RSS

Arkib Bulanan: Disember 2008

UMNO seolah – olah samakan kerajaan BN dengan Tuhan – TeranungKite

Mengucap panjang bila mana membaca tajuk artikel di bawah ini ” PAS Wajib bersyukur dengan Kerajaan BN ”

Petikan lebih lanjut seperti berikut ;-

i]  Kerajaan BN melalui Majlis Bandaraya Kuala Terengganu(MBKT) memberi kelulusan kepada pas untuk menggunakan Stadium Negeri Kuala Terengganu bagi tujuan mengumumkan calon pilihanraya kecil Kuala Terengganu, sepatutnya diterima dengan penuh kesyukuran oleh pemimpin Pas Terengganu.

ii]  Walaupun sebelum ini BN/Umno seringkali dituduh zalim, jahat, pengkhianat namun dengan kelulusan akan menjadi satu yang pasti membuka mata rakayat seluruh negara bahawa BN tidaklah sejahat dan sezalim yang difitnahkan oleh Pas selama ini.

iii]  Kalau Pas sebuah Parti yang jujur dan tidak hipokrit, Pas sepatutnya mengajak ahli-ahli semasa pengisytiharan calon pas prk Kuala Terengganu supaya berterima Kasih kerana memberi sewa Stadium Negeri.

iv]  Pas mesti mengajar ahlinya selepas ini supaya berterima Kasih kepada BN. Pas dan ahli nya mesti sedar bahawa Kerajaan BN wlaupun dalam keadaan ‘perang’ masih bersedia untuk menyewakan Stadium Negeri .

Ulasan

Mengapa UMNO mensyaratkan PAS wajib bersyukur kepada kerajaan BN ? Ertinya , berdosa PAS dan sekalian pemimpin , ahli dan penyokongnya sekiranya tidak bersyukur kepada Tuhan Sewajarnya PAS dan sekalian pemimpin , ahli dan penyokongnya bersyukur kepada Tuhan sahaja

Bukankah , Stadium Negeri adalah milik rakyat , bukannya dimiliki oleh parti UMNO dan kerajaan BN , dan boleh digunapakai oleh sesiapa sahaja yang mampu membayar sewa yang ditetapkan ?

Mungkinkah ada benarnya tajuk di atas , UMNO seolah – olah samakan kerajaan BN dengan Tuhan

 
Leave a comment

Posted by di 31 Disember 2008 in PR Kecil K.Trg

 

Apabila Sultan akui budaya kini tidak selari ajaran Islam

Oleh PUTERA SEMANTAN

Selama ini kita sering dibuai dan didendangkan dengan lagu (propaganda) kononnya Malaysia adalah sebuah negara Islam. Begitu rakus dan bernafsunya pihak pemerintah untuk melabelkan negara ini sebagai negara Islam, demi untuk itu kadang-kadang ulamak dari Timur Tengah dibawa untuk mengiya dan membenarkan bahawa Malaysia sesungguhnya negara Islam.

Apabila disebut negara Islam, sudah tentu di dalamnya berjalan sistem yang mengikut Al-Quran dan rakyatnya berada dalam aman dan tanpa sebarang ketakutan kerana penduduknya berpekerti mulia.

Rujukan kepada negara Islam ialah sebutan dalam Al-Quran “baldatun thaiyyibatun wa robbun ghafur”.

Sudah lama minda rakyat dipaksa agar menerima Malaysia sebagai sebuah negara Islam, apatah lagi hujah propagandis Umno, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi.

Demi menghadapi PAS, pernah satu ketika Umno menguar-uarkan dirinya sendiri sebagai parti Islam ketiga terbesar di dunia dan Malaysia adalah negara Islam contoh.

Hampir 30 tahun yang lalu Perdana Menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamed telah memperkenalkan dasar “Penerapan nilai-nilai Islam”. Ketika itu bergegas dan berduyunlah ulamak kerajaan dan ulamak pengampu berkempen dan berhujah merata ceruk merasionalkan Islam perspektif Dr M itu.

Apabila bertakhta sahaja Perdana Menteri sekarang pada penghujung 2003, Pak Lah terus mencanangkan Islam Hadhari. Ia ditambah lagi beberapa istilah islamik seperti nilai-nilai murni dan modal insan. Jentera gerak saraf parti itu pun bekerja keras bertungkus lumus mempsikokannya kepada masyarakat.

Kita hampir pasti apabila Najib mengetuai kerajaan nanti, beliau juga akan mengisytiharkan dasar Islamnya yang tersendiri. Kerana semua orang tahu, dengan memainkan sentimen Islam, Umno akan mendapat kredit dan political milleage daripada pengundi-pengundi Melayu.

Persoalan yang penulis mahu bangkitkan di sini, setelah beberapa tahun dicanang dan diperecerkan pelbagai slogan Islam itu, setelah jutaan wang ringgit rakyat dicurahkan demi mengisi program-program Islam ciptaan Umno, apa buah hasilnya? Ke mana halanya rakyat Malaysia masa kini? Adakah rakyat negara ini terutamanya orang Melayu makin kuat Islamnya?

Adakah masyarakat kini lebih baik akhlak dan budayanya (kerana Islam itu sinonim dengan akhlak yang mulai)?

Bagi Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, baginda telah melahirkan kebimbangan apabila terlalu banyak budaya yang tidak selari dengan ajaran Islam menjalar dan berakar umbi di kalangan umat Islam masa kini.

Titah baginda itu sebahagiannya tersiar dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 30 Disember (Selasa) di bawah tajuk ‘Budaya kini tidak selari ajaran Islam: Sultan’

Baginda bertitah, masalah ini (budaya songsang dalam masyarakat) membawa kepada keruntuhan pegangan akidah di kalangan masyarakat sekali gus melemahkan kekuatan umat Islam di negara ini.

“Walau pun negara ini tidak berhadapan secara langsung dengan ancaman musuh namun keruntuhan pegangan akidah, keruntuhan budaya dan sistem nilai masyarakat sangat membimbangkan,” titahnya.

Teks ucapan baginda itu dibacakan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakub pada majlis Sempena Sambutan Maal Hijrah 1430 Hijrah / 2008 Masihi Peringkat Negeri Pahang yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.

Titahnya, masalah remaja seperti merempit di jalanan, pengkid, ancaman gejala murtad, isu serangan pemikiran liberalisme, pluralisme, feminisme adalah gejala yang belum ada noktah penyelesaian.

Demikianlah antara titah Sultan. Titah Baginda Sultan itu tidak disiarkan oleh lain-lain akhbar arus perdana, meski pun isinya sangat penting.

Apa yang dimusykilkan apakah kesan yang didapati hasil program-program keagamaan yang telah diwacana dan dilaksanakan mengikut acuan Umno selama ini. Apa faedahnya setelah wang negara dicurahkan bertimbun-timbun tetapi hasilnya nihil, lompang dan kosong?

Semakin banyak pimpinan negara dari Umno berkempen dan mempropagandakan Islam mengikut acuan mereka, semakin banyak pula timbul kesan negatif. Ini terbukti dengan beberapa statistik rasmi.

Antaranya:
• 1.12 juta penagih dadah berdaftar dan tidak berdaftar di negara ini.

Rujukan : Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, sejak 1988 seramai 279,907 bilangan penagih direkodkan, setiap satu perlu diganda empat, anggaran bilangan penagih sebenar.

• 8% daripada 4.6 juta perokok di negara ini adalah terdiri daripada golongan remaja, manakala 14 peratus remaja di dunia pula merokok.

Rujukan : Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia (UTeM), Datuk Profesor Ir. Ismail Hassan berkata, statistik itu juga menunjukkan 50 hingga 60 perokok baru setiap hari, terdiri daripada remaja di negara ini.

• Purata 6 orang bunuh diri setiap hari, 2500 orang setiap tahun dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun.

Rujukan : TERAS Pengupayaan Melayu. Apakah ini memberi gambaran bahawa negara ini sedang berhadapan dengan ramai rakyat yang tidak stabil jiwanya. Mengikut pakar psikologi, sememangnya sakit jiwa dan mental di negara ini bagaikan bom jangka.

• 588 kes bunuh bagi tahun 2007 manakala bagi tahun 2008 sehingga bulan Jun sahaja sudah mencecah 319 kes

Rujukan : Menurut statistik yang dikeluarkan oleh PDRM – ini bermakna setiap hari hampir 2 orang rakyat Malaysia yang menjadi mangsa bunuh

• 80,938 orang yang dijangkiti HIV sehingga penghujung 2007, terdapat sementara untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini, terdapat 1,766 kes baru, menjadikan bilangan orang yang hidup dengan HIV di negara ini melonjak kepada 82,704.

Rujukan : Berdasarkan perangkaan Kementerian Kesihatan, angka tersebut adalah yang tertinggi iaitu 28.5 peratus bagi setiap 100,000 orang tetapi ianya kini menurun kepada 16.7:100,000 pada 2007. Perangkaan orang yang hidup dengan HIV (OHH) di negara ini dijangka meningkat kepada kira-kira 300,000 menjelang 2015 seandainya tidak ada usaha konkrit untuk membendung penyebaran HIV dan Aids.

• Jumlah keseluruhan kes jenayah ragut ialah 6,215 kes, rompak (13,075 kes) dan 330 kes bunuh. Mengikut statistik polis, sebanyak 9,551 kes ragut, rompak (21,419 kes), bunuh (604 kes) dikesan sepanjang 2006, manakala 9,617 kes ragut, rompak (15,409 kes) dan 497 kes bunuh pada 2005.

Rujukan : Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow, Berita Harian 25 Oktober 2007

• Terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran anak luar nikah didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Rujukan : Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat! Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Semua ini dikutip daripada tulisan pemerhati sosial Nur Mutiara.

Bukan itu sahaja, menurut statistik Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) jenayah khalwat di Pahang sahaja begitu mendadak meningkat dari tahun-tahun 2001 hingga 2007. Jumlah kes 2001 ialah 108. 2002 (194), 2003 (215). 2004 (242). 2005 (285). 2006 (316). 2007 (712). Sebahagiannya ditangkap semasa program Jom Heboh di Kuantan.

Jangan ditanya dari mana penulis dapat maklumat ini, tetapi ianya nyata dan saheh.

Kepada umat Islam negara ini, berfikirlah secara rasional bukan emosional. Apakah selepas ini kita mahu mengekalkan Umno/BN menjaga agama kita setelah terbukti kegagalan mereka?

Jika di zaman dua perdana menteri ini sahaja pun keadaan masyarakat dan kebobrokan sosial dan akhlaknya begitu meruncing dan kritikal, apakah kita mengharapkan zaman Najib (yang sering kali dipertikaikan akhlaknya) Islam di negara ini semakin baik?

Lihatlah ke dalam diri Umno itu sendiri, bagaimana feel perangai mereka menggunakan duit untuk merebut jawatan. Islam Hadari-kah itu?

Tepuk dada tanya iman… ingatlah, ini masa untuk berubah!

 
Leave a comment

Posted by di 31 Disember 2008 in BERITA PAHANG

 

Wahai .. Para Raja, Presiden, dan Pemimpin Arab!

Ketika engkau melihat umat Islam di Gaza sudah sekarat, bertahun-tahun menderita, akibat embargo Israel. Engkau tetap menutup pintu perbatasanmu. Tak mau berbelas kasihan terhadap saudaramu. Meskipun, sudah banyak diantara mereka yang mati, akibat sakit dan kelaparan. Bahkan, ketika mereka kelaparan dan mencoba masuk ke wilayah perbatasanmu, engkau usir. Engka menjadi seakan orang-orang yang sudah kehilangan hati nurani dan kecintaan terhadap saudaramu, yang malang muslim Palestina. Engkau lebih mementingkan memelihara hubungan dengan Israel, Amerika, dan Uni Eropa, dibandingkan dengan menyelamatkan saudaramu sesama muslim.

Engkau menyaksikan dengan mata telanjang, ketika pesawat F.16 dan Apache, Israel, menyerang kota-kota Gaza. Engkau melihat bangunan-bangunan luluh-lantak, mayat-mayat berserayakan, bagaikan sampah, dan ada di mana-mana, dan darah mengalir dari setiap tubuh mayat, serta menjadi pemandangan di sudut-sudut kota Gaza, masihkah hati nuranimu tak juga tersentuh? Engkau melihat ratusan muslim Palestina, yang mengerang kesakitan dengan luka-luka di tubuh mereka, dan masihkah engkau berdiam diri? Mengapa wahai Presiden Hosni Mubarak, engkau bertemu dan berjabat tangan Menteri Luar Negeri Israel, Tzipi Livni, sehari sebelum rejim Zionis-Israel melumatkan kota Gaza?

Engkau menyaksikan setiap hari peristiwa kematian yang dialami muslim Palestina. Engkau setiap hari melihat muslim Palestina yang tak berdaya, dan dihancurkan kehidupan mereka oleh rejim Zionis-Israel. Tapi, engkau malah berkomplot dengan kaum laknat itu, ikut menghancurkan muslim Palestina. Engkau melihat bangunan-bangunan, rumah-rumah, sarana-sarana hidup, dan tanah ladang, kebun, ikut dihancurkan para penjajah, yang biadab, tapi engakau malah tertawa-tawa, sambil menerima utusan pemerintahan rejim Zionis-israel, dan berunding. Engkau melihat kekejaman-kekejaman yang diluar batas perikemanusiaan, dan yang tak pernah dapat tertanggungkan oleh manusia, dan dialami oleh muslim Palestina, yang dilakukan rejim Zionis-Israel, tapi engkau malah membuat perjanjian rahasia dengan musuh kemanusia itu? Di mana hati nuranimu?

Wahai Para Raja , Presiden, Pemimpin Arab!

Kematian akan datang. Kematian akan dialami oleh muslim Palestina, di Gaza. Mereka semuanya akan menyongsong kematian,yang paling terhormat. Mereka akan menghadapi mesin perang rejim Zionis-Israel dengan gagah. Mereka tak akan mundur. Mereka akan menghadapi dengan teguh. Mesin prang yang sudah meluluh-lantakkan kota Gaza itu, pasti akan mereka hadapi. Apa artinya kehidupan dan kemuliaan, bila harus dibawah kekuasaan dan penjajahan Israel? Mereka lebih mencintai kematian, dan tak akan berdamai dengan para musuh Allah Azza Wa Jalla, yaitu Zionis-Israel.

Apa artinya kekuasaan dan kekuatan yang engkau miliki? Bila kekuasaan dan kekuatan itu tak dapat menghapus kemungkaran dan kedzaliman? Apa artinya kekuasaan dan kekuatan yang engkau miliki bila tak mampu menghapus kejahatan yang dilakukan oleh rejim Zionis-Israel. Lebih mulia, mereka yang sudah mati – mati syahid melawan penjajah, dibandingkan dengan kekuasaan dan kekuatan yang engkau miliki, tapi tak mampu membebaskan saudaramu muslim di Gaza.

Selamat berjuang saudaraku muslim di Gaza, jangan mengharapkan pertolongan dari manapun, kecuali dari Allah Rabul Aziz. Semoga engkau mendapatkan kemuliaan dari Allah Azza Wa Jalla. (Mi)

 
Leave a comment

Posted by di 31 Disember 2008 in BERITA DUNIA

 

Hadis hari ini (Rabu) – 31.Dis.2008

بسم الله الرحمن الرحيم

Hijrah yang hakiki sesungguhnya bermakna meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya

حَدَّثَنَا آدَمُ بْنُ أَبِي إِيَاسٍ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي السَّفَرِ وَإِسْمَاعِيلَ بْنِ أَبِي خَالِدٍ عَنْ الشَّعْبِيِّ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ (متفق عليه)

Dari Abdullah bin Amru bin Ash ra, bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda, ‘Soerang muslim adalah orang yang menjadikan muslim lainnya merasa selamat dari lisan dan tangan (perbuatannya). Sedangkan muhajir (orang yang hijrah) adalah orang yang meninggalkan segala yang dilarang Allah SWT. (Muttafaqun Alaih).

Hadits ini merupakan hadits sahih yang diriwayatkan oleh hampir seluruh Imam Hadits, yaitu Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Turmudzi, Imam Abu Daud, Imam Ahmad bin Hambal, dsb. Dalam Imam-Imam kitab hadits yang enam (baca ; kutubus sittah), hanya Imam Ibnu Majah yang tidak meriwayatkan hadits ini. Dan hampir semua Imam ahli hadits sepakat akan kesahihan hadits ini.

Secara umum hadits di atas menggambarkan tentang dua hal besar; pertama karakter orang beriman, dan kedua makna hijrah. Kedua hal tersebut dirangkai dalam satu penjelasan singkat dari Rasulullah SAW melalui hadits di atas. Penjelasan pertama adalah bahwa karakter mendasar orang yang beriman (muslim), yaitu sebagai orang yang keberadaannya menetramkan orang lain. Artinya orang lain tidak merasa ‘terganggu’ dengan kehadirannya, baik secara lisan maupun perbuatannya. Bahkan kehadirannya selalu dinantikan dan ‘dielu-elukan’ oleh orang lain. Sikapnya terjaga, perilakunya terkontrol, ucapannya menyejukkan, ungkapannya menentramkan dan statementnya memajukan umat.

Sementara hal yang kedua, yaitu hakekat hijrah. Bahwa hijrah yang hakiki sesungguhnya bermakna meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya. Baik yang lahir (terlihat/ nyata/ rii) maupun yang batin (tidak nyata, perkara hati, ghaib). Namun untuk merealisasikan tujuan hijrah tersebut, seseorang dapat meninggalkan sebuah tempat (teritorial) menuju tempat yang lainnya jika di tempat yang awal ia tidak dapat melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT. Hijrah yang seperti ini dinamakan juga dengan hijrah makani. Sedangkan hijrah dalam arti yang lebih luas sebagaimana digambarkan dalam hadits di atas, sering disebut juga dengan hijrah ma’nawi.

Dalam hijrah, komponen yang terpenting adalah ‘niat’. Hal ini dapat kita lihat dari kisah muhajir Ummu Qais. Dimana terdapat seorang shahabiah yang bernama Ummu Qais, yang ingin hijrah melaksanakan perintah Allah dan Rasul-Nya dari Mekah ke Madinah. Namun pada saat yang bersamaan, terdapat seseroang yang ‘menyukai’ Ummu Qais ini. Dan singkat cerita berhijrahlah pula orang tadi, namun dengan harapan dan tujuan untuk mendapatkan ‘cintanya’ Ummu Qais.

Akhirnya Rasulullah SAW bersabda dengan sebuah hadits yang cukup masyhur, yaitu hadits tentang niat; ‘Bahwasanya segala amal perbuatan tergantung niatnya. Dan bahwasanya bagi setiap orang akan mendapatkan apa yang diniatkannya. Barang siapa yang berhijrah karena mengharapkan keridhaan Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya tersebut akan mendapatkan pahala keridhaan Allah dan Rasul-Nya. Dan barang siapa yang berhijrah karena kepentingan dunia, atau karena wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya tersebut akan mendapatkan apa yang telah diniatkannya’. (Muttfaqun Alaih)

Makna Keikhlasan

Ikhlas berasal dari bahasa Arab, yang sudah menjadi istilah dalam bahasa Indonesia. Dari bahasa asalnya, ikhlas berasal dari kata “akhlasha”, yang berarti bersih, murni dan jernih. Dari kata dasar ini, membentuk infinitifnya (masdar) menjadi “ikhlasan”. Sedangkan orang yang ikhlas adalah “mukhlis”:
أخلص – يخلص – إخلاصا – وهو مخلص
Adapun dari segi istilahnya, para ulama memberikan ekspresi bahasa yang beragam, sesuai dengan kecendrungan dan spesialisasi mereka masing-masing.

• Al-Imam Al-Mar’asyi umpamanya, beliau mengemukakan bahwa ikhlas adalah kesamaan amalan seorang hamba yang dilakukannya secara dzahir dan bathin.

• Imam Abu Qasim al-Qusyairi membahasakannya dengan, “memaksudkan amalan dengan mensatukan tujuan dalam ketaatannya kepada Allah SWT.

• Sedangkan Imam al-Susy, mendefinisikannya dengan, “hilangnya rasa keikhlasan dalam amalan yang dilakukannya, karena orang yang merasa terdapat keikhlasan pada keikhlasannya, maka sesungguhnya keikhlasannya itu membutuhkan keikhlasan.”

• Dan seorang ulama kontemporer, yaitu Ali Abdul Halim Mahmud, mengemukakan bahwa hakekat keikhlasan adalah berlepas diri dari sesuatu selain Allah SWT, yaitu bersihnya perkataan, perbuatan, atau meninggalkan sesuatu hal dengan tujuan mencari ridha Allah dan pahala dari-Nya.

Apapun ungkapan yang mereka bahasakan dengan definisi yang mereka berikan, pada hakekatnya mereka semua memiliki kesamaan pandangan bahwa keikhlasan merupakan menfokuskan tujuan suatu amalan, hanya semata-mata untuk Allah dan kepada Allah, dengan menjauhkan diri dari tujuan-tujuan lain yang bukan kepada Allah.
Urgensi Keikhlasan

Dalam kehidupan yang dijalani oleh manusia, kiekhlasan memiliki posisi yang sangat penting. Karena tanpa keikhlasan, maka amalan seseorang diibaratkan seperti jasad yang tidak memiliki ruh lagi. Berikut adalah beberapa urgensi keikhlasan:

1. Ikhlas merupakan suatu perintah/ kewajiban dari Allah. (QS.98: 5) “Padahal mereka tidaklah disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan keikhlasan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus.”

2. Keikhlasan merupakan bukti dan sarana ketaqwaan seseorang.

3. Kehidupan dan kematian akan dipersembahkan kepada Allah SWT. Dan bagaimana persembahan akan diterima, jika tidak dibarengi dengan keikhlasan?

4. Keikhlasan merupakan hal yang sangat diperlukan guna menjadi hamba yang terbaik amalannya, sebagai perealisasian cobaan yang Allah berikan pada insan. (QS.67: 2) “Yang menjadikan kamu mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.”

5. Ikhlas merupakan syarat pertemuan antara seorang hamba dengan Rab-nya baik di dunia maupun di akhirat. (QS.18 : 110) “Dan barang siapa yang mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan jenganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya.”

Ikhlas dan Riya’

Ketika mengkaji tentang keikhlasan, muncullah sebuah persepsi pentingnya menghindarkan amalan dari riya. Karena riya merupakan lawan kata dari ikhlas. Dan riya ini pulalah yang dapat menghancurkan keikhlasan seorang hamba yang telah sekian lama diusahakannya. Memahami riya meruapakan hal yang cukup urgen, guna membantu dalam peningkatan keikhlasan.

Berbeda dengan ikhlas, maka riya adalah memaksudkan amalan yang dilakukan seseorang guna mendapatkan keridhoan manusia, baik berupa pujian, ketenaran, atau sesuatu yang diinginkannya selain Allah SWT. Dr. Sayid Muhammad Nuh, menggambarkan adanya tiga sebab yang memotori timbulnya riya: Pertama karena ingin mendapatkan pujian dan nama baik di masyarakat. Kedua, kekhawatiran mendapat celaan manusia, dan ketiga, menginginkan sesuatu yang dimiliki orang lain (tamak). Ketiga hal ini didasari dari hadits, yang diriwayatkan Imam Bukhari:

عَنْ أَبِيْ مُوْسَى رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، أَنَّ أَعْرَابِيًّا سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهٌ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُوْلَ اللهِ، الرَّجُلُ يُقَاتِلُ حَمِيَّةً، وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُرَى مَكَانُهُ، وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِلذِّكْرِ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ قَاتَلَ لِتَكُوْنَ كَلِمَةَ اللهِ هِيَ الْعُلْيَا فَهُوَ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ

“Dari Abu Musa al-Asyari ra, mengatakan bahwa seorang Badui bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah SAW, seseorang berperang karena kekesatriaaan, seseorang berperang supaya posisinya dilihat oleh orang, dan seseorang berperang karena ingin mendapatkan pujian? Rasulullah SAW menjawab “Barang siapa yang berperang karena ingin menegakkan kalimatullah, maka dia fi sabilillah.” (HR. Bukhari)

Kemudian, hadits riwayat An-Nasai:

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ غَزَا لاَ يَبْغِيَ إِلاَّ عِقَالاً فَلَهُ مَا نَوَى

Barang siapa yang berperang hanya kerena kekang hewan, maka ia hanya akan mendapatkan apa yang diniatkannya.” (HR. Nasa’i)

Ungkapan dalam hadits pertama, tentang seseorang yang berperang supaya posisinya dilihat orang dan seseorang yang berperang supaya mendapatkan pujian, adalah sebagai indikasi penyebab riya yang pertama, yaitu ingin mendapatkan pujian dan nama baik di masyarakat. Kemudian ungkapan dalam hadits tentang seseorang yang berperang karena kekesatriaan, adalah indikasi dari penyebab yang kedua, yaitu kekhwatiran mendapatkan celaan manusia. Adapun dalam hadits yang kedua, adalah indikasi dari penyebab yang terakhir, yaitu menginginkan sesuatu yang dimiliki orang lain. Meninggalkan ketiga hal di atas adalah merupakan salah satu upaya guna menghadirkan keikhlasan dalam beramal, sekaligus menghindari dir dari sifat riya.

Riya Adalah Syirik Kecil

Riya’ adalah syirik kecil; demikianlah ungkapan yang dikemukakan Rasulullah SAW dalam salah satu haditsnya yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hambal dalam musnadnya. Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمْ الشِّرْكُ اْلأَصْغَرُ، قَالُوْا وَمَا الشِّرْكُ اْلأَصْغَرُ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ الرِّيَاءُ، يَقُوْلُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ
يَوْمَ الْقِيَامَةِ اذْهَبُوْا إِلَى الَّذِيْ تُرَاءُوْنَ فِي الدُّنْيَا هَلْ تَجِدُوْنَ عِنْدَهُمُ الْجَزَاءَ (رواه أحمد
)

“Sesungguhnya sesuatu yang paling aku takutkan terjadi pada kalian adalah syirik kecil.” Para sahabat bertanya, “Apa itu syirik kecil wahai Rasulullah SAW?”, Beliau menjawab, “Riya.! Dan Allah akan berkata pada hari kiamat, terhadap mereka-meeka yang riya, ‘pergilah kalian kepada orang-orang yang dahulu di dunia kalian rya’i, apakah kalian mendapatkan ganjaran dari mereka?” (HR. Ahmad)

Meskipun kecil, riya tetaplah bagian dari syirik yang harus disingkirkan jauh-jauh dari hati kaum mu’minin. Sesuatu yang kecil, bila dibiarkan tumbuh berkembang, maka lambat laun akan menjadi besar. Dan alangkah meruginya, jika sesuatu yang negatif yang demikian besarnya, ternyata bercokol di dalam hati orang mu’min. Sedangkan syirik merupakan dosa yang tidak akan mendapatkan ampunan dari Allah SWT.

Ciri-ciri Riya’ dan Ikhlas

Terdapat sebuah ungkapan yang dikemukakan oleh seorang sahabat Rasulullah SAW yang sangat zuhud kehidupannya, beliau juga termasuk salah seorang dari empat khulafa’ rasydin, yang juga mendapatkan berita gembira untuk masuk dalam surga Allah kelak. Beliau adalah Ali bin Abi Thalib. Ali bin Abi Thalib mengemukakan, tentang ciri-ciri riya’ yang terdapat dalam jiwa seseorang:

قَالَ عَلِيٌّ كَرَّمَ اللهُ وَجْهَهُ، لِلْمُرَائِيْ عَلاَمَاتٌ، يَكْسُلُ إِذَا كَانَ وَحْدَهُ، وَيَنْشَطُ إِذَا كَانَ فِي النَّاسِ، وَيَزِيْدُ فِي الْعَمَلِ إِذَا أُثْنَى، وَيَنْقُصُ إِذَا ذُمَّ

“Orang yang riya, terdapat beberapa ciri, (1) malas, jika seorang diri, (2) giat jika di tengah-tengah orang banyak, (3) bertambah semangat beramal jika mendapatkan pujian, (4) berkurang frekwensi amalnya jika mendapatkan celaan.”

Sedangkan orang yang ikhlas adalah kebalikan dari hal tersebut diatas. Adapun ciri-cirinya, diantaranya adalah;

1. Istiqamah/ istimrar dalam beribadah, baik ketika mendapatkan pujian ataupun ketika mendapatkan celaan atas perbuatannya tersebut.

2. Membenci atau menghindari diri dari popularitas. Karena amalnya semata-mata hanya karena ingin mendapatkan keridhaan Allah SWT.

3. Menyembunyikan amalan, dalam arti tidak menyengaja dalam mengerjakan suatu amalan agar dilihat orang lain.

4. Su’udzon terhadap diri sendiri, hingga tidak membanggakan amal pribadi. Artinya dirinya senantiasa merasa kurang sempurna dalam beramal. Sehingga ia selalu memperbaiki dengan amalan yang lebih baik lagi.

Assidqu fil Ikhlas

Pada intinya, keikhlasan menginginkan bagaimana seorang hamba mampu memberikan porsi ketawazunan (baca; keseimbangan) dalam amalannya antara yang dzahir dan bathin. Karena yang diinginkan dari ikhlas adalah adanya kesamaan dalam kedua amalan ini, baik yang dzhir (amalan yang terlihat oleh orang lain), maupun yang bathin (yang hanya diketahui sendiri oleh dirinya). Jika amalan dzahirnya melebihi amalan bathinnya, berarti terdapat indikasi keriyaan. Contoh amalan yang dilakukan secara bathin adalah senantiasa hati seseorang “basah” dengan dzikir kepada Allah, dimanapun dan kapanpun dia berada. Demikian juga dalam kesendirian-kesendiriannya, ia justru memperbanyak dzikir dan melakukan aktivitas ibadah, bukan malah merupakan kesempatan untuk berlaku maksiat.

Jika seseorang telah mampu menyeimbangkan antara kedua hal di atas, ini berarti telah terdapat indikasi keikhlasan dalam dirinya. Apalagi jika seseorang yang memiliki amalan bathin, jauh lebih banyak dan lebih besar frekwensinya daripada amalan dzahirnya, maka ia telah mencapai assidqu fil ikhlas (keikhlasan yang sebenar-benarnya).

Cara Menghadirkan Keikhlasan dan Menghindari Riya’

Para ulama berupaya memberikan berbagai jalan guna menemukan kiat-kiat agar terhindar dari keriyaan serta mampu menghadirkan keikhlasan dalam jiwa. Diantara cara yang mereka tawarkan adalah:

1. Menghadirkan sikap muraqabatullah, yaitu sikap yang menghayati bahwa Allah senantiasa mengetahui segala gerak-gerik kita hingga yang sekecil-kecilnya, bahkan yang tergores dan terlintas dalam hati sekalipun yang tidak pernah diketahui oleh siapapun. Dalam sebuah hadits Rasulullah SAW mengungkapkan, “..dan sempurnakanlah amal, karena Sang Pengawas (Allah) Maha Melihat.,

وَأَتْقِنِ الْعَمَلَ فَإِنَّ النَّاقِدَ بَصِيْرٌ

2. Seseorang perlu menyadari dan meyakini, bahwa dengan riya, seluruh amalannya akan tidak memiliki arti sama sekali. Amalannya akan hilang sia-sia dan akan musnah. Serta dirinya tidak akan pernah mendapatkan apapun dari usahanya sendiri.

3. Dirinya pun perlu menyadari, bahwa lambat launpun manusia akan mengetahui apa yang terdapat di balik amalan-amalan baik yang dilakukannya, baik di dunia apalagi di akhirat kelak.

4. Dirinya juga perlu meyadari pula bahwa dengan riya, seseorang dapat diharamkan dari surga Allah. Dalam hadits digambarkan, bahwa Rasulullah SAW menangis, karena takut umatnya berbuat riya’. Kemudian beliau berkata, “Barang siapa yang belajar ilmu pengetahuan bukan kerena mencari keridhoan Allah tapi karena keinginan duniawi, maka dia tidak akan mencium baunya surga.”

5. Banyak berdzikir kapada Allah SWT, terutama manakala sedang menjalankan suatu amalan, yang tiba-tiba muncul pula niatan riya. Hal ini sebaiknya segera diterapi dengan dzikir.

Inilah sekelumit hal mengenai keikhlasan, yang patut dihadirkan dan dijaga dalam diri tiap insan. Keikhlasan bukan hanya monopoli mereka-mereka yang pakar dalam ilmu keagamaan, atau mereka-mereka yang berkecimpung dalam keilmuan syar’iyah. Namun keikhlasan adalah potensi setiap insan dalam melakukan amalan ibadah kepada Allah. Bahkan tidak sedikit mereka-mereka yang dianggap biasa-biasa saja, ternyata memiliki keluarbiasaan dalam keimanannya kepada Allah.

Jika demikian halnya, marilah memulai dari diri pribadi masing-masing, untuk menghadirkan keikhlasan, meningkatkan kualitasnya dan menjaganya hingga ajal kelak menjemput kita.

Wallahu A’lam bis Shawab
By. Rikza Maulan, Lc., M.Ag.

 
Leave a comment

Posted by di 31 Disember 2008 in TAFSIR HADITS

 

Mantan Pesuruhjaya Pas Negeri Pahang – Ustaz Jamahir Ideris Telah kembali kerahmatullah.

Pesuruhjaya PAS Pahang ke 5, Ustaz Jamahir Idris kini telah kembali kerahmatullah pada jam 12.35 pm, setelah sekian lama terlantar di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan akibat komplikasi jangkitan kuman di paru-paru .

Beliau yang menetap di Taman Guru, Batu 5 Kuantan sudah beberapa hari dimasukkan ke wad di tingkat 8 hospital tersebut.

Jenazah beliau akan dikebumikan jam 10.oo am ditanah perkuburan bt. 8 Gambang.

Ustaz Jamahir, 84, merupakan salah seorang aktivis awal PAS Pahang yang mendapat pendidikan di Institiut Pengajian Islam, Bandung. Sejarah beliau dalam perjuangan Islam di negara ini bermula apabila berhijrah ke Malaya bersama bapanya pada tahun 1958.

Ustaz Jamahir dilahirkan di Indonesia pada 1924, melibatkan diri dalam PAS sewaktu dalam perjalanan singgah untuk belajar di India. Walau bagaimanapun, hajat belajar tidak tercapai dan terus bergiat
cergas dalam perjuangan Islam di Malaya.

Semasa di Indonesia, beliau aktif dalam pertubuhan Masyumi iaitu sebuah gerakan Islam Indonesia yang popular. Pernah menjadi setiausaha Penaja Hizbul Muslimin Cawangan Padang Rengas sebelum para pemimpin utama gerakan tersebut ditangkap penjajah Inggeris.

Ustaz Jamahir dilantik secara rasmi sebagai Pesuruhjaya PAS Pahang pada 20 Jun 1971 selepas Kongres PAS ke 17 di Kuala Lumpur. Sebagai Pesuruhjaya PAS Pahang dan tokoh ilmuan, gerakan tarbiyah dan pendidikan menjadi agenda beliau yang utama.

Bersama rakan yang lain Ustaz Jamahir menaja dan menubuhkan sebuah Sekolah Agama Rakyat di Tanjung Api, Kuantan. Kini sekolah tersebut telah diambil sepenuhnya oleh kerajaan negeri dan dikenali sebagai Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan.

Ustaz Jamahir Ideris memegang jawatan Pesuruhjaya selama lapan tahun berakhir pada tahun 1977.

Beliau antara tokoh yang mendapat sanjungan atas kegigihan dan dianugerahkan sebagai Tokoh PAS Pahang dalam Perayaan Sambutan 40 Tahun PAS di Sungai Gau, Temerloh pada tahun 1992. Jawatan itu kemudiannya diamanahkan pula kepada Allahyarham Hj. Mohd Rusdi Ariff (1977).

 
Leave a comment

Posted by di 30 Disember 2008 in BERITA PAHANG

 

BN Terengganu ‘umpan’ RM6.1 juta tarik pengundi Cina – Mustafa Ali

(Hrkh)- Masyarakat Tionghua diingatkan supaya tidak mudah termakan ‘umpan’ pilihan raya dengan penyaluran bantuan dana berjumlah RM6.1 juta oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).


PAS Terengganu menyifatkan pemberian peruntukan tersebut sebagai satu tindakan yang bermotifkan politik kerana berlaku disaat Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu bakal diadakan pada 17 Januari depan.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali berkata PAS tidak mempunyai ‘halangan’ jika kerajaan benar-benar menyediakan peruntukkan demi kepentingan dan kebaikan rakyat.

Namun begitu, katanya pengagihan peruntukkan yang berlaku pada waktu ini (pilihan raya kecil) sudah tentu mempunyai hubungkait dengan tujuan politik.

“Dia (kerajaan) hendak bantu, kita (PAS) tiada halangan kerana itu adalah tanggungjawab kerajaan negeri untuk masyarakat .

“Tetapi dia (kerajaan) pilih waktu ini sudah tentu ia ada tujuan politik dan kita (PAS) harap masyarakat Tionghua faham bantuan itu bermotif politik,” ujar beliau ketika dihubungi.

Menurutnya, PAS tidak menghalang sebarang peruntukkan yang disalurkan oleh kerajaan BN tetapi melihat perkara tersebut sebagai ‘umpan’ pilihan raya.

Katanya, setiap kali menjelang pilihan raya umum atau pilihan raya kecil pelbagai peruntukkan dan bantuan diagihkan kepada rakyat yang menjadi amalan parti pemerintah.

Pada 27 Disember 2008 lalu, kerajaan BN meluluskan peruntukkan sebanyak RM3.3 juta untuk Dewan Perhimpunan Perhubungan Cina Terengganu di Pulau Kambing dan RM2.8 juta lagi bagi menyiapkan dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hwa Wei Sin.

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said dipetik sebagai berkata sekiranya BN menang cemerlang dalam pilihan raya nanti pihaknya memberi ‘jaminan’ memastikan lebih banyak pembangunan kepada masyarakat Cina di negeri ini.

Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu terpaksa diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen P.36 berikutan kematian mengejut penyandangnya, Dato� Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Oktober lalu.

Pada PRU ke-12, 8 Mac 2008 lalu Dato’ Razali calon BN menang tipis dengan majoriti 628 undi menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf hanya mendapat 685 undi

 
Leave a comment

Posted by di 30 Disember 2008 in PR Kecil K.Trg

 

DIVIDEN KWSP UNTUK BAYAR HUTANG PTPTN

Soalan;

Bolehkah saya menggunakan duit riba ( dividen) dari simpanan KWSP saya untuk membayar duit pinjaman PTPN yang juga ada unsur riba.contoh : duit simpanan pokok saya dalam KWSP – RM10 000duit dividen KWSP ( keuntungan dari perniagaan yang tidak jelas halal/haramnya) – RM 5000jumlah simpanan dalam KWSP – RM 15 000pinjaman PTPN yang asal ( pokok) – RM 10 000caj 1% yang dikenakan ( duit riba) – RM 7000Jumlah yang perlu dibayar RM 17 000 Jadi saya mengunakan wang RM 5000 dari dividen KWSP untuk membayar RM 7000 tersebut. Manakala jumlah yang tidak cukup ( RM 2000) saya guna duit saya sendiri.Apakah ini dibenarkan?

Kerana setahu saya duit riba hanya dibenarkan untuk digunakan untuk kemaslahatan umum seperti membina jalan raya. Tetapi dalam kes saya ini, saya tidak berniat untuk terlibat dalam riba. PTPTN diambil untuk membiayai pelajaran di universiti, manakala KWSP adala skim wajib untuk pekerja.

Setelah sah dalam jawatan, saya dibenarkan memilih skim pencen & berhenti menyertai Skim KWSP. justeru saya ingin mengeluarkan duit KWSP saya dan melunaskan pinjaman PTPTN tersebut.

Jawapan;

Wang riba tidak harus digunakan untuk keperluan sendiri (termasuk keluarga). Ia perlu dipulangkan kepada pemiliknya. Oleh kerana pemiliknya tidak diketahui, maka dipulangkan kepada ummah atau masyarakat. Namun, benarkah dividen KWSP adalah riba?

Wallahu a’lam.

USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

 
Leave a comment

Posted by di 30 Disember 2008 in SOAL JAWAB AGAMA

 

Hadis hari ini (Selasa) – 30.Dis.2008

عَنْ أَبِيْ عَبَسٍ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ جَبْرٍ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ «مَا اغْبَرَّتْ قَدَمَا عَبْدٍ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ فَتَمَسَّهُ النَّارُ» رَوَاهُ اْلبُخَارِيُّ

Dari Abû ‘Abas, ‘Abdu `r-Rohman bin Jabr RA berkata: Rosululloh SAW bersabda: Tidaklah dua kaki seorang hamba berdebu jalan Alloh, kemudian keduanya akan tersentuh api neraka.” (HR. Bukhori)

 
Leave a comment

Posted by di 30 Disember 2008 in TAFSIR HADITS

 

Menemukan Keakraban Dalam Perselisihan

Perselisihan dalam kehidupan pernikahan mungkin terjadi. Tetapi bagaimana agar pertengkaran yang timbul jangan sampai menimbulkan dendam ataupun kebencian pada pasangan. Dalam pertengkaran sepasang suami istri pastilah ingin mempertahankan pendapatnya, ego pastilah berperan.

Setiap pertengkaran pasti ada mutiara yang dapat diambil. Pertengkaran dapat menimbulkan keakraban karena bisa lebih mengenal pasangan. Segera setelah pertengkaran, Anda harus membuka pintu supaya Anda dapat berjalan melaluinya untuk mengetahui apa yang dirasakan dan dibutuhkan pasangan.

Daripada diam dan menggunakan klise, lebih baik menggunakan sikap : “Senang juga bertengkar karena akan membuat kita berdua mengetahui lebih banyak satu dengan yang lain dan lebih mengasihi satu dengan yang lain.”

Perselisihan pada dasarnya disebabkan adanya kebutuhan yang tidak terpenuhi. Anda bisa menerapkan cara kasih dengan menuliskan hal-hal yang Anda rasa pasangan belum memberikannya pada Anda. Tuliskan 5-10 hal praktis dan spesifik yang Anda inginkan pasangan melakukannya untuk Anda.

Dengan melakukan hal tersebut Anda merasa kebutuhan Anda terpenuhi. Catatlah daftar tersebut dan tempatkan di tempat yang gampang dilihatnya setiap hari. Mungkin di lemari Anda kalau Anda tidak ingin orang lain tahu. Tempatkanlah di tempat di mana dapat mengingatkan Anda maupun pasangan  setiap hari.

Perselisihan juga memberi kesempatan untuk menyatakan kasih sayang fisik dan emosional. Bila Anda bertengkar dan istri Anda mulai menangis, cobalah untuk memeluknya dan katakan “ Saya minta maaf atas perkataan kasar saya sehingga melukai perasaanmu.” Pada saat itu si istri mulai merasa tenang.

Dan yang membuatnya tenang kembali adalah rasa menyesal dan sentuhan lembut Anda. Meskipun di saat Anda bertengkar, isteri tidak menangis, akan lebih baik bila pertengkaran telah usai saling berpelukan dan merasakan kasih pasangan satu sama lain.

Dan ada cara lain dalam menghadapi pertengkaran agar salah satu pihak tidak merasa kebutuhannya tidak terpenuhi yaitu dengan menuliskan di sebuah kertas alasan-alasan Anda berdua harus melakukan ini.

Dan di sisi yang lain tuliskan alasan-alasan Anda berdua tidak lakukan ini. Melalui daftar tersebut, Anda berdua dapat menemukan fakta-fakta dan dapat menggali lebih dalam dan mencari perasaan yang ikut terlibat. Dengan daftar tersebut Anda akan tahu apa yang dibutuhkan pasangan.

Kebutuhannya yang terabaikan dengan atau tidak melakukan tindakan tersebut. Masing-masing pihak akan merasa dirinya didengar oleh pasangannya dan hal ini membantu sekali dalam menyelesaikan pertengkaran. Mungkin Anda berdua mengikuti ide salah satu dari Anda, tetapi tidak ada perasaan kalah atau menang.

 
Leave a comment

Posted by di 30 Disember 2008 in KELUARGA SAKINAH

 

KEKEJAMMAN YAHUDI

PENDUDUK Palestin hanya mampu melihat sebuah bangunan musnah dibedil pesawat tentera Israel di bandar Rafah, semalam.

BEBERAPA wanita Palestin terkedu melihat kemusnahan ketika anggota penyelamat tiba di Rafah, yang menjadi antara sasaran serangan kejam terbaru tentera Israel di Gaza, semalam.

Yahudi sekat pengantin Palestin: Askar Israel menghalang pengantin Palestin, Yasem Zawahreh dan pasangannya ketika mereka melintasi sekatan, di tengah-tengah bantahan tembok pemisah dibina rejim Zionis di perkampungan Maasarah, dekat Baitulaham di Tebing Barat, kelmarin. Zawahreh, berbaju pengantin turut bantah pembinaan tembok kerana jejaskan kehidupan seharian warga Palestin.
 
Leave a comment

Posted by di 29 Disember 2008 in BERITA DUNIA

 

Hadis hari ini (Isnin) – 29.Dis.2008

BERKABUNG 40 HARI BERTENTANGAN DGN SYARIAT

Sabda Rasulullah SAW

لاَ يَحِلُّ لِامْرَأَةٍ تُؤْمِنُ بِاللهِ والْيَومِ الأَخِرِ أنْ تُحِدَّ عَلى ميّتٍ فوقَ ثَلاثٍ اِلاَّ على زَوْجٍ أَربعةَ أَشْهُرٍ وعَشْراً

Maksudnya:
Tidak halal bagi seseorang yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat berkabung ke atas seseorang yg telah mati lebih dari tiga hari melainkan ke atas (kematian) suami, iaitu selama empat bulan sepuluh hari

Takhrij hadis:
Hadis sahih. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari zainab Bt Jahsy RA

Kesimpulan hadis:
1) Haram berkabung lebih dari tiga hari melainkan bagi isteri yang kematian suami, ia dibenarkan berkabung empat bulan sepuluh hari (bahkan wajib menurut sebahagian ulama seperti mazhab syafei dll)
2) Apa yang diamalkan oleh masyarakat kita jelas sekali bertentangan dengan syariat, bahkan mereka mendahulukan adat dari syariat

Wallahua’lam

Ust Khairul Azmi Ismail

Rujukan
1. sohih bukhari,
2. Sohih Muslim
3. Kifayatul Akhyar
dll

 
Leave a comment

Posted by di 29 Disember 2008 in FIQAH ISLAM

 

HUKUM MENYAMBUT PERISTIWA HIJRAH

ما حكم الاحتفال برأس السنة الهجرية؟
الاحتفال برأس السنة الهجرية أمر مسنون مستحب، فهو احتفال بذكرى الهجرة النبوية الشريفة من
مكة إلى الـمدينة، واحتفال بجعل هذا الحدث العظيم بداية للعام عند الـمسلمين. وهذا حدث من الأحداث المعدودة في تاريخ الإسلام التي جاء الأمر القرآني بالتذكير بـمثلها من أيام الله تعالى في قوله تعالى: {وَذَكِّرْهُم بِأَيَّامِ اللَّهِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِّكُلِّ صَبَّارٍ شَكُورٍ}[إبراهيم: 5].
وما ذلك إلا ذكر للنعمة وشكر لـها؛ فقد حوى هذا الحادث من النعم الكثير فإن الله تعالى نجَّي نبيه صلى الله عليه وآله وسلم من كيد الكافرين وأعلى بـهذه الهجرة منار الدين. وكذلك فإن مرور عام من عمر الفرد أو الأمة أمر يُتوقفُ عنده بالشكر على نعمة الحياة والـمحاسبة والتأهب لاستقبال ما يُقدِّر الله في الأعمار.
ولا يفوتنا التنبيه على أن الـمقصود من الاحتفال هو الاحتفال بالـمستحبات والـمباحات؛ من نحو تجميع الناس حول شيء من الطاعات كالذكر ودراسة السيرة الشريفة أو صلة الرحم أو التهادي، بـما يدخل السرور على الناس أو إطعام شيء من الطعام أو اللهو الـمباح ونحو ذلك مما اعتاده كثير من الناس، وكذلك إقامة سرادقات الاحتفال العامة أو جعل هذه الذكرى من الاحتفالات الرسـمية للدول والـمؤسسات والـهيئات كل ذلك داخل في إظهار الشعيرة الـمطلوب تعظيمها، والتعظيم من أمارات تقوى القلوب، قال تعالى: {ذَلِكَ وَمَن يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِن تَقْوَى القُلُوبِ}[الحج: 32].
كما لا يفوتنا أن ننبه أيضًا أنه لا يسوغ منع الاحتفال بـمثل هذه الأيام ما يذكره البعض من أن ذلك بدعةٌ لم يَردْ عن السلف الصالح وذلك ليس مُسوغًا لـمنعه؛ لأن هذا الاحتفال تعبير عن الفرح والشكر على نعمة الله على نبيه صلى الله عليه وآله سلم وأمته وذلك مشروعٌ وترك النبي صلى الله عليه وسلم لذلك ليس حجة على التحريم فكم ترك من الـمباحات والـمستحبات توسعة وتيسيرًا. والله تعالى أعلى وأعلم

Kesimpulan fatwa:
1. Sambutan peristiwa hijrah adalah dituntut berdasarkan perintah Allah secara umum dalam ayat 5 surah Ibrahim
2. sambutan tersebut sebagai tanda syukur kepada nikmat Allah yg telah menyelamatkan Nabi SAW dalam peristiwa hijrah ini.
3. Tujuan utama sambutan ialah memperingati sirah Nabi SAW dan menguatkan silaturrahim
4. Tidak boleh menghukum sambutan ini dengan bidah semata-mata ia tidak dilakukan oleh salafussoleh.

Wallahua’lam

Ust Khairul Azmi
 
Leave a comment

Posted by di 29 Disember 2008 in FIQAH ISLAM

 

” Al-Qur’an Sebagai Pedoman Hidup “

” Al-Qur’an Sebagai Pedoman Hidup “

Allah berfirman yang artinya:

“Dan Kami telah turunkan kepadamu Al-Qur’an dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu Kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap umat di antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlomba-lombalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu.” ( QS. al-Ma’idah: 48).

Syaikh As-Sa`di di dalam tafsirnya mengatakan:

“Untuk tiap-tiap umat di antara kamu Kami telah berikan” wahai segenap umat, “aturan dan jalan” yakni jalan dan sunnah.

Imam Ath-Thabari menafsirkan:

“Tiap-tiap umat di antara kamu Kami jadikan baginya syari`at (ajaran) yang mereka amalkan dan jalan yang jelas yang mereka lalui”.

Sekilas tentang tulisan ini …

Segala puji bagi Allah Rabb bagi semesta alam. Aku memohon semoga shalawat dan salam tetap Allah limpahkan kepada Rasul termulia,penghulu para nabi, yaitu Muhammad bin Abdillah,wa ba`du:

Sesungguhnya benak dan buah fikiran setiap muslim –yang mencintai kebaikan bagi dirinya dan bagi kaum muslimin- adalah bagaimana seharusnya ibadah-ibadah, mu’amalat, etika dan akhlaknya bersumber dan terpancar dari cahaya Al-Qur’an dan Sunnah Nabi Shallallaahu ‘Alaihi wa Salam.

Dan hendaknya ia tidak berhenti pada batas membaca dan menghafal ayat-ayatnya saja, akan tetapi lebih dari itu, sampai pada perealisasian makna dan kandungan ayat-ayatnya ke dalam segala ucapan, perbuatan, prilaku dan mu’amalat dalam berbagai aspek medan kehidupan, di masjid, di rumah, di tempat kerja, di jalan raya, di sekolah, dan seterusnya.

Mudah-mudahan buku kecil yang sangat singkat ini dapat menjadi konstribusi dan pelajaran bagi penulisnya dan bagi siapa saja dari saudara-saudaranya yang seiman dan seagama yang membacanya, dan sebagai sarana introspeksi diri dan evaluasi terhadap kondisi masing-masing kita terhadap Kitabullah (Al-Qur’an) dan pengaruhnya di dalam realitas kehidupan-nya. Dan untuk selanjutnya kita dapat menghabiskan sisa umur kita untuk memperbaiki diri kita dan mene-rapkan akhlaq Al-Qur’an dan Sunnah Nabi Shallallaahu ‘Alaihi wa Salam pada diri kita, yaitu sunnah Nabi Shallallaahu ‘Alaihi wa Salam yang akhlaknya adalah Al-Qur’an.

Dan hanya kepada Allah jualah penulis memohon untuk penulis dan segenap kaum muslimin agar dikaru-niai sikap istiqamah dan berpendirian teguh dalam beragama sampai ajal menjumpai kita, dan

semoga Dia mengaruniakan keikhlasan dalam perkataan dan perbu-atan kepada kita semua. Amin.

Kondisi Kita Saat Ini Terhadap Al-Qur’an:

Segala puji bagi Allah Rabb bagi sekalian alam; aku bersaksi bahwasanya tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah semata, tiada sekutu bagi-Nya, Rabb bagi sekalian alam. Dan aku bersaksi bahwa sesungguhnya Muhammad adalah hamba dan pesuruh Allah, yang diutus dengan membawa Al-Qur’an yang nyata, Al-Qur’an pembeda antara petunjuk dan kese-satan, antara benar dan salah dan antara keraguan dan keyakinan.

Allah menurunkannya supaya kita membaca-nya dengan penuh penghayatan, merenungkannya dengan penuh hikmat, kita bahagia dengannya karena kita jadikan sebagai pelajaran, kita memperlakukannya sebaik mungkin, dan meyakini (kebenarannya) serta berusaha keras untuk menegakkan perintah-perintah dan larangan-larangannya.[1]

Sangat banyak sekali orang yang membaca Al-Qur’an, namun anda tidak menemukan pengaruhnya pada prilaku, akhlak dan pergaulan mereka. Bahkan sebaliknya anda temui sebagian mereka akhlaknya tidak terpuji, pergaulan dan mu`amalatnya kasar dan kaku, baik terhadap keluarga, tetangga ataupun terhadap orang lain. Padahal, demi Allah….. itu bukan akhlak dan prilaku yang patut dimiliki oleh seorang muslim yang suka membaca dan menghayati Kitab Suci Al-Qur’an? Lalu dimana pengaruh Al-Qur’an terhadap jiwa mereka??!

Sesungguhnya berbagai musibah, malapetaka, cobaan yang bertubi-tubi dan berbagai bencana (gempa bumi dan lainnya) yang terjadi di berbagai negeri kaum muslimin adalah sebenarnya akibat dari jauhnya mereka dari Kitab Tuhannya, tidak menjadikannya sebagai acuan di dalam menyelesaikan permasalahan dan tidak mengamalkan kandungannya. Padahal Al-Qur’an adalah kitab yang agung yang mendidik jiwa manusia, membentuk kepribadian bangsa, dan membangun kebu-dayaan.

Al-Qur’an merupakan cahaya yang diturunkan Allah supaya kita beriman dan meyakininya, mengambil pelajaran darinya dan agar kita mengamalkan petunjuk dan bimbingan yang terkandung di dalamnya, supaya kita keluar dari berbagai kegelapan menuju cahaya yang terang benderang. Jadi, kesalahan dan aib terdapat pada pandangan kita yang tidak dapat melihat cahaya itu, disebabkan mata dan hati kita tertutup rapat dari petunjuk Al-Qur’an, cahaya dan keutamaannya yang tersimpan di dalam Kitab Suci ini:

“Sesungguhnya Al-Qur’an ini memberikan petun-juk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang mu’min yang mengerjakan amal shalih bahwa bagi mereka ada pahala yang besar”. (Al-Isra’: 9 )

Ibnul Qayyim di dalam karyanya “Al-Fawa’id” berkata: “Setelah manusia (sebagian kaum muslimin. pent.) berpaling dan anti bertahkim (menjadikan sebagai undang-undang) kepada Kitab Suci Al-Qur’an dan Sunnah Nabi r dan berkeyakinan bahwa keduanya tidak cukup dan bahkan mereka lebih mengutamakan pendapat akal, analogi (qiyas), istihsan dan pendapat syaikh, maka hal itu menimbulkan kerusakan di dalam fitrah suci mereka, kegelapan di dalam hati mereka, kekeruhan di dalam pemahaman, dan kedunguan di dalam akal mereka, semua kondisi tersebut telah menyelimuti mereka sampai pada kondisi bahwa anak-anak dididik dalam keadaan dan kondisi seperti itu sedangkan orang-orang yang dewasa menjadi makin tua di atasnya.

Kondisi seperti itu tidak dianggap oleh mereka sebagai kemungkaran dan pada gilirannya datanglah kekuasaan berikutnya yang menjadikan bid`ah sebagai pengganti Sunnah, emosi sebagai pengganti akal, hawa nafsu sebagai pengganti petunjuk, kesesatan sebagai pengganti hidayah, kemunkaran sebagai pengganti yang ma`ruf, kebodohan sebagai pengganti ilmu, riya sebagai pengganti keikhlasan, kebatian sebagai pengganti yang haq, dusta sebagai pengganti kejujuran, berpura-pura sebagai pengganti nasihat dan kezhaliman sebagai pengganti keadilan. Maka yang dominan adalah perkara-perkara batil tersebut dan para pelakunya menjadi orang yang dihormati, padahal seb elumnya yang ditegakkan adalah sebaliknya dan para penegaknya mendapatkan acungan jempol dan pusat perhatian.[3]

Itulah potret kondisi umat manusia yang hidup dan disaksikan oleh Ibnul Qayyim pada paroh pertama dari abad kedelapan hijriyah. Lalu apa kiranya yang akan dikatakan oleh Ibnul Qayyim jika ia melihat pada kondisi kita sekarang?!  Sesungguhnya permasalahan sangat rumit dan memprihatinkan sekali, memerlukan langkah-langkah renungan terhadap etika, prilaku dan ibadah kita secara keseluruhan dan menimbangnya dengan neraca kitab Suci Al-Qur’an.

Dan setelah merenung dan memperhatikan tersebut, kita harus berintrospeksi diri (muhasabah) lalu memaksanya untuk tunduk dan patuh kepada Kitab Suci Al-Qur’an dan Sunnah Nabi Muhammad . Untuk merealisasikan itu semua, kita harus mema-hami beberapa hikmah dari diturunkannya Al-Qur’an Suci, yang jika kita telah mengetahui dan menga-malkannya, maka urusan-urusan agama dan dunia kita niscaya menjadi baik.

Kita dapat menyimpulkan hikmah dan tuntutan Al-Qur’an tersebut menjadi lima,yaitu :

Membaca Al-Qur’an sebagaimana diturunkan. Menghayati ayat-ayatnya. Mengamalkannya.

Sabar dalam menjalankan segala perintahnya. Berda`wah untuk menjadikannya sebagai aturan kehidupan.

 
Leave a comment

Posted by di 28 Disember 2008 in TAFSIR QURAAN

 

Hadis hari ini (Ahad) – 28.Dis.2008

وَعَنْ أَسْلَمَ أَبِيْ عِمْرَانَ قَالَ غَزَوْناَ مِنَ اْلمَدِيْنَةِ نُرِيْدُ اْلقَسْطَنْطِيْنِيَّةَ وَعَلَى اْلجَمَاعَةِ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنِ خَالِدٍ بْنِ اْلوَلِيْدِ وَالرُّوْمُ مُلْصِقُوْا ظُهُوْرَهُمْ بِحَائِطِ اْلمَدِيْنَةِ فَحَمِلَ رَجُلٌ عَلىَ الْعَدُوِّ فَقَالَ النَّاسُ: مَهْ مَهْ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ، يُلْقِيْ بِيَدَيْهِ إِلَى التَّهْلُكَةِ فَقَالَ أَبُوْ أَيُّوْبَ: إِنَّمَا نَزَلَتْ هَذِهِ اْلآيَةُ فِيْنَا مَعْشَرَ اْلأَنْصَارِ لمَاَّ نَصَرَ اللهُ نَبِيَّهُ وَأَظْهَرَ اْلإِسْلاَمَ قُلْنَا: هَلُمَّ نُقِيْمُ فِيْ أَمْوَالِنَا وَنُصْلِحُهَا، فَأَنْزَلَ اللهُ تَعَالَى: «وَأَنْفِقُوْا فِيْ سَبِيْلِ اللهِ وَلاَ تُلْقُوْا بِأَيْدِيْكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ» فَاْلإِلْقَاءُ بِاْلأَيْدِيْ إِلىَ التَّهْلُكَةِ أَنْ نُقِيْمَ فِي أَمْوَالِنَا وَنُصْلِحَهَا وَنَدَعَ اْلجِهَادَ.

قَالَ أَبُوْ عِمْرَانَ: فَلَمْ يَزَلْ أَبُوْ أَيُّوْبَ يُجَاهِدُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ حَتَّى دُفِنَ بِاْلقَسْطَنْطِيْنِيَّةِ. رَوَاهُ أَبُوْ دَاوُدَ.

Dan dari Aslam AbuImron berkata: Kami pernah berangkat bertempur dari Madinah menuju Kostantinopel, dalam pasukan kami adaAbdu `r-Rohman bin Kholid bin Walid, sementara itu tentara Romawi menempelkan punggung-punggung mereka pada benteng kota. Maka ada seorang lelaki yang menerobos musuh. Orang-orang berkata: “Mah, ma La ilaha illalloh, orang ini menjerumuskan diri ke dalam kebinasaan.” Mendengar itu Abû Ayyub berkata, “Sesungguhnya ayat tentang ini (larangan menjerumuskan diri ke dalam kebinasaan, penerj.) turun tentang kami, orang-orang Anshor, ketika Alloh menolong Nabi-Nya dan memenangkan Islam, ketika itu kami mengatakan: Mari ketika tinggal di tengah harta benda kita dan kita perbaiki. Maka Alloh Ta‘ala menurunkan: Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Alloh, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan…

 
Leave a comment

Posted by di 28 Disember 2008 in TAFSIR HADITS

 

Apa Kata Ulama Kita Mengenai Wahabi – 3

Haji Abu Bakar bin Haji Hasan al-Muari bin Haji Ahmad bin Anggak bin Datuk Sijo Bukit Moh, Muar Bandar Maharani, Johor. Beliau dilahirkan pada tahun 1292 Hijrah/1875 Masihi, dan meninggal pada tahun 1357 Hijrah/1938 Masihi. Selama 34 tahun beliau berada di Mekah untuk menuntut ilmu, iaitu ketika usianya enam tahun (1881M/1299H.) dan pulang ke tanah air pada tahun 1915 Masihi.

Antara guru-guru beliau di Mekah ialah Syeikh Ahmad bin Muhammad Yunus Lingga. [kepada ulama ini, beliau mendalami kitab hadits Bukhari], Syeikh Abdullah bin Qasim as-Sanquri, iaitu ulama yang berasal dari dunia Melayu yang menjadi ketua qiraat tujuh di Hijaz pada zaman itu. Syeikh Muhammad Nur al-Fathani [mendalami ilmu falak], Syeikh Muhammad Mukhtar bin Atharid Bogor dan Syeikh Umar bin Abdur Rasyid as-Sumbawi.

Dalam mempertahankan kaum tua [yang berpegang kepada ‘asya’irah dalami ilmu tauhid dan bermazhab Syafie dalam fiqih] Haji Abu Bakar Qadhi mengarang beberapa risalah menolak pendapat Hasan Bandung dan Shaikh Thahir Jalaluddin, yang merupakan ulama kaum muda dan sebuah karya di dalam bahasa Arab untuk menolak beberapa pendapat Sayid Rasyid Ridha, ulama Mesir yang merupakan, tokoh reformis yang sangat terkenal. Antara kitabnya itu bertajuk Taman Persuraian Membatalkan Perkataan asy-Syaikh MuhammadThahir Jalaluddin al-Minankabawi …, Mustika ‘Ajaaib Pada Menyatakan Hukum dan Kelebihan Membaca Maulid Nabi Kita صلى الله عليه وسلم, Cogan Perikatan Pada Menyatakan Sunat Berlafadz Usolli, Taufan Yang Memalui Atas Huraian Haji Thahir Al-Minankabawi dan lain-lain.

Tuan Guru Haji Abdul Qadir Sekam atau Baba Dir Sekam atau nama penuhnya ialah Syaikh ‘Abdul Qadir bin Haji Wangah bin ‘Abdul Lathif bin Utsman. Tokoh mutakhir Fathani Darussalam [sehingga penghujung abad 20] yang paling banyak menulis. Lahir pada 1340H/1921M di Kampung Sekam. Di dalam kitab beliau Irsyadul Jawiyyin ila Sabilil Ulama-il ‘Amilin mengandungi bahasan mengenai kesesatan dan kesilapan Wahhabi dan Muhammad Abdul Wahab.

Tuan Guru Syaikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib al-Indonisi al-Mandili. Seorang ulama yang terkenal mengajar di Masjidil Haram di Mekah. Merupakan mahaguru ulama seNusantara disekitar tahun 50an.

Beliau menulis beberapa kitab untuk menolak fahaman kaum Muda [Wahabi] antaranya kitab bertajuk Sinar Matahari Buat Penyuluh Kesilapan Abu Bakar al-‘Asy’ari [pelopor fahaman kaum muda @ wahabi di negeri Perlis Indera Kayangan]. Kitab tersebut ditulis di Makkah al-Mukarramah dan selesai penulisannya pada hari Sabtu 4 Syawal 1378H.


Sebuah lagi kitab yang beliau tulis, bertajuk al-Mazhab atau Tiada Haram Bermazhab. Kitab ini beliau tulis untuk memenuhi permintaan Tuan Guru Haji Hasan Ahmad al-Fathani bagi menjawab sebuah kitab tulisan seorang pemuka kaum muda @ Wahabi bernama Hasan Ahmad Bandung bertajuk al-Mazhab, Wajibkan atau Haramkah Bermazhab? Selain itu beliau juga mentahqiqkan kitab karangan murid beliau, Ismail bin Ahmad bin Muhammad Salleh at-Fathani al-Langgoori bertajuk Minhaaj al-Saalimin fi Thoriqah al-Mutaqaddimin Maka jelas menunjukkan beliau menolak akan fahaman Wahabi yang mengeliru dan menyesatkan itu.

Jelas bahawa ulama-ulama diatas menolak fahaman/ajaran yang dibawa oleh kaum muda atau Wahabi. Jika kita terima ajaran Wahhabi, maknanya kita tolak fatwa ulama-ulama kita yang dahulu-dahulu yang terkenal dengan ke’aliman dan ketaqwaannya.

Salam hormat dari
~ Abu Zahrah ~

 
Leave a comment

Posted by di 28 Disember 2008 in Uncategorized

 
 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.