RSS

Ke mana UMNO nak bawa ISLAM?

01 Jan

Oleh: senik

Assalamualaikum,,..

Isu amanat Hadi semakin hangat dengan kemunculan ramai ulamak UMNO mahu tunjuk hero.Nama nama seperti Ustaz pencacai Fathul Bari yang sentiasa memastikan isu ini tidak padam, Mufti bernama haru sana sini dan Ustaz Noor Derih, ulamak veteran yang sanggup berdebat dan menunjukkan PAS menyeleweng dalam isu amanat Hadi ini.

Penulis ingin menarik perhatian mengenai harapan terhadap penulisan kitab Mastika Hadis oleh bekas PM, Arwah Tun Abdul Razak yang juga merupakan ayah kepada PM sekarang yang disajikan dalam kitab “Muqaddimmah” iaitu “Akan dapat memberi manfaat kepada kaum muslimin, dan diterima oleh ALLAH sebagai satu bakti dalam menyebarkan ajaran suci junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. (sila rujuk kepada mukadimah kitab Mastika hadis, jilid pertama, Bahagian Iman)

Kitab Mastika Hadis ditulis oleh ulamak besar kita walaupun mereka tidak bersama PAS dan suara mereka sekurang kurangnya didengari oleh PM ketika itu, kerana itu kebenaran diberi untuk mereka menyatakan KEBENARAN dan peruntukan diberi untuk mencetak kitab tersebut.

Apa lagi yang nak dipersoalkan UMNO mengenai amanat Hadi yang kebetulan bersama PAS ketika mengeluarkan ucapan tersebut.Kerana hakikat kebenaran tidak boleh disembunyikan. Ustaz Pencacai dan mufti Haru sana sini tidak mampu menafikannya, sebab itu mereka membisu mengenai cacatan hadis dan huraian seperti terkandung dalam kitab Mastika Hadis.Malah secara jelas dan tegas, Doto’ Haji Muhammad Noor bin Haji Ibrahim dan rakan rakan penulisnya menegur pemimpin kerajaan ketika itu apabila mengeluarkan kata kata undang undang Islam sudah lapuk dan beberapa ungkapan yang menggugurkan iman.

Jadi di mana Ustaz Pencacai, mufti dan Ustaz veteran mahu meletakkan huraian kitab ini ketika mendakwa PAS menyeleweng dengan amanat Hadi?Di bawah karpet? TGHH benar ketika berkata huraian kitab ini jauh lebih keras dari amanat Hadi, oleh itu ustaz dan mufti yang bercakap bagi pihak UMNO mesti turut memperkatakan mengenai kitab ini.

Kalau TGHH menyeleweng maka bagaimana pula Dato’ haji Muhammad Noor yang merupakan ulamak besar negara malah ilmunya mungkin jauh lebih tinggi dari TGHH?

Persoalan yang timbul sekarang ini, ke mana sebenarnya UMNO mahu membawa Islam?Apakah dengan hanya nama Islam, mycard mencacatkan ugamanya Islam sudah memadai tanpa perlu mengikuti syariat yang ditetapkan?Sebab itu barangkali Mufti haru sana sini meminta orang orang kristian yang mahu guna nama ALLAH masuk Islam.Islam adalah ugama yang mudah dan indah tetapi bukan boleh dipermudahkan sewenang wenangnya sehingga mencemar keindahannya.

Apakah UMNO mahu mempermudahkan Islam mengikut tafsiran akal mereka?Serta menggunakan ulamak ulamak yang disifatkan ALLAH sebagai ANJING(rujuk Al Quran) yang sentiasa menjelir lidahnya kepada orang beriman untuk mengubah Islam.Penulis berkata begini kerana penulis diberitahu satu ketika dulu, Ustaz Noor Derih adalah antara ustaz yang keras dengan carahidup UMNO sehingga dikatakan pernah menasihati pengikutnya jangan berlindung dari petir di rumah orang UMNO takut takut terkena panahnya.Tetapi hari ini apa yang difirmankan ALLAH itu sedang dipertontonkan kepada kita semua, tak ubah seperti anjing menjelirkan lidahnya.

Sementara untuk PM Najib, tidak adakah rasa hormat kamu kepada ayah kamu sendiri yang memberi laluan yang luas kepada ulamak?”

 
Tinggalkan komen

Posted by di 1 Januari 2013 in PENDAPAT

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 32 other followers

%d bloggers like this: