RSS

Arkib Harian: 21 Julai 2011

Ustaz Azhar Idrus…satu fenomena!

sekarang ni nama Ustaz Azhar Idrus cukup terkenal di merata-rata tempat malah ada yang gelar Ust. Azhar sebagai ‘Ustaz Youtube’ kerana pengaruhnya yang cukup hebat dalam laman tersebut

kaset dengan vcd ni jangan ceritalah, laris macam pisang goreng, kalah vcd Mat Sabu hehehehe

dialek Terengganunya sangat pekat, sampai orang Perak pun dah leh faham cakap Terengganu disebabkan pengaruh Ustaz Azhar ni

yang menariknya mengenai Ustaz Azhar, selain pandai buat lawak (kalah Raja Lawak), dia juga boleh cakap apa saja, pasal komputer ke, pasal gigabait ke…

malah pasal rock pun dia rembat semacam je Read the rest of this entry »

 
2 Comments

Posted by di 21 Julai 2011 in 5 NEGERI PR

 

DATO’ TUAN IBRAHIM KINI MENERIMA RAWATAN

Untuk makluman kepada semua, Dato’ Tuan Ibrahim telah dimasukkan ke wad di Hospital Jengka, pukul 5.00 petang tadi untuk menerima rawatan.

Simptom demam yang dialami bermula pada Jumaat lepas membawa kepada jangkitan demam denggi, dan keadaan beliau kini adalah stabil dan perlu mendapatkan rehat yang secukupnya.

Untuk itu, sebarang program yang telah dirancang dalam masa terdekat ini, terpaksa ditangguhkan kepada satu masa yang akan dimaklumkan semula.

Sama-samalah kita memanjatkan doa agar beliau diberi kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini.

 
Leave a comment

Posted by di 21 Julai 2011 in BERITA PAHANG

 

Polis tembak gas secara sejajar membahayakan

Hazayani Zakaria
Pengawal peribadi Ketua Pembangkang, Fayyadh Afiq Al-Bakri hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan polis melepaskan gas pemedih mata di terowong KL Sentral sewaktu perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai lau.Pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim itu pecah tulang pipi sebelah kiri akibat terkena kanister gas pemedih mata yang dilepaskan pihak polis.

Fayyad, 25 terpaksa menjalani pembedahan selama lima jam di Hospital Pantai pada 11 Julai lalu bagi meletakkan plat titanum bagi menggantikan tulang pipinya.

Pada hari tersebut, beliau cuba melindungi Anwar daripada terkena kanister itu dengan menolak Anwar ke tepi sehingga ianya terkena pipi kirinya.

“Saya menuntut siasatan segera, adil dan bebas mengenai serangan ke atas saya, Datuk Seri Anwar dan kumpulan tersebut.

“Saya percaya tindakan polis menembak secara sejajar ke dalam terowong adalah salah dan amat membahayakan saya dan semua yang berada di situ,” katanya dalam laporan tersebut.

Beliau ditemani peguam R. Sivarasa (ahli Parlimen Subang), N. Surendran (Naib Presiden PKR), Latheefa Koya (Ketua Penerangan PKR), dan Fadiah Nadwa Fikri (Lawyer For Liberty).

Beliau juga meminta tindakan pendakwaan dilakukan ke atas semua anggota polis yang didapati bertanggungjawab. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 21 Julai 2011 in BERSIH 0.2

 

Kuliah dan Sampul Surat.

  Oleh: indraputra80

Saya tidak menyangka,apa yg.ada dalam fikiran saya selama ini,hampir sama dgn wasiat yang. Dr Lo’ Lo’ katakan.

“Maaflah saya ingin sebut, ustaz-ustaz ini jangan asyik fikirkan sampul sahaja. Ramai yang rasa selesa, hanya dok berkuliah dalam masjid, selepas itu seronok dapat sampul duit tapi tidak mengambil tahu apa yang berlaku kepada umat; khususnya anak-anak muda kita kat luar sana”. – YB Dr Lo’lo’ Mohd Ghazali”

Hari ini terlalu banyak Kuliah di Masjid Masjid serta Surau.,terutama di kawasan Bandar.

Dari Kuliah Magrib sampai ke Kuliah Subuh.

Tambah tambah pulak sekarang nie ,di mana mana saja terpampang iklan Kuliah Ishraq Mekraj.,oleh tokoh tokoh Agama dari yg.terkemuka sahinggalah kepada kalangan Ustaz Ustaz Muda yg.cuba cuba menempah nama.

Saban Tahun cerita ini di ulang ulang, Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 21 Julai 2011 in MINDA PEMIMPIN

 

10 sebab Kenapa saya sokong Bersih 2.0

Nasrudin bin Hassan at Tantawi
1. BERSIH 2.0 bukan sebuah pertubuhan sebagaimana yang didakwa oleh pihak UMNO dan BN kononnya BERSIH adalah sebuah pertubuhan haram yang tidak berdaftar dengan R.O.S, sebaliknya BERSIH 2.0 adalah satu kempen yang digerakkan oleh sekurang – kurangnya 62 Ngo yang bergabung untuk menuntut pemulihan sistem demokrasi dan pengurusan pilihanraya yang adil dan telus.

2. Kempen ini berpaksi kepada 8 tuntutan yang telah dikemukakan kepada pihak berkenaan samaada kerajaan mahupun pihak SPR. Apa yang lebih penting juga ialah 8 tuntutan mesti difahami dan diperjuangkan oleh rakyat demi masa depan negara dan kepimpinannya. 8 tuntutan itu ialah :
Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 21 Julai 2011 in BERSIH 0.2

 
 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.