RSS

SAZMI TERKUBUR BERSAMA ISU LOJING, KINI ISU LADANG RAKYAT PULA KEMBALI

25 Okt
http://propartiislammalaysia.blogspot.com/

Ingatkah anda pada Sazmi Miah?Ditakdirkan beliau menang di Parlimen Machang pada tahun 2004 dan dilantik menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada zaman Abdullah Badawi.Beliau juga adalah adalah ahli politik yang menggemparkan negara lewat tahun 2007 dalam pendedahan beliau mengenai isu penggondolan tanah di Lojing.

Beliau ketika itu cuba menjadi masuk bangkul angkat sendiri dengan menjadikan dirinya sendiri sebagai pejuang orang asli di Lojing dalam programnya “Selamatkan Lojing”.Tiada apa yang istimewa mengenai program tersebut kecuali diberikan baju-T sehelai seorang pada orang asli selain mendapat pendedahan taraf VIP oleh TV3 pada setiap malam.

Barang ditakdirkan Allah,pejuang alam sekitar Kelantan ini akhirnya terkubur begitu sahaja bersama isu Lojingnya,beberapa bulan setelah pendedahan ekslusifnya itu.Beliau tewas kepada Setiausaha Agong PKR sekarang,Saifuddin Nasution di Parlimen Machang.

Selepas itu,pejuang alam sekitar ini senyap tidak berbunyi.Hilang entah ke mana.Dan kini,isu Lojing ini sedang galak kembali dimainkan sempena PRK Galas.Isu yang sebenarnya sudah tidak laku lagi di Kelantan cuba diperhangatkan semula oleh pejuang maya UMNO di atas kuali.

MENGIMBAU KEMBALI PENDEDAHAN ANAK MIAH SATU MASA DAHULU

Tanah tinggi Lojing adalah sebuah kawasan berpotensi untuk dibangunkan di kawasan Hulu Kelantan,sesuai untuk pertanian dan pelancongan hawa sederhana.Secara fizikalnya,geografi Lojing adalah agak serupa dengan jiran terdekatnya,Cameron Highlands yang terkenal sebagai kawasan pelancongan tanah tinggi negara.Berketinggian lebih 1400 meter dan berkeluasan 32000 hektar,Lojing terletak di sempadan tiga negeri iaitu Pahang-Kelantan-Perak.Puncak tertinggi Lojing adalah 2000 meter dari aras laut di mana suhu kawasan tersebut adalah sekitar 16 darjah celcius.Aktiviti komersial manusia di Lojing bukanlah baru.

Sebelum ini,Lojing hanyalah didiami oleh orang asli suku Temiar di Pos Brooke dalam Dun Galas.Ketika era pemerintahan UMNO di Kelantan,Menteri Besar Tan Sri Mohamad Yaacob telah meluluskan 3978 hektar tanah untuk dibangunkan dengan tempoh pajakan 99 tahun bermula 1985.Antara syarikat yang mendapat pajakan tersebut termasuklah YAKIN,KADA,PKINK,Multi System dan Jasa Benar.

Tanah Tinggi Lojing

Sekitar Mac 2007,Ahli Parlimen Machang,Sazmi Miah telah mendakwa berlaku pembalakan haram yang tidak terkawal di kawasan Lojing melalui pemerhatian dari udara yang dilakukan oleh beliau.Katanya,hutan dan bukit di Lojing sudah mulai gondol dan botak.Isu ini menjadi berita utama TV3 yang “kononnya” prihatin terhadap isu alam sekitar.

Selain pembalakan haram yang didakwa Sazmi,isu membina teres di kawasan cerun melebihi 25 darjah juga turut dipersoalkan oleh beliau.Isu ini turut dimainkan oleh Ketua Perhubungan UMNO Kelantan pada masa tersebut,Datuk Seri Annuar Musa melalui pemerhatiannya ke kawasan tersebut.Menurut Annuar,ketika pemerhatian tersebut beliau mendapati kawasan 22 000 hektar yang diberikan kepada 22 syarikat,kebanyakannya kesan selepas baru diterokai.Malah,Naib Ketua Pemuda UMNO ketika itu,Khairy Jamaluddin juga turut menangguk di air keruh dengan membangkitkan penglibatan syarikat dari Singapura dalam pembalakan di Lojing.

Pembalakan haram yang tidak terkawal,aktiviti buka tanah besar-besaran,pencemaran sungai dan mengancam petempatan orang asli dan alam sekitar adalah gambaran yang telah cuba diberikan oleh para pejuang alam sekitar UMNO ini kepada umum.Lebih daripada itu,pokok pangkal daripada isu tersebut bukanlah kerana alam sekitar tetapi lebih kepada persoalan memburukkan kerajaan Pas Kelantan yang dikatakan tidak mampu mentadbir negeri.

Satu gambaran cuba diberikan bahawa kerajaan Kelantanlah yang berada di belakang para pembalak haram dan berlaku korupsi dalam isu tersebut.Oleh itu,maka tidak hairanlah apabila Badan Pencegah Rasuah(BPR) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) membuka kertas fail siasatan terhadap dakwaan Sazmi tersebut.

TINDAK BALAS PAS KELANTAN TERHADAP DAKWAAN SAZMI

Pada September 2006,mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Tanah Tinggi Lojing telah diadakan.Mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh SUK Datuk Mohd Aiseri Alias turut diwakili oleh wakil Jabatan Alam Sekitar,dua orang exco iaitu Husam Musa dan Anuar Tan Abdullah selain penasihat jawatankuasa tersebut iaitu Raja Perempuan Kelantan.
Dua orang lagi exco turut dijemput selaku pemerhati iaitu Datuk Ahmad Yakob dan Dr. Nik Mazian.Namun,apa yang menghairankan,tiada isu yang berbangkit diutarakan oleh wakil Jabatan Alam Sekitar mengenai pembalakan haram di Lojing.Malah,untuk rekod juga,kerajaan negeri telah membekukan kelulusan membalak bermula 1 Mac 2006 rentetan daripada pengenalan pelan induk pembangunan Tanah Lojing 2006-2015 bagi menyelaras setiap agensi di Lojing selain memastikan pembangunan terkawal di kawasan tersebut.
Apa yang lebih menghairankan,sejak Disember 2005,JAS juga telah membina tiga stesen kawalan mutu air bagi memantau mutu air di Sungai Brooke,Belatop dan Jelai.Oleh itu,sepatutnya JAS akan dapat mengetahui tindakan pembalakan haram di hulu sungai dan kawasan tanah tinggi di mana pembalakan pasti akan mengubah mutu air sungai tersebut.Namun,tiada sebarang laporan dibuat oleh JAS menyaksikan betapa isu Lojing ini hanya membuka kelemahan agensi kerajaan Persekutuan.
Mengenai dakwaan berlaku penggondolan bukit pula,kerajaan negeri berkata ianya adalah fenomena biasa dalam menukar status tanah hutan kepada pertanian,sama seperti keadaan di Cameron Highlands manakala air sungai menjadi keruh hanyalah selepas hujan bukannya setiap masa.
Melalui pembongkaran juga,kawasan yang gondol dan botak adalah di bawah pengurusan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA),di mana pengerusinya adalah Ketua Perhubungan UMNO sendiri iaitu Annuar Musa.Oleh itu,tindakan memburukkan kerajaan negeri sudah terkena pada batang hidung beliau sendiri.Menurut sumber,10 keping notis juga telaah dikeluarkan kepada agensi tersebut,namun tiada tindakan diambil.
Kertas siasatan yang diserahkan kepada Jabatan Alam Sekitar juga turut senyap sepi selepas daripada itu.Oleh itu,ternyata berlaku banyak kelemahan dan keraguan terhadap Jabatan Alam Sekitar dalam usaha menangani isu tersebut.Hasil pendedahan tersebut,Sazmi Miah dan Annuar Musa tidak lagi berani berkokok dan bertempik mengenai isu tersebut kerana ternyata yang terpalit tahi adalah diri mereka sendiri.
Alhamdulillah,isu Lojing ini sebenarnya tidak laku dalam pandangan rakyat Kelantan.Mereka faham isu ini sengaja direka-reka oleh UMNO bagi memburukkan Pas Kelantan.Hasilnya,kepercayaan majoriti 2/3 rakyat Kelantan diperolehi semula,malah Sazmi dan Annuar terlingkup di Machang dan Ketereh.Malah,Lojing di dalam Dun Galas turut berjaya dirampas oleh Pas.
ISU LOJING DIHANGATKAN,LADANG RAKYAT TIMBUL MENJELANG PRK GALAS

Jika anda merajinkan diri membuka blog dan portal pro-UMNO,anda akan dapat mengetahui isu ini sedang rancak dimainkan kembali sempena pilihanraya kecil N45 Galas.Dakwaan demi dakwaan berupa fitnah semata tanpa bukti hitam putih ditabur bagi memburukkan Pas Kelantan.Namun,pejuang maya UMNO lupa betapa isu Lojing ini sudah tidak laku lagi.Mungkin mereka hanya aktif di internet setahun dua,oleh itu mereka tidak nampak perkembangan yang sudah berlaku hampir lima enam tahun yang lepas.
Selain isu Lojing,isu Ladang Rakyat juga turut dimainkan oleh UMNO di Gua Musang.Tuduhan Pas menghalau peserta dan melambat-lambatkan pemberian geran tanah telah digembar-gemburkan di mana dikatakan bahawa kerajaan negeri mahu menyerahkan tanah tersebut kepada syarikat swasta.Malah,sampai satu tahap dikatakan pula bahawa Ahli Parlimen Padang Serai,N.Gobalakrishnan turut terlibat dalam ladang tersebut.
Apapun,penulis tidak mahu membuat sebarang spekulasi mengenai dakwaan UMNO dalam Ladang Rakyat tersebut.Namun,apa yang pasti,ianya bakal menjadi antara isu yang besar dalam Pilihanraya Galas nanti.Diharapkan para pimpinan Pas bersedia menjawab sebarang tohmahan dan tuduhan UMNO selepas ini.Mereka akan gunakan isu ini semaksimum mungkin setelah isu memburukkan calon Pas di Galas telah gagal sama sekali.
Lojing kini diiktiraf sebagai Jajahan Kecil Lojing
 
Tinggalkan komen

Posted by di 25 Oktober 2010 in PRK GALAS

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 32 other followers

%d bloggers like this: