RSS

Arkib Bulanan: Julai 2011

Ustaz Azhar Idrus…satu fenomena!

sekarang ni nama Ustaz Azhar Idrus cukup terkenal di merata-rata tempat malah ada yang gelar Ust. Azhar sebagai ‘Ustaz Youtube’ kerana pengaruhnya yang cukup hebat dalam laman tersebut

kaset dengan vcd ni jangan ceritalah, laris macam pisang goreng, kalah vcd Mat Sabu hehehehe

dialek Terengganunya sangat pekat, sampai orang Perak pun dah leh faham cakap Terengganu disebabkan pengaruh Ustaz Azhar ni

yang menariknya mengenai Ustaz Azhar, selain pandai buat lawak (kalah Raja Lawak), dia juga boleh cakap apa saja, pasal komputer ke, pasal gigabait ke…

malah pasal rock pun dia rembat semacam je Read the rest of this entry »

 
2 Comments

Posted by di 21 Julai 2011 in 5 NEGERI PR

 

DATO’ TUAN IBRAHIM KINI MENERIMA RAWATAN

Untuk makluman kepada semua, Dato’ Tuan Ibrahim telah dimasukkan ke wad di Hospital Jengka, pukul 5.00 petang tadi untuk menerima rawatan.

Simptom demam yang dialami bermula pada Jumaat lepas membawa kepada jangkitan demam denggi, dan keadaan beliau kini adalah stabil dan perlu mendapatkan rehat yang secukupnya.

Untuk itu, sebarang program yang telah dirancang dalam masa terdekat ini, terpaksa ditangguhkan kepada satu masa yang akan dimaklumkan semula.

Sama-samalah kita memanjatkan doa agar beliau diberi kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini.

 
Leave a comment

Posted by di 21 Julai 2011 in BERITA PAHANG

 

Polis tembak gas secara sejajar membahayakan

Hazayani Zakaria
Pengawal peribadi Ketua Pembangkang, Fayyadh Afiq Al-Bakri hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan polis melepaskan gas pemedih mata di terowong KL Sentral sewaktu perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai lau.Pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim itu pecah tulang pipi sebelah kiri akibat terkena kanister gas pemedih mata yang dilepaskan pihak polis.

Fayyad, 25 terpaksa menjalani pembedahan selama lima jam di Hospital Pantai pada 11 Julai lalu bagi meletakkan plat titanum bagi menggantikan tulang pipinya.

Pada hari tersebut, beliau cuba melindungi Anwar daripada terkena kanister itu dengan menolak Anwar ke tepi sehingga ianya terkena pipi kirinya.

“Saya menuntut siasatan segera, adil dan bebas mengenai serangan ke atas saya, Datuk Seri Anwar dan kumpulan tersebut.

“Saya percaya tindakan polis menembak secara sejajar ke dalam terowong adalah salah dan amat membahayakan saya dan semua yang berada di situ,” katanya dalam laporan tersebut.

Beliau ditemani peguam R. Sivarasa (ahli Parlimen Subang), N. Surendran (Naib Presiden PKR), Latheefa Koya (Ketua Penerangan PKR), dan Fadiah Nadwa Fikri (Lawyer For Liberty).

Beliau juga meminta tindakan pendakwaan dilakukan ke atas semua anggota polis yang didapati bertanggungjawab. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 21 Julai 2011 in BERSIH 0.2

 

Kuliah dan Sampul Surat.

  Oleh: indraputra80

Saya tidak menyangka,apa yg.ada dalam fikiran saya selama ini,hampir sama dgn wasiat yang. Dr Lo’ Lo’ katakan.

“Maaflah saya ingin sebut, ustaz-ustaz ini jangan asyik fikirkan sampul sahaja. Ramai yang rasa selesa, hanya dok berkuliah dalam masjid, selepas itu seronok dapat sampul duit tapi tidak mengambil tahu apa yang berlaku kepada umat; khususnya anak-anak muda kita kat luar sana”. – YB Dr Lo’lo’ Mohd Ghazali”

Hari ini terlalu banyak Kuliah di Masjid Masjid serta Surau.,terutama di kawasan Bandar.

Dari Kuliah Magrib sampai ke Kuliah Subuh.

Tambah tambah pulak sekarang nie ,di mana mana saja terpampang iklan Kuliah Ishraq Mekraj.,oleh tokoh tokoh Agama dari yg.terkemuka sahinggalah kepada kalangan Ustaz Ustaz Muda yg.cuba cuba menempah nama.

Saban Tahun cerita ini di ulang ulang, Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 21 Julai 2011 in MINDA PEMIMPIN

 

10 sebab Kenapa saya sokong Bersih 2.0

Nasrudin bin Hassan at Tantawi
1. BERSIH 2.0 bukan sebuah pertubuhan sebagaimana yang didakwa oleh pihak UMNO dan BN kononnya BERSIH adalah sebuah pertubuhan haram yang tidak berdaftar dengan R.O.S, sebaliknya BERSIH 2.0 adalah satu kempen yang digerakkan oleh sekurang – kurangnya 62 Ngo yang bergabung untuk menuntut pemulihan sistem demokrasi dan pengurusan pilihanraya yang adil dan telus.

2. Kempen ini berpaksi kepada 8 tuntutan yang telah dikemukakan kepada pihak berkenaan samaada kerajaan mahupun pihak SPR. Apa yang lebih penting juga ialah 8 tuntutan mesti difahami dan diperjuangkan oleh rakyat demi masa depan negara dan kepimpinannya. 8 tuntutan itu ialah :
Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 21 Julai 2011 in BERSIH 0.2

 

Inilah Bukti… layanan baik Polis terhadap peserta Bersih 2.0

http://pinkturtle2.wordpress.com

A Malaysian activist from Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) is detained by police officers during a rally calling for clean and fair elections in Kuala Lumpur, Malaysia, Saturday, July 9, 2011. Police fired tear gas and detained hundreds of activists as demonstrators massed Saturday across Malaysia's main city demanding electoral reforms in the country's biggest political rally in years. The "Bersih" means "clean" in Malay. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 20 Julai 2011 in BERSIH 0.2

 

Fitnah, Media Tunggangan UMNO bakal disaman

KUALA LUMPUR,  Seorang peserta Himpunan Bersih 2.0 dari Unit Amal PAS mahu menyaman Berita Minggu milik Kumpulan New Straits Times kerana mendakwa dia memegang pisau semasa perhimpunan di ibu negara, 9 Julai lalu.

Abdul Razak Endut, 32, dari Temerloh berkata edisi 10 Julai yang menyiarkan gambarnya dengan tajuk “seorang perusuh membawa pisau dalam perhimpunan haram” manakala tajuk kecilnya pula berbunyi “perusuh guna senjata, batu, lawan polis” adalah tidak benar. Read the rest of this entry »
 
Leave a comment

Posted by di 19 Julai 2011 in BERSIH 0.2

 

AKU KATAKAN BAHAWA BAHARUDDIN ADALAH SYAHID !!

http://g-82.blogspot.com/

Demontrasi BERSIH telah berlaku. Tindakan polis dengan menembak gas pemedih mata meragut nyawa seorang demonstran, iaitu Saudara Baharuddin Ahmad. Ramai yang mempersoalkan status kematiannya; Apakah dikira syahid atau tidak?

Malahan tidak ketinggalan, ada juga dari kalangan orang UMNO (UMNO : Laknat Allah terhadap orang-orang zalim) yang agak biadap sehingga melebelkan kematiannya sebagai mati katak.

Secara peribadi, tanpa aku memaksa orang lain menerimanya bahawa Aku menyatakan, kematian Saudara Baharuddin Ahmad boleh dikira sebagai MATI SYAHID.

Pendapatku ini didokong Hujjah-hujjah seperti berikut;

Kandungan tuntutan BERSIH adalah perkara yang boleh disifatkan sebagai hak keadilan. Hak keadilan merupakan perkara yang dituntut dalam Islam.

 
Leave a comment

Posted by di 19 Julai 2011 in BERSIH 0.2

 

Perjalanan terakhir Dr Lo’Lo’

“IBU berpesan kepada kami adik-beradik, jangan sesekali dia dilupakan selepas ibu kembali ke rahmatullah.

“Ibu suruh ingat dia, kenang dia, terlalu banyak saat-saat bahagia kami bersama ibu, namun sekarang semua sudah tiada,” kata Fawwaz, anak kedua Allahyarhamah Dr Lo’Lo’ Mohd Ghazali, Ahli Parlimen Titiwangsa yang meninggalkan kita semua 10.13 malam 17 Julai 2011, selepas bertarung dengan penyakit kanser paru-paru selama dua tahun. (Program terakhir dihadiri Dr Lo’Lo’ bersama peguam-peguam bagi membantah Rang Undang-Undang Perbadanan Kg Baru)Dr Lo’Lo’ pergi menghadap Allah Rabbul Jalil, meninggalkan suami Dr Aminuddin Hamid Karim dan empat anak. Dua lelaki dua perempuan.
Read the rest of this entry »
 
Leave a comment

Posted by di 19 Julai 2011 in 5 NEGERI PR

 

Dewan Ulamak PAS rakam ucapan Takziah kepada keluarga Allahyarhamaha Dr. Lo’Lo’

Dewan Ulamak PAS Pusat merakamkan ucapan Takziah kepada seluruh ahli keluarga, kenalan dan mereka yang mengenali Allahyarhamaha Dr. Lo’Lo’ Mohd Ghazali yang kembali ke rahmatullah pada hari ini.

Allahyarhamaha banyak mencurahkan keringat dan bakti kepada perjuangan Islam PAS disepanjang penglibatan beliau dalam parti, khususnya sepanjang perkhidmatan beliau sebagai ahli Parlimen Titiwangsa. Sumbangan beliau adalah tersangat besar yang hanya Allah s.w.t sahaja yang mampu membalasnya.

Kehilangan beliau merupakan kehilangan sebutir permata di dalam PAS yang amat sukar dicari ganti. Kita berdoa agar ruh beliau ditempatkan bersama-sama dengan para anbia’, para sahabat, para  mujahidin dan orang-orang yang soleh.

Al-fatehah …

 
Leave a comment

Posted by di 19 Julai 2011 in 5 NEGERI PR

 

Gempar : DAP keluar Pakatan Rakyat?

http://mutaligat.blogspot.com/

DAP keluar Pakatan Rakyat (PR)? Itulah yang diharapkan oleh Umno/BN. Isu terbaru yang melibatkan enakmen hiburan sekali lagi menggegarkan hubungan PAS dan DAP di Kedah. Isu ini bukan sahaja melibatkan PR Kedah.

Setiausaha Publisiti DAP kebangsaan Tony Pua mencadangkan partinya keluar Pakatan Rakyat ekoran isu penguatkuasaan penuh Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 melarang operasi pusat-pusat hiburan di Kedah sepanjang bulan Ramadan.

Perkembangan menyebabkan Umno/BN senyum lebar sampai ke telinga. Namun ianya hanya sebentar sahaja kerana ternyata matang dan professional dalam menjalinkan hubungan tidak sebagaimana BN yang menggunakan  strategi ugut, umpan dan rasuah untuk mengekalkan perpaduan dalam BN. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 19 Julai 2011 in 5 NEGERI PR, POLITIK

 

Nak Menipu Siapa Lagi…Org Kampong dan Seluruh Dunia dah tau..

Seluruh Dunia Melihat Kita..

 
Leave a comment

Posted by di 18 Julai 2011 in BERSIH 0.2

 

Facebook: Lebih 200,000 mahu Najib letak jawatan

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 18 Julai:Kumpulan rakyat yang majoritinya “majoriti senyap” terus menyatakan pendirian mereka mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.

Desakan dizahirkan mereka pada laman peminat Facebook yang bertajuk ‘100,000 Rakyat meminta Najib Tun Razak meletak jawatan’ (100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation) yang kini sudah mencecah 202,020 peminat sehingga jam 2.07 petang tadi.

Ketika Harakahdaily membuat liputan perkara ini Julai 11 yang lalu, jumlah peminat telah pun mencecah angka 119,000.

Angka peminat Facebook terus meningkat apabila kerajaan Barisan Nasional meneruskan tindakan mereka memperlekehkan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Selepas seminggu, hari ini peminat telah meningkat lebih daripada 80,000 kepada angkat 202,020 seperti yang tertera di gambar.

Peminat Facebook yang terdiri daripada rakyat pelbagai kaum dan agama, menulis komen menyeru Najib untuk meletak jawatan ekoran tindakan tidak bertamadun polis dan kerajaan Barisan Nasional dalam menangani perhimpunan aman rakyat itu.

Antara komen itu berbunyi : Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 18 Julai 2011 in POLITIK

 

Lebih 2,000 iringi jenazah Dr Lo’ Lo’

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 18 Julai:Lebih 2,000 orang terdiri daripada ahli keluarga, rakyat dan pemimpin parti politik menghadiri pengebumian ahli Parlimen Titiwangsa, Allahyarhamah Dr. Lo’ Lo’ Mohd Ghazali di Tanah Perkuburan Islam Kampung Datuk Keramat pagi tadi.

Suasana sedih dan suram menyelubungi majlis pengebumian bermula jenazah dibawa ke Masjid Al-Akram, Datuk Keramat tengah malam tadi.

Jenazah disolatkan di masjid tersebut jam 10.20 pagi tadi dengan dipimpin Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebelum dibawa ke tanah perkuburan, diiringi ribuan yang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir.

Rata-rata mereka yang hadir tidak dapat menahan sebak setelah jenazah selamat dikebumikan jam 11.10 pagi.

Sejak tengah malam tadi, orang ramai tidak putus-putus mengunjugi jenazah allahyarhamah yang disifatkan sebagai seorang yang sangat berdedikasi dalam menjalankan amanah sebagai wakil rakyat.

Anggota Unit Amal juga mula menjaga lalu lintas dan kawasan sekitar sejak tengah malam tadi bagi mengelakkan kesesakan di kawasan sekitar.

Anggota keluarga termasuk suami, Dr Aminuddin Abdul Hamid Karim dan anak-anak allahyarahamahberada di samping jenazah sehingga selesai dikebumikan.

Walaupun kelihatan sedih, mereka melayani pertanyaan pemberita dengan baik.

Dr. Aminuddin dengan tenang berkata, beliau redha dengan pemergian Allahyarhamah dan kagum dengan kegigihan isterinya itu menjalankan amanah walaupun terlantar di atas katil ketika sakit.

“Allahyarharmah berpesan kepada petugas-petugas pejabat khidmat masyarakat Parlimen Titiwangsa agar terus menjalankan tugas melibatkan kepntingan penduduk.

“Sehingga ke saat-saat akhir, beliau sering bertanya mengenai kawasan terutamanya isu Kampung baru yang diperjuangkan beliau,” katanya.

Selain pimpinan utama PAS, turut hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw, Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah dan lain-lain.

Allahyarhamah meninggal dunia di Hopital Selayang jam 10.15 malam tadi setelah beberapa tahun mengidap barah paru-paru.

 
Leave a comment

Posted by di 18 Julai 2011 in ISU SEMASA

 

Gambar terbaru mangsa bom pemedih mata, Fayad Al-Bakri

MENGIKUT peraturan, jika perlu, Polis hanya boleh melepaskan tembakan gas pemedih mata pada paras 45 darjah ke arah udara, namun apa yang berlaku di KL Sentral 9 Julai lalu, pihak polis dipercayai sengaja menembak peluru gas pemedih mata ke arah Anwar Ibrahim namun peluru itu melantun ke pipi pengiring beliau, Fayad Al-Bakri.
Akibatnya pengiring Anwar ini mengalami pendarahan dan kecederaan yang teruk di bahagian tulang pipinya. Rakyat biasa yang berhimpun secara aman, tanpa senjata, ditembak dengan peluru gas pemedih mata. Beliau dilaporkan terpaksa menjalani pembedahan plastik.

Di bawah ini dua keping gambar terbaru Fayad Al-Bakri yang sedang menjalani rawatan di hospital yang dikongsikan oleh salah seorang kawan yang melawat beliau di hospital. Read the rest of this entry »
 
Leave a comment

Posted by di 14 Julai 2011 in BERSIH 0.2

 
 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.