RSS

Kelab Penyokong PAS sokong kenyataan Nik Aziz

15 Sep
Kelab Penyokong PAS sokong kenyataan Nik Aziz
Irwan Muhammad Zain


KUALA LUMPUR, 15 Sept (Hrkh) – Kelab Penyokong PAS menyokong penuh kenyataan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meminta pemimpin PAS pusat mendukung keputusan Muktamar PAS Pusat Ogos lalu.

Pengerusi Kelab Penyokong PAS, Hu Pang Chow menegaskan kenyataan Mursyidul Am PAS itu tidak harus dipandang ringan.

“Kita lihat hari ini ada pihak yang sudah berani membelakangkan keputusan yang dicapai dalam muktamar yang lalu,” kata beliau ketika ditemui di lobi Pejabat Agung PAS.

Beliau juga menegaskan ahli-ahli kelab penyokong PAS turut menyatakan sokongan mereka terhadap teguran yang dibuat oleh Nik Aziz terhadap Mustafa Ali.

Selain itu katanya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Mustafa Ali telah menguris hati ahli-ahli kelab penyokong PAS.

“Kita sokong PAS sebab kita tak nak BN dan Umno tapi dia macam nak ajak join Umno,” kata beliau.

Hu Pang Chow turut mengulangi kenyataan beliau bahawa PAS memerlukan kerjasama dengan parti lain untuk membentuk kerajaan baru bagi mengantikan Barisan Nasional. _

 
Tinggalkan komen

Posted by di 15 September 2008 in ISU SEMASA

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: