RSS

Arkib Bulanan: Julai 2010

PEROMPAK BERDEBAT DENGAN PENYAMUN

Malaysiakini melaporkan:”Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali akan berkongsi pentas dalam sebuah forum membincangkan politik ideologi dan bangsa dalam Sidang Kemuncak Pelajar Malaysia ke-4 Ahad ini” (sila klik)

KOMEN;

usahkan bicara soal perpaduan melayu dengan PAS yang mempunyai dasar Islam, antara UMNO dengan PERKASA yang sama-sama perjuangkan melayu pun tidak ada kesamaan dalam mempertahankan idealogi melayu. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 31 Julai 2010 in ISU SEMASA

 

FIKRAH UMNO ADALAH ZALIMISME

Perbedaan kita dengan UMNO, bukan kerana UMNO Berbangsa melayu dan kita beragama islam. Tetapi, perbedaan antara kita dan UMNO adalah, UMNO mengekalkan sistem pemerintahan yang bersifat menindas, walhal perjuangan kita adalah mahukan pemerintahan yang bebas dan adil.

Islam adalah agama yang mengajar keadilan. Islam adalah agama menyuruh menyerang kezaliman. Lantaran itu, kita menolak UMNO.

Kita tidak boleh bersama dengan UMNO kerana UMNO memerintah dengan menggunakan sistem pemerintahan yang zalim. Walau ada ahli-ahli UMNO yang mengucap syahadah, maka itu bukan perkara prinsip bagi UMNO.

Jika itu dianggap prinsip, mengapa baru sekarang kita berbicara kononnya hendak bersama dengan UMNO? Mengapa dahulu kita lawan UMNO bermati-matian sehingga ada yang syahid? Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 31 Julai 2010 in PENDAPAT

 

Filem Eric Chia Lakonan Ling Liong Sik.

http://ustsaifulbahri.blogspot.com/

Bekas menteri pengangkutan dan presiden MCA Tan Sri Dr Ling Liong Sik, 67 kini didakwa di mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan menipu Kerajaan Malaysia berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) pada tahun 2002. Beliau mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan kerana menipu. Jika didapati bersalah, Ling akan menghadapi hukuman penjara. Hakim Mahkamah Sesyen menetapkan ikat jamin sebanyak RM1 juta.

Ling didakwa di bawah Seksyen 418 Kanun Keseksaan kerana menipu kabinet supaya bersetuju dengan pembelian 999.5 ekar tanah di Pulau Indah untuk projek PKFZ. antara Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) yang dengan curang menyembunyikan fakta berhubung penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.

Tanah itu dibeli dengan harga RM25 satu kaki persegi dengan kaedah bayaran tertangguh untuk tempuh selama 25 tahun pada kadar faedah 7.5%. Bayaran kumulatif faedah berjumlah RM720 juta pada akhir tempuh bayaran balik. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 31 Julai 2010 in ISU SEMASA

 

RENUNGAN BUAT LELAKI YANG BERNAMA SUAMI

BILA ISTERI MENANGIS….

Jika isteri menangis dihadapanmu, “Hargailah ia sebelum terlewat.”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu…

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 30 Julai 2010 in KELUARGA SAKINAH

 

Masalah Air Dalam Aduan Rakyat TV3, Terbukti Felda Lebih Mendahulukan Projek Mega Daripada Memikirkan Nasib Rakyat Itu Sendiri !!

Pahangdaily.blogspot.com/

Kasihan benar tatkala mendengar rintihan dan keluhan warga Felda Mayam dan Purun dalam Parlimen Bera berkenaan masalah air yang disiarkan oleh TV3 menerusi slot “Aduan Rakyat” malam tadi. Tersentuh hati mendengar tangisan mereka yang sduah 35 tahun tidak didengari itu.

Sudah berkali-kali pilihanraya umum berlaku, namun janji tetap tinggal janji. Nasib mereka terus terabai, hinggalah ada manusia seperti “Karam Singh Walia” (foto) datang membantu.

Sekurang-kurang pendedahan yang dibuat oleh TV3  dapat memberi sedikit pengajaran buat Kerajaan Negeri Pahang dan Felda terutamanya untuk membantu. Maka, dihantarnya Timbalan Pengarah JBA Negeri Pahang untuk berdialog dengan rakyat. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 30 Julai 2010 in ISU FELDA

 

Derma ibu tunggal RM20, derma politik BN RM2.7 juta ?

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Rumah Ketua Bahagian Umno

Semakin banyak didedahkan mengenai penyelewengan dalam GLC di zaman BN, semakin banyak pihak atau individu yang menghubungi penulis memberikan maklumat. Cuma saya perlu berhati-hati kerana bukan semua maklumat boleh disiarkan sewenang-wenang. Bukan kerana ianya tidak benar tetapi kerana semua fakta perlu disokong oleh bukti.

Jadi, walaupun terlalu banyak maklumat penyelewengan GLC yang diterima namun hanya maklumat yang terpilih sahaja yang boleh dan wajar didedahkan.

Saat di mana BN menggunakan cengkaman kuku besinya untuk mengawal media, kita perlu berhati-hati. Suara Keadilan hanya melakukan kesilapan tidak meletakkan tanda ‘?’ pada tajuk ‘Felda Bangkrap’ menyebabkan ia diharamkan, walhal seluruh isi berita dalam akhbar tersebut tidak menyebut sepatah pun bahawa Felda sudah diisytiharkan bangkrap. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 29 Julai 2010 in 5 NEGERI PR

 

Kaitan antara Hitler, NAZI, ZIONIST dan Illuminati

http://hikmatun.wordpress.com

Salaamun alaikum w.b.t……. Ada yang mengatakan bahawa Hitler itu bagus dan ada sudut tentang dirinya yang amat jarang kita dengar. Maka banyak juga hujjah dan dalil diberikan termasuklah seperti Hitler tidak minum arak, dia pernah bertemu ulamak-ulamak Islam, tentera-tenteranya ada yang Islam, pernah bersumpah dengan nama TUHAN Yang Maha Besar, ada pengaruh AlQuran dalam ucapan Hitler dan macam-macam lagi.

Maka di sini saya ingin menunjukkan sudut yang satu lagi tentang dirinya yang mungkin belum diketahui umum.

Tentang gambar-gambar pertemuan Hitler dengan ulamak Islam, itu adalah lumrah seorang pemimpin negara bertemu dengan pelbagai jenis orang. Ketahuilah bahawa Hitler bukan sahaja pernah berurusan dengan ulamak ISLAM dulu, tetapi juga pemimpin-pemimpin gereja dan sebagainya ……. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 28 Julai 2010 in BERITA DUNIA

 

Guru Dibenar Berpolitik Jangan Untuk Guru Umno Sahaja

Parti Islam Se-Malaysia PAS menyambut baik pengumuman Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd. Sidek Hassan untuk membenarkan  pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 melibatkan diri dalam politik bermula 1 Ogos 2010

PAS mengharapkan tidak ada pilih kasih ketika kebenaran diberi samada mereka hendak aktif pembangkang atau kerajaan,  kerana kuasa muktamad kebenaran ini terletak kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran. Sekiranya ada unsur pilih kasih maka kebenaran ini tidak ada apa-apa makna untuk penyuburan demokrasi di negara ini. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 28 Julai 2010 in POLITIK

 

Ungkapan emas Hitler

Sumber Asal . http://roydotcom.wordpress.com/2010/07/27/di-sebalik-kisah-hitam-adolf-hitler/

Ungkapan emas Hitler

Salam pembaca, kisah ni aku dapat dari email, orang forward dan dia pun ambik dari blog seseorang, so tak dapat nak bagi kredit kat penulis asal dia. Berdasarkan cerita ini terpulang pada kita untuk memberi pendapat, tepuk dada tanya selera..

“Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan “Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?”

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler. Read the rest of this entry »

 
4 Comments

Posted by di 27 Julai 2010 in Uncategorized

 

Blog aibkan mufti bukan kendalian Pas

Ust Idris Ahmad SHAH ALAM – Ketua Penerangan Pas Pusat, Idris Ahmad menolak kemungkinan kewujudan blog yang menghina Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dengan gelaran mengaibkan seperti ‘haramsani’ dan ‘haram jadah’ ditulis dan dimiliki ahli parti itu.

Menurutnya, setakat ini hanya laman web Harakah Daily yang secara rasminya diiktiraf sebagai laman web Pas walaupun wujud laman blog lain yang menggambarkan pandangan parti tersebut.

“Kita tidak boleh nak kawal pemilikan blog dan tiada sebarang pantauan dilakukan terhadap ahli Pas yang memiliki blog sendiri kerana jumlah blog terlalu banyak di Internet dan kebanyakan identiti pemiliknya sukar dikenal pasti.

“Maka, saya bimbang sekiranya ada musuh Pas yang menggunakan taktik menyamar sebagai ahli parti dan kemudiannya menulis pelbagai cacian di dalam blog untuk mengundang kebencian orang ramai yang membacanya terhadap Pas,” katanya.

Beliau berkata, menghina orang lain dalam blog sepatutnya tidak berlaku dan Pas tidak pernah menggalakkannya kerana parti tersebut adalah parti yang berakhlak.

Terdahulu, Harussani mengatakan beliau tidak kisah apabila ada beberapa penulis laman blog yang menghinanya menggunakan gelaran mengaibkan seperti ‘haramsani’ dan ‘haram jadah’, sebaliknya beliau menasihatkan agar mereka kembali kepada ajaran Islam sebenar.

http://www.sinarharian.com.my/com/content/story7992925.asp

 
Leave a comment

Posted by di 27 Julai 2010 in 5 NEGERI PR

 

Mengubah Hukum Demi Maslahat Dakwah

Da’wah kepada Allah swt adalah perbuatan mulia di sisi-Nya karena dengannya manusia atau suatu masyarakat akan keluar dari lembah kejahiliyahan yang penuh dengan kemaksiatan menunju ketinggian marifah dan cahaya islam yang penuh dengan ketaatan dan keredhoan Allah swt.

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Artinya : “Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: “Sesungguhnya aku Termasuk orang-orang yang menyerah diri?” (QS. 41: 33)

Karena da’wah inilah umat Muhammad saw mendapatkan kemuliaan dari Allah swt dengan umat terbaik ditengah-tengah manusia karena hidup mereka bukanlah untuk diri mereka sendiri akan tetapi untuk orang lain dan umatnya. Peluh dan keringat yang membasahi tubuhnya, harta benda yang dikeluarkannya, ilmu yang tuangkannya, pemikiran konstruktif yang terus dieksplorasi hingga jiwa yang harus melayang didalam aktivitas da’wahnya adalah dikhidmatkan untuk umatnya semata-mata mengharap ridho Allah swt. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 27 Julai 2010 in FIQAH ISLAM

 

Dewan Ulama PAS Pahang Buat Laporan Polis Terhadap Shafie Apdal

TEMERLOH: Dewan Ulamak PAS Negeri Pahang sebentar tadi telah membuat laporan Polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Temerloh bagi menuntut Naib Presiden Umno, Dato’ Seri Mohd Shafie Apdal menarik balik kenyatannya yang menyatakan PAS sebagai parti ajaran sesat sebagaimana yang disiarkan akhbar, baru-baru ini.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang, Ustaz Haji Abu Kassim Manaf dalam laporannya menganggap perbuatan yang dilakukan Mohd Shafie adalah biadap, berunsur fitnah serta boleh mencetuskan provokasi, menghasut yang boleh menggugat ketenteraman awam. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 27 Julai 2010 in BERITA PAHANG

 

SYABAS Naikkan Harga Air. Gaji Pengerusinya 1/2 Juta Sebulan

Gaji Pengerusi Syabas RM425,000 Sebulan, Mutu Bekalan Air Selangor Corot

Pengarah PenerangPan Negeri Selangor, Dr Badrulamin Bahron membidas ketidak cekapan dan ketelusan pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan sikap kerajaan pusat yang sengaja melengah-lengahkan penstrukturan semula syarikat pengurusan air di Selangor sebagai punca sebenar disebalik isu bekalan air.

Dr Badrulamin membandingkan pengurusan bekalan yang tidak cekap yang tidak setimpal dengan gaji amat tinggi yang dinikmati oleh pengerusi eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail (gambar).

“Penaikan harga air juga akan meningkat kerana pengurusan Syabas yang tidak telus, antaranya gaji tahunan pengerusi Syabas mencecah RM5.1 juta setahun, RM425,000 sebulan, Puncak Niaga gagal menaiktaraf loji rawatan air yang sudah uzur dan tidak mampu untuk merawat air, pembaziran air yang berterusan akibat air tanpa hasil (NRW) yang tinggi dan penswastaan industri air yang hanya menguntungkan kroni-kroni pimpinan politik,” tegas beliau dalam satu kenyataan media semalam. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 24 Julai 2010 in 5 NEGERI PR

 

AYAT POWER DATO` TUAN IBRAHIM

Kata Dato`  Tuan Ibrahim Tuan Man, “PAS bertanding di kawasan UMNO hampir keseluruhannya. Ini bermakna sama ada UMNO menang atau PAS menang, kerusi Melayu juga dimenangi oleh orang Melayu. Jadi kekuatan orang Melayu hampir sama sahaja dengan perpaduan atau tidak.

“Maka dari berada dalam genggaman Melayu perasuah, Melayu penyelewengan dalam UMNO, ba…iklah orang Melayu bagi peluang kepeda PAS yang akan melaksanakan dasar Islam bagi keadilan untok semua”

 
Leave a comment

Posted by di 23 Julai 2010 in MINDA PEMIMPIN

 

Jerangkap Kad Kredit @ Nafsu Hutang

jerangkap.jpg

Jika sebelum ini saya pernah menulis berkenaan kredit kad dan beberapa persoalan berkaitan hukum Fiqh. Tulisan saya kali ini ingin cuba mendedahkan ulasan kredit kad jika dilihat dari sudut kira-kira untung dan rugi, atau dalam kata lainnya, dari sudut kewangan (monetary).

Hubungan di antara pengguna dan pengeluar kad adalah hutang. Pihak pengeluar akan membayar jumlah pembelian yang dibuat kepada penjual (peniaga). Kemudian, sebagai balasan, pihak peniaga perlu membayar kepada pengeluar kad sebanyak 1 hingga 3 % dari jumlah barang yang dibeli sebagai komisyen, manakala pengguna pula perlu membayar semula hutang tadi beserta caj riba yang mahal, iaitu 17.5 % setiap tahun.

 
Leave a comment

Posted by di 23 Julai 2010 in FIQAH ISLAM

 
 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.