantikan dengan sebuah kerajaan Islam. Hukum berperang dalam Islam yang jelas dan terang seperti mana yang dibicarakan di sini adalah dinafikan oleh Hizbu at-Tahrir. Ini bererti Hizbu at-Tahrir menafikan hukum perang dalam Islam dan juga menafikan ayat-ayat Allah yang juga adalah jelas dan terang. Ini adalah sikap dan perbuatan yang kafir yang mengkafirkan Hizbu at-Tahrir dan para pengikut mereka. Hizbu at-Tahrir adalah pertubuhan yang kafir ciptaan Taqiyuddin al-Nabhani seorang agen Yahudi yang bertujuan untuk merosakkan agama Islam dan umat Islam.

    Rasulullah saw sendiri tidak pernah bersabda bahawa metod perjuangan Islam adalah NUSSRAH, iaitu menunggu kemunculan golongan Islam yang lain untuk membantu dan berperang bagi pihak dan untuk kita, sebaliknya Baginda bersabda bahawa Baginda diutuskan untuk memerangi orang-orang kafir sehingga mereka itu mengucap dua kalimah syahadah, dan perintah Baginda seperi ini adalah dipertanggungjawabkan ke atas setiap individu umat Islam dan untuk kesemua masa dan zaman berkekalan.
    Dalam memperkatakan mengenai metod Nussrah, kita ingin bertanya kepada puak Hizbu at-Tahrir mengenai perkara-perkara berikut :

    1. Mengenai golongan para pejuang Islam yang memberi Nussrah ini, kita ingin bertanya – siapakah golongan mereka ini, siapakah yang mewujudkan mereka ini, bagai mana mereka ini diwujudkan, apakah dasar-dasar dan metod perjuangan mereka, bagai manakah cara-cara perjuangan mereka yang membolehkan mereka untuk mengumpulkan segala kekuatan ketenteraan dan ekonomi sehingga mereka berkemampuan untuk melawan musuh-musuh kita sedangkan mereka ini kesemuanya adalah umat Islam daripada bumi dan negara Jahiliyah kita ini yang sama?

    2. Para pejuang Islam tidak dibolehkan untuk melancarkan Jihad, Perang dan Revolusi terhadap sesuatu kerajaan manusia yang syirik dan kufur – ini adalah satu hukum Islam yang sah dan “legitimate” mengikut pendapat Hizbu at-Tahrir. Dalam pada itu, kita dibolehkan oleh metod Nussrah ini untuk mendapat pertolongan daripada para pejuang Islam yang lain yang akan meruntuh dan menghapuskan kerajaan manusia yang syirik dan kufur ini dan yang akan merampas kuasa pemerintahan daripada kerajaan manusia ini melalui Jihad, Perang dan Revolusi. Apakah ini tidak bererti kewujudan percanggahan dan kontradiksi dalam metod Nussrah yang menjadi pegangan dan amalan puak Hizbu at-Tahrir?

    3. Metod Nussrah ini adalah metod perjuangan Islam yang betul sedangkan metod Jihad, Perang dan Revolusi yang diamalkan oleh para pejuang Islam yang memberi Nussrah kepada puak Hizbu at-Tahrir ini adalah metod yang tidak betul mengikut pegangan dan amalan puak Hizbu at-Tahrir sendiri – mengapakah pula puak Hizbu at-Tahrir ini meminta atau mengharapkan golongan Islam yang tidak betul ini untuk membantu dan memberi pertolongan kepada mereka?

    4. Mengapakah Hizbu at-Tahrir (HT) tidak menyeru para pejuang Islam yang akan membantu mereka ini agar mereka ini (para pembantu) ikut cara mereka, iaitu cara Nussrah, kerana sememangnya mereka meyakini bahawa metod Nussrah ini adalah metod Islam yang betul sedangkan metod perjuangan para pembantu mereka ini adalah metod yang tidak betul kerana mereka itu berjuang melalui Jihad, Perang dan Revolusi ?

    5. Mengapakah Hizbu at-Tahrir membiarkan mereka ini, iaitu golongan yang memberi Nussrah ini, untuk kekal dalam keadaan mereka yang tidak betul seperti ini?

    6. Mengapakah Hizbu at-Tahrir menjadikan pertolongan daripada golongan yang tidak betul di sisi Allah swt ini sebagai sebahagian daripada metod perjuangan mereka yang dianggapkan oleh mereka sebagai metod yang sah dan benar di sisi Allah swt ?

    7. Apakah pihak Muslim yang memberi pertolongan dan bantuan ini sememangnya sudahpun sedar dan bersetuju sejak daripada awal-awal lagi bahawa peranan dan perjuangan mereka ini adalah semata-mata hanyalah untuk membantu dan menolong puak Hizbu at-Tahrir sahaja agar mereka ini dapat mengambil alih kuasa pemerintahan yang akan membolehkan mereka ini untuk menjalankan segala peraturan dan undang-undang Allah?

    8. Mengapakah pihak Muslim yang memberi pertolongan dan bantuan ini tidak mahu melantik orang-orang daripada kalangan mereka itu sendiri untuk berkuasa dan memerintah secara Islam di dalam Negara Islam yang diwujudkan oleh mereka ini, iaitu Negara Islam yang diwujudkan oleh mereka melalui perjuangan Jihad, Perang dan Revolusi, mengapakah mereka ini adalah begitu baik hati sekali sehingga sanggup untuk menyerahkan kuasa pemerintahan negara secara percuma kepada puak Hizbu at-Tahrir ini – apakah ada sesuatu keistimewaan yang dimiliki Hizbu at-Tahrir pada pandangan mereka?

    9. Tidakkah ini juga bererti bahawa metod Nussrah ini adalah metod yang tidak lengkap dan sempurna kerana ia memerlukan kepada kewujudan satu golongan yang lain yang ditugaskan khas untuk menyerang dan berperang bagi pihak dan untuk Hizbu at-Tahrir yang mengamalkan metod Nussrah ini?

    10. Apakah yang akan terjadi sekiranya para pejuang Islam yang akan memberi bantuan dan pertolongan kepada Hizbu at-Tahrir ini turut ikut cara dan metod perjuangan mereka, iaitu ikut cara dan metod Nussrah dengan meninggalkan metod perjuangan melalui Jihad, Perang dan Revolusi – tidakkah ini bererti bahawa pihak Hizbu at-Tahrir ini tidak lagi boleh berharap untuk mendapatkan bantuan daripada mereka ini atau daripada sesiapapun lagi, dan tidakkah ini bererti bahawa puak Hizbu at-Tahrir ini sekali-kali tidak boleh berharap untuk menghapuskan musuh-musuh mereka ini nanti, tidakkah ini bererti bahawa puak Hizbu at-Tahrir tidak akan berkemungkinan untuk mencapai kejayaan dalam perjuangan mereka selagi mereka mengamalkan metod Nussrah dalam perjuangan mereka, dan tidakkah ini merupakan fakta-fakta yang konkerit yang membuktikan bahawa metod Nussrah ini adalah metod perjuangan yang sama sekali tidak “viable” dan pragmatik?

    11. Mengapakah pihak Hizbu at-Tahrir tidak ikut cara perjuangan para pejuang Islam yang memberi Nussrah ini kerana kemungkinan besar metod perjuangan mereka ini adalah metod Islam yang betul?

    Amat banyak percanggahan dan kecelaruan dalam pemikiran Hizbu at-Tahrir yang tidak terhurai dengan jelas dan terang, dan jawapan kepada semua persoalan yang kita timbulkan di sini hanyalah satu sahaja, iaitu metod NUSSRAH ini adalah metod yang tahyul yang langsung tidak masuk akal, yang bertentangan dengan al-Quran, Sunnah dan Sirah kerana ianya adalah rekaan kaum Yahudi yang bertujuan untuk mengeliru dan membingungkan kita sahaja agar kita terpesong dan menyeleweng daripada jalan dan metod perjuangan Islam yang benar daripada Allah dan Rasul-Nya. Tidak wujud seorang pun daripada kalangan ulama kita yang muktabar, baik Salaf mahupun Khalaf, yang mengatakan bahawa Metod perjuangan Islam adalah NUSSRAH, sebaliknya mereka kesemuanya sepakat mengatakan bahawa Jihad, Perang dan Revolusi adalah metod Islam daripada Allah dan Rasul-Nya dengan dalil-dalil daripada ayat-ayat al-Quran dan Hadis-hadis yang sahih serta yang kesemuanya ini adalah jelas dan terang.

    Sekian, terima kasih.

    Wan Solehah al-Halbani
    Lubok Terua, Temerloh, PAHANG DM

     

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.