RSS

10 Negara mempunyai jumlah penduduk Islam terbesar di dunia

26 Mac
Sebagai agama dengan penganut terbesar nombor dua di dunia, Islam menjadi agama yang penganutnya tersebar di seluruh dunia. Hampir di semua negara di seluruh dunia, pasti ada penduduk muslimnya. Dan dalam posting kali ini, saya akan senaraikan tentang 10 negara dengan penduduk beragama Islam yang terbesar di dunia.
Ini adalah senarai 10 negara dengan jumlah penduduk muslim terbesar di dunia.
1. Indonesia: 182,570,000 orang
Indonesia merupakan negara Islam terbesar di seluruh dunia. Walaupun 88% penduduknya beragama Islam, Indonesia bukanlah negara Islam. Islam di Indonesia juga dikenali dengan sifatnya yang sederhana dan toleransi. Pada tahun 30 Hijri atau 651 Masihi, hanya berselang kira-kira 20 tahun dari wafatnya Rasulullah SAW, Khalifah Uthman ibn Affan r.a menghantar rombongan ke China untuk memperkenalkan Daulah Islam yang baru mula bertapak. Dalam perjalanan yang memakan masa empat tahun ini, para utusan Uthman ternyata sempat singgah di Kepulauan Nusantara. Beberapa tahun kemudian, tepatnya tahun 674 M, Kerajaan Umayyah telah mendirikan pangkalan dagangan di pantai barat Sumatera. Inilah perkenalan pertama penduduk Indonesia dengan Islam. Sejak itu para pelaut dan pedagang Islam terus datang abad demi abad. Mereka membeli hasil bumi dari negeri nan hijau ini sambil berdakwah. 
2. Pakistan: 134,480,000 orang
Pakistan adalah sebuah negara yang terletak di Asia Selatan. Dengan lebih dari 150 juta penduduk. Nama Pakistan diambil dari awalan daerah Punjab Afghan Kashmir Sind dan Baluchistan. Sedangkan dalam bahasa Parsi bermaksud suci dan Stan bermakna negara. Sehinggakan para pengasas Pakistan mengharapkan adanya negara suci menurut ajaran Islam.
3. India: 121,000,000 orang
Islam adalah agama yang kedua terbesar selepas agama Hindu (80.5%). Dianggarkan seramai 174 juta Muslim 16.4% dari jumlah penduduk.. Sejak pengenalannya ke India Islam telah membuat penyumbangan keagamaan kesenian falsafah kebudayaan kemasyarakatan dan politik kepada sejarah warisan dan kehidupan India.
4. Bangladesh: 114,080,000 orang
Islam adalah agama terbesar Bangladesh yang mempunyai penduduknya lebih dari 130 juta dan merupakan hampir 88% dari jumlah penduduk mengikut bancian 2001. Islam datang ke wilayah Bengal sejak abad ke-13 terutama oleh kedatangan para pedagang Arab Parsi Saints dan penaklukan daerah. Salah satu tempat suci Islam yang terkenal adalah Shah Jalal.
5. Turki: 65,510,000 orang
Daerah yang terdiri dari Turki moden mempunyai tradisi Islam yang lama dan kaya belatar belakang ke zaman permulaan Seljuk dan Empayar Uthmaniyyah. Orang Turki secara kebudayaan dan sejarah adalah umat Islam.6. Iran: 62,430,000 orang
Sejarah awal Iran meliputi negara Iran dan juga negara-negara jirannya yang mempunyai persamaan dalam kebudayaan dan bahasa. Ketika itu negara-negara ini diperintah oleh empayar-empayar seperti Media dan Akhemenid. Sassanid adalah empayar Parsi terakhir sebelum kedatangan Islam. Kemudian Parsi bergabung menjadi sebahagian khilafah Islam awal.

7. Mesir: 58,630,000 orang
Islam muncul di wilayah Mesir pada 628 Masihi. Ketika itu Rasulullah menghantar surat pada Gabenor Mukaukis-yang berada di bawah kekuasaan Rom-mengajak masuk Islam. Malah Rasulullah saw menikahi gadis Mesir- Maria. Pada 639 Masihi- ketika Islam di bawah kepemimpinan Umar bin Khattab- 3000 tentera Amru bin Ash memasuki Mesir yang kemudiannya diperkuatkan lagi oleh tentera Zubair bin Awwam berkuasa seramai 4000 orang. Sejak itu- Mesir menjadi kawasan jajahan pihak Islam. Di masa kekuasaan Keluarga Umayyah- yang kemudiannya Abbasiyah- Mesir menjadi salah satu wilayah seperti semula. Khalifah Muiz membangun Masjid Besar Al-Azhar (dari “Al-Zahra”- nama panggilan Fatimah) yang disiapakan pada 17 Ramadhan 359 Hijriah, 970 Masihi. Inilah yang kemudian bekembang menjadi Universiti Al-Azhar sekarang- yang juga merupakan universiti tertua di dunia saat ini.8. Nigeria: 53,000,000 orang
Islam dianuti oleh 50% dari jumlah penduduk Nigeria- Penyebaran Islam di Nigeria dibahagikan dalam tiga fasa- iaitu zaman Trans Sahara dan Afrika Utara- zaman Atlantik dan zaman kemerdekaan. di samping melakukan perdagangan- para pedagang Islam juga memperkenalkan misi utama ajaran Islam- iaitu mengembangkan keamanan- keadilan dan kesejahteraan.

9. Algeria (Al-Jazair): 30,530,000 orang
Islam pertama kali dibawa ke Al-geria oleh Bani Umayyah selepas pencerobohan dinasti dari Uqba bin Nafi- dalam berlarutan-larut proses penaklukan dan penukaran yang terbentang 670-711. Namun- seperti di Timur Tengah itu sendiri- mereka berusaha menggabungkan Islam baru mereka dengan perlawanan terhadap aturan luar negeri kekhalifahan – sebuah ceruk yang Khawarij dan Syiah “ajaran sesat” diisi dengan sempurna.

10. Maghribi: 28,780,000 orang
Maghribi moden pada abad ke-7 M merupakan sebuah wilayah Barbarian yang dipengaruhi Arab. Bangsa Arab yang datang ke Maghribi membawa adat- kebudayaan dan ajaran Islam. Sejak itu- bangsa Barbarian pun banyak yang memeluk ajaran Islam.

Dipetik dari Republik Science

 
1 Komen

Posted by di 26 Mac 2012 in BERITA DUNIA

 

One response to “10 Negara mempunyai jumlah penduduk Islam terbesar di dunia

  1. Fildza Eqhnoor

    23 November 2012 at 11:09 PM

    Maaf sedikit teguran..

    ULAMAK WARISAN AMBIAK

    al-Ulama Warith al-Anbiyya’..
    bukan Ambiak..

     

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 32 other followers

%d bloggers like this: