Saya sempat mengikuti ucapan kemenangan Presiden Amerika Syarikat yang ke 44 Barack Obama yang disiarkan langsung dari Chicago tengahari tadi dan pengakuan kalah oleh John Mc Cain sebelumnya. Ternyata pilihan raya presiden Amerika kali ini telah mencipta sejarah, negara juara demokrasi dunia itu telah mengangkat lelaki kulit hitam pertama sebagai ketua negaranya sedangkan sebelum ini iaitu tak sampai 50 tahun dahulu, rakyat kulit hitam mereka adalah rakyat kelas kedua dan jauh sebelum itu mereka ini merupakan hamba abdi walaupun merupakan rakyat dan warganegara.
Menarik juga bahawa Allahyarham bapa kandung Presiden Amerika ini iaitu Hussien Obama merupakan seorang Muslim warga Kenya, walaupun Obama sendiri seorang Kristian.

Ibu-bapa Obama
Apa pun kita akan sama-sama tunggu dan lihat bagaimana corak kepimpinan Presiden kuasa besar dunia ini sejurus beliau mengangkat sumpah pada 20 Januari 2009 nanti menggantikan George W. Bush, Presiden Amerika yang paling ganas kerana banyak terlibat dalam membunuh umat Islam seluruh dunia dan mencetuskan huru-hara dan porak peranda dimerata pelusuk terutama di bumi umat Islam.
Benar, siapa pun Presiden Amerika Syarikat, Amerika akan tetap Amerika, iaitu prejudis dan memandang rendah terhadap umat Islam dan merupakan sekutu terkuat regim haram Israel.
Tetapi kita tidak boleh dikira bersalah untuk menaruh harapan, mengharapkan sesuatu akan berlaku sehingga sekurang-kurangnya stigma dan prejudis terhadap Islam akhirnya akan luntur dan gugur berderai. Obama menjanjikan sebelum ini bahawa beliau akan lebih berminat menjalin hubungan dan berunding dengan Republik Islam Iran dari bertindak sebagaimana Bush sebelum ini, begitu juga terhadap negara-negara Islam di rantau Timur Tengah. Beliau juga menjanjikan akan membawa kembali tenteranya dari Iraq dan menyemak semula keperluan pusat tahanan di Guantanamo.
Saya percaya rakyat Amerika yang beragama Islam seramai hampir 3 juta itu rata-rata menyokong Obama dan turut meletakkan harapan pada beliau.
Setidak-tidaknya menurut laporan pasaran saham dunia telah memberikan reaksi positif terhadap apa yang berlaku di Amerika hari ini, semoga ianya memberi reaksi positi f kepada ekonomi dunia yang sebelum ini kelihatan malap dan membimbangkan.






0 responses so far ↓
Tidak ada komen buat masa ini...Sila isikan borang dibawah ini.
Anda mesti log masuk terlebih dahulu untuk mengirim komen.