RSS

Ceramah ‘Ustaz budak’ memukau rakyat Kelantan

18 Feb

Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU, (Hrkh) – Jarang sekali ditemui seorang remaja, umur 21 tahun petah bercakap soal agama dan mempunyai peminat yang begitu ramai. Di mana sahaja beliau berkuliah masjid pastinya penuh sesak.

Inilah kelebihan yang jarang ada pada seorang remaja kecuali Ustaz Shamsul Zaman Sukri terkenal dengan panggilan �ustaz budak�.

Berasal dari Kampung Paloh Rawa, Machang kini mendalami ilmu agama di Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas. Keluarganya dari keturunan ulama dan pengasas pondok di Paloh Rawa.

Kalau sebelum ini jadual kuliah agama di masjid begitu padat. Namun sejak popularitinya menonjol, pihak berkuasa agama di negeri ini tidak lagi membenarkan kuliahnya di masjid-masjid.

Kecuali madrasah dan surau yang tidak terletak di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Selepas digam menyampai kuliah di masjid beliau muncul pula di pentas ceramah politik.

Baru-baru ini beliau menyampaikan ceramah di Jeli bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim.

Ketika ditemui di sini, baru-baru ini Shamsul turut meluahkan rasa kebimbangan terhadap fenomena politik di negara ini ekoran berlaku peristiwa penculikan tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat di Perak.

Kata beliau sekiranya dibiarkan agenda seperti mafia yang diamalkan pemimpin Umno diketuai Dato’ Seri Najib Razak beliau tidak menolak kemungkinan negara ini tidak lagi aman.

“Sekarang semua orang bercakap amalan rasuah yang sudah membarah dalam Umno sehingga tidak mampu lagi ditangani. Lihatlah kenyataan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tengku Ahmad Riathuaddeen yang menyarankan sayap Umno dibubar.

“Sedangkan kita orang Islam diajar cara berpolitik sebagaimana dibawa Rasulullah saw. Namun persoalannya sekarang tidak ramai yang mahu mengikut biar pun mengaku beragama Islam,” katanya.

Menurutnya juga dasar pendidikan sekarang hanya melahirkan pemimpin yang hanya cintakan kepada bangsa dan bukan agama.

Sedangkan kata beliau Nabi Muhammad saw sendiri bukan pejuang bangsa Arab, namun baginda boleh menyatukan masyarakat Arab dengan agama Islam.

Sehubungan itu, beliau menyarankan cara berpolitik baru yang diperkenalkan Pakatan Rakyat khususnya PAS wajar diambil perhatian rakyat di negara ini dan meninggalkan perjuangan kebangsaan bersama Umno.

“Pada hemat saya, gerakan Pakatan Rakyat semakin hari semakin berkembang, bahkan semakin ramai disertai kalangan profesional yang istiqomah terhadap harakah Islamiah,� katanya. – mj _

 
Tinggalkan komen

Posted by di 18 Februari 2009 in 5 NEGERI PR

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 33 other followers

%d bloggers like this: