RSS

Bahayanya Pemikiran Islam Liberal – 6

19 Sep

Implikasi-Implikasi Pemikiran Islam Liberal Ke Atas Umat Islam

1. Aliran pemikiran Islam liberal adalah bertentangan dengan prinsip a’qidah Islam. Pemikiran Islam liberal boleh menjadikan seorang Muslim menjadi murtad, kufr, syirik dan fasiq. Pokoknya ia berlawanan dengan ASWJ.

2. Adalah jelas bahawa gerakan pemikiran Islam liberal telah mulai berhasil menimbulkan keraguan aqidah dan seterusnya memecah-belahkan umat Islam seperti yang kini sedang berlaku di Indonesia sehingga Majlis Ulama Islam (MUI) di Indonesia telah mengeluarkan fatwa bahawa pemikiran Islam liberal itu adalah HARAM pada 25 Julai yang lalu.

3. Kehadiran Muslim liberalis yang kini menjadi “celebrities” di dunia telah memberi peluang dan ruang untuk musuh-mush Islam seperi Zionis, Evangelis Kristian, sekularis liberal Barat, pengembang-pengembang agama Hindu, Buddha, Bahai, Sikh dan lain-lain menyusup masuk secara lansung dan tidak langsung bagi merealisasikan cita-cita jahat mereka untuk melemahkan status agama Islam dan masyarakatnya supaya terus terpinggir dari arus perdana masyarakat.

4. Golongan Muslim liberalis kini mendapat dokongan moral dan material dari pelbagai individiu terutamanya dari Dunia Barat. Ini dapat dilihat dari persidangan, seminar, bengkel yang dianjurkan di dunia Islam. Di Malaysia, pada tahun 2003 telah diadakan satu persidangan antarabangsa mengenai Islam dan cabaran modeniti yang dinamakan KALIF. Dalam seminar tersebut telah dihadirkan ramai tokoh-tokoh liberal Muslim dengan tujuan untuk mempengaruhi inteligensia Muslim di Malaysia supaya bersikap kritis terhadap warisan Islam (al-Turath al-Islami).

5. Atas nama “moderat Islam/Muslim”, kehadiran Muslim liberal telah menyebabkan doktrin Islam yang syumul dalam world viewnya sebagai “ad-Din” sedang diturunkan statusnya untuk menjadi agama sivil atau agama peribadi semata-mata. Konsep “moderat” tidak lagi diukur dengan skala al-Qur’an dan al-Sunnah yang hakiki seperti kaitannya dengan keadilan (ummatan wasatan). Pada masa ini beberapa konsep dan institusi asas Islam serta pemeluknya seperti jihad, hudud, da’wah, madrasah dan sebagainya sedang dicairkan dengan Islam dalam bijana Barat seperti Islam Amerikana. Justeru, terlalu banyak “think-tank” Barat yang mengakui tentang Islam seperti projek Rand Corporation, SIM di Leiden, Belanda, Institut Brooke, Washigton, D.C. dan yang lain-lain.

6. Dari segi syari’at, pemikiran Islam liberal menganjurkan supaya “autoriti agama” tidak lagi berada di tangan para ‘ulama sebaliknya atas nama “egalitarian” (kesaksamaan) siapa sahaja boleh mentafsirkan agama! Hukum-hukum Islam seperti poligami mahu dihapuskan kononnya ia adalah berlawanan dengan realiti zaman moden.

7. Aliran untuk melonggarkan status hukum-hukum Islam supaya ianya lebih terbuka bagi menyesuaikan dengan peredaran zaman dengan menggunakan justifikasi DARURAH dan mengaplikasikan IJTIHAD secara sewenang-wenangnya.

8. Mutakhir ini masyarakat bukan Muslim di Malaysia dan di lain-lain tempat semakin berani melontarkan fikiran mereka mengenai agama Islam termasuklah mempersoalkan kewibaan Majlis Fatwa Kebangsaan dan autoriti ‘ulama. Gagagasan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama-Agama (IRC) adalah satu usaha nekad pimpinan bukan Islam untuk mencari jalan melemahkan status Islam dan umat di Malaysia ketika umat Islam kuat mengukuhkan diri mereka dengan identiti Islam bagi menghadapi cabaran dalaman dan luaran yang semakin menyemarak.

9. Di Malaysia, beberapa NGO, antaranya, Sisters in Islam, adalah antara pendukung Islam liberal yang kuat mempromosikan isu kesetaraan kaum jenis lelaki dan perempuan. Ia mendapat dokongan moral dari beberap figure politik nasional serta begitu akrab jaringannya dengan beberapa agensi di dunia Barat.

Kesimpulan

Gerakan pemikiran Islam adalah satu usaha yang terancang secara langsung atau tidak langsung. Pemikiran Kurzman dalam karyanya Liberal Islam mempunyai jaringan yang luas dengan kegiatan pemikiran Islam liberal di dunia pada masa ini. Kaum intelektual Muslim di mana sahaja berasa tidak wajar menyepi diri dengan menanggapi pemikiran Islam liberal sebagai satu gerakan yang tidak merbahaya dari segi aqidah.

Strategi yang sedang digunakan oleh liberalis Muslim ialah menidakkan adanya “autoriti agama”. Ulama diserang habis-habisan dengan pelbagi cemuhan, sinisime dan maki hamun. Sesungguhnya serangan pemikiran ke atas umat Islam atau apa yang disebut “al-ghuzuwwu al-fikri” masih belum berakhir. Sebaliknya ia menjadi semakin menyemarak dengan berlindung di bawah panji-panji progresif, kesederhanaan, modeniti, keamanan dan kedamaian, kemanusiaan dan hak asasi manusia. Wallahu ‘alam bissawab.

* Sumber : Dr. Muhammad Nur Manuty, Pengarah CESMACS,

Kertas ini dibentangkan di Wacana Bulanan Yayasan Pembangunan Ummah(YPU) yang dianjurkan dengan kerjasama Yayasan Keilmuan dan Kepimpinan Kelantan (Y3K) pada 02 September 2005, bertempat di Hotel Shah Village Petaling Jaya.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 19 September 2008 in ISLAM LIBERIL

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: