RSS

Negeri Sembilan dulu dan kini…

17 Sep
Negeri Sembilan dulu dan kini…
 
Tuesday, 16 September 2008
Oleh ARIS FEZULImageSaya baru saja pulang dari Seremban Subuh tadi, selepas beberapa kali tidur di tepi jalan dan bersahur di dalam kereta.

Semenjak pulang ke Pahang pada 2003 selepas beberapa tahun menabur bakti di negeri Adat Perpatih itu, sudah menjadi kelaziman bagi saya untuk bertandang kembali ke sana setiap kali datangnya Ramadhan buat beberapa hari sambil mengisi jadual tazkirah tarawikh di beberapa buah surau yang pernah saya beri khidmat menyampaikan sedikit ilmu yang ada.

Di samping itu dapat pula bersua muka dengan sahabat-sahabat seperjuangan yang pernah sama seusrah dan menggerakkan PAS sekitar Seremban dan Negeri Sembilan umumnya.

Kehadiran saya tahun ini selepas setahun tidak berkunjung terasa ada sedikit kelainan dan kenangan manis yang seperti mengajak saya untuk kembali ke negeri yang hampir sepuluh tahun saya timba berbagai pengalaman dalam perjuangan.

Semuanya gara-gara Tsunami Politik 8 Mac 2008 lalu yang telah mungubah iklim politik di negara ini dan tempiasnya cukup terasa di Negeri Sembilan yang dulunya sebaris dengan Johor dan Melaka dalam kumpulan Negeri-negeri Melayu Karat Biru yang tak makan dakwah. Haji Mat Sabu seringkali bergurau mengatakan Negeri Sembilan macam Mekah, tak boleh dakwah, tapi kena Tawan!

 
 
Tinggalkan komen

Posted by di 17 September 2008 in ISU SEMASA

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: