RSS

Arkib Bulanan: Februari 2012

Kisah Loo Jo Yee : Gadis Cina 17 Tahun Memeluk Islam

Loo Jo Yee adalah seorang gadis berusia 18 tahun dari etnik Cina di Malaysia. Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya. Read the rest of this entry »

 
1 Comment

Posted by di 28 Februari 2012 in KELUARGA SAKINAH, KISAH TELADAN

 

Berbai’ah adalah sunnah Rasulullah s.a.w.

Berbai’ah dan berjanji setia sesama muslim untuk melakukan kebaikan dan amalan soleh apatah lagi berbai’ah untuk berjihad menentang kezaliman dan penindasan serta memperjuangkan Islam merupakan sebahagian sunnah Rasulullah s.a.w. dan para sahabat serta para ulama terdahulu dan terkemudian.

 PAS sebagai sebuah parti yang meletakkan landasan perjuangannya adalah Islam dengan merujuk kepada al-Quran dan Hadis sudah pasti selayaknya melakukan bai’ah sebagaimana yang disunnahkan.

 Adapun Umno sebagai parti yang tidak menjadikan Islam sebagai matlamat apatah lagi berpendirian bahawa agama tidak wajar digunakan dalam berpolitik tentu sahaja tidak akan merujuk kepada sunnah Rasulullah saw dalam berbai’ah. Maka tidak pelik apabila pimpinan Umno dan ilmuwan Islam yang sehati dan sejiwa dengan Umno akan berkokok menafikan kepentingan bai’ah. Read the rest of this entry »

 
1 Comment

Posted by di 27 Februari 2012 in Penerangan Pusat

 

Hampir 10 ribu hadir hipunan Lynas

Himpunan Hijau 2.0 yang dijadualkan di padang MPK4 bidang sepanjang Jalan Tanah Putih menunju ke bandar Kuantan bermula pada jam 10 pagi ini. Read the rest of this entry »
 
Leave a comment

Posted by di 26 Februari 2012 in BERITA PAHANG

 

Khalwat: Penjelasan Dr Badrulamin Baharom

Dr Badrulamin Bahrom, 26 Feb 2012

Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.

Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 26 Februari 2012 in Penerangan Pusat

 

Kenyatan Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin boleh mengelirukan orang awam

Beberapa kenyataan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin yang diucapkan dalam Majlis Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan penulis maya kebangsaan pada 18 Februari 2012 sangat mengelirukan sehingga boleh menyesatkan orang awam.

Kenyataan pertama: “Agama sebagai senjata politik yang penggunaannya oleh pemimpin politik dilihat merendahkan marabat Islam dan boleh mengelirukan orang ramai”.

Saya keliru dan saya tidak faham akan maksud “agama sebagai senjata politik”. Saya juga keliru dan tidak faham bagaimana agama boleh digunakan sebagai senjata politik oleh pemimpin politik? Kenyataannya secara semberono sahaja, yakni kenyataan kosong tanpa beliau menyertakan bukti atau contoh yang konkrit.

Pada fahaman saya, “agama sebagai senjata politik” itu sama maksudnya dengan “agama sebagai alat politik”. Kalau andaian saya itu benar, tidakkah kenyataan Dr Asri itu bermakna “politik mengatasi agama”? (Na’uzubillahi minzalik). Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 22 Februari 2012 in ISU SEMASA

 

Israel: Terserah kepada Anwar – Tg. Nik Aziz

Harakahdaily, 22 Feb 2012

KUALA LUMPUR, 22 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, adalah haram bersekongkol dengan pihak Israel dalam apa bentuk hubungan sekalipun.

“Pada saya, Datuk Seri Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestine.

“Oleh kerana itu tidak berbangkit PAS telah menggadai prinsip perjuangan tatkala bersama Pakatan Rakyat,” kata beliau dalam kenyataan rasminya selepas bertemu dengan Anwar semalam.

Berikut adalah kenyataan penuh Mursyidul Am PAS:

DATUK SERI ANWAR, PALESTINE DAN ISRAEL

Pagi semalam, sekitar jam 9.30, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah datang menemui saya. Tujuannya adalah untuk menjelaskan maksud kenyataannya berhubung ‘keselamatan Israel’ yang disiarkan oleh Wall Street Journal pada Januari lalu. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 22 Februari 2012 in Penerangan Pusat

 

Kesal promosi ‘berpakaian tapi telanjang’

KUALA LUMPUR, 19 Feb: Dewan Ulama PAS Pusat amat kesal dengan sikap segelintir ahli perniagaan yang mempromosikan pakaian yang bersifat ‘berpakaian tapi telanjang’, dengan berselindung di bawah terma pakaian busana muslimah.

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali (gambar) berkata, di antara pakaian wanita yang dipromosikan itu, terdapat juga pakaian yang dikategorikan sebagai ‘jubah’, tetapi ia hanyalah untuk mengelabui pandangan mata orang ramai sahaja.

Menurutnya, sedangkan hakikatnya, pakaian yang dipromosikan itu tidak menepati ciri pakaian Islam kerana ketat dan menampakkan bentuk badan.

Sehubungan itu, Dewan Ulamak PAS Pusat menyokong penuh Kempen Setahun Menjaga Aurat Sepanjang Hayat yang dilancarkan oleh Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Persatuan Persaudaraan Muslimah Negeri Kedah (Salimah) dan Badan Gabungan NGO Islam Kedah (Wehdah) yang bermula kelmarin.  Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 20 Februari 2012 in Penerangan Pusat

 

Nik Aziz, Majlis Syura Ulama PAS Gesa Anwar Tarik Balik Kenyataan Berhubung Israel

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataan beliau yang menyokong semua tindakan bagi menjaga keselamatan Israel.

Nik Abdul Aziz berkata Majlis Syura Ulama PAS yang bermesyuarat di Kuala Lumpur semalam, memutuskan supaya Anwar menarik balik kenyataan beliau mengenai Israel itu yang dilaporkan akhbar The Wall Street Journal (WSJ).

“Sekiranya The Wall Street Journal ini tidak tepat melaporkan kenyataannya sebagaimana yang disebut oleh Datuk Seri (Anwar), kita harap Datuk Seri saman WSJ,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan malam Anggota Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada Isnin. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di 20 Februari 2012 in Penerangan Pusat

 
 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.