RSS

UMAT ISLAM DI SYRIA YANG DALAM PEPERANGAN KERANA MAZHAB MEREKA BERBUNUHAN

29 Jul
Perang saudara di Syria masih belum ada penghujungnya. Siapa yang menang dan siapa yang kalah masih belum ada penentuan. Yang pastinya bila peperangan berlaku rakyat yang akan menjadi mangsa. Sama ada ianya dilakukan oleh pehak pemerintah atau pehak penentang. Masing-masing tidak akan mengaku melakukan kekejaman kepada rakyat.
Mideast Syria Alawite State

Peperangan yang telah belangsung berbulan-bulan masih lagi berterusan walaupun di bulan Ramadhan. Punca peperangan yang berlaku hanya disebabkan pertikaian antara dua mazhab iaitu mazhab Syiah dan Sunni.  Pertikaian mazhab ini bukan sahaja berlaku di Syria ianya turut berlaku di Iraq dan Pakistan.

Liga Arab telah menawarkan perlindungan dan mendesak Presiden Syria Bashar Al-Assad berundur. Syria telah menolak seruan dan tawaran Kesatuan Liga Arab kepada Presiden Bashar al-Assad untuk menyerahkan kuasa dan menerima ‘perlindungan’.

“Kami menyesal bahawa Kesatuan Arab telah turun ke tahap ini tentang keadaan ahli lembaga ini,” kata jurucakap kementerian luar negeri Jihad Makdissi pada persidangan media.”Keputusan ini hanya melibatkan orang Syria, yang merupakan penguasa tunggal nasib pemerintah mereka.” tegasnya.

Kesatuan Arab pada hari Isnin telah menyeru Presiden Syria Bashar al-Assad untuk segera menyerahkan  kuasa bagi menamatkan rusuhan di negaranya, “Ada kesepakatan tentang perlunya pengunduran diri Presiden Bashar al-Assad,” kata Sheikh Hamad bin Khalifa Al-Thani kepada wartawan selepas pertemuan peringkat menteri Kesatuan Arab di Doha yang berakhir Isnin (23/7).

Kesatuan Liga Arab juga mendesak pemberontak Tentera Pembebasan Syria untuk membentuk kerajaan peralihan perpaduan nasional.

“Kami menyeru kepada pembangkang dan Tentera Pembebasan Syria untuk membentuk suatu kerajaan kesatuan nasional,” kata Sheikh Hamad ketika ia menyampaikan hasil pertemuan Kesatuan Arab.

Sehingga kini keadaan kian meruncing yang menjadi mangsa adalah rakyat.  Penjelasan mengenai apa yang berlaku diSyria pernah dijelaskan oleh Syeikh Hassan Al-Hindawi yang telah dihantar ke Malaysia oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi untuk memberi penjelasan mengenai isu berkenaan disebalik peperangan di Syria. Beliau dihantar ke sini untuk menjelaskan tentang Syria yang tidak dijelaskan secara betul oleh media-media massa. Media-media massa barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu perkara sebenar apa yang berlaku di Syria lalu mereka telah putar belitkan fakta.

Syeikh Khalid bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan rakan. Teman itu berkata bahawa dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong kerajaan Syria. TV di Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai orang yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Asad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai-pegawainya supaya berkumpul dalam erti kata lain ingin menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Asad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
Punca berlaku peperangan ini ialah apabila ada sekumpulan kanak-kanak dalam 28 orang bermain-main dan telah menulis RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN di dinding sekolah mereka. Slogan inilah yang telah dilaungkan di negara-negara yang berevolusi. Mengetahui perihal ini, pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini dan menyeksa mereka dengan cara mencabut kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak-kanak itu telah meninggal dunia dan keluarganya minta mayat kanak-kanak itu serta meminta kanak-kanak yang lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat tukar ganti dengan permintaan itu. Syaratnya ialah mereka perlu memberi wanita-wanita dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak-puak kerajaan ini. Perkara tersebut merupakan penghinaan yang amat serius!
Kebangkitan Rakyat
  1. Kebangkitan rakyat bermula 8 bulan yang lalu.
  2. Lebih 3 JUTA rakyat Syria  keluar berdemo.
  3. Kini, kesemua rakyat Syria keluar berdemo. Mereka mahukan kebebasan yang tidak mereka peroleh selama 42 tahun.
  4. Rakyat minta supaya Allah diletakkan pada tempatnya, mahukan kebebasan, dan supaya jaga tanah air dengan seeloknya.
  5. Rakyat mahu presiden (Basyar Asad) dihukum. Itu antara slogan yang dilaungkan sekarang kerana presiden Syria telah banyak membunuh rakyat.
Conflict threatens Syria's archaeological heritage
KEKEJAMAN KERAJAAN SYRIA DIBAWAH PRESIDEN BASYAR ASAD
  1. Dalam masa 42 hari, seramai 40 000 orang rakyat Syria telah mati.
  2. 39 000 orang telah cedera. Mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
  3. Membunuh 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital.
  4. 9 000 dalam tahanan.
  5. 413 orang telah syahid di dalam penjara.
  6. Wanita-wanita telah diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2 dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
  7. Seorang ukhti, bernama Zainab Al-Husni, telah ditangkap dan dia diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Beliau melawan, akhirnya terbunuh dan telah dipotong 4 KERAT. Anggota badan yang di kerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau. INI SERIUS KEJAM!
  8. Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
  9. Menyuruh tukar La ilahaillah kepada La ilah illah Basyar Asad. INI SERIUS SESAT!
  10. Masa depan kebangkitan ini begitu baik. Ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30 000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang-orang yang turun berdemo. Mereka tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Asad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
  11. Pertubuhan-pertubuhan Arab telah ambil pendirian untuk tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak benarkan pegawai-pegawai Syria untuk memasuki tanah mereka. Tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedimikian iaitu Iraq dan Lubnan.
  12. Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID.
  13. 95% ulama’ Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
Basyar Asad juga daripada kelompok syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh muslimin sunni. 84% daripada posisi kepimpinan rejim Asad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri dari 3 keluarga besar, 6% dari posisi tersebut pula drpd kaum ajam dan 10% lagi dari golongan kuffar. Tiada posisi bagi ahli sunnah wal jamaah. Kezalimannya terhadap wanita dan kanak-kanak juga terlalu dahsyat melebihi Israel. Rakyat-rakyat sunni dibunuh sesuka hati walaupun tiada  seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah.
Kita banyak tak tahu tentang isu Syria selama ini disebabkan oleh media yang telah dikawal oleh pihak rejim. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria utk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para demonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan dari mereka telah menemui syahid.Semoga Allah melindungi umat Islam Syria yang berjuang dengan nama Allah.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 29 Julai 2012 in BERITA DUNIA

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 32 other followers

%d bloggers like this: