RSS

Mengenali Hudud Dan Qisas (Siri 1)

27 Dis
Saya akan menulis beberapa siri mengenai Hudud dan Qisas supaya para pembaca mendapat gambaran yang betul mengenainya. Tajuk ini perlu difahami oleh semua golongan agar dapat memikirkan sama ada ia hanya untuk golongan muslim sahaja ataupun diperlukan juga oleh golongan lain.——

Hudud (حدود), plural bagi perkataan Had (حد), ialah hukuman tertentu bagi kesalahan-kesalahan tertentu yang mesti dilaksanakan oleh negara atau kerajaan. Qisas (قصاص) ialah hukuman tindak-balas bagi kesalahan-kesalahan ke atas diri seseorang yang mesti dilaksanakan oleh negara atau kerajaan.

Hudud dan Qisas adalah sebahagian dalam kanun kesiksaan yang menyeluruh. Maksudnya, ia adalah undang-undang negara dan tidak boleh dilaksanakan oleh individu atau kumpulan.
Hukuman hudud terhad kepada lima jenis sahaja, iaitu:

1. Direjam hingga mati;
2. Disebat;
3. Dipotong tangan;
4. Dibunuh; dan
5. Dipotong tangan dan kaki secara silangan atau disolib atau dibunuh atau dibuang daerah/negeri (penjara).

Hudud juga membawa maksud Maksima, iaitu hukuman yang terberat. Sekiranya tertuduh kesalahan tertentu itu tidak boleh disabitkan hukuman hudud maka mahkamah boleh mengenakan hukuman yang lebih ringan, iaitu Ta’azir (تعازير), plural bagi Ta’zir (تعزير), atau hendaklah membebaskannya.

(Bersambung ke siri 2)

 
Tinggalkan komen

Posted by di 27 Disember 2008 in FIQAH ISLAM

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 32 other followers

%d bloggers like this: