Ibnu Hasyim
CATATAN SANTAI:
“BENARKAH Shamsiah Fakeh seorang komunis?” Seseorang bertanya saya melalui e-mail semalam.
Shamsiah Fakeh atau di sebut juga sebagai ‘Ratu Rimba Malaya’ meninggal dunia pada 20 Oktober 2008 ini, dalam usia 84 tahun. Sejarahnya, Shamsiah adalah ana
k kelahiran Kuala Pilah dan belajar di High Islamic School Kuala Pilah. Sekolah ini bukan sekolah British atau sekolah pondok tetapi sistem madrasah yang didirikan oleh golongan pencinta Al-Quran dan Sunnah. Sekolah itu hari ini telah menjadi Maahad Ittiba As Sunnah (MIS) di Kuala Pilah. Antara sumber utama jejak pejuang ini ialah Ustaz Hashim Abd Ghani, pemimpin keluarga Sunnah di Kuala Pilah tersebut.
Mengikut Ustaz Hashim, beliau pernah mengikut Shamsiah berpindah ke Bag
an Serai (1946) dalam usaha Shamsiah mengobarkan semangat melawan penjajah. Shamsiah pernah sertai Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sewaktu di Kelang. Beliau juga adalah bekas Ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS), iaitu sebuah organisasasi kiri wanita, gabungan PKMM (1946-1948), yang berperanan menuntut kemerdekaan atau membebaskan negara ini daripada cengkaman penjajah.
Dikatakan juga Shamsiah adalah anggota Rejimen ke-10 Partai Komunis Malaya (PKM). Shamsiah pernah menjadi wakil PKM di Cina, di Indonesia dan di Vietnam, selepas menyertai perjuangan bersenjata di Pahang dan di Selatan Thailand selama kira-kira 8 tahun, dari 1948-1956, tetapi, dia tidak pernah menduduki sebarang jawatan tinggi dalam struktur kepimpinan PKM. Oleh itu, ada yang bertanya, apakah kriteria yang digunakan untuk melebel Shamsiah sebagai seorang bekas komunis atau pemimpin komunis?
Kerana ada yang menganggap seorang pemimpin komunis ialah seorang yang menduduki jawatan tertinggi dalam sktruktur kempimpinan parti komunis… Dan antara orang Melayu yang pernah menjadi pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) ialah Musa Ahmad (bekas pengerusi), Abdullah C.D. (pengerusi selepas Musa Ahmad hingga PKM memberhentikan perjuangannya pada tahun 1989), atau Rashid Maidin, Abu Samah Mohd.Kassim serta Ibrahim Chik yang pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Pusat PKM.
Apakah mereka adalah komunis, sedangkan komunis menolak adanya Allah SWT, hari akhirat dan agama?
Pada saya, sama saja, samada komunis, sosialis, kapitalis, nasionalis atau apa-apa ..lis sekalipun, jika seluruh kehidupan mereka, negara mereka, politik, ekonomi, social, masyarakat, individu dan apa-apa lainnya tidak berasaskan hari akhirat atau agama, semuanya tertolak, yakni tidak termasuk dalam perintah Al-Quran supaya memasuki atau melaksanakan Islam secara keseluruhannya.
Teringat saya ceramah bekas Presiden PAS Allahyarham Ustaz Fadzil Mohd Nor, di mana beza politik Islam dengan politik bukan Islam amat jauh. Matlamatnya tidak sama, politik Islam menuju ke akhirat, sedangkan politik bukan Islam hanya berkisar di dunia semata-mata. Mengenai komunis dan sosialis katanya, ‘komunis berdayung disebelah kiri, dan kapitalis berdayung di sebelah kanan, tetapi menuju pulau yang sama..’.
Mari sama-sama hadiahkan Al-Fatihah.. Demikianlah catatan santai kali ini. Insya Allah bertemu lagi akan datang…






0 responses so far ↓
Tidak ada komen buat masa ini...Sila isikan borang dibawah ini.
Anda mesti log masuk terlebih dahulu untuk mengirim komen.