Setelah meneliti kandungan memorandum ‘fitnah’ yang diusulkan oleh Persatuan Peguam Syar’ie Malaysia (PGSM) yang turut ditandatangani oleh ABIM, JIM, dan tidak ketinggalan Yayasan Sofa Negeri Sembilan (??!!!), saya dapati bahawa pertubuhan-pertubuhan Islam kini hanyut dibawa arus taksub dan taqlid buta tanpa mempedulikan keperluan untuk mengaitkan hujah mereka bersandarkan nas daripada Al-Qur’an dan Sunnah.
Rasulullah SAW telah bersabda dalam Khutbah Wida’nya: aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur’an dan Sunnahku.
Namun di manakah hujah-hujah dan nas daripada kedua sumber ulung Islam itu dalam memorandum fitnah tersebut? apakah disebabkan terlalu hangat oleh bahang kemarahan maka kedua sumber Syari’ah Islam ini boleh diketepikan dan digantikan dengan penghinaan, dusta, fitnah dan pertuduhan melulu tanpa bukti? Apakah persatuan Islam negara kini menghalalkan fitnah kerana tidak mampu berhujah dengan fakta dan bukti?
Surah Al-Baqarah Ayat 111 telah menyatakan: Katakan tunjukkanlah bukti-bukti kamu sekiranya kamu dipihak yang benar. namun anehnya, persatuan-persatuan Islam ini, yang menitik beratkan usrah, memanggil diri mereka ustaz, mas’ul dan mu’allim gagal menyampaikan walau secebispun untuk membawa erti kepada kalimah Allah ini!!
Kepada JAIS saya cadangkan agar dihentikan saja ‘wayang kulit’ penahanan tanpa permit ini. Sekiranya kamu rasa pasti dan terdapat bukti penyelewengan maka samanlah Dr. Asri dan golongan Sunnah yang sememangnya sudah lama di Malaysia ini sebagai mengamalkan amalan yang sesat. Mengapa perlu disembunyikan alasan tauliah sedangkan kamu boleh menyelesaikan masalah Ahlis Sunnah ini sekaligus? takut?
Sememangnya kamu dan juak-juak muqallid seperti datuk nenek kamu daripada Kaum Tua amat takut akan perjuangan Sunnah nanti dapat dibuktikan dan diperakui oleh Mahkamah sebagai secocok dengan Al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW. Sedangkan Mahkamah Syari’ah itu sendiri bukannya diasaskan kuasa yang diberikan dibawah Sya’rak dan amat terhad kuasanya!
Sejak peristiwa Maa’had Atba’us Sunnah Kuala Pilah dahulu-kala, peristiwa Gayung Bersambut pada 1980-an, penahanan Abdullah Yasin dan kini Dr. Asri – juak muqallid ini hanya mampu menyalah-gunakan undang-undang dunia (yang dilabelkan undang-undang Islam) dan menghalang penyebaran Islam sebenar dengan penggunaan hujah dangkal ‘mengajar tanpa tauliah’.
Islam adalah berlandaskan Al-Qur’an dan Sunnah dan kedua sumber primer ini tidak selama-lamanya dapat direndahtarafkan dengan isu sekunder ’setempat’ atau ‘Bi’ah’ yang kononnya menjadi alasan mengapa amalan khurafat, syirik dan bid’ah terus diperlakukan tanpa segan dan malu. Mengapakah harus kita melakukan perkara-perkara Ibadat yang sememangnya tidak pernah dilakukan Rasulullah SAW sedangkan beribu ibadah Rasulullah SAW masih ketinggalan tidak diamalkan? Sebab itulah saya labelkan JAIS, PGSM, ABIM, JIM dan Yayasan Sofa (???!!!) dan mereka yang seangkatan mempertahankan amalan batil tanpa bersandarkan nas sebagai mereka yang mengkhianati Rasulullah SAW.
Ayuh usah gundah gulana dan bicarakan dengan terbuka di Mahkamah Syari’ah – aspek manakah perjuangan Ahlus Sunnah dan golongan Salafi ini yang didapati salah dan menentang Syari’ah. Sudah lama kami dituduh sebagai ‘hendak mecari pasal’ walhal tiada bukti sekelumitpun untuk membuktikannya. Bahkan kami juga yang diaibkan, difitnah dan akhirnya ditangkap dengan cara yang paling hina!
Teruskan usaha kamu kerana sesungguhnya kami yakin, Sunnah Perjuangan sememangnya berliku dan penuh dengan dugaan. Namun ia memerlukan lebih daripada ini untuk memaksa kami mengkhianati Allah SWT dan Rasulullah SWT!!
Amir Hamzah
Difailkan dalam: PENDAPAT























Bukan setakat tangkap saja tapi kena ajar dia bagaimana nak beradab dengan para ulama, kena ajar dia bagaimana nak beramal dengan sunnah bukan setakat padai cakap saja ( burung kakak tua pun pandai cakap, malah boleh menghafal tapi?) Jangan ingat kata dah ada phd semua aku cakap betoi belaka. Macam mana saudara Amir Hamzah kalau betui yang tulis artikel di atas kata dia menegakkan sunnah padahal amalan sunnah dia dok larang? Jangan dok sedap kata saja, rujuk dulu dengan golongan yang ahli tentang perkara tersebut. Jangan dok syok sendiri saja nanti apa yang dikata berbalik pada diri kalau tak rujuk kepada panduan yang ada takut yang keluar hanya nafsu yang ditunggang syaitan, tak pasai-pasai kita dok jadi tentera syaitan dok larang orang beramal. Takkan para ulama muktabar dulu tak reti kot yang mana bidaah yang mana sunnah? Cara saudara tulis pun penuh dengan kesombongan tak ada sifat tawaduk, macam mana boleh dok kata ulama tak betui? Nak kata dia ulama atas dasar apa? Phd dia? Dr? Minda Tajdid?
Asalamualaikum
Kalau nak ikut sunah, nama pun kena sebutan dengan ucapan yang baik baik. Mayathidup ini panggilan kepada hantu syaitan (kalau orang ada otak dia tak panggil dirinya mayat hidup). Sepatutnya umat Islam yang sudah besar panjang boleh mendengar ucapan daripada setiap makhluk yang dicipta tuhan kerana telah mempunyai akal fikiran, untuk membezakan diantara ucapan yang jujur dan dusta.
Apabila seseorang manusia itu tidak ada otak maka timbullah larangan tidak boleh menonton TV, melayari internet, belajar pendidikan seks malahan bahan makanannya pun perlu dilebel dengan tanda halal dan haram untuk menentukan kesuciannya, kerana seolah olah umat islam terlalu lemah akal fikirannya. Apa macam jika suatu hari nanti memberi nama nanusia pun perlukan permit kerana dikuatiri banyak orang yang tiada otak memberi nama anaknya seperti mayat hidup, bangkai bernyawa, anak haram dan sebagainya. Persoalannya mampukah mereka mengeluarkan berbagai permit demi kerana orang orang yang tiada otak ini dan tidak wajib untuk beramal, seperti mereka yang belum cukup umur dan orang gila.
Terima kasek salam hormat.