RSS

Doa Almarhum ustaz Fadzil Nor makbul…doa TGNA insyAllah..

04 Dis
Kini Mahathir baru terkejut dengan apa yang telah terjadi kepada UMNO dan ahli serta para pemimpinnya. Harakahdaily menyiarkan berita bahawa Mahathir berkata “UMNO kini busuk hingga ke ususnya“.

Ketika ramai di kalangan kita tidak hairan dan terkejut dengan apa yang kini telah menimpa UMNO, mungkin kita terkejut kerana Mahathir baru terkejut.

Suatu masa dahulu ketika Dr. M menerajui UMNO, Shahnon Ahmad pernah memperkatakan tentang kebusukkan apa yang ada di dalam usus UMNO, ramai pemimpin dan ahli UMNO menentang dan marah. Kemarahan mereka dibawa hingga ke dalam teks khutbah Jumaat (di seluruh masjid negeri Selangor ketika itu).

Apakah ini seperti yang pernah IB sebut sebelum ini – Al-Marhum Ustaz Fadzil Doa Mahathir Dipanjang Umur … ?

Namun kemusnahan yang dialami UMNO kini berpunca tidak lain dari Mahathir sendiri. Dalam era pemerintahannya yang hampir suku abad itu telah sedikit demi sedikit merosakkan UMNO dari sistem hingga ke orang-orangnya sekali. Kemusnahan ini tidak terbendung di dalam UMNO sahaja malah wabak ini berjangkit hingga ke parti-parti komponen BN yang lain dengan apa yang kita dapat lihat hari ini.

Malangnya bagi negara kita, kerana kekuasaan BN dan kekuatan mereka, kemusnahan ini turut terkesan kepada kita semua rakyat yang biasa hinggakan boleh juga kita lihat tercerna pengaruhnya di dalam pemikiran sesetengah ahli dan pimpinan parti lawan (yang mungkin sebelum ini mereka pernah bergelumang dalam UMNO dan terikut-ikut dengan budaya sana) – dan PAS pun terkesan sama.

Mungkin ini menjadi suatu cerminan untuk pemimpin PAS memerhati perilaku dan budaya kita supaya tidak terikut-ikut kemusnahan yang dilalui UMNO. -IbrahimBaba

gua copy and paste posting ini dari kelab greenbox di bawah tajuk :

Dr. M Dapat Lihat Sendiri Kemusnahannya Seperti Didoakan Almarhum Ust Fadzil Noor

Alhamdulullah,doa almarhum trhadap dr.M makbul,mahathir dipanjangkan umur dan melihat sendiri kemusnahan dalam umNo..

terbaru,TGNA pula yang mendoakan sesuatu untuk najib dan umNo…iaitu kemusnahan masa depan najib dan umNo..gamaknya,doa TGNA pun dah nampak kesannya apabila mahathir sendiri mengakuinya..

ps-patut la najib takut sangat dgn doa TGNA..hak..hak..hak..

oleh keraspedal
 
1 Komen

Posted by di 4 Disember 2009 in ISU SEMASA

 

One response to “Doa Almarhum ustaz Fadzil Nor makbul…doa TGNA insyAllah..

  1. peribadirasulullah

    4 Disember 2009 at 10:26 PM

    Saya yakin Allah akan membantu TGNA kerana Allah sentiasa bersama orang-orang yang berilmu agama… biarlah orang jahil berbangga dengan kejahilannya… sejarah telah terbukti abu jahal memang pintar menipu nabi Muhammad, malah Rasulullah kadang-kadang bersedih kerana tekanan yang keterlaluan daripadanya .. Tetapi Akhirnya Rasulullah berjaya memilki dunia dan akhirat.

     

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 33 other followers

%d bloggers like this: