RSS

Arkib Bulanan: Januari 2012

Azhar Idrus Fenomena Baru Merubah Anak Muda

Related Posts with ThumbnailsDipetik dari : Blog MSO

Satu malam entah macam mana dalam asyik melayari muka buku (Fb) sebelum melelap mata tiba-tiba saya terjumpa dengan you tube Ustaz Azhar Idrus. Saya membukanya dengan tidak sengaja dan mendengar syarahannya mengenai agama. Dialek atau slangTerengganu yang diguna pakai dalam berceramah menjadikan saya mengambil masa untuk mengamatinya kerana ada sesuatu kelainan dan sedikit unik. Sebutannya ada iras-iras pelawak Mat Over.

Dalam minda tertanya-tanya siapakah dia ini?

Tumpuan saya terpaku kepadayou tube itu beberapa ketika kerana ada kemesraan cara dia berceramah. Patah-patah ungkapan dan anologi yang dibuat untuk menjelaskan sesuatu mauduk mengenai agama mematikan saya di situ untuk tidak menyentuh skin I-Pad mengalih kepada you tubesyarahan ustaz-ustaz yang lain.

Duration video yang ringkas dalam tempoh tiga hingga lima minit meringkaskan kerja kita untuk terus menikmatinya. Selepas satu, satu saya membukanya. Tanpa disedari malam itu Azhar mengheret saya ke jam empat pagi. Hebat… tiada syarahan agama sebegitu yang saya mengikutinya sampai begitu lama, kecuali oleh ustaz atau Kiyai dari Indonesia.
Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 31 Januari 2012 in KISAH TELADAN

 

Felda bakal defisit RM1.2b jika disenaraikan. Ku Li Bakal Ketuai Kempen Anti-Penyenaraian Felda Global?

 
Leave a comment

Posted by di 30 Januari 2012 in ISU FELDA

 

Cerita Disebalik Penglibatan Zizan Bersama Ustaz Azhar Idrus

 

Zizan Raja Lawak & Ustaz Azhar Idrus

Semua maklum kini Zizan amat selesa bersama Ustaz Azhar Idrus. Semuanya gara-gara Hantu Bonceng. Ada hikmah khilaf Zizan ketika itu. Usrah yang lepas, Abang Bob Lokman ada memberitahu, Zizan juga sering menghubunginya. Zizan bukan seperti Zizan yang lalu. Zizan maklumkan kepada Bob Lokman, dia mahu berubah,  juga meminta nasihat adakah perlu meneruskan kariernya dalam bidang seni atau berhenti terus. Lalu, Bob Lokman meminta beliau meneruskan karier, dengan syarat pilih yang baik, dan menolak yang mana tidak baik.

Seorang sahabat usrah saya yang lain berkongsi di sebalik tabir Program Soal Jawab UAI feat Zizan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam beberapa minggu lepas. Rupa-rupanya UAI sendiri yang menghubungi Zizan untuk bersamanya pada program itu. Zizan terus bersetuju walaupun beliau ditawarkan menjadi Emcee untuk Sambutan Tahun Baru 2012 di I City Shah Alam pada malam yang sama. Mereka tawarkan Zizan RM18,000.

Zizan menolak tawaran itu kerana mahu bersama UAI di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Apa yang membuatkan saya terharu, Zizan menolak sebarang bayaran yang akan diberikan kepadanya oleh pihak penganjur (Kerajaan Negeri Selangor). Namun, atas dasar menghormati Zizan salah satu faktor berjayanya program pada malam itu, mahu atau tidak, Zizan menerima RM1000.

Bayangkan, ditolak tawaran RM18,000 kerana mahu bersama Ustaz Azhar Idrus. Zizan tidak rugi, bahkan dia untung kerana bersama UAI dalam majlis ilmu yang dinaungi para malaikat. Semoga Zizan terus istiqomah. Beringat-ingat dalam berlawak. Selitkan unsur-unsur dakwah. Allah pasti akan bantu. Insyaallah.

Dipetik dari status founder wootmedia.my

 
Leave a comment

Posted by di 26 Januari 2012 in 5 NEGERI PR, ISU SEMASA

 

Thiqah, Wala’ dan Road-Show

Kedengaran juga ada pihak yang ingin membuat road-show ke seluruh Negara. Bagi saya itu adalah hak dia dan lagi banyak dia cakap, lagi jelas pendiriannya yang dangkal. Hanya dia perlu ingat, kesalahannya kali ini bukan kesalahan kali pertama. Dulu dia pernah ditegur dan sudah pun diberi amaran. Kali ini dia lajak lebih jauh lagi maka dan bagi yang menganggap pemecatan beliau agak drastik; perlu diberi amaran dulu dan sebagainya, harap ingat kembali peristiwa lampau.

Mungkin dia akan mencanangkan bahawa dia dipecat kerana DSAI. Itu jelas satu pembohongan. Dia dipecat kerana sikap dirinya sendiri. Semasa road-show boleh cakap apa yang dia suka, reka cerita dan sebagainya, tapi semua tahu, dia dipecat kerana sikapnya. Sikapnya yang tidak mahu terima pendirian parti dan kesungguhannya membawa mesej UMNO/BN untuk mempengaruhi ahli PAS dan rakyat jelata. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 23 Januari 2012 in 5 NEGERI PR

 

SELAMATKAN HUTAN SIMPAN KEMASUL

KENYATAAN MEDIA PAS PAHANG

Parti Islam Se Malaysia (PAS) Negeri Pahang menggesa Kerajaan Negeri Pahang menjelaskan kepada rakyat bagaimana boleh berlaku pengeluaran balak di kawasan Hutan Simpan Kekal Kemasul di dalam Daerah Bentong.

Berdasarkan lawatan kerja PAS Pahang ke kawasan tersebut pada 19 Januari 2012, didapati papan tanda pemberitahuan status Hutan Simpan Kekal oleh Jabatan Perhutanan masih gah terpacak di puncak bukit berkenaan. Kewujudan papan tanda rasmi ini mengundang tanda tanya rakyat mengenai status hutan tersebut adakah sudah dilupuskan untuk tujuan pembalakan dan pertanian berikutan terdapatnya tiga kawasan matau pembalakan di sekitarnya yang siap tertera nombor lesen dan maklumat pembalakan. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 22 Januari 2012 in BERITA PAHANG

 

Keluarga Shahrizat belanja RM600,000 kad kredit NFC

Dalam usaha memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk bertanggungjawab terhadap skandal projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), PKR hari ini membuat satu lagi pendedahan mengenai dakwaan penyalahgunaan dana NFC.NONEKali ini, dakwa pengarah strategi PKR Rafizi Ramli, empat ahli keluarga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membelanjakan RM593,500 pada tahun 2009 dengan kad kredit yang wangnya dari dana NFC.

Menurut Rafizi, empat ahli keluarga yang memegang jawatan pengurusan dalam NFC telah menggunakan kad kredit yang bayarannya dituntut dari NFC bagi perbelanjaan antara RM122,402 dan RM182,525 setiap seorang.

Mereka adalah suami Shahrizat, Datuk Mohammad Salleh Ismail, iaitu pengerusi NFC, anak lelaki mereka yang berusia 31 tahun, Wan Shahinur Izmir (pengarah eksekutif), seorang lagi  anak mereka Wan Shahinur Izran yang berusia 27 (ketua pegawai eksekutif) dan anak perempuan mereka Wan Izzanah Fatimah (pengarah) yang berusia 25 tahun.

“PKR tidak ada pilihan kecuali terus membongkarkan pelbagai penyelewengan yang ada di dalam rekod kami untuk meningkatkan tekanan politik terhadap Datuk Seri Najib Razak
untuk bertindak dengan telus dan tidak berdolak dalih,” kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.

azlanMenurutnya, petang esok pada jam 2 petang, aktivis PKR yang diketuai Fariz Musa akan membuat satu lagi laporan di Balai Polis Dang Wangi mengenai perbelanjaan kad kredit oleh keluarga Ketua Wanita Umno itu yang didakwa melampaui batas.

Bagaimanapun, Rafizi tidak mendedahkan butiran perbelanjaan berkenaan.Mengenai kenyataan Izmir, semalam, bahawa NFC masih menjalankan “perniagaan seperti biasa” walaupun Sabtu lalu kerajaan mengumumkan bahawa aset syarikat berkenaan telah dibekukan sementara menunggu sisatan, Rafizi mempersoalkan sama ada Najib hanya membuat kenyataan kosong tanpa memberikan arahan khusus, atau NFC mengingkari arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Katanya, tindakan “membekukan aset NFC” sepatutnya bermakna:

  • Sebarang perbelanjaan selain dari membayar gaji pekerja-pekerja yang bertugas dalam operasi penternakan lembu (seperti yang dimandatkan di dalam perjanjian pembiayaan oleh kerajaan) perlu dibekukan;
  • Pengurusan sedia ada yang terdiri dari kaum keluarga Shahrizat tidak dibenarkan membuat sebarang keputusan bersabit operasi, kewangan, sumber manusia dan keputusan-keputusan penting lain;
  • Sebarang pemindahan wang keluar dari NFC, termasuk pembayaran gaji dan perbelanjaan syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat perlu dihentikan serta-merta; dan
  • Sebarang keputusan mengenai aset atau struktur syarikat dan pelaburan tidak dibenarkan dibuat bagi mengelakkan pemindahan aset.
Menurut Rafizi, secara lazimnya dalam amalan korporat yang berdasarkan tata kelola yang baik, apabila seseorang disiasat akibat tuduhan pecah amanah, beliau tidak dibenarkan masuk ke pejabat dan digantung serta-merta bagi mengelakkan cubaan menghapuskan bukti.“PKR mengulangi desakan supaya Najib bertindak lebih berani dengan menggantung penglibatan kaum keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil di dalam operasi NFC dan melantik pentadbir korporat (corporate administrator) untuk mengambil alih pengurusan dengan mandat membongkar semua penyelewengan yang telah berlaku,” katnya lagi.

Sementara itu, Wan Shahinur Izran melalui akaun Twitter miliknya, hari ini menafikan dakwaan PKR bahawa beliau dan anggota keluarganya yang lain menyalah-gunakan kad kredit syarikat untuk tujuan peribadi.”Perbelanjaan syarikat dibayar melalui kad kredit. Usaha PKR untuk menipu itu cuba memperbodohkan orang ramai,” tulisnya di Twitter berhubung dakwaan yang dibuat Rafizi itu.

“PKR akan sentiasa membuat fitnah dan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan. Ini adalah politik. Kami akan bekerjasama dalam sebarang siasatan.”

 
Leave a comment

Posted by di 17 Januari 2012 in POLITIK

 

PAS melencong perjuangan asal?

Datuk Haron Din,

Datuk, akhir-akhir ini selalu sangat orang memperkatakan bahawa PAS telah melencong daripada perjuangan asalnya. PAS didakwa meninggalkan Islam dan telah tidak lagi memperjuangkan Negara Islam dan berubah kepada Negara Berkebajikan. Ini tidak pernah disebut oleh pemimpin PAS terdahulu. Saya keliru kerana diulang-ulang dan disebut oleh media masa, sedangkan yang menyanggahnya jarang kedengaran. Apa pandangan dan nasihat Datuk kepada orang-orang seperti saya supaya teguh berdiri bersama PAS? Terima kasih Datuk.

Penyokong PAS Tegar, Dungun, Terengganu.

PIHAK yang memperkatakan kononnya PAS telah melencong dan terbabas dari perjuangan asalnya, dengan meninggalkan Islam dan berbagai-bagai lagi, adalah dakwaan media massa yang memusuhi perjuangan PAS.Tugas utama mereka adalah untuk mempromosikan parti pemerintah dan memburuk-burukkan lawannya terutama PAS. Dengan apa mereka hendak memburuk-burukkan PAS?

Itulah kerja media yang tidak senang dengan PAS. Selagi PAS teguh memperjuangan Islam, selama itulah Umno-Barisan Nasional tergugat dan akhir-akhir ini semakin tergugat. Oleh kerana itu mereka berusaha melemahkan PAS dengan apa cara pun.

Sebenarnya PAS tidak melencong atau menyeleweng dan jauh sekali daripada berubah dari Islam kepada yang tidak Islam. Mana mungkin PAS hendak berubah kepada yang tidak Islam.

Bukti yang paling nyata, Perlembagaan PAS yang ada sekarang, jelas tidak ada sebarang perubahan dan tidak pernah ada cadangan untuk berubah.

Perlembagaan PAS, Fasal 1, nama pertubuhan disebut Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Pada Perlembagaan PAS, Fasal 3, tujuan PAS ialah:

(i) Memperjuangkan wujudnya dalam negara ini, sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah.

Di dalam PAS ada Majlis Syura Ulama, yang di antara tugas utamanya, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan PAS, Fasal 7 (B):

“Mengeluarkan arahan dan perintah, supaya dasar dan ketetapan itu, dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara, supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak di dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan gerakan dan pentadbiran PAS.” Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 12 Januari 2012 in Penerangan Pusat

 

Bersihkan Malaysia. Konvensyen PR Ke-3 ,Datang Beramai-ramai

 
Leave a comment

Posted by di 11 Januari 2012 in 5 NEGERI PR

 

Pabila Hudud diketepian, Tahukah anda lebih 1juta sehari kita kena tanggung untuk banduan…

KUALA LUMPUR, — Kerajaan perlu membelanjakan lebih kurang RM1,274,490 sehari bagi menampung perbelanjaan penghuni-penghuni di penjara di seluruh negara, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri. Beliau berkata perbelanjaan itu adalah untuk 42,483 orang tahanan di semua institusi penjara termasuk di Depot Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin yang dicatatkan. “Daripada jumlah itu, warganegara asing ialah 16,303 orang iaitu 38.3 peratus dan kos perbelanjaan sehari untuk mereka ialah RM489,090,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat.

“Kos-kos yang terpaksa ditanggung kerajaan tidak termasuk kos perubatan itu adalah meliputi kos pengurusan harian ialah makan dan minum, penyediaan tempat tahanan, penggunaan air dan elektrik, penyediaan pakaian, perkhidmatan dobi dan tenaga kawalan manakala kos pemulihan meliputi latihan vokasional, kebajikan, program kaunseling, ceramah agama, kemudahan perpustakaan, perjumpaan keluarga dan urusan surat menyurat,” katanya. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 11 Januari 2012 in ISU SEMASA

 

Ayah Pin muncul lagi. UMNO-BN takut.

Posted by http://ustsaifulbahri.blogspot.com

Pemimpin kumpulan ajaran sesat Kerajaan Langit, Ariffin Mohamed yang lebih dikenali dengan panggilan Ayah Pin, kini muncul di laman Facebook. Dengan menggunakan nama ‘Arifin Muhamad’ profil itu menyebut alamat penulis di Sungai Padi, Thailand. Pandangan politiknya dinyatakan sebagai ‘Kerajaan Langit’ dan pandangan agamanya ‘sangat liberal’. Dia menyifatkan Islam sebagai ‘mempunyai nilai moral rendah’ dan menggesa orang ramai supaya keluar dari agama Islam. Bersama lampiran perakuan sumpah murtadnya ia menyesatkan orang lain dengan ajaran karutnya.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 11 Januari 2012 in 5 NEGERI PR

 

Saari Sungip dipanggil dan diberi amaran

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip dipanggil dan diberi amaran supaya tidak mendahului parti berhubung soal pencalonan dalam parti.

Amaran itu diberikan dalam satu pertemuan dengan beliau semalam.

Saari (gambar) telah dipanggil untuk bertemu dengan Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agong Datuk Mustafa Ali, Naib Presiden Salahuddin Ayub dan Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ia ekoran kenyataan beliau berhubung soal percalonan bekas ahli PAS Datuk Dr Hasan Ali, yang dianggap mendahului parti.

“Beliau juga diingatkan agar lebih berhati-hati dengan sebarang kenyataan yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada parti pada masa akan datang,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 10 Januari 2012 in 5 NEGERI PR

 

Dua Anggota Umno Sertai DAP – Tamparan Hebat untuk BN

Dua Anggota Umno Sertai DAP

SHAH ALAM: Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Manis Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz dan anggota Umno Negeri Sembilan Aspan Alias pada Ahad menyertai parti DAP secara rasmi.

Kedua-duanya yang juga penulis blog, menyerahkan borang keanggotaan untuk menyertai DAP kepada Setiausaha Agung parti itu Lim Guan Eng pada sidang media selepas persidangan DAP 2012 di sini Ahad.

Mohd Ariff Sabri dan Aspan berkata, penyertaan mereka dalam DAP dibuat tanpasebarang prasyarat serta tanpa sebarang permintaan untuk diberikan kerusi padapilihan raya umum akan datang.

Ditanya sama ada mereka secara rasmi telah keluar dari Umno, Mohd Ariff Sabri, yang juga bekas Ketua Penerangan Umno bahagian Pekan, Pahang dan Aspan, yang menganggotai Umno selama 40 tahun, berkata penyerahan borang untuk menyertai DAP menunjukkan keanggotaan mereka dalam Umno telah terbatal secara automatik. - BERNAMA

 
Leave a comment

Posted by di 9 Januari 2012 in POLITIK

 

PAS pecat Hasan Ali berkuat kuasa serta merta

KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat  yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali  sebagai ahli PAS berkuatkuasa  serta merta.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS
 
Leave a comment

Posted by di 9 Januari 2012 in 5 NEGERI PR, VIDEO/TV

 

Ulamak Komited Pada Posisinya

Pahang,2hb Jan 2012.Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Pahang, Ustaz Mokhtar Senik menegaskan bahawa ulamak akan terus komited dengan posisinya sebagai pembawa risalah dan kefahaman Islam untuk disampaikan kepada seluruh rakyat Malaysia sehinggalah tercapainya matlamat perjuangan PAS.

Beliau menyatakan demikian ketika merasmikan Ijtimak Pilihanraya Ulamak Haraki yang diadakan di Temerloh baru-baru ini. Ijtimak tersebut telah diadakan di Markaz Tarbiah PAS Temerloh, Sungai Gau. Ianya telah berjaya mendapat sambutan kehadiran yang sangat menggalakkan daripada pelbagai peserta yang datang dari seluruh pelusuk urusan ulamak kawasan seluruh Pahang khususnya para ulamak pelapis.

“Tugasan utama para ulamak ialah menyampaikan risalah Islam kepada ahli masyarakat melalui medium kuliah, ceramah di masjid-masjid, surau-surau,markaz-markaz dan di mana sahaja kita berada, ini adalah tugasan utama kita,”kata beliau.

“Dewan Pemuda dan Muslimat ada tugas dan posisi masing-masing, begitu juga para ulamak mempunyai tugas dan posisinya yang tersendiri” tegas beliau.

“Tugas dan posisi ini  diumpamakan seperti sebuah pasukan bola sepak, striker dengan strikernya, midfield dengan tugasan midfieldnya dan penjaga gol dengan tugasan dan posisinya yang tersendiri, kalau penjaga gol sendiri yang naik ke atas maka akan timbul masalah, dia pegang bola tengah padang nanti satu pasukan akan tanggung akibatnya,” ujar beliau lagi ketika mengulas tentang tugasan ulamak yang berperanan menyampaikan kefahaman tentang Islam kepada masyarakat.

Ijtimak ini telah menampilkan pembentangan dua kertas kerja. Kertas kerja pertama berkisar berkenaan dengan Ar-Ribat dan kaitannya dengan peranan para ulamak dalam pilihanraya. Manakala kertas kerja kedua pula ialah berkenaan dengan isu-isu semasa serta pendirian dan penyelesaiannya dalam Islam.Kertas kerja tersebut telah dibentangkan oleh Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nazmi Nik Din.

 
Leave a comment

Posted by di 2 Januari 2012 in BERITA PAHANG

 

Beza Sambutan Tahun Baru PR Vs BN.. Vedio

 
Leave a comment

Posted by di 1 Januari 2012 in 5 NEGERI PR, VIDEO/TV

 
 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.