Kerajaan hari ini mengumumkan dasar PPSMI akan dilanjutkan sehingga 2012. Perkara ini diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri 1Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan hari ini.
Pengumuman ini sekali gus secara tidak langsung kerajaan mengakui bahawa dasar PPSMI yang diperkenalkan era Tun Dr. Mahathir telah gagal. Bermakna projek yang menelan belanja lebih RM 5 bilion lebur kerana kegelojohan dan pemikiran dangkal yang menyebabkan ramai pelajar khususnya dari kaum Melayu di luar bandar makin tertinggal dan terkebelakang dalam pencapaian akademik khususnya dalam subjek matematik dan sains yang sebelum ini mendewa-dewakan bahasa Inggeris.
Bermakna ‘ Satu Lagi Projek Barisan Nasional’ menemui kegagalan. Sekiranya kerajaan boleh secara tergesa-gesa melaksanakan PPSMI sebelum ini mengapa untuk memansuhkannya perlu menunggu masa yang lama?
Alasan yang diberi supaya pelajar yang terlibat dalam sistem ini tidak terjejas jika dimansuhkan serta merta adalah tidak masuk akal kerana pelajar yang terlibat dalam sistem ini sekarang terbukti berhadapan dengan pelbagai masalah yang membebankan sepanjang dasar ini dilaksanakan. Sepatutnya sistem ini paling lewat pun dimansuhkan adalah penghujung tahun ini bukan tempoh tiga tahun yang lama seperti diumumkan. Tempoh 5-6 bulan adalah mencukupi untuk proses peralihan seperti penyediaan buku teks, soalan peperiksaan dan sebagainya.
Tindakan menangguhkan pelaksanaan PPSMI sehingga 2012 seolah-olah kerajaan Umno dan Barisan Nasional telah mendapat isyarat bahawa mereka akan menjadi pembangkang selepas piliahanraya Umum ke 13 yang dijangka pada tahun 2012. Penangguhan PPSMI sehingga 2012 lebih kepada agenda politik tersembunyi daripada membela nasib pelajar khususnya orang Melayu.
http://angkasanuri.blogspot.com/
Difailkan dalam: ISU SEMASA






















