Satu persoalan yang harus ditanya kepada kerajaan Malaysia Islam Hadhari ini ialah kenapa Sisters In Islam yang telah banyak memesongkan akidah umat Islam dan sering mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa tidak diambil tindakan?. Mempertikaikan keputusan ulamak yang dilantik oleh kerajaan bermakna menghina Islam. Justeru itu kenapa hanya Raja Petra dan Teresa Kok sahaja yang dikenakan tindakan, walhal belum terbukti mereka melakukan perkara tersebut. Bahkan Raja Petra hanya ditahan ISA atas satu komen dalam blognya yang dikatakan menghina Islam dan Nabi Muhammad. Padahal komen itu boleh dihantar oleh sesiapa sahaja untuk tujuan tertentu. Namun beliau disumbat ke dalam ISA, mujurlah kini dibebaskan semual oleh mahkamah setelah terbukti ia satu penganiayaan. Bagaimana dengan Sisters In Islam ini? Nama “sisters” pun sudah menyerupai agama “Kristian”. Banyak pertikaian tentang fatwa yang dikeluarkan, namun mereka tidak pernah diambil tindakan oleh kerajaan. Mana JAKIM, JAWI serta agensi Islam yang lain? Kenapa senyap dan membisukan diri. Tangkap pemimpin Sisters In Islam dan humbankan mereka ke ISA atau dakwa di mahkamah atas kesalahan menghina Islam (menolak fatwa).

Sealiran: Astora Jabat (Penolong pengarang Al-Islam dan Kolumnis Utusan Malaysia), V. Gayathry (Centre for Independent Journalism) dan Norhayati Kaprawi (Sisters In Islam) dalam satu sidang media membantah pengharaman buku oleh KDN bulan Mei 2008 lalu.
Bahkan lebih teruk lagi, mereka membuat kenyataan terbuka dalam satu sidang media. Apakah ini bermakna ada pihak-pihak kerajaan yang bernaung di sebalik Sisters In Islam, dalam usaha memesongkan akidah mereka supaya terus menyokong Barisan Nasional dalam setiap kali pilihanraya. Mereka tahu umat Islam yang kuat iman dan akidahnya, tidak akan termakan dengan pujuk rayu “duniawi” dan mereka akan istiqamah atau konsisten menyokong perjuangan Islam yang sebenar, bukannya Islam Ciptaan “Hadhari”. Undang-undang “double standard” dalam perlaksanaan peraturan Islam di negara ini, jelas sekali mengelirukan rakyat. Mereka melihat bahawa individu dan tertentu boleh dibenarkan menghina Islam dan tidak dikenakan tindakan sekiranya apsirasi mereka sehaluan dengan UMNO dan Barisan Nasional. Justeru itulah orang-orang seperti Astora Jabat dan Sisters In Islam ini tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Mereka satu haluan dan satu perjuangan, iaitu memesongkan akidah umat Islam di Malaysia hari ini.
PahangDaily