Oleh Zolkharnain Abidin
Salah seorang exco Dewan Pemuda PAS Pusat secara terang-terangan mengkritik keputusan JK Disiplin PAS Pusat. (Baca Tranungkite di sini). Bahkan, jika dibuka banyak lagi blog, akan ditemui sekian banyak rasa tidak puas hati kepada keputusan itu.
Sehingga kini, belum dite mui blogger yang menulis menyokong dan berpuashati dengan keputusan itu kecuali artikel Roslan SMS bertajuk ‘Sucikanlah hati… (di sini). Sementara yang lain melahirkan rasa tidak puas hati sekurang-kurangnya secara tersirat.
Hukuman yang dikenakan dikatakan tidak setimpal samada ke atas Khalid (terlalu berat berbanding kesalahan) atau ke atas Hassan (terlalu ringan kerana ada pertuduhan yang tidak diambil kira).
Bahkan, ada yang menganggap hukuman ke atas Hassan sekadar ‘wayang’ sahaja untuk dilihat umum bahawa JK Disiplin PAS adalah telus dan adil. Manakala hukuman ke atas Khalid adalah hukuman sebenar.
Isunya bukan Hassan atau Khalid. Pimpinan tidak boleh menghadkan kesan hukuman itu ke atas Hassan dan Khalid sahaja tetapi lebih penting adalah kesan kepada parti. Read the rest of this entry »












