RSS

5 soalan PANAS kepada Tuan Ibrahim

17 Okt

Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Pesuruhjaya PAS Pahang, lima soalan panas yang dikemukan kepada beliau baru-baru ini.

1. Dato dilihat seringkali ke luar negara, apa komen.

saya keluar negara ada dua urusan, pertama di atas jemputan pelajar atau petugas Malaysia di luar negara. Program ini biasanya bagi mengisi program mereka, yang melibatkan kursus kefahaman Islam dan bagi membincang isu semasa.

Kedua nya atas urusan syarikat. selepas PRU 12, saya bersama rakan membuka sabuah agensi umrah, dan ziarah. ada diantara jamaah mengharapkan saya bersama mereka membimbing ibadah tersebut. Biasanya dalam setahun saya akan mengikuti rombongan sekali atau dua kali. Saya ada tanggungan dgn 3 di Universiti, 2 menengah dan 3 di sekolah rendah,saya juga masih menanggung pinjaman semasa bertugas dengan Uitm lalu, saya mesti ada susuatu punca pendapatan bagi menanggung keluarga. di samping tugas jamaah juga memerlukan sumber kewangan yang kukuh. Walaupun pendapatannya tidak sebeparapa, tetapi ianya dapat meringankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

2. Pahang di bawah kepimpinan Dato’, kelihatan bermain politik selamat dalam isu muzakarah dan muqabalah?.

Tidak timbulk soal politik selamat, isu utamanya ada dua;
a) Isu yang melibatkan dasar parti; ia tidak boleh diputuskan oleh satu dua orang dalaman parti. Ia mesti dibawa ke muktamar khas, tiada apa yang perlu dihebahkan sehingga boleh menjejaskan kesepakatan parti.
b) Saya diamanahkan sebagai ahli syura bagi mewakili Jawatankuasa PAS Pusat dan juga ahli JK PAS Pusat, kita mempunyai saluran parti bagi meluahkan kebimbangan, pandangan atau apa jua isu yang melibatkan persoalah dalaman parti. Inilah saluran sebenar agar kita dan ahli di bawah tidak bercelaru bilamana ujud sesuatu isu penting.
Seluruh kepimpinan hendaklah membawa mandat parti dalam apa jua keadaan. Kita boleh punya pandangan peribadi, tetapi pandangan jamaah adalah keputusan dan dasar yang perlu didokong.

3.Dato’ masih belum membebaskan diri dari gaya seorang pendakwah ?, benarkah begitu.

Saya akui bahawa kita adalah parti dakwah dan siasah. manusia dicipta oleh Allah dengan watak dan gaya serta acuan yang dikehendakiNya. Ada orang melihat sebagai ahl;i politik kita mesti keras dalam hujjah, tegas dalam penyampaian dan sebagainya. Itu ada kebenarannya kerana kepimpinan memerlukan pemnegasan. Tetapi ruang dakwah mengajar kita agar berlemah lembut dalam penyampaian dan bertegas dalam dasar Islam. Terkadang ada yang terkeliru antara metod dakwah dengan prinsip dan daar ini. Saya beberapa kali diminta ‘bantal habis habisan. dalam ceramah. Saya tertanya-tanya nak bantai sapa. Kalau UMNO. itu sasaran dakwah kita, manusia tak akan menerima kebenaran yang dipaksakan, tetapi akan tiunduk dengan kebenaran yang dapat menyelinap masuk ke hatinya, bukan jasadnya. Lihat ingatan Allah kepada Nabi Musa dan Harun bilamana Allah memerentahkan mereka pergi kepada Firaun, Allah memnyuruh berbicara dengan lemah lembut, agar ia ingat akan Allah dan takut pada kekuasaan Allah.

4.Jika PR mentadbir Malaysia, Apakah peranan PAS Khususnya di Pahang.

PR Pahang diterajui oleh PAS. Kita mempunyai sabuah badan induk PR di Pahang yang mengadaklan pertemuan dwi bulanan, dan apa jua isu berbangkit, kita akan keluarkan kenyataan bersama. Andai PR ,menguasai Malaysia, PAS Pahang mempunyai peranan besar dalam merealisasikan hasrat prubahan yang diimpikam rakyat. Kita mempunyai rangkaian jentera parti yang besar dan kemampuan ketokohan yang dapat dibanggakan, Sebagai parti yang utama kita mempunyai kemampuan bagi memperkukuhkan PR diPahang. Keakraban dalam hubungan PR Pahang menjadi nadi utama bagi mendokong hasrat ini.

5. Dato’ sering didawka oleh musuh politik di Pahang sebagai ‘orang kelantan’, apa komen?.

Nama pun musuh apa saja yang dirasa dapat bagi sedikit keuntungan akan diitimbulkan, walaupun tak benar. Saya fikir ada dua elemen, pertama nama saya Tuan, ini jarang ada selain orang asal dari Kelantan atau Terengganu. Kedua nya latar belakang keluarga.
Ayah saya berhijrah ke Pahang tahun 1957 dan menetap di Kg Batu Balai. Bahklan kedua ibubapa saya ada watikah KDYMM Sultan Abu Bakar yang mengesahkan bahawa kedua-dua ibubapa saya diterima sebagai rakyat KDYMM Sultan Pahang. Watikah itu masih ada dalam simpanan. Dulu setiap rakyat dari luar Pahang yang menetap di Pahang, ia hanya diiktiraf sekiranya ada watikah dari KDYMM Sultan Pahang, baru jadi rakyat Pahang. Sebab itu saya dan adik beradik berhak mendapat biasiswa dan apa-apa keistimewaan sebagai rakyat Pahang. Saya dilahirkan di batu Balai tahun 1960 dan mendapat didikan di Pahang. Tapi kalau dah tak ada isu, apa-apa je yang boleh dijadikan isu digunakan, walau tak betul. dalam zaman era globalisasi ni, kalau isu ini kita timbul, maka kita dah ketinggalan jauh ke belakang .Jangan pandang belakang!. Wallah aklam.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 17 Oktober 2008 in BERITA PAHANG, MINDA PEMIMPIN

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: