“Oleh : Prof Sabirin
Ehsan
14hb Julai 2009 merupakan hari penentu bagi hidup matinya UMNO dalam pilihanraya ke13 nanti. Jika UMNO kecundang maka bermakna masadepan UMNO memang benar sedang mengalami sindron ketuaan (memetik unkapan Tun Musa Hitam). Jika PAS kecundang maka bermakna UMNO/BN sedang dalam proses pemulihan selepas prestasi buruknya dalam PRU ke12 yang lalu. PPRK N41 merupakan titik penentu ini.
Selepas kejayaan demi kejayaan di Permatang Pauh, Kuala Trengganu, Bukit Selambau dan Bukit Gantang, maka dalam kawasan majoritinya adalah pengunsi Melayu ini mampukan UMNO kembali meraih keyakinan rakyat. Slogan Satu Malaysia, Rakyat di dahulukan, Manik Urai diutamakan! telah dijadikan slogan poster dan ceramah UMNO. Ini semua retorik UMNO/BN sejak PRK Permatang Pauh mereka menggunakan agenda “FITNAH” dan sumpah Saiful untuk mengaibkan calon dan terakhir menggunakan ‘DAULAT TUANKU’ di Bukit Gantang.
Kesemua ini ditolah mentak oleh rakyat kerana rakyat telah celik dan mampu membuat penilaian. Mampukan rakyatKelantan dan Manik Urai (MU) khususnya menilai kebobrokan, penipuan dan kerakusan UMNO dan pimpinanya? Mampukan rakyat MU memberikan yang lebih baik dari keputusan-keputusan di Permatang Pauh, KT dan Bukit Gantang? Mampunkan rakyat MU menolak semua penipuan janji2 jambatan, pembangunan, rumah baru dsbnya yang di rasuahkan oleh UMN/BN? Kami berharap rakyat celik dan dapat menilai UMNO/BN secara objektif dan akhirnya dapat merumuskan UMNO/BN merupakan pasti yang harus ditalkin dan dikuburkan.
Akhr kata, pulanglah perantau. Pulangkan wahai anak-anak MU yang berada di Johor, Melaka, Kedah, Wilayah Persekutuan, Selangor dan dari seluruh negara. Calitkan undi anda dan pangkahlah parti yang akan menerajui perubahan. Korbankan cuti anda. Jika anda tidak mencalitkan undi anda bermakna anda menggadaikan masa depan anak-cucu anda kepada keragusan dan jenayah rogol politik oleh UMNO/BN. PULANGLAH PERANTAU dan undilah Bulan Purnama (PAS). PAS for All……”
Difailkan dalam: PR Kecil Manek Urai






















