RSS

Pelapis kepimpinan ulama PAS masih mengecewakan.

17 Sep

KUALA LUMPUR , Naib Presiden PAS, Hj Mohamad Sabu menyifatkan pelapis kepimpinan ulama PAS kini “paling tidak memuaskan”, “masih mengecewakan” serta menghadapi krisis pengetahuan.

Sambil menekankan kepimpinan ulama bukan sahaja perlu dipertahankan tetapi perlu peningkatan, Hj Mohamad Sabu menyifatkan ulama PAS yang berusia bawah 40 tahun berada dalam keadaan krisis apabila pengetahuan mereka “paling tidak memuaskan” dan tertumpu aspek keagamaan sahaja.

“Saya selalu dengar ceramah-ceramah ulama muda ini. Masih strereotaip. Daripada ucapannya, kita tahu daripada sudut bacaannya”, katanya kepada MalaysiaKini.

“Masih mengecewakan saya”, jelasnya lagi, mengulas prestasi kepimpinan ulama yang disokong beliau sejak diperkenalkan awal 1980-an selepas terpengaruh dengan kejayaan Revolusi Islam Iran.

Berbeza dengan generasi tua pemimpin ulama parti itu, kata penceramah popular itu, barisan muda lulusan agama PAS sekarang dilatih di negara-negara Arab yang tidak demokratik sehingga menyebabkan mereka hanya bertujuan lulus peperiksaan.

“Sebab kita lihat, latar pengajian mereka di Mesir, Arab Saudi, Syria. Negara-negara ini terkongkong daripada sudut politiknya, pendedahannya, dengan penindasan yang berlaku di sana”.

“Sekarang ini, kalau di Mesir, Syria dan negeri-negeri Arab, semuanya diktator”.

“Jadi , aliran pengajian mereka (bergantung) kepada buku untuk lulus peperiksaan. Itu yang saya rimas sikit dengan perkara-perkara macam ni”, katanya lagi.

“Berlainan dengan ulama kita di tahun 1950-an dan 1960-an. Kebanyakannya lulusan (agama) dari India”.

“Jadi di sana, di universiti-universiti Aligarh, Deoband dan sebagainya, (orientasinya) lebih bersikap sains politik. (Misalnya) Profesor Zulkifli Mohamad di zaman itu”.

Bekas ahli Parlimen Kuala Kedah itu menambah, barisan ulama di beberapa negara lain seperti Iran dan Lubnan mempunyai gabungan kepakaran semasa dan ilmu agama.

“Kita harap ulama-ulama kita pun sampai ke peringkat itu. Ertinya, bukan hanya bidang feqah semata-mata tetapi boleh bercakap dalam pelbagai bidang”, ujarnya.

Dipetik dari Harakah

 
Tinggalkan komen

Posted by di 17 September 2008 in MINDA PEMIMPIN

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: