RSS

Arkib Bulanan: Jun 2011

PANDUAN RINGKAS PESERTA BERSIH 2.0

Download panduan bersih 2.0

  1. 1.        Apa yang perlu anda buat apabila DIBERHENTIKAN polis?

 

  • Minta beliau tunjukkan Kad Kuasa Polis
  • Catit nama dan nombor anggota yang tercatat dalam Kad Kuasa Polis
  • Jika beliau berpakaian seragam, catit nombor anggota pada pakaian seragam
  • Jika beliau berkenderaan, catit nombor pendaftaran kenderaan

 

  1. 2.        Apa perlu anda buat jika diminta pengenalan diri?

  • Berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat sahaja
  • Jangan sekali-kali menyerahkan kad pengenalan anda kepada polis; hanya tunjuk sahaja
  • Jika polis paksa anda serahkan kad pengenalan, minta dikeluarkan Borang Pemeriksaan sebagai bukti kad pengenalan dirampas
  1. 3.        Bilakah anda ditahan?

 

  • Apabila anda dihalang beredar dari tempat tersebut
  • Apabila anda digari
  1. 4.        Apa harus anda buat apabila ditahan?

  • Jangan melawan dan jangan beri alasan kepada polis untuk gunakan kekerasan
  • Tanya apakah alasan anda ditahan
  • Tanya ke balai mana anda akan dibawa
  1. 5.        Apakah hak anda setelah ditahan?

  • Anda berhak membuat panggilan telefon kepada keluarga dan/atau peguam dan maklumkan balai tempat anda dibawa, sebab tangkapan dan nama polis yang membuat tangkapan
  1. 6.        Berapa lama polis boleh menahan anda?

  • Polis boleh menahan anda tidak melebihi 24 jam di balai atau lokap polis
  • Anda boleh ditahan melebihi 24 jam jika anda diberikan

Perintah Reman oleh Mahkamah Majistret tertakluk kepada tempoh maksimum 7 (4+3) hari bagi kesalahan menghadiri perhimpunan ‘Bersih 2.0’

  1. 7.        Apakah yang perlu dibuat apabila anda dibawa ke hadapan Majistret untuk mendapatkan Perintah Reman?

  • Beritahu polis/Majistret bahawa anda ingin diwakili peguam
  • Jika anda diwakili peguam, anda tidak perlu bercakap kerana peguam yang akan bercakap bagi pihak anda di hadapan Majistret
  •  Anda hanya perlu beritahu peguam yang mewakili anda sekiranya anda sakit, didera, diugut atau tidak diberikan makanan/air/pakaian secukupnya semasa dalam tahanan. Buat laporan polis dengan segera jika berlaku keadaan sedemikian
  • Beritahu juga kepada peguam sama ada polis telah menjalankan penyiasatan semasa anda dalam tahanan
  1. 8.        Apakah yang perlu dibuat apabila polis ingin merakam Kenyataan Bertulis semasa dalam tahanan?

  • Kenalpasti nama dan pangkat pegawai yang menyoal siasat anda
  • Berikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan (butir-butir peribadi) jika diminta
  • Selain memberikan butir-butir peribadi, anda dinasihatkan untuk berdiam diri dari menjawab soalan dari pegawai polis
  • Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan “saya akan jawab di mahkamah” terhadap sebarang soalan yang dikemukakan kepada anda dan polis tidak boleh memaksa, mengugut atau memukul anda jika anda enggan menjawab soalan
  1. 9.        Bilakah anda didakwa di mahkamah?
  • Anda boleh didakwa di mahkamah pada atau sebelum tempoh reman yang diberikan terhadap anda tamat
  • Anda didakwa jika pertuduhan dibacakan terhadap anda di hadapan seorang Majistret/Hakim dan anda ditanya sama ada mengaku bersalah atau minta dibicarakan
  • Pastikan anda MENGAKU TIDAK BERSALAH dan peguam ‘Bersih 2.0’ akan mewakili anda sehingga perbicaraan selesai

Disediakan oleh: Unit Tindakan Undang-Undang Jenayah, Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM), Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan kerjasama Lajnah Undang-Undang PAS Pusat

No. Telefon Hotline Bilik Gerakan JUHAM, Dewan Pemuda PAS Malaysia :

1. 0 1 6 – 3 1 2 6 4 6 3
2. 0 1 6 – 3 1 2 6 4 7 3
3. 0 1 4 – 6 4 5 1 7 5 3
4. 0 1 2 – 3 9 2 8 3 7 9

 
Leave a comment

Posted by di 30 Jun 2011 in ISU SEMASA, POLITIK

 

HUKUM DEMONSTRASI BERSIH 2.0: ANTARA FATWA MENGHARAM DAN MENGHARUSKAN.

PENDAHULUAN

Ini adalah penulisan separa ilmiah untuk menjawab beberapa pandangan yang dirasakan kurang tepat tentang hukum berdemontrasi. Ia merujuk kepada usaha yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat dan beberapa NGO untuk mengadakan demontrasi yang dipanggil “BERSIH” untuk mencapai matlamat yang telah digariskan. Tulisan ini bertujuan sebagai bahan perbincangan dalaman yang masih terbuka kepada penambahbaikan bagi memantapkan lagi tulisan ini.

DEMONSTRASI

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi empat mentakrifkan demonstrasi seperti berikut:

  1. Penerangan, pera­ga­an dan lain-lain tentang cara kerja sesuatu mesin, keluaran dan lain-lain.
  2. Tunjuk perasaan dgn cara berkumpul beramai-ramai, berarak dan lain-lain.[2]

LATARBELAKANG BERSIH 2.0

  1. BERSIH adalah sebuah jawatankuasa gabungan yang terdiri daripada organisasi-organisasi masyarakat sivil dan parti-parti politik dengan matlamat utama untuk memperjuangkan pilihanraya yang bebas dan adil di Malaysia.
  2. Hanya menerusi pilihanraya yang bebas dan adil sahajalah, rakyat Malaysia mampu untuk menentukan nasib mereka sendiri Malaysia dan mengharapkan mereka yang menjawat jawatan-jawatan awam untuk bertindak dengan pertanggungjawaban dan berkesan. Selagimana, rakyat tidak mempunyai kuasa untuk menyingkir golongan jahat dalam pemerintahan negara, maka selagi itulah harapan untuk mendaulatkan undang-undang, melindungi hak asasi manusia, mengadakan urus-tadbir kerajaan yang baik dan menggalakkan pembangunan rakyat yang berterusan/lestari akan terus tertakluk kepada budibicara ahli politik yang mempunyai kepentingan peribadi. Matlamat utama untuk menukar kerajaan hari ini adalah merupakan kunci ‘semak dan imbang’ dalam menentang penyalahgunaan kuasa pemerintah.
  3. Adalah amat malang bagi Malaysia kerana walaupun sudah 49 tahun merdeka, ternyata Malaysia masih gagal untuk mengendalikan proses pilihanraya yang bebas dan adil. Kesimpulan ini bukan sahaja dipersetujui oleh masyarakat sivil, parti-parti politik dan pemerhati antarabangsa, malah ia juga diakui sendiri oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya. Selepas pilihanraya umum pada bulan Mac 2004 yang dihantui oleh pelbagai penyelewengan dan kontroversi yang jauh lebih serius daripada pilihanraya-pilihanraya sebelumnya, maka, beliau merasakan perlu dan setuju dengan tuntutan awam untuk menjalankan penyiasatan bebas. Namun, amat mengecewakan penyiasatan bebas tersebut akhirnya tidak dijalankan.
  4. Proses pengendalian pilihanraya yang tidak telus ini menimbulkan pelbagai persoalan khususnya persoalan terhadap kuasa mutlak badan pemerintah negara ini. Keadaan sebegini jika dibiarkan berterusan akan membawa petanda yang buruk untuk masa depan masyarakat dan boleh memusnahkan keutuhan sistem politik negara kita. Ini dapat dilihat pada negara-negara yang telah mengalaminya iaitu Thailand, Filipina dan Taiwan. Oleh yang demikian, BERSIH merasakan adalah perlu bagi semua rakyat Malaysia berganding bahu dan menggembleng tenaga untuk membawa perubahan yang menyeluruh dalam proses pilihanraya yang mendatang. Justeru, kami mencadangkan agenda perubahan jangka-panjang dan tiga sasaran kerja dengan segera.

 

Matlamat Jangka Panjang Read the rest of this entry »

 
5 Comments

Posted by di 26 Jun 2011 in BERSIH 0.2, FIQAH ISLAM

 

“Motif tayangan dedahkan keruntuhan moral Anwar”

Kenyataan Rasmi: Ulamak Pelapis PAS

Kuala Lumpur, 25 Jun 2011 – Utusan Malaysia bertarikh 25 Jun 2011 yang menyiarkan berita bertajuk: “Motif tayangan dedahkan keruntuhan moral Anwar” ketika pengakuan Datuk ‘T’ di mahkamah menyebut bahawa pendedahan dan penayangan video seks menyerupai Ketua Pembangkang adalah untuk mendedahkan keruntuhan akhlak Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak dapat diterima.

Ini adalah kerana pengakuan yang dibuat oleh Trio Datuk ‘T’ tersebut sebenarnya mendedahkan keruntuhan moral dan akhlak mereka, tidak Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Akhlak dan moral asasnya ditentukan oleh Islam. Mendedahkan video seks kepada orang ramai walau apa jua tujuannya adalah bertentangan dengan akhlak Islam.

Dalam menjaga akhlak, Islam telah mensyariatkan agar orang yang ingin menuduh orang lain berzina membawa 4 orang saksi yang adil ke mahkamah. Jika tuduhan dilakukan tanpa 4 orang saksi maka ia bertentangan dengan akhlak Islam dan boleh dijatuhkan hukuman Qazaf.

Dalam kes ini, jelas bahawa tayangan video seks oleh Trio Datuk ‘T’ adalah suatu keruntuhan akhlak. Bahkan mereka tanpa berselindung telah menyatakan di mahkamah bahawa pelaku seks video terbabit adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Trio Datuk ‘T’ tidak mempunyai hak untuk menyatakan bahawa pelaku seks video terbabit adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga dibuktikan dalam mahkamah.

Kenyataan seumpama itu adalah mendahului mahkamah dalam membuat keputusan. Sebuah mahkamah yang baik pula sepatutnya menolak dakwaan tersebut kerana tidak mempunyai 4 orang saksi.

Sikap Trio Datuk ‘T’ sepatutnya sebagai seorang muslim yang berakhlak mulia adalah bersangka baik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukannya mendedahkannya jika tidak mempunyai 4 orang saksi.

Ia diajar oleh Al-Quran apabila Saidatina Aisyah, isteri Rasulullah s.a.w. dituduh berzina tanpa 4 orang saksi. Firman Allah yang bermaksud: “Mengapa semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang yang beriman lelaki dan perempuan tidak bersangka baik sesama sendiri dan berkata: Ini adalah ialah tuduhan dusta yang nyata.”

[Surah An-Nur: 12]


 
Leave a comment

Posted by di 26 Jun 2011 in MINDA PEMIMPIN, POLITIK

 

Algojo -Tiga Pemancung Kepala Paling Terkenal Arab Saudi

  Oleh: laniismaa

Muhammad Saad al-Beshi

Muhammad Saad al-Beshi merupakan algojo paling terkenal di Arab Saudi. Tugas pertamanya pada 1998 di Jeddah. Dia pernah memancung 7 kepala sehari. Dia akan ke rumah keluarga pesalah untuk meminta maaf kerana keesokkan harinya. Dia tidak bersedia memberitahu gajinya kerana perjanjian dengan pemerintah Arab Saudi. Muhammad Saad Al-Beshi pernah mendapat hadiah pedang dari pemerintah yang nilai pedangnya sekitar 20 ribu riyal.
Ahmad Rezkallah
Ahmad Rezkallah juga algojo terkenal Arab Saudi yang mengaku telah memancung 300 pesalah. Seramai 70 pesalahnya adalah perempuan.Dia berkata wanita lebih tabah saat menghadapinya, lelaki terus menjadi gila.
Abdallah Al-Bishi

Abdallah Al-Bishi juga adalah salah seorang algojo terkenal Arab Saudi. Abdallah Al-Bishi memiliki akaun facebook dengan nama Abdallah Al-Bishi -the Arabian Executioner. Dia meletakkan fotonya sedang mengusap pedang yang biasa digunakan untuk menjalankan tugas. -EkEle.Net

 
Leave a comment

Posted by di 25 Jun 2011 in BERITA DUNIA

 

Amaran Dekatnya Qiamat

http://albakriah.wordpress.com

4 Gerhana Matahari dan 2 Gerhana Bulan pada tahun ini 2011

gerhana bulan di sydney Video Dan Gambar Gerhana Bulan 16 Jun 2011

Gerhana Bulan Di Sydney 16 Jun 2011 Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 18 Jun 2011 in FIQAH ISLAM

 

Pemilihan JK Mesjid : BN sudah tidak ada peluang lagi untuk kembali berkuasa di Pulau Pinang.

KENYATAAN MEDIA
Pejabat ADUN Titi Serong.

Saya menyokong tindakan tegas dari Kerajaan Pulau Pinang yang tetap akan meneruskan kaedah pemilihan anggota jawatankuasa masjid melalui pilihan raya dan mempertahankan tindakan itu adalah mengikut undang-undang.

Tindakan itu menggambarkan betapa sesuatu yang dilakukan sebuah kerajaan yang telah dipilih secara sah oleh rakyat Pulau Pinang itu diyakini betul dan tidak bercangah dengan undang-undang dan peraturan yang sedia ada.

Mana mungkin mereka sengaja mencari masalah dalam keadaan PRU ke 13 semakin hampir dengan melakukan sesuatu yang bercanggah dengan peraturan melainkan apa yang dilakukan adalah mengembalikan hak rakyat yang telah dinafikan sekian lama bagi menentukan siapakah yang selayaknya mentadbir rumah Allah itu. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 15 Jun 2011 in 5 NEGERI PR

 

PAS selesai lantik AJK, Pesuruhjaya

Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 12 Jun:Mesyuarat pertama Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat yang dipengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, hari ini selesai membentuk kabinet penuh parti itu.

Ianya menyaksikan Datuk Mustafa Ali kekal sebagai Setiausaha Agung dengan dibantu tiga penolong setiausaha Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Ahmad Sabki Yusuf.

Jawatan Bendahari pula bertukar kepada Datuk Abdul Halim Abd Rahman manakala Dr Mohd Hatta Ramli yang sebelum ini penyandang jawatan itu diberi amanah sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat.

Ketua Penerangan pula akan dipegang oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagi jawatan AJK PAS yang dilantik pula, mereka adalah Nasharudin Mat Isa, Idris Ahmad, Asmuni Awi, Anuar Tahir, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Zulkefly Mohammad Omar dan Abang Ahmad Kerdee Masagus. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 12 Jun 2011 in POLITIK

 

RPK lebih sesuai dengan parti KITA

Oleh Khairi

Akhbar Sinar Harian hari ini menyiarkan hasrat dan rayuan bloger yang pernah menggemparkan negara dengan isu-isu sensasi seperti pembunuhan Altantuya, Raja Petra Kamarudin (RPK), yang berharap dapat bergandingan dengan PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Tuan punya blog Malaysia-today itu dianggap ‘belot’ kepada perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim kebelakangan ini. Bercakap di atas kapasitinya sebagai Pengerusi Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM), Beliau berkata, barisan kepimpinan baru Pas dilihat dapat menguatkan kerjasama antara Pakatan Rakyat.

“Kami berharap dapat bekerjasama dengan PAS dalam PRU akan datang kerana parti ini dengan maksud untuk memulihkan keadilan dan kesaksamaan untuk semua rakyat Malaysia.

“MCLM dengan ikhlas mengucapkan tahniah kepada PAS sempena berakhirnya Muktamar sekali gus menawarkan harapan besar untuk rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media bersama Presiden MCLM, Haris M Ibrahim.

Oleh kerana terlalu lama ‘lari’ keluar negara kerana ‘diburu’ oleh pihak berkuasa, RPK barangkali terlupa bahawa PAS mempunyai hubungan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Barangkali beliau tidak sedar bahawa adat bersetia kawan, ialah pantang mengkhianati rakan. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 8 Jun 2011 in PERUBATAN

 

Sekolah Pondok: Satu Renungan

oleh : BayangDiAir
Amat mendukacitakan apabila para ustaz pondok mengucapkan kepada pelajar pondoknya, ‘kalau mahu belajar, belajar ;  kalau tidak minat, balik”. Ada pondok yang tidak menghiraukan pelajarnya hadir atau tidak. Pelajar yang rajin akan sentiasa memenuhi ruang kehadiran. Pelajar yang malas dan letih pula akan menghadiri kelas wajib dan kelas-kelas tertentu sahaja. Ketahuilah bahawa pelajar masuk ke sekolah pondok atas beberapa keadaan. Ada kerana minat sendiri. Ada kerana kemahuan ibu bapa. Ada kerana malas belajar di sekolah biasa yang sarat dengan akademik. Dan ada kerana masalah akhlak yang kronik lalu ibu bapa lebih berbahagia sekiranya anaknya menjadi insan yang soleh dan berakhlak mulia.
 Masalahnya ialah tuan-puan silap sekiranya beranggapan  bahawa akhlak anak tuan-puan akan ditangani secara serius dan berfokus di sekolah pondok. Di sekolah harian biasa, ada unit kaunseling. Unit ini tidak ada di pondok. Jadi, ibu bapa jangan harap bahawa  anak mereka ‘ dibaiki ‘ oleh ustaz-ustaz pondok. Ustaz-ustaz akan hanya mengajar kitab.  Adalah sedikit selitan nasihat, teguran dan tindakan.  Ada ustaz pondok  berkata, “encik tak mampu jaga anak encik seorang, saya ada berpuluh-puluh pelajar lain untuk diuruskan.”
Di negara kita ada sistem pondok dan Maahad Tahfiz. Kedua-duanya tidak menjalankan fungsi khusus untuk mengatasi ledakan gejala sosial dalam kalangan remaja. Sistem pondok lebih menumpukan kepada menelaah kitab-kitab dan fardu ain. Bimbingan akhlak cuma diberi dalam bentuk kuliah umum.  Manakala Maahad Tahfiz lebih berfokus kepada hafazan al-Quran.  Read the rest of this entry »
 
Leave a comment

Posted by di 8 Jun 2011 in PENDAPAT

 

JAMIL KHIR SEMAKIN KUAT `MENGIPAS’

Oleh: WFAUZDIN NS

JAMIL KHIR nampaknya kurang senang apabila ada perwakilan dan pemimpin PAS yang bercakap tentang `Syaitan bisu’ apabila mereka merujuk kepada segelintir ahli ugama di dalam Umno yang `membisu’ melihat kemungkaran di depan mata. Hujah paling bijak dari Menteri yang menjaga ugama di dalam Umno ini adalah sekadar menyebut, ” Bagi saya, saya melihat (mereka) tak jadi syaitan (bisu)… Itu hak Allah (untuk menghukum),” (Malaysiakini).

Jika begitulah hujah seorang ilmuan Islam, maka apa akan jadi dengan umat Islam? Bukankah perangai `Syaitan Bisu’ ini ada digambarkan di dalam Al-Quran yang menggelar mereka sebagai `Ulamak As-su’ (ulamak jahat)? Satu dunia tahu bahawa media kita telah mensensasikan video seks beserta gambar-gambar yang penuh mengaibkan dengan memberi bayangan kepada seseorang untuk melakukan fitnah jahat, adakah ini boleh didiamkan sahaja oleh mereka yang berilmu dan dianggap Ulamak?

Jika mereka tidak mahu memuji atau menyokong mana-mana tokoh pembangkang sekali pun, wajarkah tokoh itu diaibkan sedemikian rupa tanpa dapat membuktikan sebagaimana yang diajar oleh Islam? Jamil Khir orang yang berpendidikan agama dan beliau adalah bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), walaupun beliau gagal memartabatkan Islam di dalam kehidupan dan kerjaya tentera, beliau tidak perlu menjadi pencacai agama yang murahan di dalam Umno. Di dalam Umno, golongan agama tidak akan ke mana. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 6 Jun 2011 in PENDAPAT, POLITIK

 

Tugas pertama kepimpinan selepas muktamar

http://www.selamatkanpahang.blogspot.com/

Semasa ucapan penggulungan semalam, Datuk Seri Tuan Guru Presiden Abdul Hadi antara lain mencabar perwakilan agar memberi tumpuan khusus berkaitan pendaftaran pemilih bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Ahli PAS ada 1 juta, takkan tak boleh menggerak dan mengerahkan 12,000 untuk memberi tumpuan khusus bagi mendaftarkan ahli dan penyokong PAS,” katanya.

Maka dengan andaian PRU akan diadakan dalam tempoh enam bulan lagi, PAS di semua peringkat diarahkan bekerja keras melaksanakan pendaftaran pemilih baru secara besar-besaran.

Jika pihak tertentu sanggup mengeksploitasi jabatan kerajaan bagi membolehkan pendatang luar mendapat mykad supaya boleh mengundi parti mereka, mengapa PAS tidak mengambil semangat yang sama iaitu ‘mahu menang’ tetapi melalui kaedah yang halal dan dibenarkan undang-undang. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 6 Jun 2011 in BERITA PAHANG

 

Untuk Ustaz Nasha, Sabar sesungguhnya Allah bersamamu!

http://tin-buruk.blogspot.com/

Saya tak terlibat langsung dalam percaturan politik kepimpinan PAS untuk Muktamar ke-57 ini. Saya sekadar pemerhati yang prihatin, seorang yang taat kepada kepimpinan (ada bahasa blogger sebut wala` buta ; buta kerana mereka semua ‘buta hati’ dengan siasah harakah islamiyyah)

Kesempatan ini saya nak ucapkan tahniah kepada Ustaz Nasharudin Mat Isa, ya tahniah bukan atas kekalahan beliau walaupun ada yang mentafsirkan begitu kerana beliau terlepas daripada persoalaan Allah dengan kemampuan yang ada.

Tapi saya lebih kepada kesabaran beliau menghadapi tohmahan, cercaan dan nista hina sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini sehingga beliau macam fobia dengan akhbar dan orang-orang akhbar.

Saya juga kagum dengan beliau untuk tidak menarik diri dalam pertandingan ini, walaupun ramai yang datang untuk memberikan nasihat agar beliau menarik diri. Saya kagum dengan ungkapan ini… Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 6 Jun 2011 in PENDAPAT

 

Kepimpinan PAS digeruni musuh: Kenapa dan mengapa ?

Oleh Chegu Zul

Perhatian, kebimbangan luar biasa Umno terhadap pacuan kepimpinan PAS Alaf Baru menjelang PRU13. Media berbahasa Melayu ‘cuba’ menarik dan memainkan perhatian para pengundi Melayu dengan berhasrat dan mahu menanamkan ‘keraguan’ terhadap proses perubahan peralihan dalam kepimpinan PAS baru lalu.
Sudah seminggu bahasan ini dibuat, berjaya menarik perhatian pengundi Melayu. Rata-rata menyetujui pandangan Utusan dan media berbahasa Melayu yang lain iaitu kepimpinan Ulama sudah mulai ‘ditolak’ dalam PAS. PAS mulai dipengaruhi , diperalatkan oleh Anwar seta DAP.
Inilah momokan momokan yang segera PAS perlu perjelaskan dengan lebih agresif. Kekuatan isu mengarut ini jika gagal ditangaani PAS dengan cekap dan berkesan. PAS bakal kecundang sekali lagi dalam PRU13.
Prestasi kemuraman sokongan pengundi Melayu kepada PAS akan berulang. Umpama dalam PRK Kerdau. PAS gagal meraih undi Melayu, walaupun waktu itu lambakan isu-isu negara terbeban ke atas rakyat terbanyak jika diatur susun cukup membebankan rakyat.
Namun, rakyat Kerdau tidak terangsang dan termakan langsung dengan isu-isu berkenaan. Umno selesa menang PRK berkenaan. Sementelahan pula harga getah dan sawit yang kini dan akan terus kekal ‘memuncak’ rakyat terbanyak tidak akan terkesan.
Paling tidak ‘serangan pembangkang itu dianggap sebagai satu tohmahan jahat terhadap kerajaan yang melayu tulen.
Selain itu, rakyat teramai masih anggap Melayu tulen adalah Umno. walaupun dihati mereka , PAS dianggap parti yang baik dan betul, tetapi apabila proses memberi undi mereka kekal sayangkan Umno. Inilah senario dulu dan akan datang juga. Read the rest of this entry »
 
Leave a comment

Posted by di 6 Jun 2011 in PENDAPAT, POLITIK

 

Perginya sebutir mutiara… Ustaz Ghazali Hasbullah

Oleh ALWI MUDA

Pendakwah terkenal dengan kegigihannya, Ustaz Ghazali Hasbullah meninggal dunia jam 10 malam semalam (2 Jun) di Hospital Selayang akibat sakit tua.

Allahyarham semasa hayatnya bertugas sebagai guru agama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) lebih 20 tahun dan akibat kelantangan beliau menegur ketidak-adilan, beliau pernah ditahan ISA pada 1980an.

Menurut cucu sulungnya, Abdullah Omar, datuknya berusia lebih 70 berasal dari Bagan Datoh, Perak berdakwah sehingga akhir hayatnya kerana dua hari sebelum jatuh sakit, beliau berceramah akhir di Johor.

Allahyarham meninggalkan dua isteri; Puan Asiah Johari, 60an, dan Puan Norhafizah, 40an, anak (13), sulung dalam usia 43 dan bongsu sekitar 20an, cucu (60) dan dan cicit (30). Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 6 Jun 2011 in BERITA PAHANG

 
 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.