RSS

Arkib Bulanan: Februari 2010

Betapa Kayanya raja dadah Dunia

Lihatlah apabila berdagang dengan bahan larangan Allah SWT pasti mendapat sambutan dan akan hidup mewah di dunia.. Tetapi Al-Hamdulillah Undang-undang dunia juga turut memerangi perbuatan terkutuk ini secara terbuka kecuali jika mendapat lesen lain ceritanya.. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 27 Februari 2010 in BERITA DUNIA

 

Indahnya Seni bena Islam

Read the rest of this entry »

 
1 Comment

Posted by di 27 Februari 2010 in BERITA DUNIA

 

Foto-foto Eksklusif Peninggalan Rasulullah SAW: Menggetarkan, Menyentuh Qalbu Menambah Cinta!!

Dipetik dari moeflich.wordpress.com

picture7.jpg

Bila kita berjauh jarak dengan yang terkasih Muhammad Rasulullah yang berbentang waktu 1.400 tahun… bila kita belum pernah melihat wajah sucinya, sementara kita menyebut namanya setiap hari, kita menghantarkan salam kepadanya setiap hari melalui shalat, shalawat-shalawat  dan do’a-do’a yang kita lantunkan, kita memohon  syafa’atnya untuk keselamatan kita di akhirat dari pedihnya adzab neraka, tidakkah foto-foto berikut ini mengobati kerinduan kita yang sangat dalam kepada  yang Tercinta Nabi Agung, Kekasih Allah dan  pribadi mulia panutan alam?? Read the rest of this entry »

 
21 Comments

Posted by di 25 Februari 2010 in BERITA DUNIA

 

Perlembagaan Pas tidak perlu dipinda: Ust. Azizan

ALOR SETAR – Perlembagaan Pas tidak perlu dipinda dan masih relevan walaupun sudah lama diguna pakai dalam pentadbiran Pas.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, desakan sesetengah pihak yang mahu Perlembagaan Pas dipinda semata-mata kerana tidak puas hati terhadap sesuatu isu tidak perlu dilayan, kerana ia hanya membuang masa.

“Tidak perlu pertikai sesuatu tindakan yang dibuat berlandaskan perlembagaan parti. Mereka yang mahu perlembagaan dipinda sebenarnya tidak faham mengenai perlembagaan dan anggap ianya boleh diubah sesuka hati,” katanya.

Azizan yang juga Menteri Besar Kedah mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahu pindaan perlembagaan parti dibuat supaya Jawatankuasa Disiplin bukan terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Pas Pusat. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 25 Februari 2010 in 5 NEGERI PR

 

Ye ke? Dr Yusuf Al Qaradawi pun akan masuk UMNO

Oleh Besut_PAS

Kalau hendak dipanjangkan lagi akan fitnah-fitnah yang dibuat penulis-penulis yang meniru cara Hitler Jerman menfitnah, amatlah besar ruang untuk menfitnah jika mereka mahu teruskan fitnah mereka.

Fitnah yang dilemparkan kononnya Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ust Nasharudin Mat Isa, Datuk Mustafa Ali, Dr Hasan Ali dan Dr Harun Din bersekongkol ingin membawa PAS masuk UMNO ditulis tidak berpenghujung oleh penulis-penulis ini. Ada sahaja bahan atau sumber yang boleh mereka jadikan modal untuk menfitnah. Pantang ada cerita terbaru sikit, ‘digorengnya’ sehingga garing cerita tersebut agar fitnah mereka kelihatan benar. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 25 Februari 2010 in PENDAPAT

 

EXPO Penerangan PAS Pahang, semua di jemput hadir!

CERAMAH PERDANA

Bersama :
Dato’ Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang [ Presiden PAS]
Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man [ Naib Presiden PAS ]
YB leong Ngah Ngah [ Adun Triang ]

Tarikh : 26 Februari 2010
Masa : 9:00 malam
Tempat : Dataran Kompleks PAS Pahang, Kerdau Read the rest of this entry »

 
1 Comment

Posted by di 23 Februari 2010 in BERITA PAHANG

 

JOM HADIR HIMPUNAN 10 RIBU WARGA FELDA

 
Leave a comment

Posted by di 23 Februari 2010 in ISU FELDA

 

MENGAPA DIBIARKAN KEMESKINAN MELANDA PENEROKA FELDA

Rentetan dari program “Mesra Felda ” yang lalu Peneroka Chini Timur 2 ini saudara Mat Zamri bin Mat Zin 389 blok 7 pkt 02 ingin mengadu dan memohon jasa baik Felda agar permohonan pinjaman perumahan yang di pohon dan mengisi borang sebanyak 3 kali tetapi sehingga sekarang tidak ada keputusan. Sedangkan orang lain yang selepasnya sudah dapat malah rumah yang sudah yang cantik pun ada yang dapat.

Beliau berasa malu apabila keluarga dari kampong (Pulau Rusa Pekan ) datang dengan keadaan rumah yang daif ini.
Beliau teramat keciwa apabila usaha untuk mendapatkan pinjaman ini gagal dan beliau tidak tahu dimana lagi nak mengadu.
Ada sahabat-sahabat beliau menyarankan agar berjumpa dengan PM tetapi beliau menolak dengan alasan “tak kan dengan perkara kecil ini pun nak jumpa PM”
Beliau berkata perkara yang paling sedih sekali ialah apabila keluarga,jiran-jiran atau kawan-kawan datang kerumah dengan keadaan rumah yang tidak ada ruang tamu.
Katanya lagi “kami anak tempatan tapi inilah keadaan kami”

 
Leave a comment

Posted by di 23 Februari 2010 in BERITA PAHANG, ISU FELDA

 

9 Lagi Kerusi Parlimen Di Tambah di Pahang – MB Pahang

Edisi Pahang: Kenyataan Adnan Supaya Sembilan Lagi Kerusi Parlimen Di Tambah Bagi Memastikan Kemenangan BN, Buktikan Mereka Kian Terdesak

Kami sungguh terkejut dengan kenyataan Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang, Dato’ Seri Adnan Yaakob (foto), yang mencadangkan supaya ditambah sembilan lagi kerusi parlimen di negeri ini untuk menjamin kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang.

Kenyataan yang dibuat semasa Konvensyen UMNO Pahang di UITM Jengka baru-baru ini, jelas sekali merupakan satu niat tersirat setelah menjangkakan UMNO BN akan kalah dalam pilihanraya umum akan datang. Read the rest of this entry »

 
1 Comment

Posted by di 23 Februari 2010 in BERITA PAHANG

 

Kenyataan akhbar Sinar Harian – adalah dusta, ada agenda tersembunyi.

TEMERLOH: Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyangkal berita dalam sebuah akhbar harian yang kononnya memetik kenyataannya, sebaliknya ia hanya ulasan pihak editor akhbar berkenaan.

Serentak dengan itu, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS itu, melahirkan rasa kesal kerana menganggap ulasan tersebut mempunyai implikasi besar kepada dirinya dan parti.

Akhbar Sinar Harian bertarikh 21 Februari, (Ahad), pada muka surat 7 di bawah tajuk “Saya kini dalam dilema”, mengatakan Tuan Ibrahim kesal dengan sikap sesetengah pihak yang melabelkannya sebagai ‘tangan ghaib’ PAS yang mempunyai kuasa menyingkir sesiapa sahaja, termasuk pesaingnya pada pemilihan jawatan parti.

Kenyataan itu menyebutkan kononnya Tuan Ibrahim berkata dua tanggungjawab yang dipikulnya (Naib Presiden dan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS) menyebabkan apa sahaja keputusan dibuat Lembaga Disiplin parti akan dianggap berat sebelah dan mempunyai agenda tersembunyi.

Tambah kenyataan itu, Tuan Ibrahim kononnya berkata, hendak diluahkan mati emak, mahu ditelan mati bapak, itu dilema yang menghantuinya sebagai pemegang dua jawatan berkenaan. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 22 Februari 2010 in BERITA PAHANG

 

Gejala sosial parah di Felda Felda

JERANTUT: Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak) Mazlan Aliman, berkata masalah gejala sosial di tanah-tanah rancangan Felda sekarang amat serius kerana tiada penumpuan khusus daripada agensi tersebut.

Membentang kertas kerja pertama dalam konvensyen di sini membahaskan tajuk “Generasi Baru Felda: Antara Impian Dan Harapan,” Mazlan juga menyentuh soal masalah generasi kedua dari aspek jaminan masa depan, peluang pendidikan, kuota dan anak syarikat, rumah kediaman generasi baru, dan masalah tidak prihatin soal pengurusan ladang dan persekitaran.

“Umum mengetahu isu gejala sosial agak serius di Tanah Rancangan Felda. Penglibatan belia dengan penagihan dadah, arak, judi, rempit dan pergaulan bebas mengundang penyakit sosial yang sukar dibendung. Pendedahan terbaru oleh Tan Sri Lee Lam Thye selaku Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia tentang peningkatan kadar jenayah di Tanah Rancangan Felda tidak boleh dipandang remeh” katanya.

Mazlan berkata demikian dalam Konvensyen Peneroka Dan Generasi Kedua Felda Kebangsaan 2010, 20 Februari di KIAS, Temin, Jerantut. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 22 Februari 2010 in BERITA PAHANG

 

Artis jadi ikon?

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD


BOLEHKAH seseorang artis menjadi ikon dalam masyarakat? Apakah golongan yang kehidupan mereka menjadi sorotan lampu limpah itu patut diangkat menjadi contoh dan teladan untuk diikuti lebih-lebih lagi oleh generasi muda?

Tidak payah, tidak payah, tidak payah! Itu saranan berulang kali, ironiknya daripada seorang pelakon dan pengacara terkenal, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot ketika menjadi ahli panel dalam program bual bicara di ruang legar pusat beli belah KB Mall, Kota Bharu, Ahad lalu.

Wardina yang bercakap menerusi pengalamannya sendiri berkata dunia artis adalah dunia yang lebih banyak dipenuhi dengan keburukan daripada kebaikan dan banyak bersandarkan kepada keseronokan.

Katanya ada kalangan artis menghabiskan masa di kelab-kelab malam, mengambil dadah, minum arak dan terdedah kepada pergaulan bebas di luar batasan.

Malah katanya, budaya tidak solat dan berpuasa adalah ‘standard’ biasa bagi kebanyakan mereka termasuk dirinya yang merupakan kaki kelab malam satu ketika dahulu. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 22 Februari 2010 in ISU SEMASA

 

Jom weh kita ke Pahang – 3 hari ekspo penerangan

PAS Negeri Pahang akan menganjurkan Ekspo Penerangan selama tiga hari berturut-turut bermula 26 hingga 28 Februari 2010.

Ketua Penerangan PAS negeri Pahang, Hasanuddin Salim ketika ditemui di pejabatnya, baru-baru ini berkata ekspo yang akan dirasmikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut membabitkan penyertaan pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Setiausaha Agong PKR, Saifuddin Nasition.

”Tok Guru akan datang merasmikan ekspo pada malam 26 Februari 2010. Pada malam berikutnya kita akan adakan persembahan kebudayaan dan kesenian Islam membabitkan persembahan nasyid Azhan Atan, kumpulan Huffaz, tarian tabla dari kelab penyokong PAS kaum India.

”Paling menarik pada malam itu ialah deklamasi puisi membabitkan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said. Kita juga sedang mengusahakan kehadiran kumpulan tarian singa,” kata Hasanuddin. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 22 Februari 2010 in BERITA PAHANG

 

Jom ke Kelantan Pulak

 
Leave a comment

Posted by di 22 Februari 2010 in 5 NEGERI PR

 

Jom beramai ke Kedah

 
Leave a comment

Posted by di 22 Februari 2010 in 5 NEGERI PR

 
 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.