RSS

Isu Husam Sudah Mereda, Alhamdulilah

08 Mei

Malam tadi Husam Musa telah membuat kenyataan akhbar menjelaskan situasi yang menyelubungi dirinya ekoran tidak tersenarai dalam jemaah kabinet Kelantan. Penyokongnya khas golongan muda yang terpesona dengan gaya politiknya kesal di atas apa yang berlaku.

Masing-msing mempertikaikan kenapa Husam yang dianggap layak memimpin Kelantan selepas TokguruNik Aziz tidak disenaraikan. Kalau pun tidak sebagai MB tetapi sebagai timbalan menteri besar. Jadi apabila nama Husam tidak ada yang menimbulkan sedikit keributan dan tanda tanya.

Keributan itu menjadi panas apabila timbul berbagai persepsi atas apa yang berlaku.

Tampaknya Husam boleh menerima hakikat kenapa beliau tidak disenaraikan. Dia sendiri seperti memahami masalahnya. Sebab itu dalam kenyataan itu beliau menegaskan tidak ada agenda berhubung perkara itu. Syukurlah.

Katanya penyingkirannya dari kabinet menggembirakannya kerana ruang kosong tempat beliau dapat diisikan oleh muka baru.

Apa yang menyenangkan lagi Husam memberi jaminan dia akan bekerjasama dengan kerajaan dan akan memastikan isu yang membelit dirinya itu tidak akan diambil kesempatan oleh Umno. Itulah semangat dan jati diri dari seorang pejuangan yang diperlukan. Tidak mudah mengalah dengan keadaan dan redha dengan apa yang berlaku.

Seperti saya katanya dalam catatan sebelum ini perjuangan untuk berkebajikan bukan semestinya menerusi jawatan, tetapi masih banyak cara lain. Jalan untuk memasuki ke syurga bukan satu tetapi tujuh. Bagi orang beriman dan bertakwa pula syurga itu boleh dimasuki menerusi berbagai pintu. Pilih saja pintu mana yang paling manis dan menawan. Yang susahnya yang tidak beriman dan bertakwa menyebabkan pintu syurga semua tertutup baginya.

Dengan penjelasan Husam itu diharap penyokongnya dan mereka yang berada di luar lingkungan politik PAS memahami keadaan sebenar. Jangan terlalu mengikut emosi semua pihak kena berpaksikan kepada kenyataan dan kebenaran.

Adapun sebab musabab kenapa Husam tidak termasuk dalam barisan kabinet rasanya pun diketahui akan sebab musababnya yang tidak perlu dijelaskan lagi. Soal namanya tidak dihantar tidak berbangkit kerana namanya memang dihantar bersama nama-nama lain. Seperti mana jelas Menteri Besar, Ahmad Yaacob nama Husam berada diturutan teratas nombor satu.

Bagaimana pun sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati masih boleh mempersoalkan mengenai perkara ini tetapi bukan kepada Ahmad Yaacob, Mohd Amar Nik Abdullah atau Tokguru Nik Abdul Aziz, tetapi mungkin boleh direct kepada Sultan Kelantan sendiri.

Pergilah ke istana dan menghadaplah Sultan kerana pintu istana senantiasa terbuka.

Cadangan untuk mengadakan Himpunan 10,000 di SUK pagi ini sebagai bantahan dan membela Husam elok dihentikan atau dibatalkan. Tindakan demikian bukan memberi kebaikan kepada Husam sebalik akan memborakkan lagi keadaan.

Sudah pasti musuh PAS, Umno akan mengambil kesempatan, dan bagi Ahmad Yaacob pula akan menjadi titik hitam buatnya kerana baru naik takhta tidak sampai seminggu sudah protes di luar Kota Darunaim. Sejarah hitam begini perlu dielakkan oleh sesiapa yang sayangkan kepada parti. Dan sesiapa pun kena ingat kepentingan parti perlu diutamakan kepentingan individu atau pemimpin. [wm.kl.7:58 am 08/05/13]

 
Tinggalkan komen

Posted by di 8 Mei 2013 in 5 NEGERI PR

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 33 other followers

%d bloggers like this: