RSS

Anak yatim Darul Izzah hargai keprihatinan masyarakat

27 Sep
Anak yatim Darul Izzah hargai keprihatinan masyarakat      
  
 
Oleh BASIRON ABDUL WAHAB

ImageTEMERLOH: Anak-anak Yatim yang menghuni Rumah Anak-anak yatim dan Kebajikan Darul Izzah, dekat sini menghargai sumbangan orang ramai kepada mereka sepanjang bulan Ramadan ini.

Setiausaha Darul Izah, Zulkifli Hamid berkata, sepanjang bukan ramadan ini pihaknya menerima pelbagai sumbangan dan tajaan berbuka puasa, moreh dan sahur daripada pelbagai pihak.

“Saya bagi pihak penghuni disini mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang yang menghulurkan sumbangan sama ada dalam bentuk tajaan berbuka, moreh dan bersahur, semuga Allah akan membalas setiap amal jariah yang diberi,” katanya selepas menerima sumbangan daripada Vateran PAS, Sheikh Hussein Jaafar dan Kelab Explore Temerloh pada 25 September lalu.

Kelab Explore Temerloh diwakili Timbalan Pengerusinya, Mohd Hafizy Alias.

Darul Izzah merupakan rumah anak yatim kedua di Temerloh, selain menempatkan anak yatim Darul Izzah juga dihuni 16 orang warga emas.

Darul Izzah Temerloh mula beropersi pada 2004 ia diasaskan oleh Ustaz Idris Omar, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Kuala Semantan sesi 1999-2004. Rumah ini adalah cawangan kepada Darul Izzah, di Bangi, Selangor yang menempatkan pelajar lelaki.

Darul Izzah Temerloh hanya menempatkan anak-anak yatim perempuan dengan pembiayaan sepenuhnya di tanggung oleh Darul Izzah. Kanak-kanak ini belajar di sekolah-sekolah sekitar Temerloh.

Difahamkan Darul Izzah menyediakan pelbagai aktiviti pendidikan Islam kepada penghuninya termasuk sistem pondok moden.

 

 
Tinggalkan komen

Posted by di 27 September 2008 in BERITA PAHANG

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: