RSS

Respon tulisan Wan Ji, Fikrah JIM vs Fikrah PAS

10 Dis

Baca tulisan Wan Ji @ AlBakistani, terasa macam menonton filem P. Ramlee tapi filem P. Ramlee yang dibuat oleh ‘producer’ sekarang. Nampak rumahnya dibelah dengan gergaji mesin bukan gergaji zaman dulu yang terpaksa sorong papan tarik papan papan, kalau tersalah tarik, yang sebelah sana terhumbang.

Mula-mula nak beri respon pasal Wan Ji kritik Presiden PAS dengan tulisannya “Kemana Penasihat Politik Presiden” tapi semacam menarik pula untuk ulas suka-suka dengan tulisan terbaru “Fikrah JIM vs Fikrah PAS”.

Saya tahu apa yang saya komen tidak akan dijawab oleh geng “Usrah Barbican”. Saya pun dah tutup buku dalam hal-hal yang terdahulu. (klik)

Bila saya baca tulisan Wan Ji saya pun naik pening kepala. Mana satu hujung mana satu pangkal. Saya ingat Wan Ji ni kepala dia pun tak berapa betul!

Wah kasar BatuApi?

Ok saya perturunkan apa yang ditulis oleb Wan Ji,

Sebilangan ahli-ahli PAS amat elargic dengan istilah JIM. Orang JIM yang telah masuk PAS, amat diwaspadai. Berbagai-bagai dakwaan yang bertiup; seperti mendakwa golongan JIM dalam PAS ini mempunyai usrah tersendiri [tidak ikut manhaj usrah PAS], mereka memberi wala’ kepada JIM lagi berbanding PAS, golongan JIM dalam PAS adalah usaha secara saraf bahawa mereka mahu membawa PAS kepada UMNO, JIM ini adalah golongan “munafiq” dalam PAS dan sebagainya.

dan anda baca lagi apa yang di tulis oleh si Wan Ji ini pada artikel yang sama,

Idea penubuhan JIM yang pada mulanya dikenali sebagai IRC itu, didakwa tertubuh ketika PAS masih lagi bersama-sama dengan UMNO dalam kerajan Perikatan [kemudian menjadi BN]. Memandangkan terkesan dari hukuman gantung terhadap Sayed Qutub yang dilakukan oleh Kerajaan mesir ketika itu, menyebabkan golongan JIM tidak dapat menerima tindakan PAS yang bergabung dengan UMNO, kerana pada mereka, UMNO adalah taghut sepertimana kerajaan mesir yang membunuh Sayeq Qutub.

Satu kata JIM nak bawa PAS kepada UMNO. Satu lagi kata JIM tak menerima tindakan PAS bergabung dengan UMNO. Eiikh pening, bawa kepada UMNO tak apa, tapi jangan bergabung. Bangang betul!!!

Engkau orang faham ke?

Sepatutnya Wan Ji memahami Gerakan Ikhwan dan mengkaji bagaimana boleh terbentuknya gerakan IRC di sebelah barat manakala gerakan “Alami” di sebelah Timur mempunyai fikrah yang sama sedangkan mereka berada berjauhan.

Saya mengkaji bagaimana aliran fikrah Alami di Mesir sama dengan fikrah IRC di UK. Pasal itu Ustaz Alias Osman boleh bersama dengan YB Saari Sungip.

Fikrah mereka sebenar tidak sama dengan fikrah asal Ikhwan Muslimin pimpinan Iman Hassan AlBana. Kenapa saya kata demikian.

Zaman penangkapan pengikut Ikhwan di Mesir hampir 20,000 ribu ahli Ikhwan telah ditangkap, dipenjara dan ada yang dibunuh.

Oleh kerana Gerakan Ikhwan adalah gerakan yang tersusun rapi. Usrah-usrah masih berjalan walaupun tanpa kepimpinan. Kita boleh bayangkan kalau tangkapan itu dibuat kepada ahli PAS. Tangkap 20,000 ribu ahli PAS, ini bermakna Ketua dan AJK Cawangan pun kena tangkap. Yang tinggal hanyalah pengikut anak bilis.

Keistimewaan yang ada pada gerakan Ikhwan ialah usrahnya tetap berjalan dan mereka bergerak secara syir (sembunyi) pada masa itu untuk mengelakkan tangkapan. Maka terbentuk satu aliran pemikiran baru dalam gerakan dakwah pada masa itu. Oleh kerana ada yang melanjutkan pelajaran ke luar negara aliran pemikiran (fikrah) ini berkembang di serata dunia termasuk di UK.

Bila berlaku pembebasan tawanan ikhwan, maka ada sedikit pertembungan fikrah dalam gerakan dakwah Ikhwan. Ini saya akan bincang kemudian.

Petikan artikel Wan Ji,

Apabila ditanya, “mengapa JIM? Kenapa tidak PAS?” Dinyatakan, ia semua terkesan dengan pengaruh gerakan islam dari luar negara, khususnya Ikhwan Muslimin [Mesir] yang ditubuhkan oleh Hasan Al-Banna dan Jamaat Islami yang ditubuhkan oleh Maulana Abu ‘Ala Al-Maududi di pakistan.

Saya berpendapat pertanyaan ini ialah kepada YB Saari Sungip. Saari Sungip dalam tulisannya, saya pun tak ingat buku mana mungkin Risalah Usrah Jilid ke-3 ada mengatakan bahawa gerakan yang paling baik ketika itu ialah Al Arqam kepimpinan Ustaz Ashari Muhammad, bukannya PAS tapi atas beberapa sebab IRC lebih tertumpu kepada PAS. (Aku ‘joke’ mana mungkin nak meresapi masuk ke dalam Al Arqam puak t-shirt dengan puak serban)

Wan Ji Al Bakistani ada menulis,

Didakwa juga, PAS dilihat agak perlahan dari sudut dakwah dan dalam penyediaan manhaj dakwah dan usrah. Lantaran itu, tidak hairan bahawa sehingga kini PAS tidak mempunyai buku-buku usrah tersendiri yang bersifat konfrehensif, kecuali ‘mencilok’ beberapa buah usrah dari luar, seperti terjemahan bagi tulisan Fathi Yakan, Mustafa Masyhur, Abu ‘Ala Al-Maududi, Bapak Natsir dan sebagainya.

PAS terbuka dalam hal kritikan dahwah, tarbiyyah dan persediaan manhaj. Pasal itu beberapa orang kepimpinan IRC telah diserap masuk dalam Lajnah Dakwah dan Tarbiyyah PAS Pusat. Masa itu Lajnah ini dibawah kepimpinan Tuan Guru Haji Abdul Hadi.

Selama dua tahun dalam Lajnah itu, apa yang dibuat oleh puak-puak IRC? Apa bahan tarbiyyah, buku dan makalah yang diterbitkan? Mereka hanya memperkembangkan fikrah IRC. Mengambil ahli-ahli PAS yang terbaik dijadikan kader-kader mereka.

Dua tahun dalam Lajnah Tarbiyyah Ustaz Alias Osman hanya menterjahmah buku Fathi Yakan  “Apa Erti Saya Menganut Islam”. Buku Itulah bahan tarbiyyah PAS!!!

Saya pernah bertanya Ustaz Harun Taib pada suatu masa duhulu. “Kenapa ustaz tak terjemah buku-buku macam geng IRC.”

Beliau menjawab “Macam mana ana nak terjemah, ana pun tak setuju dengan penulis buku-buku karangan tu.” (seperti yang disebut oleh Wan Ji)

“Ustaz buat buku sendirilah kalau tak setuju dengan pendapat orang”, kata saya. Ustaz Harun pun menjawab “Memang ana sedang menulis buku tapi sibuk tak boleh siap cepatlah” Sambil menunjuk buku “Muqayyam….” (Saya tak pasti tajuk panjangnya tapi ‘confirm’ perkataan Muqayyam memang ada) Saya nak tergelak, tapi saya tak tunjukkan mimik muka. Rasanya buku tu dah ada dalam pasaran kot!

Wan Ji ada menulis,

Apabila keadaan ini berlaku, menyebabkan JIM mengambil inisiatif yang serius dalam menyediakan manhaj usrah dalam membantu PAS. Maka lahirnya risalah usrah tulisan bekas Presiden JIM, [YB] Syaari Sungip atau dikenali sebagai Abu Urwah. Risalah usrah ini, amat mudah didapati di kedai-kedai yang mempunyai kaitan rapat dengan PAS. Malahan kini, jika mahu koleksi risalah-risalah usrah tersebut, boleh didapati di kedai buku yang berada di bawah pejabat harakah [Surat Khabar PAS] di Jalan Pahang.

Maklumat tulisan Wan Ji ini tak benar. Kita kena faham bagaimana PAS menyedari bahawa usrah-usrah yang berjalan di serata Malaysia dikuasai oleh golongan IRC. Berlaku pertembungan yang besar sekitar tahun 80an. Tuan Guru Haji Abdul Hadi masih menaruh kepercayaan kepada anak didik usrahnya. Pasal itu geng IRC lebih berlegar dikeliling pinggang TGHH termasuk di Rusila (Ini saya akan huraikan di bawah)

Tapi paling besar ialah dengan penyebaran surat 3 muka surat (masa tu guna fotostat, tak ada lagi e-mail pada masa itu) oleh Meor Saari seorang budak Perak yang bekerja di Perpustakaan UPM. Dalam kandungan surat berkenaan yang ditujukan kepada Ustaz Omar Daud yang banyak menceritakan penglibatannya dengan IRC dan Ustaz Alias Osman.

Bila golongan IRC tak boleh ‘cari makan’ dalam PAS mereka menubuhkan JIM dan pada masa mulalah keluar buku Risalah Usrah dan lain-lain.

Saya pun beli buku itu di bawah Pejabat Harakah Jalan Pahang. Syarikat Gedung Gua. Tapi saya suka beli di rumah tokey Gedung Gua sendiri, di Jalan Enggang, Ampang Ulu Klang dekat dengan Kilang Texas. Pasal di rumahnya saya diberikan diskaun 30% macam penjual.

Wan Ji ada lagi menulis,

Ekoran itu, mereka mengasingkan diri dari PAS sehingga bermula era kepimpinan ulama dalam PAS. Diceritakan juga, “ikon Ikhwan” yang cukup berpengaruh dalam PAS ketika itu adalah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Lantaran itu, tidak hairan ada sebilangan pimpinan JIM amat kagum dengan Tuan Guru Haji hadi pada tahun 80an dahulu, yang kini adalah Presiden PAS.

Apabila ditanya, dimanakah aura sebegitu hebat sekali? Dijawabnya, “anta tak dengar haji hadi tahun 80an.. Dia punya ceramah, terus boleh taip dan buat buku”

Wan Ji, Wan Ji, engkau ni melalok tak tahu cerita sebenar buat cerita untuk sedap ‘kelentong’ engkau orang aje. Saya dengar orang kata, mereka suka kuliah awak. Dia orang kata macam penjual ubat. Bila sebut penjual ubat aku terlintaslah Jalan Chou Kit setiap hari Jumaat. Sekarang dah hilang situasi itu.

Beberapa orang kepimpinan PAS adalah mereka yang mendapat fikrah Ikhwan tulin, bukan daripada kumpulan selepas zaman tangkapan.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Ustaz Harun bin Taib adalah dua orang yang mendapat didikan usrah daripada Said Hawa. Kitab “Jundullah: Tsaqafatan wa Akhlaqan”, karangan Sheikh Said Hawa adalah selibus usrah mereka sebelum dibukukan. Saya tak payah sebut siapa Said Hawa. Semua orang tahu kedudukan dia dalam ikhwan.

Oleh kerana Tuan Guru Haji Hadi Awang ambil master dan Ustaz Harun ada ‘plan’ untuk ambil PHD maka mereka membahagikan tugas. Ustaz Hadi buat usrah dan Ustaz Harun pula bergiat dalam politik kampus keMelayuan (Persatuan).

Anak usrah Ustaz Hadi ada 7 orang yang hebat. Saya takkan sebut semua sekadar saya sebut Ustaz Alias Osman, Ustaz Darus Sanawi, Ustaz Zawawi Ali (adik Cikgu Pa). Yang lain pembaca cari sendiri.

Saya pernah bertanya dengan Ustaz Hadi sendiri, duduk bertentangan lutut dengan beliau semasa di datang ke KL, berkenaan dengan 7 orang anak usrah beliau. Dalam beberapa perbualan saya dengan beliau. Ustaz Hadi menyebut bila dia pulang ke Malaysia, 7 orang anak buahnya diserahkan kepada Sheikh Mustafa Mahyur. (Ahli Fizik sebelum menjadi Mursyidul Am Ikhwan yang kelima)

Jadi Wan Ji sebut bahawa geng IRC kata ustaz Hadi adalah  ‘ikon Ikhwan’ memang betul. Takkan nak lawan Tok Guru dia.

Aku pun ada juga berguru juga dengan Ustaz Alias Osman, setiap minggu masa dia mengajar kuliah di Masjid Al Akram. Ini aku tunjukkan catatan aku masa dulu-dulu.

Klik lah kalau nak lihat tulisan tangan aku

Kita juga kena memahami pengolakan pendapat (fikrah) antara Ikhwan Alami, Ikhwan Jihadi dan Ikhwan Qutri. Sheikh Said Hawa menantu Iman Hassan Al Banna keluar daripada ikhwan Alami menubuhkan Ikhwan Qutri. Begitu juga Sheikh Said Syaban menubuhkan Ikhwan Jihadi menolak bersama dengan Fathi Yakan dalam ikhwan Alami.

Banyak pengajaran perlu kita fahami, dalami sebelum kita mengkritik “Ikon Ikhwan’ kita yang ada.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi bukan sahaja hebat dahulunya, sekarang pun kuliah-kuliahnya masih meresapi. Kuliah Jummat lalu 3 Disember, misalnya seperti kata kapt_shiqaqi yang menghraikan golongan munafik dalam gerakan Islam boleh di taip dan dibuat buku terus. Hanya Wan Ji dan geng usrah barbican sahaja merancang untuk menolak kepimpinan TGHH.

TGHH juga bergitu berjaya mengawal parti terutama ketika TGNA banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang cukup menghiris rakan sepejuangan. Tindakan TGHH adalah tindakan yang cukup baik mengelak parti dan Jamaah Islam daripada berpecah rosak oleh anasir-anasir jahat yang meresap jauh dalam gerakan Islam. (Study bab munafik baru kita faham)

Wan Ji adalah ‘ikon’ yang terkeliru, tersasar dan sedang mencari kebenaran. Penulisannya yang berbelit-belit, putar alam akhirnya menjerat dirinya sendiri.

Dulu Wan Ji ada menulis, TOK GURU HAJI HADI, BUKAN ANUAR IBRAHIM. Anda boleh baca bagaimana manusia yang bernama Wan Ji ini mengalami kekeliruan.

Saya berhenti disini dahulu. Panjang sangat pun tak kemana juga kan!! Sebelum saya berhenti saya nak bagi satu petikan untuk Wan Ji renung, timbang dan mendalami. Petikan ini ditulis oleh seorang Ustaz baru balik dari pengajian 3 tahun yang lalu.

“Buka hati, buka minta, cermin diri. Cerminlah mengikut kacamata Islam, bukan pandangan hawa nafsu yang buta dari petunjuk.” — petikan ini aku ambil dari sini. (klik)

 
Tinggalkan komen

Posted by di 10 Disember 2010 in PENDAPAT

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 32 other followers

%d bloggers like this: