RSS

Apa Jaminan Kerajaan? Malaysia Tidak Akan Hadapi Kemelesetan

18 Okt

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) memandang serius kenyataan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa Malaysia tidak akan menghadapi kemelesetan ekonomi atau terjejas oleh krisis ekonomi global sekarang ini.

Adakah kenyataan ini hanya sekadar untuk melepaskan diri daripada cabaran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar Bajet 2009 dibentangkan semula atau kerajaan benar-benar yakin dapat membebaskan negara ini daripada bencana ekonomi global ini? Jika ia mempunyai maksud politik yang terselindung, maka rakyat negara ini kini sedang diancam oleh masa depan ekonomi yang tidak menentu.

Di Amerika dan Eropah, negara-negara maju yang menjadi kuasa ekonomi dan politik dunia pun sudah tidak berupaya menangani krisis ekonomi ini di mana AS sendiri telah terjejas dengan teruk. Dan ia sudah tentu memberi kesan langsung kepada ekonomi Malaysia kerana negara itu adalah rakan dagangan utama Malaysia. Amat mustahil untuk kita mengatakan bahawa kita boleh mengelak daripada kesan-kesan kemelesetan itu, sedangkan kuasa ekonomi yang lebih kukuh di Eropah pun turut terjejas. Atas asas apakah sebenarnya Menteri Kewangan memberikan pandangan yang sedemikian rapuh.

Ketikan krisis kewangan global berlaku pada 1997, AS hampir tidak terjejas kerana kekuatan ekonomi mereka. Tetapi bagaimana nasib rakyat di Amerika Latin ketika itu? Di rantau ini, rakyat Indonesia, Thailand dan Filipina menderita dengan teruk. Bahkan, Malaysia juga telah terjejas dengan teruk sehingga banyak projek terbengkalai, syarikat-syarikat gergasi gulung tikar dan ahli-ahli korporat menjadi muflis. Adakah kerajaan melupai saat-saat genting ini. Ia lebih teruk daripada krisis ekonomi yang berlaku pada 1984. Adakah kerajaan mengharapkan ia berulang dan Najib Razak akan mengatakan ia sebagai kesan kelemahan kepemimpinan Abdullah Badawi? Selicik inikah permainan politik Menteri Kewangan?

Kerajaan harus sedar bahawa kejatuhan harga minyak dunia telah memberi kesan yang besar terhadap pendapatan negara kita, walaupun rakyat menikmati penurunan harga minyak. Begitu juga kejatuhan harga getah dunia yang memberi kesan langsung kepada rakyat luar bandar yang terlibat dalam industri getah. Minyak dan getah adalah antara komoditi terpenting Malaysia dan ia melibatkan hampir setiap aktiviti kehidupan rakyat. Bagaimana pula kesan berantainya? Krisis ini juga akan menjejaskan nilai Dolar AS dengan teruk dan sudah tentu ia turut melibatka nilai mata wang kita. Jika hendak diperkatakan kesan-kesan kegawatan ekonomi global ini ia amat banyak. Persoalannya, apakah sebenarnya rancangan kerajaan untuk berhadapan dengan krisis ini. Apakah jaminan yang boleh diberikan kepada rakyat bahawa kita dapat melepaskan diri dari kemelut global ini. Atau sekadar menyedapkan hati rakyat melalui kenyataan rapuh Menteri Kewangan itu?

SALAHUDDIN HAJI AYUB
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

 
Tinggalkan komen

Posted by di 18 Oktober 2008 in MINDA PEMIMPIN

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: