ADAM…
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah HAWA, temanmu yang kau pinta semasa kau kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu. Sentiasa aku mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan..
ADAM…
Maha Suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai daripada bilangan kaummu di akhir zaman, inilah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya.. jika bilangan kaumku sedikit dari bilangan kaummu, nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana, sesama ADAM bermusuhan kerana HAWA. Buktinya sudah cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu cicitnya.
Pun begitu, maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan beristeri lebih daripada satu, tapi tidak lebih dari satu waktu. Read the rest of this entry »














