RSS

Arkib Bulanan: Mac 2009

LAGI SATU PILIHANRAYA KECIL MENANTI UMNO

415x268bgantang

UMNO YANG KINI FOBIA DENGAN PILIHANRAYA TERUS BERDEBAR MENUNGGU KEPUTUSAN 3 PILIHANRAYA KECIL SEBAGAI KAYU PENGUKUR PENERIMAAAN RAKYAT SELEPAS PERHIMPUNAN AGUNG YANG KONONNYA TEMPAT MEREKA BERMUHASABAH DIRI SAMBIL MENCARI KESILAPAN DIRI.

DALAM PADA ITU KEMUNGKINAN AKAN ADA LAGI PILIHANRAYA TERBARU TENTUNYA LEBIH MENJADIKAN UMNO SEMAKIN FOBIA.LEBIH-LEBIH LAGI JIKA MEREKA TEWAS KETIGA-TIGA PRK TERSEBUT. KALAU ADA KITA LAYAN JE… Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 31 Mac 2009 in PENDAPAT

 

Sudah 30 tahun meninggal dunia masih dalam daftar pengundi

BUKIT GANTANG, 31 Mac – Malaysian For Free And Fair Elections (MAFREL) telah menemui seorang yang telah 30 tahun meninggal dunia tetapi masih lagi terdapat di dalam senarai daftar pemilih Bukit Gantang yang akan digunakan di dalam pilihan raya kecil kali ini.

Antaranya kes seorang pemilih bernama Encik Kassim b. Md Amin yang dilahirkan pada 8 Julai 1916. Beralamat di Kampung Ulu Cheh, Kampung Cheh, DUN Changkat Jering. Wakil MAFREL telah menemubual anak perempuan beliau, Puan Rohani bt Kassim (58 tahun). Puan Rohani telah memaklumkan bahawa bapa beliau tersebut telah meninggal pada tahun 1973 (36 tahun lalu).

Beliau juga telah membawa wakil MAFREL ke tanah perkuburan di mana bapa beliau dikebumikan. Kematian Encik Kassim juga telah disahkan oleh Ketua Kampung Ulu Cheh, Encik Ismail b. Ahmad. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 31 Mac 2009 in PR Kecil Bkt Gantang

 

Rakyat diperbodohkan oleh UMNO

KAUM CHINA KUALA SEPETANG MEMBENA MARKAZ MEREKA SENDIRI BAGI MEMBANTU CALUN PAS

KAUM CHINA KUALA SEPETANG MEMBENA MARKAZ MEREKA SENDIRI BAGI MEMBANTU CALUN PAS

KUALA SEPETANG, 31 Mac : Memilih pemimpin dalam Islam merupakan satu amanah yang cukup besar bagi setiap indvidu. Perkara ini ditulis oleh ulamak Islam dalam kitab mereka tetapi kebanyakkan orang Islam pada hari ini tidak belajar atau mengambil tahu perkara ini bahkan warga asing yang mengambil ilmu Islam dan dipraktikkan.

Di dalam ucapan Presiden PAS semalam, beliau menyatakan bahawa orang Islam pada hari ini begitu rugi kerana tidak mengamalkan ajaran yang di bawa sendiri oleh ilmuan Islam tetapi sebaliknya bangsa asing terutama barat yang mengambil ilmu berkenaan tetapi mereka telah memodenkannya. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 31 Mac 2009 in PR Kecil Bkt Gantang

 

Ziarahilah Rumah Anak Yatim Trong bila Datang Bkt Gantang

Coretan @ Luahan Oleh aqram

” Coretan ini merupakan satu usul saya mengenai permasalahan yang di hadapi oleh anak-anak yatim di Trong. Ianya ditulis dalam forum yang bertajuk ‘TKO di Bukit Gantang”.

Saya cuba paparkan disini bagaimana pengalaman saya sewaktu Gathering penamaan calon Bukit Gantang oleh Tranungkite. Harap Tersiarnya coretan ini  kepada khalayak untuk membantu mereka. Read the rest of this entry »

 
1 Comment

Posted by di 31 Mac 2009 in PENDAPAT

 

Senarai Calon bersama Logo BUKIT SELAMBU

1kelapasawit1

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 31 Mac 2009 in PR Kecil Bkt Selambau

 

KETIDAK ADILAN SPR KETARA DI BK. GANTANG

Malam tadi saya bersama rakan petugas pilihanraya Bk. Gantang sempat membuat lawatan ke beberapa pos PAS di DUN Trong. Dalam perjalanan ke pos-pos tersebut, beberapa ceramah yang dianjurkan oleh BN sedang berlangsung, kebanyakan program kempen BN diadakan di Dewan Orang Ramai. Antara Dewan Orang Ramai yang digunakan oleh BN dalam kempen mereka ialah Dewan Bunga Raya, Changkat Jering, Dewan Orang Ramai Pekan Trong, dan beberapa tempat yang lain. Selain itu, saya melihat sendiri, Dewan dan Balai Raya turut digunakan oleh BN sebagai Bilik Gerakan mereka. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 31 Mac 2009 in PR Kecil Bkt Gantang

 

Ustaz Syahrin Jamaluddin kata – UMNO TAK PERJUANGKAN ISLAM…

Abdul Rahim Sabri

shahrinjUmno gagal membentuk persepsi di kalangan rakyat mengenai apakah yang sebenarnya diperjuangkan oleh parti tersebut, kata wakil Pemuda Umno, Ustaz Syahrin Jamaluddin.

Beliau yang juga pengerusi Forum Perdana Islam di RTM berkata, maklum balas tersebut diperolehi melalui forum berkenaan.

Berucap membahaskan usul agama di perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini, Syahrin berkata, maklum balas menunjukkan Umno tidak dilihat memperjuangkan Islam.

“Kita tewas untuk membentuk persepsi di kalangan akar umbi mengenai apa yang kita perjuangkan.

“Sebagai contoh, pelajar Malaysia di Jordan, Mesir dan di Universiti Islam Malaysia (UIA) – walaupun belajar agama – tetapi dikatakan sia-sia kerana masuk Umno.

“Persepsi ini amat bahaya kepada Umno,” katanya sambi menambah bahawa orang agama yang menyertai Umno dipandang sepi dan diperlekehkan. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 31 Mac 2009 in PENDAPAT

 

Zambry Di Hantui Jawatan Menteri Besar

2_1(MALAYADAILY) – Bayang bayang Zambry Abdul Kadir semakin menghantui diri sendiri sejak mengambil alih kerajaan negeri Perak secara haram lebih lagi apabila beliau mula gusar dengan jawatan yang di pegang akan di pulangkan semula lebih lagi apabila mendapat tahu sememangnya Datuk Seri Nizar Jamaluddin masih berkuasa mengikut lunas lunas undang undang negeri perak lebih lagi apabila ia di akui sendiri oleh Setiusaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Abdul Rahman Hashim.

Ia dapat di buktikan lagi dengan pembayaran gaji yang di terima Nizar dari kerajaan negeri perak dan juga elaun penuh sebagai menteri besar. Maka dengan itu Zambry yang semakin merasai kegusaran kekecundangan kerajaan negeri yang di pegang ini cuba melakukan sedaya upaya untuk membataskan kuasa Nizar dengan beberapa sekatan. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 31 Mac 2009 in 5 NEGERI PR

 

Isu masjid Simpang: apa kisah sebenarnya?

Dalam perjalan ana untuk tazkirah dirumah taman berhampiran masjid sempang  dan sempat ana solat berjemaah magrib berimamkan Calun Pas DS Nizar Jamaluddin ( ana juga dijemput kuliah subuh dimasjid tersebut)

Selepas solat magrib ada sedikit kekecohan berlaku apabila dua parti yang bertanding di Bukit Gantang telah ‘bertembung’ di Masjid Simpang, Taiping.

DS Nizar telah dituduh ‘merampas’ masjid ketika program BN (majlis Yasin) diadakan disana.

Kita ikuti kisah daripada mereka-mereka yang terlibat. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 30 Mac 2009 in PR Kecil Bkt Gantang

 

Penyokong PR jauh mengatasi BN

penamaan-calun-bkt-gtg-12

penamaan-calun-bkt-gtg-1

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 29 Mac 2009 in PR Kecil Bkt Gantang

 

kehadiran penyokong PR jauh mengatasi BN

Perlawanan tiga penjuru di Bukit Gantang

TAIPING (28 Mac): Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamalauddin akan menghadapi pilihanraya P059 Bukit Gantang dengan ditentang oleh dua lagi calon iaitu Umno/Bn dan calon bebas selepas diumumkan oleh pegawai Pilihanraya Datok Mahmood.

Pengumuman itu dibuat selepas tamat tempoh bantahan pada kira-kira jam 1100 pagi.

Umno meletakkan calonnya Ismail Safian, manakala calon bebas ialah Kamarul Ramizu Idris yang menyerahkan kertas pencalonannya pada jam 9.15 am, selepas Nizar mengemukakan kertas pencalonannya. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 29 Mac 2009 in PR Kecil Bkt Gantang

 

15 calon diBukit Selambau! Satu Sejarah

Calon-calon BN Datuk S Ganesan (MIC) dan PKR S Manikumar dihimpit 13 calon bebas yang telah menyerahkan borang pencalonan.

Calon-calon bebas: L Sarala, T Chandrarajan, R Loganathan, A  Jayagopal, S Moganakumar, Vaneson Michael, Tan Hock Huat, Mohd Fazil Abdul Wahab, Anuar Abdul Hamid, Husaini Yaacob, Abdul Rahim Abu, Radzi Md Lazim dan Khamis Awang.

Kerusi DUN ini kosong susulan peletakan jawatan wakil rakyat PKR V Arumugam, yang juga exco kerajaan Kedah.

Arumugam asalnya menang atas tiket bebas tetapi kemudian memilih parti itu sebelum dilantik menyertai majlis mesyuarat kerajaan negeri. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 29 Mac 2009 in PR Kecil Bkt Selambau

 

CERITA BENAR MARAHKAN PR MASJID PULAK JADI MANGSA

masjid-matang-bkt-gtg-61Saya bersama anak meninggalkan rumah Dewan Ulamak PAS Pahang dibukit gantang menuju kebilik gerakan Sempang Heat untuk mandi kerana rumah sewa saya dah 2 hari tidak ada bekalan air, bagi menyegarkan badan sebelum berangkat  ke masjid Matang.

Selesai mandi dan mengenakan jubah, saya terus ke markaz Dewan Ulamak yang terletak dibatu 6, menunggu sahabat yang akan membawa saya ke masjid Matang bagi menyampaikan kuliah sebelum Jumaat , setelah lama menunggu sahabat yang dinantikan belum tiba,  saya mengambil keputusan dan memalumkan pada petugas bilik gerakan Dewan Ulama untuk terus menuju kesana memandangkan jam dikereta buruk saya menunjukan 11.30 pagi.

Alhamdulillah.. syukur kepada Allah swt.  Berkat doa kalian semua.. saya selamat sampai kemasjid Matang jam 12.00 tgh. Alangkah teperanjatnya saya pabila melihat tulisan yang terpampang  contengan DURJANA yang dapat dilihat di bangunan masjid tersebut. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 28 Mac 2009 in PR Kecil Bkt Gantang

 

Tun Madey : Saya rasa diri saya akan tercemar

mahathurSaya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah.

1. Ramai kenalan saya yang fikir saya tidak hadir pembukaan mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO kerana anak saya Mukhriz kalah pertandingan Ketua Pemuda.

2. Memanglah saya terasa sedih kerananya.

3. Tetapi sebab yang sebenar saya tidak hadir ialah oleh kerana Pemuda UMNO secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 28 Mac 2009 in ISU SEMASA

 

CAKAP CAKAP BUKIT GANTANG

Teman nak berkisah sikit pasai PRK Bukit Gantang. Kalo kome paham, pahamkanler lagi. Terpulangler kepada kome sama ada nak ambik berat atau nak pandang mudah tentang apa yang teman nak kisahkan ini.

Kisah 1

Empat hari lepaih dalam perjalanan teman ke utara, teman selisih keter dengan kawan teman di kuala. Kamipun berenti ler. Cari dan singgah minum dekat warung depan Taman Bunga Raya. Kawan teman ni datang ngambik bininya di Trong. Sejak diumumkan adanya PRK di Bukit Gantang, bini kawan teman ni berkampung di kampungnya di Trong. Selang dua tiga hari, kawan teman ni datangler ke Trong ngambik bininye. Kalo ikut paham Wak Banjar, deme balik ke rumah sebab nak munuh setan. Lepaih munuh setan, kawan teman akan antor balik bininya ke Trong. Ituler kojernye berulang alik dari Tapah ke Trong. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 28 Mac 2009 in PR Kecil Bkt Gantang

 
 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.