RSS

Hikmah Poligami – Siri 2

16 Sep

POLIGAMI …..IBADAH SUCI

SIRI 2

 

 

Penyakit ummah

 

      Suatu masalah dan kelemahan yang telah menjadi umpama suatu “killer-virus” kepada sebahgian besar umat Islam itu sendiri ialah kejahilan agama, lantas membuahkan penyakit iman dan tidak yakin terhadap ketentuan dan janji ALLAH SWT. Malah angkara dari penyakit ini jualah , Islam yang dibawa telah dicampur adukkan dengan logika akal, nafsu, cemburu buta, material , cinta dunia dan sebagainya. Asas kepada Islam iaitu Tauhid, jika difahami dan diimani pastinya akan membuka suatu ruang skop penerimaan secara syumul dan total kepada hukum-hakam dan ketentuan Islam, tanpa banyak soal, alasan dan  rungutan.

 

       Marilah kita   meninjau lebih mendalam akan tajuk rencana ini. Bagi setiap mereka yang beriman, pastilah segala isi Al-Quran dijunjung dan dipegang dengan kukuh dan mantap. Mereka yakin Al-Quran itu hidup dan boleh diterima pakai sejak dulu hingga selamanya sebagai  “ hudallil muttaqin”, iaitu petunjuk kepada orang-orang yang mahu bertaqwa. Tiada yang difirmankan oleh ALLAH SWT di dalam Al-Quran yang boleh dianggap sudah  lapok. Malah Al-Quran “Can Withstand The Test Of  Time , Society, Culture and Science”.

 

        Cukup mudah untuk melafazkan perkara ini dibibir, namun ada beberapa konteks yang dijelaskan oleh Al-Quran itu masih sukar diterima atau pun dicari helah untuk tidak menerima secara total. Soal poligami yang diutarakan di dalam Al-Quran adalah salah satu perkara yang dimaksudkan. Seribu satu alasan, halangan , hentaman dan kritikan dilemparkan dan adakalanya tindakan dan buah fikiran logik mereka secara langsung atau tidak langsung menjejaskan aqidah Islamiah mereka  sendiri tanpa mereka menyedarinya.

 

Firman ALLAH SWT :

 “ Dan di apabila dikatakan kepada mereka : “ Janganlah kamu membuat bencana

dan kerosakan di muka bumi”, mereka menjawab: “Sesungguhnya kami orang-orang

yang hanya membuat kebaikan

“ Ketahuilah ! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang

sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak

menyedarinya.”  Surah Al-Baqarah : 11-12

             

 Mereka yang mencabar ketetapan ALLAH tidak sedar bahawa merekalah yang telah terlibat untuk melakukan kerosakan kepada ummah.

 

Firman ALLAH SWT :

“ Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan tangan manusia,

supaya ALLAH merasakan azab kepada mereka sebahgian daripada ( akibat )

perbuatan mereka, agar mereka kembali ( ke jalan yang benar )”

Surah Ar- Rum : 41

 

         Hukum dari Ilahi ini sering dipandang serong sebagai zalim dan menindas wanita. Musuh-musuh Islam iaitu , Yahudi, Nasrani , Orientalis, Freemason, Atheis dan lain-lain, nampaknya telah berjaya memasukkan benih dan jarum racun mereka ke dalam minda dan fikrah umat Islam lantas menimbulkan keraguan dan persepsi yang salah terhadap isi kandungan  Al -Quran dan hukum-hakam dari ALLAH SWT. Penilaian sesuatu perkara  yang hanya ditunjangi oleh logika akal, material dan nafsu  telah mula sebati dan berkarat

dikalangan umat Islam itu sendiri. Malah telah menolak tepi dasar Tauhid, tawakkal dan redho ke atas tuntutan dan syariat dari ALLAH SWT. Sudah hampir pupus suara-suara laungan mereka yang beriman ;

“ Sami’na Wa Ato’na….. ( Kami dengar dan kami taat )”

 

          Penulis menasihati dirinya dan semua pembaca muslimin dan muslimat agar kembali kepada tuntutan Islam dan segala aspek kehidupan.

 

Firman ALLAH SWT :

“ Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian ) itu, mereka mencari

lain dari ugama ALLAH? Padahal kepadaNYAlah tunduk ta’t sekalian makhluk yang

ada di langit dan di bumi, sama ada dengan suka-rela ataupun terpaksa, dan

kepadaNYAlah mereka dikembalikan” Surah A-li  ‘Imran : 83

 

Seterusnya,

 

Firman ALLAH SWT :

“ Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara,

maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab)  ALLAH ( Al – Quran )  dan

( Sunnah ) RasulNYA – jika kamu benar beriman kepada ALLAH dan hari akhirat.

Yang demikian itu adalah lebih baik (bagi kamu) , dan lebih elok pula

kesudahannya” Surah An-Nisaa’ : 59

 

 

Nasihat kepada Suami

 

            Perlu juga ditekankan bahawa pihak lelaki juga perlulah berhati-hati dalam menilai diri agar segala hasrat dan tujuan hidup terutama dalam kes berpoligami ini adalah untuk dan demi mencari keredhoaan ALLAH. Keredhoaan ALLAH adalah kata putus untuk mendapat keberkatan dan pembelaan dariNYA. Si suami dituntut melakukan Solat Istikharah dan meningkatkan amalan dalam memohon petunjuk dari ALLAH SWT. Sekiranya dengan petunjuk dari ALLAH SWT berat kepada meneruskan hasrat ini , maka yakinlah. Janganlah juga bersifat mengambil kesempatan tanpa mengambil kira keredhoan ALLAH SWT  apatah lagi ketika sedang menyedari bahawa diri tidak ikhlas kerana ALLAH dalam hasrat ini. Mungkin permasalahan yang  timbul setelah berpoligami adalah kerana tidak mendapat restu ALLAH SWT. Kesan daripada ini pihak-pihak yang memang menentang poligami mengambil kesempatan unukk memburuk-burukkan serta menghalang poligami itu sendiri.

 

Firman ALLAH SWT :

“ Sesiapa yang memberikan syafa’at  ( pertolongan ) yang baik, nescaya ia akan

memperolehi bahgian (pahala) daripadanya; dan sesiapa yang memberikan syafa’at

(pertolongan) yang buruk, nescaya ia akan mendapat bahgian (dosa) daripadanya.

Dan (ingatlah) ALLAH Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”                                                       

Surah An – Nisaa’ : 85

 

 

BERSAMBUNG SIRI 3

 
Tinggalkan komen

Posted by di 16 September 2008 in KELUARGA SAKINAH

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: