RSS

Arkib Harian: 6 Jun 2011

JAMIL KHIR SEMAKIN KUAT `MENGIPAS’

Oleh: WFAUZDIN NS

JAMIL KHIR nampaknya kurang senang apabila ada perwakilan dan pemimpin PAS yang bercakap tentang `Syaitan bisu’ apabila mereka merujuk kepada segelintir ahli ugama di dalam Umno yang `membisu’ melihat kemungkaran di depan mata. Hujah paling bijak dari Menteri yang menjaga ugama di dalam Umno ini adalah sekadar menyebut, ” Bagi saya, saya melihat (mereka) tak jadi syaitan (bisu)… Itu hak Allah (untuk menghukum),” (Malaysiakini).

Jika begitulah hujah seorang ilmuan Islam, maka apa akan jadi dengan umat Islam? Bukankah perangai `Syaitan Bisu’ ini ada digambarkan di dalam Al-Quran yang menggelar mereka sebagai `Ulamak As-su’ (ulamak jahat)? Satu dunia tahu bahawa media kita telah mensensasikan video seks beserta gambar-gambar yang penuh mengaibkan dengan memberi bayangan kepada seseorang untuk melakukan fitnah jahat, adakah ini boleh didiamkan sahaja oleh mereka yang berilmu dan dianggap Ulamak?

Jika mereka tidak mahu memuji atau menyokong mana-mana tokoh pembangkang sekali pun, wajarkah tokoh itu diaibkan sedemikian rupa tanpa dapat membuktikan sebagaimana yang diajar oleh Islam? Jamil Khir orang yang berpendidikan agama dan beliau adalah bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), walaupun beliau gagal memartabatkan Islam di dalam kehidupan dan kerjaya tentera, beliau tidak perlu menjadi pencacai agama yang murahan di dalam Umno. Di dalam Umno, golongan agama tidak akan ke mana. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 6 Jun 2011 in PENDAPAT, POLITIK

 

Tugas pertama kepimpinan selepas muktamar

http://www.selamatkanpahang.blogspot.com/

Semasa ucapan penggulungan semalam, Datuk Seri Tuan Guru Presiden Abdul Hadi antara lain mencabar perwakilan agar memberi tumpuan khusus berkaitan pendaftaran pemilih bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Ahli PAS ada 1 juta, takkan tak boleh menggerak dan mengerahkan 12,000 untuk memberi tumpuan khusus bagi mendaftarkan ahli dan penyokong PAS,” katanya.

Maka dengan andaian PRU akan diadakan dalam tempoh enam bulan lagi, PAS di semua peringkat diarahkan bekerja keras melaksanakan pendaftaran pemilih baru secara besar-besaran.

Jika pihak tertentu sanggup mengeksploitasi jabatan kerajaan bagi membolehkan pendatang luar mendapat mykad supaya boleh mengundi parti mereka, mengapa PAS tidak mengambil semangat yang sama iaitu ‘mahu menang’ tetapi melalui kaedah yang halal dan dibenarkan undang-undang. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 6 Jun 2011 in BERITA PAHANG

 

Untuk Ustaz Nasha, Sabar sesungguhnya Allah bersamamu!

http://tin-buruk.blogspot.com/

Saya tak terlibat langsung dalam percaturan politik kepimpinan PAS untuk Muktamar ke-57 ini. Saya sekadar pemerhati yang prihatin, seorang yang taat kepada kepimpinan (ada bahasa blogger sebut wala` buta ; buta kerana mereka semua ‘buta hati’ dengan siasah harakah islamiyyah)

Kesempatan ini saya nak ucapkan tahniah kepada Ustaz Nasharudin Mat Isa, ya tahniah bukan atas kekalahan beliau walaupun ada yang mentafsirkan begitu kerana beliau terlepas daripada persoalaan Allah dengan kemampuan yang ada.

Tapi saya lebih kepada kesabaran beliau menghadapi tohmahan, cercaan dan nista hina sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini sehingga beliau macam fobia dengan akhbar dan orang-orang akhbar.

Saya juga kagum dengan beliau untuk tidak menarik diri dalam pertandingan ini, walaupun ramai yang datang untuk memberikan nasihat agar beliau menarik diri. Saya kagum dengan ungkapan ini… Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 6 Jun 2011 in PENDAPAT

 

Kepimpinan PAS digeruni musuh: Kenapa dan mengapa ?

Oleh Chegu Zul

Perhatian, kebimbangan luar biasa Umno terhadap pacuan kepimpinan PAS Alaf Baru menjelang PRU13. Media berbahasa Melayu ‘cuba’ menarik dan memainkan perhatian para pengundi Melayu dengan berhasrat dan mahu menanamkan ‘keraguan’ terhadap proses perubahan peralihan dalam kepimpinan PAS baru lalu.
Sudah seminggu bahasan ini dibuat, berjaya menarik perhatian pengundi Melayu. Rata-rata menyetujui pandangan Utusan dan media berbahasa Melayu yang lain iaitu kepimpinan Ulama sudah mulai ‘ditolak’ dalam PAS. PAS mulai dipengaruhi , diperalatkan oleh Anwar seta DAP.
Inilah momokan momokan yang segera PAS perlu perjelaskan dengan lebih agresif. Kekuatan isu mengarut ini jika gagal ditangaani PAS dengan cekap dan berkesan. PAS bakal kecundang sekali lagi dalam PRU13.
Prestasi kemuraman sokongan pengundi Melayu kepada PAS akan berulang. Umpama dalam PRK Kerdau. PAS gagal meraih undi Melayu, walaupun waktu itu lambakan isu-isu negara terbeban ke atas rakyat terbanyak jika diatur susun cukup membebankan rakyat.
Namun, rakyat Kerdau tidak terangsang dan termakan langsung dengan isu-isu berkenaan. Umno selesa menang PRK berkenaan. Sementelahan pula harga getah dan sawit yang kini dan akan terus kekal ‘memuncak’ rakyat terbanyak tidak akan terkesan.
Paling tidak ‘serangan pembangkang itu dianggap sebagai satu tohmahan jahat terhadap kerajaan yang melayu tulen.
Selain itu, rakyat teramai masih anggap Melayu tulen adalah Umno. walaupun dihati mereka , PAS dianggap parti yang baik dan betul, tetapi apabila proses memberi undi mereka kekal sayangkan Umno. Inilah senario dulu dan akan datang juga. Read the rest of this entry »
 
Leave a comment

Posted by di 6 Jun 2011 in PENDAPAT, POLITIK

 

Perginya sebutir mutiara… Ustaz Ghazali Hasbullah

Oleh ALWI MUDA

Pendakwah terkenal dengan kegigihannya, Ustaz Ghazali Hasbullah meninggal dunia jam 10 malam semalam (2 Jun) di Hospital Selayang akibat sakit tua.

Allahyarham semasa hayatnya bertugas sebagai guru agama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) lebih 20 tahun dan akibat kelantangan beliau menegur ketidak-adilan, beliau pernah ditahan ISA pada 1980an.

Menurut cucu sulungnya, Abdullah Omar, datuknya berusia lebih 70 berasal dari Bagan Datoh, Perak berdakwah sehingga akhir hayatnya kerana dua hari sebelum jatuh sakit, beliau berceramah akhir di Johor.

Allahyarham meninggalkan dua isteri; Puan Asiah Johari, 60an, dan Puan Norhafizah, 40an, anak (13), sulung dalam usia 43 dan bongsu sekitar 20an, cucu (60) dan dan cicit (30). Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 6 Jun 2011 in BERITA PAHANG

 
 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.