RSS

Arkib Harian: 8 Julai 2011

Himpunan Bersih 2.0, Buktikan Suara Rakyat Malaysia Telah Bergema Seantero Dunia !

Macam nak darurat kat K.Lumpur. Semua jalan masuk ditutup. Sekatan jalan raya berlaku disetiap pelusuk negera. Semua kedai-kedai diarahkan tutup.

Yang lawak tu, pihak polis menemui parang yang disembunyi di beberapa tempat di Bandar K.L dan yang peliknya ditemui oleh orang asli. Kelakar ajaib. Kalu orang asli dah lama dibawak parang-parang baru tu wat menebas dihutan. Ditemui molokov Coctail yang diisi minyak petrol dalam botol mineral plastik dengan sumbu macam pelita minyak tanah empat hari sebelum 9 Julai. Ish-ish mungkin kemaren dah kecut botol tu dan kalau nak cucuh api… nak cari mampus. Empunya diri dulu yg meletup. Mereka ingat psy-war zaman jepun boleh pakai lagi ke sekarang??? Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 8 Julai 2011 in BERSIH 0.2

 

PENTING BERSIH 2.0: Mengapa Ambiga?

Salam Palestin,

Mengapa Ambiga?

Wanted

Semasa saya berada di Mesir sebulan lepas, ada persoalan dibangkitkan oleh para pelajar di sana berkaitan BERSIH 2.0, penganjur perhimpunan aman yang menuntut reformasi pilihan raya yang telus dan adil, terutama berkaitan pengerusinya, Datuk S. Ambiga. Ia agak hangat apabila kumpulan anti BERSIH, termasuk sesetengah kumpulan Islam mula mempertikaikan kesanggupan PAS menganggotai BERSIH, sedangkan beliau adalah seorang yang disifatkan anti Islam berdasarkan rekodnya yang tersebar, sebahagiannya benar, manakala sebahagian lagi adalah bohong dan fitnah.

Saya telah menjawabnya dan saya fikir jawaban saya mampu menenangkan mereka walaupun agak ringkas kerana soalan-soalan lain yang agak banyak dan pelbagai yang menyuntukkan masa. Tetapi, persoalan itu terus hidup sehingga kini  di tanah air kita apabila ia sentiasa diberi nafas melalui peluru sms dan bicara siber yang bersifat dan bertujuan menyentak dan membantut semangat anak-anak muda Islam daripada menyertai perhimpunan aman pro demokrasi adil yang semakin menjadi kenyataan sabtu ini, insya Allah.

Walaupun agak lewat, saya fikir elok juga untuk para penjengok blog saya meneliti dapatan yang saya muatkan di bawah. Tujuan saya adalah untuk mempertingkatkan kefahaman politik Islam, seterusnya meyakinkan semua bahawa PAS telah mengambil keputusan yang betul, syar’ie dan positif demi kepentingan politik negara dan umat Islam juga yang sentiasa berhadapan kekeliruan oleh penganut Melayunya sendiri.

Pertama, Bolehkah kita berketuakan seorang non muslim? Ini soalan yang jawabannya agak mudah, cuma mudah juga untuk dikelirukan oleh pengeliru yang suka menyusahkan dan menjalani hidup hipokrit. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 8 Julai 2011 in BERSIH 0.2

 

BERSIH 2.0: Penting..! – Makluman Untuk Sebaran

Maklumat Sahih: Pesanan buat semua sahabat-sahabat di seluruh Malaysia tak kira lu sokong BERSIH 2.0 atau tak sokong.

Sila delete mesej-mesej dalam handphone anda yang berkaitan dengan politik dan ada words BERSIH. Polis road block akan periksa. Polis di Kuala Lumpur akan periksa handphone secara rambang dan penahanan serta-merta akan dilakukan bagi membantu siasatan.

Harap Maklum & sila share pada Facebook, Twitter & Blog masing2.

 
Leave a comment

Posted by di 8 Julai 2011 in BERSIH 0.2

 

Senarai 91 orang dilarang masuk KL Sabtu ini

Berikut ialah senarai nama mereka yang dilarang memasuki ibu negara pada Sabtu ini.

DARI Bersih

1. Datuk Ambiga Sreenevasan
2. Mohamad Sabu
3. Hishamuddin Md Rais
4. Khairul Anwar Ahmad Zainuddin
5. Maria Chin Abdullah
6. Chua Tian Chang

7.   Kamarulzaman Mohamad
8.   Dr Mohd Hatta Md Ramli
9.   Syed Shahir Syed Mohamud
10. Syed Ibrahim Syed Noh
11. Teresa Kok Suh Sim
12. Badrul Hisha Shaharin Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 8 Julai 2011 in BERSIH 0.2

 

Perutusan dari Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat menjelang Himpunan BERSIH

Tunjukkan Keperibadian Islam, pelihara ketenteraman awam dan usah layani provokasi

Saya selaku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat mewakili golongan para ulama PAS menyeru kepada seluruh ahli PAS dan mereka yang menyokong BERSIH agar menjaga akhlak dan keperibadian mereka sesuai dengan tuntutan Islam yang sentiasa  menganjurkan keperibadian yang mulia tanpa mengira sama ada mereka adalah kawan ataupun lawan. Perlu diingati bahawa sesiapa pun yang mengelilingi kita , mereka adalah sebenarnya mad’u kita .

Para ahli dan penyokong PAS jangan sekali-kali  mengganggu ketenteraman awam apatah lagi merosakkan harta benda awam. Ianya ditegah di dalam Islam sekalipun di dalam peperangan. Namun begitu kita tetap percaya bahawa ahli PAS tidak akan bertindak sedemikian  rupa sama sekali. Sekiranya perkara sebaliknya berlaku , maka kita percaya ianya bukan daripada amalan ahli kita yang telah sekian lama dididik dan ditarbiah  agar berakhlak mulia oleh pemimpin-pemimpin dan murabbi  kita sejak penubuhannya lagi.

Apa sahaja bentuk provokosi oleh pihak lawan usah dilayani, anggaplah mereka golongan yang masih belum menerima mesej perjuangan kita. Bersabarlah kerana  ganjarannya adalah sangat besar di sisi Allah s.w.t. Itulah lumrah perjuangan para anbia’ , sahabat-sahabat  dan ulamak-ulamak serta pejuang-pejuang  sebelum daripada  kita.

Dewan Ulamak Pas Pusat juga turut mengharapkan agar pihak kerajaan khususnya pihak keselamatan memberikan  kerjasama yang sewajarnya lagi adil untuk menjayakan hasrat yang mulia ini. Kepada kakitangan keselamatan !  sekiranya anda berniat ikhlas untuk  melancarkan lagi tuntutan dan hasrat mulia ini maka ketahuilah InsyaAllah anda akan berkongsi pahala bersama-sama dengan kami  dalam menjayakan tuntutan ini.  Ganjaran pahala pasti akan menunggu anda di hari akhirat nanti.

Siiru ‘ala barokatillah ( Teruskan perjalanan perjuangan anda dengan keberkatan Allah)

Dato’ Tuan Guru Haji Harun Taib
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

 
Leave a comment

Posted by di 8 Julai 2011 in BERSIH 0.2

 
 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.