Kerajaan BN merupakan kerajaan yang ’sangat prihatin’ kepada rakyat sebab itulah polisi insurans kenderaan yang berusia lebih 10 tahun dinaikkan.
Ternyata Satu Malaysia, rakyat diutamakan hanya slogan retorik Najib mengaburi mata rakyat.
Mana realiti slogan itu, belum pun sampai setengah tahun jadi perdana menteri unsur cengkaman terhadap rakyat sudah mulai nampak dan ini menambahkan kesengsaraan rakyat yang telah lama dibebankan dengan harga barangan yang melambung tinggi.
Kenaikan insurans kereta dan motosikal melebihi 100 peratus sebelum ini menjadi rungutan rakyat benar-benar membebankan rakyat.
Saya pernah membangkitkan isu ini beberapa bulan lalu. Namun ketika itu ianya tidak jelas dan tidak diberi perhatian sangat sehinggalah ianya meletup baru-baru ini.
Seperti yang kita sedia maklum masih ramai rakyat yang menggunakan kereta yang berumur 10 tahun ke atas. Malah kereta-kereta yang berumur 30 tahun ke atas seperti Toyata KE30, Toyota ‘Tonggek’, Datsun 120Y, Proton Saga Orient/Magma/Megavalve dan lain-lain masih banyak digunakan sehingga kini.
Kenderaan yang berumur 10 tahun keatas sebenarnya masih baik jika ianya diselenggara dengan baik.
Saya menggesa kerajaan supaya mengkaji semula polisi.
Rakyat Manek Urai mungkin ada jawapannya kepada kezaliman BN dalam isu ini. Gunakan kuasa ‘demo’ pada 14 Julai ini.
SOFI WAHAB
Difailkan dalam: PR Kecil Manek Urai






















