Arkib Bulanan: Ogos 2011
Tiada alasan untuk tidak solat
Cikgu Pa menimbus lubang perangkap UMNO
Oleh: tokpepijat
”
Nampaknya isu serbuan gereja kembali “panas” . Semacam ada komplot dan konspirasi dalam peristiwa tersebut. Ada beberapa perkara yang boleh kita fikirkan :
1) Pendedahan terbaru SU PAS Dato Mustafa Ali tentang ada “elemen” UMNO dalam serbuan tersebut. UMNO Selangor melenting dan memberi tempoh 3 hari kepada Cikgu Pa untuk minta maaf. Cikgu Pa tetap dengan kenyataannya.
2) Keenganan JAIS berjumpa PAS atas alasan arahan Istana. Apa kaitan JAIS dengan Istana dalam soal ini? Adakah benar Istana atau UMNO yang memberi arahan?
3) Mengapa begitu lama siasatan diambil untuk kes ini? Hingga lepas raya. Seolah ada sesuatu “rahsia” di simpan.
4) Pertemuan PAS dengan Gereja juga dibatalkan. Jika ini daripada pimpinan PAS, ianya keputusan yang betul. Ini kerana PAS ingin mendengar kedua pihak JAIS dan Gereja. Jadinya kunci penyelesaian kes ini bergantung kepada pertemuan PAS dengan JAIS. Selagi PAS-JAIS tidak berjumpa, selagi itulah kes ini tergantung.
Tentunya UMNO seronok jika tiada pertemuan PAS-JAIS. Ini kerana mereka boleh “memanjangkan” permainan mereka.
Bagi PAS, dasar dan pendirian mereka jelas. Akidah Islam mesti dipertahankan. Kenyataan Timbalan Presiden PAS amat jelas dan tepat. Semua pihak termasuk Gereja mesti memahami dasar PAS.
Jika berlaku benar usaha pemurtadan tempoh hari, pihak Gereja mesti memohon maaf dan berjanji tidak melakukan lagi.
Bagaimanapun, kita melihat kes ini seolah-olah mahu menarik PAS masuk lubang “perangkap”. Hanya kebijaksanaan pimpinan PAS untuk mengelakkan masuk atau menimbus lubang itu.
Cikgu Pa telah memulakan langkah bijaksanaannya untuk perkara ini.”
Hikmah Dari Kejadian Di Gereja
http://msomelayu.blogspot.com/
SEMENTARA menanti azan solat Subuh saya meracau membuka beberapa blog secara rawak. Buka punya buka terjumpa dengan satu blog yang memaparkan kronologi serbuan Jais ke atas gereja Methodist Damansara Utama beberapa hari lalu. Ada sesuatu yang diperolehi dari blog berkenaan dan ia menjawab persoalan yang tersembunyi beberapa waktu ini.
Dari blog itu saya menemui 12 nama orang Islam yang dikatakan turut berada di dalam majlis makan malam harmoni yang diadakan di gereja tersebut. Saya sudah menegaskan di dalam catatan sebelum ini walaupun ada sesetengah orang seakan tidak percaya dan tidak mahu kepada serbuan itu, bahawa Jais tentu ada alasan kukuh mengapa mereka menyerbu dan membuat siasatan majlis tersebut.
Hati saya tercekik tatkala membaca satu persatu nama-nama indah yang tertera pada blog berkenaan. Sedih dan hiba. Hati saya tidak menuduh apa-apa yang buruk kepada mereka, tetapi hati saya tetap bertanya-tanya kenapa mereka harus berada di majlis berkenaan yang diadakan di rumah ibadat bukan agama mereka pada saat dan waktu itu.
Setiap nama Melayu sepatutnya mereka Islam. Begitulah yang kita fahami mengikut tafsir perlembagaan negara ini. Secara automatik kalau disebut Melayu ianya beragama Islam. Apakah sinonimus itu sudah pun lenyap dan musnah kini.
Nama-nama indah dan cantik itu saya turunkan di sini untuk menjadi renungan kita semua.
1. Nadene Binti Che Mohd Sallah.
2. Muhammad Khairul Bin Abdullah.
3. Ina Reima Fitriza Binti Mahadzir.
4. Ade Andrian Putra Bin Mahadzir.
6. Rasyidah Binti Abd Razak.
7. Nur Umrah Binti Abd Razak.
8. Mohd Haslan Bin Bob Hasnan.
9. Faridah Binti Abdul Rahman.
10. Nur Al Ashikin Binti Shaikh Dawood.
11. Faridah Binti Abdul Latep.
12. Sahrunida Binti Assad. Read the rest of this entry »
Ramadhan yang Sekular?
http://ustsaifulbahri.blogspot.com/
Tindakan pihak tertentu yang menjadikan sesi tazkirah semasa sembahyang terawih sebagai ruang menyampaikan ceramah berunsur politik amat dikesali. Exco kerajaan negeri Pahang Datuk Wan Adnan Wan Mamat berkata terdapat banyak aduan daripada orang ramai berhubung perkara itu sejak umat Islam melakukan ibadat puasa Isnin lepas.
“Masjid atau surau bukannya tempat untuk pembangkang mengadakan tazkirah berunsurkan politik seperti menghina atau mengutuk kerajaan, dan ianya bukanlah pentas untuk berbuat demikian,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan sempena bulan Ramadan kepada masjid, surau dan pusat tahfiz, di Kuantan hari ini.
Beliau berkata Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) telah diminta untuk menyiasat perkara berkenaan. “Kita minta orang ramai terutama jemaah masjid atau surau supaya segera memaklumkannya kepada Jaip sekiranya terdapat sesi tazkirah sedemikian. Read the rest of this entry »
Indon, Bangla, Kemboja, Nepal, Myanmar, China semua boleh jadi pengundi BN
Tiga PR dikesan daftar pemilih di Indera Mahkota
~ Harakahdaily
Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Pahang mengesan tiga orang pemegang status penduduk tetap (PR) telah dimasukkan ke dalam daftar pemilih dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang terbaru di Parlimen Indera Mahkota.
Timbalan Pengarahnya, Mazlan Mohd Yassin, berkata dua daripada mereka telahpun ditukar status warganegara sementara seorang lagi masih kekal dalam Daftar Pemilih Suku ke 2, 2011 yang baru sahaja tamat tempoh bantahan.
Mazlan berkata, pada mulanya PAS Kawasan Indera Mahkota membuat semakan satu persatu nama tambahan dalam senarai daftar tersebut dibandingkan dengan status kewarganegaraan di laman sesawang Jabatan Pendaftaran Negara.
“Apabila diteliti didapati dua orang pemegang PR iaitu Saripah binti Yasin dan Musa bin Abdullah tersenarai dalam daftar pemilih di unit peti undi (Upu) Sungai Ular, dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Beserah.
“Sementara di Upu Balok Baru dalam Dun yang sama terdapat pemilih bernama Siswanto bin Jalai, juga pemegang PR.
“Pada hari bantahan 2 Ogos lalu, kami pergi pejabat SPR di Kuantan kira-kira jam 11 pagi dan ketiga mereka masih berstatus PR mengikut laman sesawang JPN. Tetapi kira-kira pukul 3 petang nama Saripah dan Musa sudah menjadi pemegang MyKad,” katanya kepada Harakahdaily.
Tambahnya, nama Siswanto masih berstatus PR di laman berkenaan tetapi nama di dalam daftar pemilih SPR tetap kekal. Read the rest of this entry »
Beza Antara Pengundi Tulen Dan Pengundi Hantu
Beliau memberi contoh tiga individuyang didaftarkan sebagai pengundi cuma dibezakan dengan 2 digit nombor kad pengenalan.
Beliau berkata, Mohd Bahar Omar hanya dibezakan dengan nombor 5 dan nombor 8 dua digit terakhir kad pengenalan.
“Mohd Bahar yang mempunyai nombor kad pengenalan 800105025489 adalah ahli Pemuda Umno Jalan Junjung dalam parlimen Kulim-Bandar Baru.
“Manakala seorang lagi Mohd Bahar yang mempunyai kad pengenalan 800105025459 adalah pengundi hantu,” katanya.
Suhaizan yang juga ketua Pemuda PAS Johor berkata, turut mendedahkan dua lagi identiti yang didakwa mempuntai dua kad pengenalan hampir sama.
Faten Diana Hassan dari Tumpat Kelantan juga mempunyai kad pengenalan dibezakan dengan nombor 5 dan nombor 8 di digit ke empat nombor kad pengenalan mereka. Read the rest of this entry »
Dapatkan segera Buku Konsep Negara Berkebajikan
Dewan Ulamak PAS Pusat mula mengedarkan buku ‘konsep asas Negara Berkebajikan’ karangan Datuk Seri Presiden Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Ianya boleh diperolehio semurah hanya RM 10 sahaja. Rakyat Malaysia boleh berhubung dengan Ustaz Harmie untk tempahan di talian sepertimana yang tertulis dalam iklan yang berikut.
Buku tersebut mengandungi 7 bahagian perbincangan yang bermula dengan kupasan tentang ciri negara berkebajikan dan berakhir dengan kupasan berkenaan ‘Agenda Pas ganti Umno’. Buku ini mengandungi 86 halaman dengan kupasan yang sangat menarik yang berkisar tentang konsep asas Negara Berkebajikan.



“
Razali terhutang dengan Felda sebanyak RM95,000.00 selepas 8 tahun ladangnya ditanam semula
Oleh Suhaimi Said
Setelah saya melihat penyata hutang yang diberikan oleh Felda kepada Razali (bukan nama sebenar) bahawa beliau terhutang dengan Felda sebanyak RM95,000.00, saya menentukan sikap yang serius bahawa Felda telah memperjudikan peneroka-peneroka Felda dengan hutang yang besar.
Saya tidak yakin dan diatas apa alasan sekali pun saya tidak yakin bahawa peneroka tersebut terhutang begitu banyak.
Ketidakyakinan saya ini berlandaskan kepada pendapatan yang diperolehi seorang peneroka lain yang tidak menyerahkan ladangnya kepada Felda tetapi menguruskannya sendiri.
Setelah 3 tahun selepas ditanam, peneroka yang menanam sendiri itu boleh mendapat tidak kurang dari RM2000.00 permulaan, dan apabila pokok sawitnya menjadi lebih matang, pendapatannya meningkat dari masa ke masa, apatah lagi apabila harga sawit meningkat tinggi.
Peneroka bersendirian itu boleh mencecah pendapatannya hingga melebihi RM8000.00 sebulan. Dan beliau tidak menanggung sebarang hutang.
Saya membuat kira-kira pendapatan peneroka bersendirian itu setelah ladang sawitnya mengeluarkan hasil. Inilah kira-kira yang saya perolehi:
1. Ditahun pertama setelah sawitnya mengeluarkan hasil, saya hanya letakkan pendapatanya sebanyak RM1500.00 sebulan, maka RM1500.00 x 12 = RM18,000.00 setahun.
2. Pendapatan seterusnya saya letakkan minimum RM2000.00 ditahun kedua, RM3000.00 ditahun ketiga, RM4000.00 ditahun ke-4 dan RM5000.00 ditahun kelima. Kiraan ini adalah diatas pendapatan paling minima kerana peneroka itu mempunyai pendapatan yang jauh lebih tinggi dari itu. Mari kita buat kira-kira:
(a) RM2000.00 x 12 = RM24,000.00
(b) RM3000.00 x 12 = RM36,000.00
(c) RM4000.00 x 12 = RM48,000.00
(d) RM5000.00 x 12 = RM60,000.00
Apabila dihetungkan pendapatannya untuk 5 tahun setelah sawitnya mengeluarkan hasil adalah sebanyak RM246,000.00. Read the rest of this entry »
“Media Prima” Pecat Ustaz Zamri Kerana Bersih 2.0, Mereka Juga Perlu Pecat “Penerbit Iklan Sahur”
http://pahangdaily.blogspot.com/
Sebelum ini iaitu ketika menjelangnya Hari Raya Aidil Fitri tahun lalu (2010) umat Islam dikejutkan dengan penayangan Iklan berbaur penghinaan oleh stesyen Tv3 milik Media Prima. Siaran iklan yang menonjolkan imen Santa Claus itu telah mendapat kritikan daripada Umat Islam dan akhirnya ia telah ditarik balik oleh pihak TV3, biar pun penerbit dan pihak yang mencipta iklan itu langsung tidak dibawa ke muka pengadilan mahupun dikenakan tindakan tegas oleh pengurusan stesyen terbabit.
Kini selepas setahun bermalu. Media Prima buat hal lagi, bila sekali lagi menyinggung perasaan umat Islam dengan penyiaran iklan sahur di TV9. Iklan tersebut jelas sekali telah menghina sendiri konsep dan fungsi sahur kepada umat Islam di dalam menjalani ibadah puasa.
Bantahan telah dilakukan oleh berbagai pihak tentang kontoversi ini kerana iklan berkenaan secara terang-terangan menghina dan terpesong daripada maksud sebenar ibadah di dalam agama Islam sehingga menjadi bahan tertawa masyarakat Malahan, Sikap yang ditonjolkan di dalam iklan Ramadhan tersebut juga sangat biadap apabila menunjukkan bahawa jiran tetangga bersaing kepada perkara yang tidak sepatutnya dan mentertawakan jiran apabila jiran tetangganya tidak dapat bersahur seterusnya menunaikan ibadah puas.
Sila lihat iklan dibawah kepada anda yang tidak sempat menyaksikannya di kaca TV9 sebelum ini. Amati betul-betul apakah iklan seperti ini mempunyai nilai komersialnya?.
Ridhuan Tee dedahkan kisah benar tentang dakyah Kristian
http://fitrahislami.wordpress.com
Cerita Penuh Pengakuan Individu Yang Pergi Gereja

oleh : Ustaz Dr Ridhuan Tee
Segelintir pihak Kristian hari ini menjadi semakin berani. Desakan, tuntutan dan ugutan dikemukakan kepada kerajaan, walaupun bilangannya kurang daripada 10 peratus.
Peluang keemasan ini dimanipulasikan sepenuhnya dalam keadaan umat Islam negara ini begitu tersepit dengan perpecahan yang melanda. Sebelum ini, mereka mendesak kerajaan menubuhkan kementerian hal ehwal bukan Islam. Tindakan ini begitu mencabar kesucian Islam dan mengundang bahaya kepada kedudukan agama Islam selaku agama majoriti dan agama persekutuan jika dibenarkan. Read the rest of this entry »
Ahmad Zahid Hamidi Diminta Usah Jadi Seperti Ketam
Oleh: sripetaling
“
Kuala Lumpur, 3 Ogos 2011 – Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Tuan Guru Haji Harun Taib (gambar) menegaskan bahawa UMNOlah yang sepatutnya mengikut Ulamak dan bukan menyuruh ulamak mengikut parti itu.
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO dalam Utusan hari ini yang bertajuk “Hukum: Ulama dinasihat tidak berpihak kepada parti politik
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang dipetik berkata “Berilah nasihat tanpa kira kumpulan atau parti politik tertentu. Bukannya jika sesuatu parti itu membuat maksiat, ulama yang memihak kepada parti itu membiarkannya tetapi bertindak sebaliknya jika parti lain membuat perkara sama.”
Dato Tuan Guru Haji Harun Taib berkata: “Orang yang bukan ulamak hendaklah mengikut para ulamak muktabar dan meminta nasihat daripada mereka dan bukannya mengarahkan para ulamak mengikut telunjuk UMNO”.
Beliau meminta agar Ahmad Zahid Hamidi jangan menjadi seperti ketam yang mengajar anaknya supaya berjalan betul.
Seterusnya beliau menjelaskan tentang peranan ulamak sepertimana yang diriwayatkan di dalam hadis dengan berkata: “Seperti mana yang diriwayatkan di dalam hadis … Ulamak di atas muka bumi ini saling tak tumpah seperti bintang di langit, mereka dijadikan petunjuk oleh sesiapa berjalan di darat dan di laut, jika bintang tersebut tidak ada maka hilanglah panduan bagi mereka yang berada di darat dan di laut”.
“Ulamak yang muktabar ialah ulamak yang mempertahankan dan menyampaikan kebenaran berdasarkan sumber al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w”, ujar beliau lagi yang juga merupakan Adun Manir.
Dewan Ulamak : UMNO terdesak guna isu kebajikan
Oleh: sripetaling
”
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Hj. Nik Muhammad Zawawi Hj. Salleh (gambar) menyifakan UMNO pimpinan Najib semakin terdesak sekarang.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pimpinan UMNO sejak kebelakangan ini yang mahukan semua komponen BN mendengar rintihan rakyat.
Beliau meminta agar UMNO jangan bercakap bohong kepada rakyat, rakyat sekarang sudah pun tahu bagaimana mereka telah ditipu oleh UMNO yang hanya meminta simpati rakyat apabila terdesak sahaja.
“Selama ini segala kekayaan negara hanya diagihkan sesama kroni mereka sahaja, habis kekayaan rakyat hanya berkisar kepada individu tertentu sahaja yang mempunyai kepentingan dengan UMNO”, tambah beliau.
“Dengan kekayaan yang dimiliki oleh negara kita, tak sepatutnya kita masih memiliki rakyat yang miskin dengan jumlah yang tak dapat diterima akal!”.
“Segala kekayaan di dunia boleh kita dapati di Malaysia, tapi amat malang sekali UMNO tidak menggunakannya untuk rakyat tetapi sebaliknya mengeksploitasikannya untuk periuk nasi kroni UMNO, ahli UMNO di Malaysia pun tertindas!” ujar beliau lagi.
Beliau seterusnya mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bangkit menentang kezaliman UMNO dan sudah tiba masanya saat kejahatan UMNO dikuburkan dalam PRU yang akan datang InsyaAllah.
Kerakyatan Segera: Petaka dan Bala kepada Negara
Oleh Chegu Zul

Penipuan ini sudah tidak dapat disusup dan disorok. Sebabnya mereka yang dipaksa ‘bekerja’ untuk Umno Bn dan kerajaan sudah engkar dan enggan lagi berselinkuh dengan kerajaan.
Dapatan dan pembuktian bagaimana Mismah yang memegang kad pengenalan PR dalam masa 3 jam sudah mendapat Mykad (bermutu tinggi). Ini semua dibuktikan dengan pembuktian yang tidak dapat lagi didolak dalik kan.
Satu masa dahulu , dalam buku sejarah orang melayu dan pejuang Melayu khasnya Umno menempelak pemimpin2 Melayu yang memberi kerakyatan secara ‘jus soli’ kepada orang Cina dan India waktu itu.
Isu ini menjadi sensitif sehinggalah ke tahun-tahun 1980an masih belum reda dan padam. Marahnya para pejuang terhadap hal ini bukan kepalang. Banyak buku-buku makalah rencana di dalam media membelasah pemimpin kita waktu itu yang pendek akal dan kesannya sehingga sekarang.
Kini sejarah kembali berulang, dan kerakyatan amat dahsyat melanda negara. ini adalah salah satu malapetaka pada masa depan rakyat Malaysia.
Marah sahaja tidak ada guna, ayuh lakukan perubahan. Tolak Umno Barisan pada PRU akan datang
Ramadhan: Kemenangan ke atas kebatilan, kezaliman
”
Bulan Ramadhan adalah bulan kemenangan kepada kebenaran ke atas kebatilan dan kezaliman, kata Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib.
Pada bulan ini kita diseru memperbanyakkan ibadat kepada Allah SWT. Di antara ibadat yang ditekankan oleh Rasulullah s.a.w ialah saling menasihati sesama muslim untuk kesejahteraan di dunia dan juga di akhirat,” ujarnya dalam perutusan sempena Ramadhan tahun ini.
Jelasnya, di antara kemungkaran yang besar ialah apabila undang-undang Allah yang berteraskan keadilan ditinggalkan.
Maka, ujarnya pada bulan Ramadhan ini, isikannya dengan ketaqwaan yang jitu berdasarkan ilmu dan kefahaman yang sebenar tentang Islam agar kita memiliki kekuatan untuk merobohkan kezaliman di negara ini.
Berikut perutusan penuh beliau.
Alhamdulillah kita dipanjangkan umur oleh Allah SWT pada tahun ini untuk bersua kembali dengan bulan yang amat ditunggu-tunggu oleh seluruh penghuni langit dan bumi iaitu bulan ramadhan. Pada bulan Ramadhan inilah segala pintu keampunan dan kerahmatan Allah SWT dibuka seluas-luasnya. Read the rest of this entry »
Utusan Penyesat Masyarakat Melayu Malaysia
http://perantaukite.blogspot.com/
Petanda pilihanraya makin hampir, pertama bila ahli-ahli PAS masuk Umno berbondong-bondong, dan PAS hampir kekeriangan ahli. Ini adalah antara ‘kerja-kerja’ Utusan bagi menggambarkan pilihanraya semakin hampir dan dekat.
Kedua, Anwar akan diserang daripada pelbagai sudut, ketiga Pakatan pembangkang akan melatah atas beberapa isu terutama soal pembahagian kerusi.
Hari ini sahaja kita lihat Utusan masih tetap tidak berputus asa, gabungan pembangkang diusik dan diganggu. Selepas gagal melabelkan Anwar sebagai peliwat, diikuti sebagai pengkhianat, agen yahudi atau agen asing, Anwar terima bantuan luar untuk gulingkan kerajaan.
Kini lebih lunak Anwar dikatakan disisih oleh rakan-rakan. Macam Anwar disisih sedangkan yang mempertautkan antara pembangkang itu adalah Anwar dan beliau adalah sebagai mentornya.
Justeru jelas antara penipu Utusan, dan sememang kerja Utusan adalah sebagai Penyebar Berita Penipu terunggul di Malaysia. Ramai tegar Umno menjadikan Utusan sebagai ‘kitab’ rujukan mereka. Itulah khurafat besar buat masyarakat Melayu kini.




