RSS

PAS sokong pembentukan kerajaan baru – Timbalan Presiden

29 Sep
PAS sokong pembentukan kerajaan baru – Timbalan Presiden
Zuharman MN
Biar pun tarikh peralihan kuasa pada 16 September sudah berlalu, namun PAS tetap terus menyokong usaha ke arah pembentukan kerajaan baru.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa bagaimanapun berkata, sokongan PAS itu dengan syarat Islam menjadi dominan dalam struktur pembentukan kerajaan baru.

“Sebaliknya kita tidak akan teragak-agak untuk tidak menyertai mana-mana pihak dalam usaha menubuh kerajaan baru sekiranya ia tidak menguntungkan Islam,” katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada penduduk miskin di sini semalam.

Beliau yang juga anggota parlimen Bachok berkata, PAS boleh berkawan dengan sesiapa sahaja, namun dalam hal-hal berkaitan Islam dan umatnya, parti itu tidak akan berkompromi.

Sempena majlis tersebut Nasharudin menyampaikan bantuan Hari Raya kepada 60 penduduk miskin.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Kompleks Pendidikan Islam (KPI) Bachok memerlukan sumbangan orang ramai bagi menyiapkan bangunan tersebut yang dianggar bernilai RM2.5 juta.

Bangunan tersebut kini sudah 85 siap yang melibatkan perbelanjaan lebih RM1 juta.

Pada program itu juga Dewan Muslimat PAS Bachok menyampaikan sumbangan derma sebanyak RM1,000 kepada tabung pembinaan kompleks tersebut.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 29 September 2008 in POLITIK

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: