RSS

DAGING KORBAN UNTUK ORANG KAFIR

25 Nov

kambing warna coklat sunat buat qurban

Soalan;

Adakah boleh daging korban diberikan kepada orang bukan Islam? Ada pendapat mengatakan jika ada org kafir yg makan maka tidak diterima korbanya?

Jawapan;

Imam Nawawi menaqalkan bahawa Imam Ibnu Munzir berkata:

” Ulama telah sepakat bahawa harus diberikan daging korban kepada org Islam yg miskin. Adapun ahli Zimmmah (bukan Islam), ulama berselisih pendapat mengenainya. Imam Hasan al-Basri, Abu Hanifah dan Abu Tsur (seorg mujtahid mutlaq spt Imam Syafei dll)membenarkannya.

Imam Malik pula memakruhkannya, malah beliau memakruhkan memberi kulit binatang korban atau dagingnya kepada mereka. Begitu juga dengan Imam al-Laith (mujtahid mutlak) memakruhkannya, dan beliau berkata: Jika dimasak dagingnya tidak mengapa kafir zimmi makan bersama.” (1)

Ulama hanabilah (mazhab Imam Ahmad) juga membenarkan daging korban yg sunnat diberikan kepada org kafir. Adapun korban yg wajib ia tidak dibenarkan (2)

Adapun pandangan ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie;

a) Imam Nawawi mengharuskannya jika korban itu adalah korban sunat, bukan korban wajib.

b) Adapun ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie yang lain –antaranya Syeikh Khatib as-Syarbini- mereka tidak mengharuskan daging korban diberikan kepada orang kafir. (3)

Wallahu a’lam.

Ust Khairul Azmi AlMuqry

(Ahlijawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pahang)

Rujukan;

  1. Al-Majmu’, Imam an-Nawawi, jil. 8, hlm. 404.
  2. AlFiqh Islami Dr Wahbah Jil 3 hlm 633
  3. Al-Iqna’, Imam as-Syarbini, jil. 2, hlm. 825.
 
Tinggalkan komen

Posted by di 25 November 2008 in FIQAH ISLAM, SOAL JAWAB AGAMA

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: