RSS

Bahaya Al Ahbash!!!!

18 Nov

SEKILAS BIOGRAFI TENTANG FIRQOH AL-AHBASH

Pengasas firqah ini bernama Abdullah bin Muhammad Asy-Syaibani Al-Badri. Dia dilahirkan di kota Harowi, Habasyah (Ethiopia). Penyimpangan dan keanehannya mulai nampak ketika berguru kepada Syaikh Syarif di daerah Jummah. Di tempat inilah dia di bai’at ala Thariqah Tijaniyah. Kemudian dia di bai’at lagi menurut Thariqah Rifa’iyyah setelah berguru kepada Mufti As-Siraj.

Dia berhijrah ke Lebanon, Syria dari negaranya, Habasyah pada tahun 1969M, atau pada tahun 1950M –menurut para pengikutnya-.

Di sana, ia dikenal sebagai Syaikhul Fitnah atau Syaikhul Fattaan. Yang artinya penebar fitnah. Ini disebabkan ia melakukan kerjasama dengan penguasa zalim yang bernama Nizham Hilasiilasi, untuk menangkap para da’i dan syeikh yang ada di Syria. Karenanya banyak para da’i dan masyayikh yang terpaksa melarikan diri ke Mesir atau ke Saudi Arabia.

Sementara keberadaannya di Lebanon, dia banyak menebarkan permusuhan, kebencian dan fitnah di antara kaum Muslimin. Dia menyebarkan aqidah yang rosak, dipenuhi dengan kesyirikan. Juga mengajarkan pemikiran Jahmiyah dalam mentakwilkan sifat-sifat Allah. Selain itu, menyemaikan ajaran Murji’ah, Jabariyah, Shufiyah, Bathiniyah, Rafidah,

mencela para sahabat, menuduh Aisyah R.A berbuat maksiat, dan berbagai fatwa-fatwa lain yang menyimpang.Pada akhirnya, ajaran-ajaran itu banyak melahirkan orang-orang yang ta’ashub (fanatik buta). Sehingga mereka tidak melihat seseorang sebagai muslim, jika orang tersebut belum mengikhlaskan diri dan tunduk kepda aqidah guru dan kelompok mereka.Mereka bersungguh menyebarkan ajarannya. Yaitu dengan cara mengetuk pintu setiap rumah penduduk, mendesak orang-orang untuk mempelajari aqidah mereka yang sesat tersebut. Bahkan juga dengan membagikan buku-buku guru-guru mereka secara percuma

.Penyebaran firqah ini sangat luas, menyebar dan berkembang di daerah Lebanon, Eropah, Amerika, Kanada, Australia, Sweden dan Denmak. Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baaz mengingatkan kita dengan perkataan beliau rahimahullah, bahwa Al-Ahbash merupakan kelompok sesat, dengan pemimpinnya yang bernama Abdullah Al-Habasyi, yang terkenal dengan penyempangan dan kesesatannya. Wajib bagi kita untuk memutuskan diri dan mengingkari aqidah mereka yang batil, serta memperingatkan orang-orang darinya, untuk tidak mendengar dan tidak menerima apa yang mereka katakan

PEMIKIRAN DAN AQIDAH FIRQOH AL-AHBASY

[1]. Mereka mengaku berada di atas madzhab Imam Syafie, baik dalam masalah aqidah ataupun fiqh. Tetapi pada kenyataannya, mereka sangat jauh dengan pengakuan yang mereka katakan. Bahkan mereka berani mentakwilkan sifat-sifat Allah dengan tanpa kaidah yang benar menurut syar’i. Mereka menatkwilkan istiwa Allah dengan istiilaa sebagaimana takwil yang telah dilakukan oleh orang-orang Mu’tazilah dan Jahmiyah.

[2]. Mereka mengatakan, bahwa lafazh Al-Qur’an adalah dari Jibril, bukan dari Allah. Anggapan yang sembrono ini tercantum dalam kitab mereka yang berjudul ‘Izharul Aqidah As-Suniyah, halaman 591.

[3]. Dalam masalah iman, mereka mengatakan bahwa iman seseorang selamanya akan sempurna dan tidak akan pernah rosak, walaupun orang tersebut tidak pernah menegakkan rukun-rukun Islam yang ada. Pendapat seperti ini termasuk dari aqidah Murji’ah Jahmiyah.

[4]. Dalam bab Tauhid, mereka seperti Jabriyah yang meyakini bahwa Allah lah yang telah mendorong orang kafir melaksanakan kekafirannya. Seorang hamba tidak mempunyai kuasa atau kemampuan untuk menolaknya. Pendapat seperti ini, jelas sangat keliru, karena menurut pandangan Ahlus sunnah wal Jama’ah, setiap manusia mempunyai kehendak untuk memilih jalan kebenaran dan kesesatan, sebagaimana manusia juga bisa memilih yang baik untuk kehidupan dunia mereka

.[5]. Mereka menganjurkan kepada manusia untuk beribadah ke kuburan, meminta pertolongan dan hajatnya kepada orang-orang yang telah meninggal. Bahkan firqah Al-Ahbasy ini berkeyakinan, bahwa orang yang telah meninggal akan keluar dari kuburan untuk menolong manusia, kemudian akan kembali lagi setelahnya. Disamping itu, firqah sesat ini juga membolehkan manusia untuk meminta perlindungan kepada selain Allah dan meminta barakah kepada batu.

[6]. Kelompok ini banyak merajihkan hadits palsu untuk menguatkan madzhab mereka dan sebaliknya, mereka melemahkan hadis shahih yang bertentangan dengan ajaran mereka.

[7]. Mereka banyak mencela para sahabat Nabi S.a.w, seperti Muawiyah, Aisyah, Khalid bin Walid. Menurut anggapan kelompok ini, orang-orang yang ikut bersama Mu’awiyah untuk melawan Ali, maka mereka meninggal dalam keadaan Jahiliyyah.

[8]. Mereka juga mengkafirkan banyak para ulama. Misalnya : Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, Ibnu Qayyim. Ibnu Kathir, Imam Adz-Dzahabi, Muhammad bin Abdul Wahhab, Syaikh Nashiruddin Al-Albani, dan sebagainya.

[9]. Mereka juga banyak mengeluarkan fatwa-fatwa yang menyempang. Sebagai contoh : melihat, berikhtilat, dan berjabat tangan dengan wanita yang bukan mahram adalah halal, wanita yang berhias dan tabarruj boleh keluar rumah walaupun tidak dizinkan oleh suaminya.Dan masih banyak lagi kesesatan dan penyimpangan mereka yang harus diwaspadai

SUMBER PEMIKIRAN DAN AQIDAH FIRQAH AL-AHBASY

[1]. Dalam masalah sifat-sifat Allah, firqah ni menganut mazhab Al jahmiyah.

[2]. Dalam masalah iman, mereka menganut pemikiran Murji’ah dan Jahmiyah

[3]. Dalam beribadah, mereka menggunakan nama-nama thariqah yang ada ada dalam Islam, semisal thariqah Ar-rifa’iyah dan Naqsabandi tetapi menyelewngkannya.

[4]. Mereka juga memiliki aqidah Ja’fariyah Al-Bathiniyah.

[5]. Pemikiran mereka juga diambil dari berbagai sumber dan macam aliran lain, yang bertujuan untuk menipu dan mengoyak persatuan umat Islam, baik dari sisi aqidah dan manhaj yang benar, yaitu menhajnya para Salafush Shalih, manhaj Rasulullah dan para sahabatnya.Contoh pendapat Abdullah al-Harari yang menyeleweng :

Ditanya kepada Abdullah al-Harari tentang hukum orang yang memohon pertolongan kepada mayat di dalam kubur dan menyeru mereka di dalam kubur seperti dia berkata Wahai Syed Badawi (orang dah mati) tolonglah aku

Al-Harari menjawab:

Ya Semua itu dibolehkan. Dibolehkan bagi seorang berkata: Tolonglah aku wahai Badawi, bantulah aku wahai Badawi.

Ditanya kepada Abdullah al-Harari: Roh-roh berada di alam barzakh bagaimana nak memohon pertolongan daripada mereka sedangkan mereka itu jauh?

Al-Harari menjawab: Allah Ta’ala memuliakan mereka dengan memperdengarkan mereka suara dari jauh sedang mereka berada di dalam kubur, maka mereka berdoa kepada yang memohon dan menyelamatkannya. Kadang-kadang mereka keluar dari kubur-kubur mereka dan menunaikan segala hajat orang yang memohon pertolongan daripada mereka kembali kembali semula ke kubur-kubur mereka…

Tidakkah mereka membaca firman-firman Allah Ta’ala di dalam al-Quran supaya memohon doa pertolongan hanya kepada Allah???

Memohon kepada makhluk yang dah mati di dalam kubur merupakan kesesatan yang nyata dan syirik kepada Allah Ta’ala. Mayat itu sendiri tidak boleh memberi manfaat untuk dirinya sendiri dan tidak mampu menolak mudarat dari terkena kepada diri mereka sendiri bagaimana mungkin boleh member dan menunaikan hajat orang yang hidup….

Aqal yang sihat pun tidak boleh menerimanya kecuali mereka yang mempunyai aqal fikiran yang sempit dan bebal…

Ahbash lah yang sebenarnya musyabbihah, menyamakan Allah dengan makhluk, kerana hanya yang boleh memberi manfaat dan mendatangkan mudarat itu adalah Allah, jika sekiranya anda menyatakan makhluk juga boleh menunaikan hajat makhluk yang lain anda TELAH MENYAMAKAN ALLAH DENGAN MAKHLUK…wal ‘iyazubillah

Demikian penjelasan singkat tentang firqah yang sesat ini. Semoga Allah melindungi kita dari tipu daya dan muslihatnya. Wallahul Musta’an.

Ust. Mohd Redha (Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Negeri Pahang)

 
6 Komen

Posted by di 18 November 2008 in BERITA PAHANG, FIQAH ISLAM, PENDAPAT

 

6 responses to “Bahaya Al Ahbash!!!!

  1. shafifah

    19 November 2008 at 1:46 PM

    Ceramah Akidah 20hb Nov 2008 di Masjid Universiti Islam Pahang (UMP):Syeikh Dr Salim Ulwan(Mufti Australia) http://pondokhabib.wordpress.com

     
  2. shafifah

    19 November 2008 at 1:50 PM

    YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIM) IKTIRAF SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI AL-HABASYI SEBAGAI PEJUANG SEJATI AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

    KENYATAAN DIBAWAH INI DIPETIK DARI SUMBER RASMI YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIM)
    http://www.yadim.com.my/Ulama/UlamaFull.asp?Id=202

    > Rencana >> Tokoh

    Pejuang Ahli Sunnah Wal Jamaah sejati 05 September 2008

    Dunia Islam baru-baru ini kehilangan sebutir permata yang selayaknya menjadi role model kepada kita semua. Jasanya terhadap Islam memang tidak terhitung kerana sikapnya yang zuhud dan tidak mahu bermegah-megah dengan tindakannya selain sentiasa mengorbankan diri untuk kepentingan masyarakat. Lelaki alim kelahiran Harar, Ethiopia pada 1910 bersamaan 1328 Hijrah ini gigih memerangi begitu banyak dakyah palsu dan ajaran songsang dalam masyarakat. Meskipun paling menonjol dalam usahanya menetang gerakan Wahabi, namun Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari sebenarnya memberi sumbangan yang jauh lebih banyak. Beliau adalah seorang yang alim, pakar dalam ilmu Feqah dan kuat berhujah menentang golongan-golongan yang terpesong dari landasan Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Paling jelas, seorang yang zuhud dan bertaqwa, ketika lahir, beliau dinamakan Abdullah. Manakala bapanya ialah Muhammad bin Yusuf bin Abdullah bin Jamei’. Dilahirkan di Bandar Harar pada tahun 1910 bersamaan 1328 Hijrah dan dibesarkan di rumah yang penuh dengan kasih sayang pada ilmu agama. Beliau diberikan didikan agama yang mendalam sejak kecil dan telah menghafal al Quran ketika berumur 7 tahun. Beliau membesar dengan menghafal ilmu-ilmu agama selain mendalami ilmu hadith dengan sanadnya sekali hinggakan telah berjaya diijazahkan meriwayat hadis nabi pada usia yang begitu muda. Oleh kerana begitu terserlah kepintaran dan kebijaksanaan beliau, selain pengetahuan ilmu agama yang nyata begitu dalam, beliau telah dilantik menjadi Mufti Harar pada usia yang cukup muda, belum pun mencecah 18 tahun. Selain sibuk menimba ilmu , zaman muda beliau juga dipenuhi dengan perjuangan untuk membebaskan Somalia daripada penjajahan British dan Itali. Selepas berjuang membantu membebaskan bumi Somalia, ulama ulung ini mengembara ke desa-desa dan ke bandar-bandar di seluruh pelusuk bumi Syam untuk menyampaikan ilmu-ilmu Islam yang berguna dan bermanfaat serta mengajarnya berteraskan metodologi Ahli Sunnah Wal Jamaah. Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari mempunyai perwatakan dan peribadi yang sangat baik, justeru tidak hairan jika ramai yang mengungkapkan kata-kata ”walaupun kulitnya hitam, namun hatinya putih”. Sifat mulianya ini menyebabkan beliau diterima dengan baik oleh semua lapisan masyarakat di Syam, tanpa mengira latar belakang mereka. Satu perkara yang membezakan beliau dengan para pejuang yang lain ialah kebijaksanaannya menyampaikan dakwahnya serta cara ia ditujukan kepada masyarakat umum. Walaupun tegas dalam pendirian serta dakwahnya, ia tidak menyakiti dan menyentuh sensitiviti mana-mana pihak menyebabkan beliau tidak pernah ditahan atau dimasukkan ke penjara seperti rakan-rakan seperjuangan, contohnya Ibn Taimiyah dan Sayyid Qutb. Pada tahun 1950 bersamaan dengan 1370 Hijrah, beliau telah pergi ke Beirut, Lubnan dan di sambut oleh ulama-ulama di sana seperti Syeikh Taufiq al Hibry. Kedatangannya di Lubnan juga adalah untuk mengajar dan membetulkan dalah faham umat tentang Islam. Beliau telah pergi meninggalkan kita pada subuh hari kedua umat Islam berpuasa iaitu 2 Ramadhan 1429 Hijrah bersamaan 2 September 2008, selepas waktu subuh di Beirut, Lubnan. Jenazahnya ulama tersohor ini disembahyangkan oleh ribuan umat Islam di Masjid Burj Aby Haidar, Beirut Jasad beliau kemudiannya disemadikan berhampiran Masjid Burj Aby Haidar. Takziah kepada keluarganya. Kita sesungguhnya telah kehilangan seorang tokoh Ahli Sunnah wal Jamaah yang terkemuka. Al Fatihah untuk beliau…

    * Sumber YADIM: http://www.yadim.com.my/Ulama/UlamaFull.asp?Id=202
    PENGIKTIRAFAN YADIM
    Syeikh Abdullah merupakan :-
    1.Role Model 2. Zuhud 3.Tidak mahu bermegah-megah 4. Sentiasa mengorbankan diri untuk kepentingan masyarakat 5. ‘Alim 6. Gigih memerangi dakyah palsu 7. Menentang wahhabi 8. Al-Muhaddith 9. Pemberi sumbangan yang banyak 10. Pakar ilmu Fiqh 11. Kuat berhujjah terhadap golongan terpesong dari landasan ahli sunnah wal jama’ah 12. Bertaqwa 13. Ilmu yang mendalam sejak kecil 14. Menghafaz al-Quran sejak berumur 7 tahun 15. Mendalami ilmu hadith dan sanadnya pada usia yang muda 16. Pintar 17. Bijak 18. Pengetahuan ilmu agama yang begitu mendalam 19. Mufti Harar pada usia begitu muda (belum mencecah 18 tahun) 20. Berjuang membebaskan Somalia dari penjajahan British 21. Berjuang membebaskan Somalia dari penjajahan Itali 22. Penyampai ilmu Islam yang bermanfaat dan berguna berteraskan metodolgi Ahli Sunnah wal Jama’ah 23. Perwatakan peribadi yang sangat baik 24. Sifat yang mulia 25. Diterima oleh segenap lapisan masyarakat di Syam 26. Seorang yang bijak menyampaikan dakwah 27. Seorang yang tegas, tidak menyakiti dan menyentuh sensitiviti mana-mana pihak menyebabkan beliau tidak pernah ditahan atau dimasukkan ke penjara 28. Ulama’ yang tersohor
    ” نحن أنصار دين الله – كفى هذا قيمة “

     
  3. shafifah

    19 November 2008 at 1:51 PM

    MUFTI PAHANG MENGAGUNGKAN & MEMUJI PERJUANGAN SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI RAHIMAHULLAH
    MUFTI PAHANG MENGAGUNGKAN & MEMUJI PERJUANGAN SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI RAHIMAHULLAH
    MUFTI PAHANG DARUL MAKMUR SOHIBUS SAMAHAH DATO’ HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI OSMAN
    MEMUJI PERJUANGAN SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI AL-HABASYI, MENYIFATKAN BELIAU SEBAGAI AL-MUHADDITH DAN MENGUCAP SEKALUNG TA’ZIAH ATAS PEMERGIAN BELIAU KE RAHMATULLAH
    Kenyataan Mufti Pahang SS Dato’ Abdul Rahman: ” Assalamu’alaikum Warahmatullah Wabarakatuh. Pada tanggal 2hb Ramadhan 1429H bersamaan 2hb Sept 2008M telah kembali ke rahmatullah seorang ulama bahkan pejuang Islam iaitu Syeikh Abdullah Al-Harari. Saya menyifatkan Syeikh Abdullah Al-Harari sebagai seorang ulama Al-Muhaddith pakar hadith yang sukar dicari ganti setelah pemergian beliau.Beliau merupakan ulama yang tidak gerun dengan musuh Islam dek kerana hujjah-hujjah dan dalil sentiasa berada dalam gengaman ulama seperti beliau. Saya sendiri dan mewakili seluruh umat Islam di Negeri Pahang Darul Makmur Malaysia merasai sedih dan mengucapkan ta’ziah kepada ahli keluarga dan anak-anak muridnya di atas pemergian As-Syeikh Al-Muhaddis Abdullah Al-Harari Al-Habasyi. Semoga Allah menempatkan beliau bersama para Ambiya’, syuhada’ dan solihin “. * Sumber dipetik dari perutusan ta’ziah yang dihantar sendiri oleh SS Dato’ Abdul Rahman Mufti Negeri Pahang kepada wakil rasmi Jam’iyyah Al-Masyari’ Al-Khoiriyyah Al-Islam Beirut Lubnan pada hari Rabu, 3hb Sept 2008M, jam 12:52TGH-MLM waktu Malaysia

     
  4. mujahidhisyam

    6 Ogos 2009 at 2:17 PM

    assalam’alaikum ustaz. jadi bagaimana ya ustaz. sebagaimana yang terlihat dari komen2 di atas, malah terdapat jugak banyak rujukan laman2 web yang menyebut hal yang sama; yakni memuji abdullah al-harari sebagai mujtahid, ulama ahlus sunnah, etc.

    bagaimana menyikapi hal ini?

     
  5. ibnfaridah

    5 September 2009 at 8:41 AM

    Assalamu’alaikum

    Shafifah dan Mujahidhisyam…

    Komen2 di atas tidaklah memeranjatkan. Sememangnya umum mengetahui (bagi mereka yg mengkaji) aliran ahbash di Malaysia ni, memang menjadikan negeri Pahang dan YADIM sebagai tempat mereka cuba meluaskan dakyah mereka.

    Itu sedia maklum.

    Jadi tidak hairanlah jika jabatan2 atau badan2 agama yg ada di Pahang dan ada hubungkait dengan YADIM terkesan dengan penagruh mereka…

    Wallahu a’lam.

    Sebaiknya anda menjauhi golongan ahbash ni yg mana kawan dan lawan tidak bersetuju dengan mereka. Pengalaman saya sendiri, bila berbincang dengan guru pondok di pondok pasir tumboh, kelantan, katanya mereka bersama dengan Ahbash dalam erti kata kerana tidak bersetuju dengan so-called Wahhabi, tetapi mereka tetap menolak golongan ahbash ini, kerana mereka memusnahkan agama Islam dari dalam dengan sikap mengkafirkan ulama dan fitnah2 yg dibawa mereka.

     
  6. Sam Jo

    7 Julai 2011 at 10:57 PM

    Golongan yang paling memusuhi kimpulan Ahbash ini adalah Wahabi yang Mujassimah…

     

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: