RSS

Ummat Islam dan kekejaman Pol-Pot di Kemboja

14 Dis

Sepanjang penguasaan “Regime of Democratic Kampuchea (DK) (1975-1979) yang dipimpin oleh Pol-Pot dan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Kampuchea telah meninggalkan kesan sejarah kezaliman manusia yang besar. Dimana dalam tempoh 3 tahun 8 bulan 20 hari pemerintahannya seramai lebih 1 juta orang terkorban. Bahkan terdapat catatan yang mengatakan hampir 3 juta orang yang terkorban diseluruh Negara Kemboja (1). Manakala 6 juta lagi penduduk Kemboja yang terselamat dihantui oleh trauma yang berpanjangan, di samping mewariskan kemiskinan, menjadikan Negara Kemboja ketinggalan 30 tahun dibelakang pembangunan kebanyakan negara-negara lain di rantau ini.
Mangsa pembunuhan kejam Pol-Pot yang paling menonjol ialah kumpulan etnik Cham. Sebelum Khmer Rouge (2) menguasai Kemboja, dianggarkan orang-orang Islam Cham meliputi 10 peratus (700,000) dari 7 juta jumlah penduduk Kemboja ketika itu (1975). Tetapi selepas kejatuhan Khmer Rouge pada tahun 1979 terdapat hanya 200,000 etnik Cham yang masih hidup. Dengan itu dari sejumlah 2 juta rakyat kemboja yang terbunuh, 400,000 hingga 500,000 daripadanya ialah dari etnik Cham.

Diantara sasaran utama kekejaman Khmer Rouge ialah ummat Islam dari etnik Cham. Untuk menyegerakan polisi “mmenghapuskan kepercayaan beragama”, mereka telah memaksa orang-orang Islam Cham meninggalkan amalan beragama. Mana-mana pemimpin Islam yang kelihatan mempunyai pengaruh dikalangan masyarakatnya akan dibunuh. Sembahayang, berpuasa, zakat dan perayaan Islam dilarang samasekali. Bahkan Al-Quraan, kitab-kitab agama, dan peralatan ibadah, seperti kain sarung, kain telekong solah bagi perempuan dirampas dan dibakar. Mereka juga dipaksa memakan daging babi dan wanita Islam dilarang bertudung.

Sebahagian orang-orang Islam Cham patuh kepada arahan tersebut. Manakala sebahagian yang lain terpaksa melarikan diri untuk meneruskan amalan beragama mereka. Di antara mereka ialah “Him Leh”, beliau adalah salah seorang pemimpin Khmer Rouge di kampung Po Tonle. Beliau telah mengarahkan orang-orang Islam Cham melarikan diri ke Vietnam. Walaubagaimana pun akhirnya Him Leh sendiri ditangkap dan dipenjarakan di Penjara Tuel Sleng ( S-21) sehingga mati dipenjara tersebut.

Untuk menghilangkan identiti Muslim Cham, Pemimpin Khmer Rouge menghalang pengunaan nama yang biasa diguna oleh masyarakat Islam Cham. Mereka dipaksa mengunakan gaya nama Khmer. Mereka juga dilarang bertutur mengunakan bahasa Cham. Sebagai penguatkuasaan, mana-mana penduduk Cham yang mengunakan bahasa Cham akan dibunuh. Akibatnya selepas 1979 generasi baru Cham tidak lagi tahu bertutur dalam bahasa Cham. Bahkan pada hari ini, keturunan Cham yang tinggal diwilayah kompot,Sihanoukville,Kampong Luong diWilayah Kandal dan Chrang Chamres Village di Phnom Penh tidak boleh bertutur dalam bahasa Cham.

Pari Komunis Khmer Rouge sebenarnya bukan hanya memusuhi Islam, bahkan sebarang kepercayaan beragama. Namun oleh kerana masyarakat Islam yang paling menonjol dan komited dengan ajaran dan amalan beragama, maka sasaran utama Khmer rouge dihalakan kearah orang-orang Islam lebih daripada penganut agama-agama lain.

Kini masyarakat Islam Kemboja kembali berpapah untuk bangun semula dari rebahnya yang panjang. Dalam keadaan dihambat oleh berbagai kepayahan dan kemiskinan selepas perang, mereka mula bagun membina identiti beragama khususnya dikalangan Masyarakat minoriti Islam yang masih ada.

Nota
(1) dirujuk kepada angka yang ditulis di dalam buku After the Nightmare oleh Banister dan Judith serta Paige Johson. Genocide and Democracy in Cambodia oleh Ben kiernan. Brother number One oleh Chdler David dan Oukoubah justice for the Cham Muslim under the Democratic Kampuchea Regime oleh Ysa Osman.
(2) Khmer Rouge berasal dari perkataan Perancis Khmer Kraham ataupun Red Khmer (Khmer Merah). Perkataan Khmer pertama kali duguna oleh Putera Norodom Sihanouk sekitar tahun 1960 an.

Terjemahan bebas Oleh : Ust.  Mokhtar Senik  (Timb. Ketua DUP Negeri Pahang)

 
Tinggalkan komen

Posted by di 14 Disember 2008 in BERITA PAHANG, KEMBARA JIHAD

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 33 other followers

%d bloggers like this: