RSS

Zakat pendapatan@gaji, wajibkah?

07 Jul

Apakah Zakat pendapatan?

Antara perkara baru berkaitan dengan zakat yang sering dipersoalkan oleh umat Islam khususnya di Malaysia pada hari ini ialah tentang zakat pendapatan. Ada sebahagian yang mempersoalkannya dan enggan mengeluarkan zakat pendapatan dengan cara potongan gaji setiap bulan kerana mendakwa bahawa ia tiada di dalam hukum syarak dengan merujuk kepada syarat ‘haul’ dalam zakat.

Manakala sebahagian yang lain menerimanya dengan alasan, lebih baik mengeluarkan zakat daripada membayar cukai.

Secara umumnya pada hari ini sumber pendapatan seseorang adalah dalam bentuk gaji bulanan atau upah kerja harian hasil dari kerja atau titik peluhnya. Ia merangkumi elaun, bonus, wang pencen, graduiti dan lain-lain.

Hasil yang diperolehi dari perladangan seperti getah dan sawit juga turut termasuk di bawah pengertian pendapatan. Ia turut merangkumi berbagai bidang pekerjaan samada di bawah institusi kerajaan mahupun swasta seperti guru, pensyarah, doktor, peguam, hakim dan sebagainya.

Pendapat Ulama

Isu berkaitan dengan zakat pendapatan ini dibahaskan oleh para ulama di dalam konteks harta perolehan atau “Al-Mal Al-Mustafad” iaitu harta hasil dari pekerjaan atau usaha yang dilakukan, di mana jumhur ulama menyatakan ia wajib dizakatkan. Namun demikian mereka berselisih pendapat dalam soal “haul”, apakah ia menjadi syarat atau tidak? Dalam soal ini terdapat tiga pendapat ulama iaitu[1]:

Pertama: Disyaratkan harta yang diperolehi hasil pendapatan itu hendaklah cukup haulnya.

Kedua: Ia dikira sebagai sebahagian daripada hartanya yang lain, maka haulnya sama dengan haul hartanya yang lain yang perlu dizakatkan.

Ketiga: Ia hendaklah dizakatkan setelah menerimanya apabila cukup syarat-syarat zakat yang lain.

Apakah pendapat yang digunapakai sekarang?


Dr Yusof Al-Qardhawi (Fiqh Al-Zakah) dan Dr Dr. Hussein Shahatah telah mentarjihkan pendapat yang ketiga iaitu tidak disyaratkan “haul” dalam zakat pendapatan dengan alasan-alasan berikut[2]:
1. Tiada nas yang sahih untuk disandarkan dalam soal menetapkan hukum ‘haul’.

2. Tidak mensyaratkan ‘haul’ lebih menepati konsep umum nas Al-Quran mahupun Al-Hadis yang membawa maksud wajib zakat pendapatan sepertimana di dalam firman Allah Taala:

“يا أيها الذين آمنوا أنفقوا من طيبات ما كسبتم”

Maksudnya: (( Wahai orang-orang yang beriman! belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik))[3].

3. Diqiaskan kepada zakat hasil tanaman di mana zakat dikenakan ketika selesai menuai walaupun petani tersebut menyewa tanah.

4. Mensyaratkan haul hanya akan membuka ruang kepada mereka yang makan gaji dengan pendapatan yang besar melakukan usaha melarikan diri dari zakat iaitu dengan membelanjakan hartanya kepada perkara lain atau melakukan pembaziran.

5. Tidak mensyaratkan ‘haul’ pula akan memberikan lebih manfaat kepada golongan fakir miskin dan mereka yang memerlukan iaitu dengan bertambahnya jumlah harta zakat yang dikumpulkan. Ia juga amat bertepatan dengan ruh Islam yang sentiasa menanamkan semangat untuk membuatkan kebajikan dan prihatin kepada kesengsaraan golongan yang susah.

Pendapat inilah yang digunakan pakai di Malaysia, di mana Majlis Fatwa Kebangsaan telah menfatwakan bahawa zakat pendapatan adalah wajib bagi mereka yang sudah memiliki nisabnya. Fatwa ini telah disepakati di dalam Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada 22 Jun 1997. Pada tahun 2001 jawatankuasa perundangan hukum syarak negeri Pahang turut memutuskan bahawa zakat pendapatan adalah wajib.

Apakah Nisab Zakat pendapatan?

Sebagaimana zakat harta yang lain disyaratkan nisab, maka zakat pendapatan juga disyaratkan nisab yang bertujuan mengelakkan berlakunya penginyaan kepada golongan berpendapatan rendah[4].

Nisab bagi zakat pendapatan ialah sebagaimana nisab zakat al-Mal al-Mustafad iaitu 85 gram emas. Kiraan nisab hendaklah berdasarkan kepada pendapatan bersih[5].

Oleh demikian, seseorang yang memperolehi pendapatan bersih tahunan menyamai atau melebihi nilai semasa 85 gram emas, wajiblah ke atasnya mengeluarkan zakat dari harta pendapatannya.

Sila rujuk Rangkaian Zakat…
Nota kaki
[1] Muhammad ‘Uqlah, Ahkam Al-Zakah Wa Al-Sodaqah, 1982, Maktabah Al-Risalah Al-Hadisah, Jordan, ms 164.
[2] Yusof Al-Qardhawi, Fiqh Al-Zakah, 1996, Muassasah Al-Risalah, Beirut, jilid 1, ms 492.
[3] Surah Al-Baqarah ayat 267.
[4] Muhammad ‘Uqlah, Ahkam Al-Zakah Wa Al-Sodaqah, ms 165.
[5] Mujaini Tarimin, Zakat; Menuju Pengurusan Profesional, ms 62.

Zuridan Mohd Daud

 
2 Komen

Posted by di 7 Julai 2010 in FIQAH ISLAM

 

2 responses to “Zakat pendapatan@gaji, wajibkah?

  1. Eda Nazri

    19 Disember 2011 at 11:46 AM

    saya dan suami bekerja sebagai guru. suami guru swasta dan saya guru kerajaan. gaji yang diterima oleh suami setiap bulan adalah -ve setelah ditolak dengan perbelanjaan bulanan kami termasuk tanggungan makan pakai, tempat tinggal dan ibu bapa. untuk mengelakkan hutang kami cuba hidup dengan serba sederhana dan gaji saya yang disimpan untuk digunakan bagi keperluan lain selain daripada perbelanjaan tetap setiap bulan. kami tidak membuat potongan gaji untuk zakat pendapatan tetapi membayar zakat simpanan setiap tahun mengikut nisab dan haul yang telah ditetapkan. begitu juga dengan membayar cukai pendapatan tanpa menolak daripada pengecualian zakat yang dibayar. Perkara ini dengan niat kewajiban sebagai menunaikan hak negara (cukai) dan hak pembangunan islam (zakat). Jadi di sini saya ingin bertanya, adakah cara ini tidak wajar dan saya masih perlu membuat potongan gaji zakat setiap bulan? bagaimana dengan suami? padahal pendapatannya sendiri tidak mencukupi untuk menanggung keluarga. Saya ingin tahu adakah kami berdosa atau sistem kewangan kami diragui/ tidak halal/subhah kerana tidak membayar cukai pendapatan setiap bulan?

     
  2. dupahang

    20 Disember 2011 at 7:02 AM

    Jawapan.
    I. Zakat Pendapatan.

    Jumhur Ulama didalam Mazhab Syafie tidak mewajibkan Zakat pendapatan, hanya zakat harta yang wajib dibayar pabila cukup nisab dan haul. Walaubagamana pun pendapat dalam mazahab Hanafi menyatakan wajib zakat pendapatan.
    Apakah Zakat pendapatan?
    Antara perkara baru berkaitan dengan zakat yang sering dipersoalkan oleh umat Islam khususnya di Malaysia pada hari ini ialah tentang zakat pendapatan. Ada sebahagian yang mempersoalkannya dan enggan mengeluarkan zakat pendapatan dengan cara potongan gaji setiap bulan kerana mendakwa bahawa ia tiada di dalam hukum syarak dengan merujuk kepada syarat ‘haul’ dalam zakat. Manakala sebahagian yang lain menerimanya dengan alasan, lebih baik mengeluarkan zakat daripada membayar cukai.

    Secara umumnya pada hari ini sumber pendapatan seseorang adalah dalam bentuk gaji bulanan atau upah kerja harian hasil dari kerja atau titik peluhnya. Ia merangkumi elaun, bonus, wang pencen, graduiti dan lain-lain. Hasil yang diperolehi dari perladangan seperti getah dan sawit juga turut termasuk di bawah pengertian pendapatan. Ia turut merangkumi berbagai bidang pekerjaan samada di bawah institusi kerajaan mahupun swasta seperti guru, pensyarah, doktor, peguam, hakim dan sebagainya.

    Pendapat Ulama

    Isu berkaitan dengan zakat pendapatan ini dibahaskan oleh para ulama di dalam konteks harta perolehan atau “Al-Mal Al-Mustafad” iaitu harta hasil dari pekerjaan atau usaha yang dilakukan, di mana jumhur ulama menyatakan ia wajib dizakatkan. Namun demikian mereka berselisih pendapat dalam soal “haul”, apakah ia menjadi syarat atau tidak? Dalam soal ini terdapat tiga pendapat ulama iaitu.

    Pertama: Disyaratkan harta yang diperolehi hasil pendapatan itu hendaklah cukup haulnya.

    Kedua: Ia dikira sebagai sebahagian daripada hartanya yang lain, maka haulnya sama dengan haul hartanya yang lain yang perlu dizakatkan.

    Ketiga: Ia hendaklah dizakatkan setelah menerimanya apabila cukup syarat-syarat zakat yang lain.

    Apakah pendapat yang digunapakai sekarang?

    Dr Yusof Al-Qardhawi (Fiqh Al-Zakah) dan Dr Dr. Hussein Shahatah telah mentarjihkan pendapat yang ketiga iaitu tidak disyaratkan “haul” dalam zakat pendapatan dengan alasan-alasan berikut.

    1. Tiada nas yang sahih untuk disandarkan dalam soal menetapkan hukum ‘haul’.

    2. Tidak mensyaratkan ‘haul’ lebih menepati konsep umum nas Al-Quran mahupun Al-Hadis yang membawa maksud wajib zakat pendapatan sepertimana di dalam firman Allah Taala:
    “يا أيها الذين آمنوا أنفقوا من طيبات ما كسبتم”
    Maksudnya: (( Wahai orang-orang yang beriman! belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik))[3].

    3. Diqiaskan kepada zakat hasil tanaman di mana zakat dikenakan ketika selesai menuai walaupun petani tersebut menyewa tanah.

    4. Mensyaratkan haul hanya akan membuka ruang kepada mereka yang makan gaji dengan pendapatan yang besar melakukan usaha melarikan diri dari zakat iaitu dengan membelanjakan hartanya kepada perkara lain atau melakukan pembaziran.

    5. Tidak mensyaratkan ‘haul’ pula akan memberikan lebih manfaat kepada golongan fakir miskin dan mereka yang memerlukan iaitu dengan bertambahnya jumlah harta zakat yang dikumpulkan. Ia juga amat bertepatan dengan ruh Islam yang sentiasa menanamkan semangat untuk membuatkan kebajikan dan prihatin kepada kesengsaraan golongan yang susah.

    Pendapat inilah yang digunakan pakai di Malaysia, di mana Majlis Fatwa Kebangsaan telah menfatwakan bahawa zakat pendapatan adalah wajib bagi mereka yang sudah memiliki nisabnya. Fatwa ini telah disepakati di dalam Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada 22 Jun 1997. Pada tahun 2001 jawatankuasa perundangan hukum syarak negeri Pahang turut memutuskan bahawa zakat pendapatan adalah wajib.

    Apakah Nisab Zakat pendapatan?

    Sebagaimana zakat harta yang lain disyaratkan nisab, maka zakat pendapatan juga disyaratkan nisab yang bertujuan mengelakkan berlakunya penginyaan kepada golongan berpendapatan rendah.

    Nisab bagi zakat pendapatan ialah sebagaimana nisab zakat al-Mal al-Mustafad iaitu 85 gram emas. Kiraan nisab hendaklah berdasarkan kepada pendapatan bersih.

    Oleh demikian, seseorang yang memperolehi pendapatan bersih tahunan menyamai atau melebihi nilai semasa 85 gram emas, wajiblah ke atasnya mengeluarkan zakat dari harta pendapatannya.

    2. Cukai Pendapatan.

    Jumhur Ulamak menyatakan cukai pendapatan bukan ditarifkan zakat. Tiada nas yang membolehkan ditaarifkan ganti kepada zakat harta, seperti mana amalan kerajaan apabila membayar cukai pendapatan maka ditolak zakat harat (pendapatan). Oleh kerana itu bila cukup nisab dan haul wajib pun kena membayar zakat harta walaupun puan sudah membuat bayaran cuki kerajaan (cukai pendapatan).

    3. Pendapatan Suami Puan.

    Zakat harta tidak dikenakan pada suami puan kerana tidak mecukupi Nisab setelah ditolak belanja yang wajib, makan minum keluarga, rumah, kenderaan (bukan kenderaan mewah).

    Sekian.
    Dewan UlamaK Pas Pahang.

     

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 32 other followers

%d bloggers like this: